Thursday, May 5, 2011

PCC Interstate - Day 1 - Raub to Brinchang

Big Momma's Climb

First of all, aku nak panjatkan setinggi-tinggi terima kasih kat kawan-kawan yang mendoakan perjalanan aku ke PCC Interstate ni. Mekasey!!! Al-maklum la, training pun agak huru-hara & setakat selit-selit mana yang termampu je. So bila menjelang event tu jadi la simptom demam tapioka.

Sesungguhnya ni la pertama kali aku sign up untuk PCC Interstate ni walaupun depa dah mula anjur event ni sejak 14 tahun yang lalu. Habis segenap ceruk tanahair depa dah kayuh. Last year ada gak teringin aku nak cangkuk tapi macam biasa la, badan ni hanya satu. Kederat takde la banyak, so aku lebih kan ke training untuk KL Marathon. Tahun ni, training KL Marathon pulak lemauuu...

Alwin fetched aku at home pagi Jumaat tu at 4.00 a.m. Hujan lebat menambahkan drama perjalanan kami dari rumah ke Raub. Berkejor la jugak nak sampai ke Rest House Raub before peloton berangkat at 6.30 a.m. sampaikan terlepas McD Taman Melati for breakfast.

Sungai Koyan pit stop
Oooo...ni rupanya Rest House Raub, tersergam indah di atas bukit di tengah town. Ramai dah yang berkumpul dalam gelap pagi tu. Kami terus park kereta kat belakang sebab nak tinggalkan kereta kat Raub. While Alwin setting apa yang patut, aku mencelah untuk menunaikan kewajipan apa yang berkaitan. Alhamdullillah cuaca sangat sempurna untuk kami berlepas meninggalkan pekan Raub menuju ke arah Sungai Koyan.

Aku bagi pihak cyclists, mohon ampun & maaf kat orang Raub pagi tu sebab tak pasal-pasal trafik jadi sesak. Maklum la Jumaat masih hari bekerja dan bersekolah, jadi perjalanan mereka secara tak langsung terganggu la sikit. Kesian. Sampaikan beberapa lori terpaksan buat peloton depa sendiri sebab tak dapat overtake kami kat jalan yang agak sempit.

Menuju ke arah Sungai Koyan, hari yang semakin cerah mempamerkan langit yang semakin mendung. Kami terpaksa berdendangkan lagu "Singing in the rain" untuk beberapa ketika sebelum sampai ke town Felda Sungai Koyan untuk sarapan pagi. Nasi lemak dan top up botol air. Lepas ni 90km tarak phone coverage dan fuel station.

Alwin & me decided to tag along with geng BJCC since we were left from the big peloton and BJCC was the only group left (well, actually what was left of them la). Ada la 10 orang termasuk Doc Taufik jiran aku. Sebaik aje masuk simpang ke Pos Betau, jalan dah mula mendaki dan persekitaran mula berubah. Takde dah nampak ladang kelapa sawit, hanya hutan malar hijau dan gunung ganang. Sebak dada aku kejap menyaksikan kehebatan alam. Ada la sikit-sikit kami bergurau senda tatkala pendakian tak begitu kejang otot. Aku belum sempat nak berkenalan dengan depa, alih-alih team LeTua lalu satu peloton dengan ada motorsikal escort...berdesup! Ada la beberapa orang BJCC yang ingin menduga akal dan kederat, pi kejor dengan harapan dapat free taxi all the way up. Depa tak tau, sat lagi kompom putus urat kentut kakau cangkuk leTua tu. Maka bertebarlah kami di sepanjang pendakian itu.

Kami stop jugak la at a few breathtaking views untuk snap photo tapi most of them sekadar termenung aje sebab hujan sudah kembali. Camera kena simpan.  Ada kala, kami hanya duduk tepi jalan dalam hujan sambil bersembang melepaskan penat lelah. Kalau hari lain, bertuah ler teman nak buat keroje tu.

  

90km pendakian ni dah mula menusuk kalbu bila cuaca tidak membantu dan perut dah mula berdendang "Keroncong Untuk Ana". Aku kunyah gak Snickers sulam air hujan. Kenyang beb. Alwin dah masuk granola bar yang ke-4. Betul punya lapor dia. Langsung takde tamaddun manusia kami jumpa bila dah mencecah 4 jam mendaki. Ketahanan mental dah mula bergoncang. Papan tanda sempadan Daerah Cameron menjadi saksi kepada mereka yang mengukirkan senyuman kelat di muka menandakan ketamadunan akan muncul sebentar lagi.

First tamaddun manusia adalah hanya beberapa kedai motor dan tapak semaian. Adoiii aiii. Patut kedai motor ni paling koman pun jual la Chickedees or Twisties ke untuk pelanggan. Bau baja organik pulak menambah kekelatan muka. Puas jugak la kami dihampakan dengan cabaran bukit bukau dan ketiadaan kedai makan. Sampai la kat pekan Habu baru jumpa curry house. Manyak lega oooo...aku terlalu gelojoh hingga lupa nak amik gambor kedai ni.

The SIGN! ...ooops...perut kantoi beb! Lol

Mee goreng mamak, telur goreng mata & teh O panas Cameron pengubat duka lara. Amin rezki Allah mencurah-curah. Ye ler tu, kejap lagi peluh akan mencurah untuk azab second chapter.

Perut dah gendut, matahari dah bersinar sikit, jalan pun dah mula sibuk. Kami sempat di wawancara oleh dua orang uncle. Sorang dok citer pasal pendakian yang berikutnya. Adoiii...aiii. Alih-alih mee goreng sepinggan terus terbakar dalam perut mendengarkan penjelasan terperinci uncle. Yang sorang lagi, dok kata team leTua terbaek! Pukul 11.00 a.m. depa dah sampai Habu. Fan club rupanya.

First climb from Habu up to Ringlet betul punya cecah dagu kat stem. Nasib baik pendek tapi boleh tahan cungap gak la. Aku target mau refill air kat Tanah Rata, poyo tadi kat curry house takmo. Sekali gagal daaa...

Climbing sampai Tanah Rata serupa macam Bukit Putus (pada hal aku tak pernah kayuh sana pun). Kompom la putus beberapa urat. Maksud aku...selekoh demi selekoh, and aku teruskan grinding chainring kaset 25 yang dah mula main lagu Ramlah Ram dengan husky voice. Tak tahan beb. Baru sampai R&R Cameron Valley, aku terpaksa akur dengan kemampuan. Ada lagi 9km tuh! Bedal teh secawan lagi. Alwin dah mula mengidam asam kecut strawberry kering. Apa-apa je la bai, janji lu senyum. Lol.

Dapat golek-golek macam filem Hindustan syiok ooo
Cyclists still climbing scattered all over the terrain. Oooo...idak ler kami ni last tercorot rupanya. Lega. Macam biasa, pemandangan ladang teh sungguh asyik. Rasa macam nak baring je atas pokok teh yang kelihatan macam tilam spring kat bawah tu.

Ku sangka balance 9km up to Brinchang bakal akan mematahkan semangat tapi rupanya, lagi 4km aje climb dan selebihnya rolling. Yeay! Quick stop kat Tanah Rata untuk top up air mineral, lepaih tu berdesup aku menuju puncak Star Regency Hotel di Brinchang. Ada jugak bisul climb sikit sampai depan hotel. Cis!

Lama dah aku tak ke sini. Those hills, esok menu warmup
Keceriaan di muka masing-masing terserlah bila sorang demi sorang sampai. Apa taknya, dah serupa macam kerja opis. 7 jam 22 minit berkayuh dan almost semua mendaki. Tak pernah aku alami pengalaman dan route kayuhan macam ni. Tak sama macam training ground Broga or Teranum. Nothing close. Betul punya cabaran hari pertama. Masa yang tinggal hanya cukup untuk basuh bike and group photo. Yang selebihnya attack hidangan makan malam dan pasar malam. Lights off as early as 9.00 p.m. bila masing-masing dah macam zombie Kampung Pisang. Sejuk macam biasa la...Cameron beb.

Pepatah petitih
Distance : 148.8km
Ride time : 7 hr 21 min
Avg spd : 20 kph
Mx spd : 53.2 kph

9 comments:

  1. max speed menggerunkan .. cayalah to all that did this :) jangan lambat2 keluarkan the trilogy ok ? hehe

    ReplyDelete
  2. I pun tak ingat mana dapat that max speed. Hehe. Ye la, trilogy musti mau cepat tak payah tunggu Harry Porter...lambat sangat :)

    ReplyDelete
  3. kau kunci cintaku didalam hatimu....ramlah ram

    ReplyDelete
  4. jangan jiwang sangat bai...simpaaaang :)

    ReplyDelete
  5. alamak macam cerita harry potter plak, ada chapter by chapter jugak ke? cepat la day 2.

    kak pah jeles tak ikut korang, uwaaa!!!

    ReplyDelete
  6. Seram bulu roma... baru 1st day! Fuh!
    Anyway, teruskan, cer citer lagi, aku tunggu nie... hehe

    ReplyDelete
  7. Bawak bersabor wahai DC dan ZY. Jangan seram, jangan jeles. Hanya sekadar berkongsi pengalaman. Day 2 tunggu sat noooo... :)

    ReplyDelete
  8. Mmg betul2 kau musafir jalanan bai....7 jam tu, macam pergi KB naik bas ikut Gua Musang hehehe. Tabek bai! Member aku cyclist Kuantan cakap dia dulu start kayuh dari Pos Betau pun nak mereng hahaha

    ReplyDelete
  9. Thanks Ziff. Bukan setakat mereng bai, murung, marhaen, marang-skapu-kepundeng-parang-sekeper semua ada :D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.