Sebulan la kot genap update blog. Takde aktiviti selain 'interval training' kem Ramadhan yang mana aku rasa KPI kali ni tak sebagus tahun lepas. Setakat attempt untuk maintain aje, nak score ada liat sikit. Mungkin faktor usia...boleh?
Tahun ni juga aku langsung tak campur aduk kan Ramadhan dengan sebarang aktiviti riadah, walaupun pada awalnya aku bercadang begitu. Adalah lebih rasional nya aku concentrate aje kat Ramadhan tu sendiri rather than aku terkejor dan berlari dan kayuh macam 11 bulan yang lain dalam setahun. Walaupun beberapa event ada dalam list untuk di 'sign' kan tapi masih sempat untuk aku prepare selepas Ramadhan. Lagi pun, macam biasa, tiada target pun. Bukan pro athlete atau ada penaja yang menaruh harapan setinggi langit. In fact, 'interval' Ramadhan yang memang sepatutnya aku fikir secara serious dan balun macam lepas sebulan tu ada event marathon. Betul tak?
Hidup ini hanya sekali. Semoga ada rezki untuk berjumpa Ramadhan Sale lagi tahun depan.
Menjelang Syawal, travel plan tahun ni di adjust sikit. Kami solat di 'kampung halaman' kami sendiri, no other than Surau Al-Ansar, BTHO itself. Sejak dari raya eve, aku dan Amir dah follow program takbir. Sambung lagi pagi. Sempat jugak test suara tarik macam Hattan. Hahaha.
Gambar takbir tak dak. Ni selepas takbir dah balun lemang siap-siap... ...bersama jiran tetangga dari perantauan :P |
Sejak pemergian arwah ayah 3 tahun lepas, aku make sure pagi raya bersama mak. Tapi tahun ni, aku mintak izin mak untuk adjah. So pagi raya tahun di in-laws pulak. Lepas soru & isi tangki baru kami bergerak ke Selatan.
Suasana raya di Johor memang tak pernah gagal dengan kemeriahan. Berlanjutan sampai raya ke-5. Memang ziarah tak habis-habis. Alhamdullillah suasana gembira di kalangan saudara mara dipelihara. Aku pulang ke KL dengan rasa puas hati. Masuk kerja raya ke-7 pun takde malas-malas, itu pun sebab 'tray-in' backlog sebelum raya kena kasi settle. Sampai la ke hari ni, aku masih mencungap dengan tugasan mencari rezki halal.
Cungap atas saddle jangan lupa. Ahad lepas jugak sebelum pergi perang dengan kambing open house, aku tunggang balik basikal. Nasib baik jumpa di bawah timbunan habuk. Tapi kaki dan jantung sungguh payah nak synchronize. In fact dua-dua main lagu sendiri-sendiri dan yang menanggung seksanya ialah conductor, aku ler tu. Konon ada cubaan nak test threshold kat last 2KM sebelum exit Lenggeng/Mantin tapi ternyata sekali irama dan lagu hanya mampu bertahan sejauh 200m. Adeh...pedih.
Balik lagi seksa. Penghargaan untuk Ziff dan Junior di atas perkhidmatan 'bike towing' all the way back to BTHO. Memang supa-domestica la syarikat anak beranak ni.
Setelah beberapa hari dan ketika aku bermuhasobah sambil termenung lepas ride tu, nampak gaya aku dah patut start tukar objektif aku beriadah. Kita nantikan timbal balas selanjutnya dalam episod yang akan datang...entah bila.
Setahun sekali layan hat yang ni...
Ni Geng Orang Kampung Junior Chapter mai beraya kat Diket's Joints :] |
Balik lagi seksa. Penghargaan untuk Ziff dan Junior di atas perkhidmatan 'bike towing' all the way back to BTHO. Memang supa-domestica la syarikat anak beranak ni.
Setelah sebulan tak beriadah, bukan aje rider yang 'pancit'... hik hik uhuk.. |
Setahun sekali layan hat yang ni...
Janji update! Sila bermuhasobah dengan perut yang flat seperti zaman dahulu kala. Wah! Sykt anak beranak telah meluaskan kuasanya ke daerah BTHO! Kena tunggu anak2 lelaki yang lain membesar bagaikan johan la ye :D
ReplyDeleteYe. Sykt anak beranak domestique namanya. Ye. Janji update...dan nampak gaya nya macam ni je la warisan blog-blog terakhir yang masih wujud.
ReplyDelete