Sebulan dua ni memang aku banyak ber-gebang pasal kayuh. Tak habis-habis berputar dan berkisar dengan kayuh. Betul-betul punya off season dari berlari. Tak jugak actually, ada la lari seminggu sekali di kampung halaman yang indah dan permai bersama-sama sahabat handai yang akan berjuang kat Energizer Night Race 2011 sedikit masa lagi. Aku hanya sekadar peneman dan pelambung untuk yang dah register FM. Aku pulak cuma sign HM.
Seminggu sekali lari 1 loop McDonald 8km. Sabtu lepas je, Nizam sudah tambah lauk untuk extra sikit ke 9.5km. Lepas tu aku menghoyan sehari suntuk badan lesu lain macam. Sementara tunggu wife siap untuk pergi membeli belah, sempat jugak aku terlena kat sofa, sehingga membuatkan dia pelik. Kat kompleks membeli belah seronok la berjalan dan melahap Double Bacon Cheese Burger kat Carl's Junior. Lepas fetch Yasmin from her school, aku boleh pulak sambung tidur. Uish. Ni agak merisaukan! Esok dah tentu nak menghoyan kat Broga Klasik. Kalau kondisi aku berterusan begini, ada potensi main cabut rumput tepi jalan kat Kuala Klawang.
On the way balik from in-laws in USJ malam tu, tekak ni dah rasa macam kertas pasir. Sampai rumah, terus aku isi plain water dalam botol Coke 2 liter, sarungkan compression untuk kaki yang masih sengal dan lenguh, dok depan TV kejap main remote dan terus aku melambungkan diri di atas tilam empuk. Malam tu je 4-5 kali aku bangun ke toilet. Memang kow-kow punya kasi flush whatever yang menyebabkan aku terasa sengal dan sangap.
Seperti yang di-set, alarm meraung jam 5.30 a.m. Alhamdullillah badan rasa OK tapi tekak masih sikit-sikit kelat. Wife masih confuse sama ada aku patut teruskan kayuhan or not. I should. I'm good. Plan of surviving my first Broga Klasik attempt is to hydrate and dump electrolyte all the way. Sempat bedal telur setengah masak pagi tu.
Jumpa the rest kat parking BTHO. What was supposed to be only a handful of us, ended with 7. Best of all, semua kepala memang sempoi and pace sama. None yang pelik and retard. That should solve one ride nuisance I guess. Normally orang kayuh Broga mula dari Tekala, be it klasik or reverse. Tapi kali ni, we were bold enough to push the extra miles by starting from BTHO. That would be extra 30km.
Azmar lambung untuk start the loop by using SILK Highway, that is with 2 warm up climbs. Already saw Laif drenched top to bottom, plus a tiny cursing. PCC pun buat Broga Klasik jugak, tapi start dari Tekala. Pekan Semenyih ni memang sibuk semedang agaknya ye? Kalau balik Broga reverse kul 1.00 p.m. pun sibuk, pepagi kul 8.00 ni pun sibuk gak? Mengalahkan Kajang pulak sibuk dia. Senafas je kami lalu, tak sanggup nak hidu asap lama-lama, sebelum kami masuk ke arah Broga.
Stretch Universiti Nottingham ni, kalau waktu Broga reverse memang stretch killer. Lapang, panjang dan menggelegak. Tapi pagi ni suasana sungguh harmoni dengan sejuk angin pagi dan sinaran matahari oren yang baru nak melakar bumi. Pemandangan yang seperti membawa kami back through time melepasi Bukit Broga (yang penuh dengan kereta dan orang), sehingga lah ke pekan Lenggeng. Lebih kurang 30km in sejam setengah, masa untuk mereka yang miss breakfast melahap roti canai mamak Lenggeng. Aku layan teh 'O' suam since belum lapar.
Kayuhan dari Lenggeng ke arah simpang Bukit Tangga dijangka akan dijamu dengan dua bukit. Naala punya bukit. Tapi rezeki kami cuaca agak redup dan sejuk dari angin yang sepoi-sepoi bahasa (lama tak guna ayat tu). Bukit Lenggeng semua dapat complete dengan senyuman. Maklum lah, kaki masih fresh. Turun bukit dah cecah terminal velocity 68kph. Tapi memanjat Bukit Tangga dari arah Seremban ada sedikit panjang, tapi tak seteruk dari Kuala Klawang. Mentari dah mula memberi gigitan dan sengatan. Kami terpaksa mengikut pace masing-masing as we climbed the long granny. Terjumpa a few cyclists PCC. Depa dah start tolak basikal beb! Terkejut aku. Gilos! Ni group yang tertinggal kat belakang la agaknya.
Regroup kat puncak Bukit Tangga, and berdesup kami turun ke arah Kuala Klawang. Masa agak menyebelahi kami di mana kami dijangka boleh sampai Kuala Klawang before 11.00 a.m. Stretch paling aku suka is the Jelebu stretch. Jalan elok, low traffic and rolling with beautiful kampung houses. Sejuk dan nyaman je rasa, bahkan kayuhan pun terasa bertenaga sebab hati terasa rileks.
Sampai di Petronas Kuala Klawang, the whole bunch of PCC were there. I think there were 40 of us altogether. Touke Petronas untung jual 100Plus, mineral, roti coke je pagi tu. Tak payah jual minyak. Ni la agaknya muka-muka yang akan pergi Interstate. Memang basikal depa dahsyat-dahsyat beb, banding dengan basikal cabuk aku. Tapi takpe, penyertaan diutamakan :)
Kami decided not to cangkuk them but treat ourselves with heavy breakfast instead. The usual hangout at the town restraunt for maggi soup and roti telur. Perut mesti mau isi, the biggest obstacle have yet to be tackled. By 11.30 a.m. semua dah ready. Hydration, mindset, sunblock dan lain-lain. Memang dah mula panas.
Mesyuarat PIBG cawangan Kuala Klawang |
Panjat Genting Peres at 12.30 p.m. dari Kuala Klawang memang terbukti legenda Broga Klasik. The toughest part. Since kami dah attempt 2 minggu lepas, aku kurang risau sikit tapi lebih memikirkan kayuhan balik dari Batu 18 ke BTHO di tengah-tengah panas terik dan trafik yang semakin menggila.
Kami terpecah kepada dua group tapi masih lagi visible between us. Alwin ditermani Jaja disebabkan Alwin masih lagi training dengan mountainbike, di mana aku rasakan sesuatu yang sangat challenging. Berat ooo mountainbike tu kalau dibandingkan dengan basikal kami. Aku kayuh dengan Sepol. Azmar dengan Laif, yang dah mula nampak suffer. Ron entah kat mana kat depan dah hilang. Memang panjang betul kami memanjat. Bila mau habis daaa? Oleh sebab tak boleh tahan dengan godaan air terjun tepi jalan, kami terpaksa stop untuk mandi! Lol. Amik botol and siram! Akhirnya berjaya sampai ke puncak dengan senyuman kelat terukir di muka masing-masing.
Turun ke arah Batu 18, stop untuk final refuel and teruskan kayuhan pulang ke BTHO. The longest ride and toughest covering 140km and soaring our butts for 6 hours. Memang kaki dah kompom seasoned. Alhamdullillah tekak aku tak buat hal and badan dan tunjuk perasaan.
Overall, aku rasa macam Broga Klasik menghidangkan bukit bukau yang kurang azab berbanding dengan Broga Reverse. Tapi itu pun subjektif jugak kan? Kalau stamina and kaki tak cukup milage, bagi apa pun memang kompom menghoyan. OK, this week is step back week yang tertunda. So, low milage for cycling and maybe aku nak tambah sikit kat larian. Untuk sahabat yang akan berjuang di Kenyir, all the best! Safe journey pergi dan balik, enjoy the race.
Kalau dok lama lagi, kompom basuh baju |
Iklan Mountain Dew pun boleh gak ni |
Fuh dasat! Mengkagumkan dan menakutkan 140km berbukit bukau. Kaki kau ada taruk besi kat dalam eh? :) Well done bro! Suspek!
ReplyDeletezack, suspek ke respek? hahaha ..
ReplyDeleteI dah jadik pengikut setia zulhassan laa KJ hehe
ReplyDeleteZack, takde apa untuk dikagumkan bro. Menakutkan tu mungkin, if kaki tak cukup milage. Besi? Mana ada bro.
ReplyDeleteAnd errr...guys, you all jangan suspek me doping pulak ye. Hahaha.
part ayor terujun tu mmg best..mmg heaven bro..training kenyir kelam kabut,blasah jer nih..huhuhuh
ReplyDeletekalau dah matahari tegak atas kepala, bangla jual ais krim lalu pun boleh jadi kayo bai.
ReplyDeleteapa daaa mau risau dgn kenyir. hang dah pawar! nampak sangat menipu (gaya usop wilcha) :D
mmg best kembara broga kau tu. Aku nampak gayanye kene lupakan sementara Broga pasal kaki dah lemau tahap gaban.
ReplyDeleteStep back week tu bunyi mmg menarik :-)
ziff, kaki lemau mesti kasi masuk oven semula. kasi garing balik.
ReplyDeletelu punya menarik tu boleh caya ke bro?
Ini lah idola aku dalam dunia 2 roda! :)
ReplyDeleteUish! Berat tanggungjawab tu Yim. Granola boleh la kot :)
ReplyDeletemak ai! jauhnyaaa!
ReplyDeletenext time, kena mencangkung kat air terjun kecik tu. hahaha
mana ada jauh tsar. jauh lagi rome tu...aku layan gambor pun tak terabis. hehe.
ReplyDeleteaku takut kalau start cangkung kat waterfall tu, nanti nak baring pulak. kul berapa nak balik?
asyik kayuh je, dah melarikan diri dari alam larian ke...
ReplyDeletelari banyak sikit event, bike mcm tak banyak pun, asyik kayuh je (aku tengah bako kau ni..)
ampun tuanku! harap tuanku jangan murka.
ReplyDeleteaku tengah sesi letihan untuk kayuhan interstate hujung bulan ni. sebab tak banyak bike event la aku sign. lepas habis tu baru boleh mengadap bukit aman-hartamas utk SCKLM.
ampun tuanku!
Bai, macam menarik aku tu mmg masuk kategori suspek ajer hehehe
ReplyDeleteTau takpe. Aku mengerti. Oleh kerana kategori suspek, aku maintain suspend je :)
ReplyDelete