Wednesday, May 8, 2013

Century is coming

Nampak gaya nya la ni aku memang kena praktik kan amalan berhemah untuk sign up event. Itu salah satu dari amalan perbelanjaan berhemah. Semuanya selari dengan teori Newton:

Tindakan X = Tindakbalas X

Tapi zaman la ni, teori Newton kena modi sikit jadi:

Tindakan X = Tindakbalas 2X

Itu teori fizik, tapi boleh apply kat teori ekonomi terus macam gini,

Harga minyak naik = Harga barang naik + Harga perkhidmatan naik + 
Harga event fee pun naik + Heart rate naik

Jadi, aku kena lah selective sikit. Nak bulldoze semua tanpa being selective boleh mengakibatkan pelbagai kesan yang maybe mudarat seperti membazir wang dan masa. Ingat! Aku bukan kaya raya. In fact menyeksa diri & menyesal bukan satu pilihan 'bujal'. Dan ingat! Aku juga bukan kurang bijak.

First time sign-up dulu boleh lah matlamat sekadar untuk perabih. Suffer big time pun takpe. Al-maklum ler zero pengalaman. 

Tapi kalau dah sign-up banyak kali or every year, takkan ler nak maintain objektif? Itu pembaziran namanya. Pembaziran masa dan wang. Tak digalakkan.

Disebabkan aku ni semakin hari semakin banyak komitmen lain yang ada priority, maka target 2-3 major events kira OK la. Ini ahli sukan amatur, bukan pro.

Maka, first big event tahun ni tinggal tak sampai sebulan lagi. Setahun yang lepas, dengar Kuantan Century Ride aje dah boleh naik bulu tengkuk. Perit & menusuk kalbu boh!

Tapi kali ni aku cuba untuk tidak ulang kesilapan. Dan juga tak nak letak high hopes.

Strategi yang diatur setakat ni boleh kata chun. Alhamdullillah. Fasa base training dah settled. Konon. Dapat selit 2-3 long rides untuk lemau kan kaki terbaik dah tu.

La ni rancangan tergendala sekali sekala sebab urusan-urusan lain seperti balik kampung dan pilihanraya. Dab! Dub! Dab! tinggal tak sampai sebulan. Tolak Senin hingga Sabtu, tinggal lagi 2 weekend untuk kayuh super long ride sebelum taper sambil makan tempe.

So far, plan super long ride dah ada. Mudah-mudahan diberi nikmat kesihatan, kekuatan dan peluang untuk execute kan plan tu.




And this is how my wife thinks about me :P

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.