Thursday, April 28, 2011

Tinggal lagi sehari je beb! Adoiii aiii...

Aduhai! Tak senang duduk dibuatnya. Lagi sehari, untuk pertama kali aku akan kayuh distance tahap gaban untuk tiga hari berturut-turut. Orang lain dah tiap-tiap tahun buat tapi aku je yang gelabah tak tentu pasal. Serupa macam tunggu pertama kali aku nak marathon. Cepat la sikit settle. Tak sanggup dah nak menahan ke-huru haraan jiwa ini.

Daripada training hujung minggu yang lepas-lepas, dan beribu-ribu lemon kilometer dalam kaki ni, dua weekend yang lalu membuatkan aku mula berdebar sebab milage menurun. Tambahan lagi dengan kerja-kerja buruh angkut barang sebab pindah rumah weekend baru ni yang hasilnya aku selsema & batuk akibat habuk-habuk. Banyak pulak barang rumah aku. Nasib baik pindah sepelaung je.

Segala persiapan hampir lengkap. Mostly aku dah humban masuk kotak Toyogo dan pakaian dah kemas digosok jesi, bib, stokin dilipat dan susun dalam beg. Basikal dah setting tyre pressure, puncture kit, blinkers dah siap mount kat bike. Malam ni last round going through the checklist dan packing letak depan pintu. Esok seawal pukul 4 pagi, Alwin akan fetch aku untuk sama-sama bergerak ke Raub (starting line). Kayuhan akan bermula kul 6.30 pagi. Dah macam nak bangun pagi untuk marathon.

Segala apa jua persiapan aku dah buat. Sekarang hanya redha dan berdoa semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Di samping buat member baru seramai 349 orang yang lain. Selamat menyambut Hari Buruh untuk kita semua. Tak sabor aku nak berlari semula nih...

Ni aku buh tulips kayuhan untuk 3 hari. Mana lah tau kot ada kawan-kawan di sepanjang jalan boleh sediakan kompang, bunga mangga ke or paling kurang pun Gatorade sebotol.


17 comments:

  1. Thanks Kak June! InsyaAllah I will :)

    ReplyDelete
  2. ala ...celah gigi je tu. siap taper 2 minggu , kira terbaeklah tu

    ReplyDelete
  3. Zul, untuk aku mungkin celah gigi pun boleh melecet ooo :D
    taper 2 minggu tu lebih kepada kena tapau bro. tapi masih terbaek bro. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Fuh! Ini baru cyclist tegar! Gud luck bro for the journey, berhati2 selalu jangan seronok sangat sampai kat tengah jalan pulak kau kayuh.
    Korang kayuh dapat bunga tulips ke? (Soalan nak kena nie, takpe aku bagi can hehe)

    ReplyDelete
  5. Mana ada tegarnya Zack Yui. Sedang dalam ketegangan ada la. Hehe. Thanks bro and thanks for the reminder. InsyaAllah.

    Bunga tulips tak dapat bro, unless aku kayuh naik Bukit Maxwell boleh dapat la kot.

    ReplyDelete
  6. Semua adalah terbaik (all the best) King! Cepat sikit habiskan bab kayuh ni, wa dah lama tak raba bahu (rub shoulder) lari-lari dengan King.

    ReplyDelete
  7. Thanks Deo! Mana ada king la. Tapi asal jangan kong sudah. Betul! Sebaik habis interstate aku akan terus turun bukit aman untuk raba bahu. Tengok laporan Boston/Bidor bikin hati teruja :)

    ReplyDelete
  8. Good luck Diket! You will definitely nail it for sure and i know you will. Siap berdebar2 hati saya anticipating for you. Ride safe and happy ok and looking forward to read the adventures soon. Tengok tulips pon dah takut hahahaaa

    ReplyDelete
  9. Thanks Yim! Kalau mike berdebor, awok lagi ler...silap2 berkompang bagai. Travel report tak tau bila tapi FB pics aku cuba share. Tengok tulips jangan takut, kasi ingat sama abang ceti :D

    And good luck for your Borneo Run as well! Don't think you want to miss it kan?

    ReplyDelete
  10. Kalau dah bagi pilihan, semua nak wat lah hahaha but apakan daya kan? FB pics pon jadi lah sekadar nak melepaskan rindu kat cycling nanti. Sure will be an adventurous one I'll bet you! :)

    Just remember the 3Rs lah ya and it ain't Relax, Respect dan Respond hahaha

    ReplyDelete
  11. Puh. Takutnya tengok distance tu.
    All the best. Pandang kiri kanan. Mak saya kata, naik beskal ni, kita nampak orang, orang tak nampak kita. Tapi kalau ride ramai2, kalau org tak nampak jugak ngok ngek la tu ek?
    p/s eh? kat bukit merah last stop 2nd day? kampung saye! ( gaya eksited)

    ReplyDelete
  12. so apa brg yang angkut dari rumah Kash?

    selamat segala-galanya Diket. Insya-Allah. Aminnn.
    sampai Damai Laut terus terjun laut sekali ngan beskal :)

    ReplyDelete
  13. Insyaallah bro, no need to worry. U had done all that u shud. Enjoy the ride and ride safe. Kalau sehari nak gak aku ikut tapi 3 hari. Dah kira tour d bukit bukau hehhe.

    ReplyDelete
  14. dey!! itu items no. 1,2 & 3 - Jalan dia cantik giler beb! Terbaek dari ladang & laut dalam!!

    Di do'a kan moga selamat serta sihat sepanjang jalan -Amin-

    Ajo

    ReplyDelete
  15. wa ada selit doa lepas semayang jumaat petang tadi... selamat lah segalanye...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.