Ada jugak la sedetik fikiran tatkala sengsara semalam untuk ditch kayuhan hari ke-2. Ni semua seksa punya pasal. Tapi, lumrah kami yang bergelar insan marhaen tak kenal erti serik, bangun jugak pepagi kul 5.00 dalam gigitan sejuk untuk dok berlonggok depan lobi hotel, ready untuk rolling at 6.30 a.m.
Ada info kata suhu pagi tu 18 deg C. Untuk aku yang memang mudah tewas dengan suhu rendah, bersiap sedia seberapa lengkap yang boleh untuk tak terganggu perjalanan. Agak-agak cerah sikit, main peloton pun bergerak tapi a few of us lepak kejap takmo sesakkan jalan. Aku sarungkan cycling jacket & glove. Alwin tarak jacket, so dia apply teknik ala-pro tour cyclist...sumbat suratkhabar kat dalam jersi cover dada.
Bukit yang dalam background gambar previous post memang sah menu breakfast. Panjang pulak tu dari Brinchang nak sampai ke Equatorial Hotel tu dia kat ataih tu. Yang beriya-iya jaket bagai tadi, dah mula rasa rimas ler pulak. Aku tak boleh imagine macam mana aku kadang-kadang tengok ada orang jogging pakai jaket. Bahaya oooo...
Senyum terkucil haruman baja Kampung Raja |
Sampai Equatorial, gambar dulu dengan jaket beb. Tu je sekali, lepas ni susah nak jumpa kayuh pakai jaket. Lepas tu turun tak habih pulak. Jalan melengkau lalu pekan Tringkap, cerun kiri kanan dan saujana mata memandang dengan ladang teh & kebun sayur. Masa ni ler bersyukur ada jaket walaupun jaket dah mula kembung berkibar macam bendera bila speed descending bertambah. Turun sampai Kampung Raja & mula climb balik bukit tonggek last kopek. Dah ramai jugak yang mula kembang hidung & layan kayuh lenggang kangkung. Padahal baru 18km.
Sampai jugak aku kat simpang tiga Gua Musang - Simpang Pulai. Dulu jalan ni hanya perkhabaran je tapi sekarang dah semakin sibuk especially musim cuti. Dari situ, descending tahap melampau pun bermula, all the way down to Simpang Pulai. 50km rasanya. Mual dan muak pulak rasa turun tak habis-habis. Aku hanya mampu cecah halaju terminal 57kph sebab aku masih teringat orang yang tersayang. Keh keh keh.
Regroup kat Petronas Simpang Pulai. Sambil tu aku amik kesempatan bedal karipap & nescafe tin. Sejuk lapor cepat. Hari ni cabaran lebih kepada distance. Semalam cabaran climbing. Esok belum tau, maybe cabaran Camel Trophy kot. Supposedly, hari ni cyclometer mesti clock almost 200km. Dah kautim lebih kurang 70km tadi dalam kedinginan segar, akan dituruti dengan balance 130km lagi, yang mana aku jangka akan panas tak hengat.
Aku decide untuk follow group BJCC hari ni. Alwin suruh aku go ahead, dia akan catch up. Nak masuk town, advisable dalam peloton. It's good to be seen. Around 14 of us rasanya, and single file sebab takmo kacau trafik. We passed by Hospital Pantai and headed towards Sunway City as we took turn leading the peloton. Aku saja showed my attendance by leading at this stretch...tunjuk buat kerja sikit la. Lagi pun dalam peloton ni ramai BJCC big names i.e. Doc Alwi, Doc Adrian, Affendi Goh, Razali, Doc Taufik and a few others yang aku masih cuba cari nama. Some of them are BJCC big shots and some are the race horses.
Buat kerja sikit untuk BJCC |
Next pit stop was BHP Chemor. A quick one, as people starting to feel the heat. I think that would be the next 30km from Simpang Pulai. Peloton average pace was kept at safe mode 30-32kph melalui jalan rolling up and down. Kami take turn leading to be fair, no free ride OK. Ada jugak la yang muka macam takut-takut tu, dok nyorok tapi takpe...belum ada confident. Kat BHP botol mineral besau and coke antara gandingan hidangan terbaek. Ada dua group besar passed by during our pit stop i.e. KOTRT and Born to Ride. Dah macam race pulak nampak suasana.
Rolling start semula heading towards Sungai Siput. Suhu yang semakin meningkat dah tak dihirau. Yang penting kena survive the distance. Macam biasa, our plan was to ride another hour that should cover another 30km for our next stop. And aku masih menyumbang buat kerja di depan bila tiba giliran.
Ada at one moment, alih-alih terpaksa buat kerja dengan Razali kat depan. Tak pernah berbual or kenal sebelum ni tapi aku buat selamba cuba start sembang apa yang patut. Nampak gaya this guy memang power and dengar cerita pun captain team racer BJCC. Habis ler aku punah kejap lagi...
As we left Sungai Siput and lead towards Kuala Kangsar, Razali ni ternampak pulak group Born to Ride yang overtook kami kat pit stop Chemor tadi. Agak memang lumrah racer, dia agak teruja untuk tapau balik group tu. Tak pasal-pasal, naik jambatan Sungai Siput tu, speed pun naik ke 38-40kph. Adoiii aiii...kompom jap lagi aku koyak.
Sebaik aje dapat cangkuk group Born to Ride tu, aku terus sound Razali, game over untuk aku and terus aku bukak bagi syif kat orang lain pulak buat kerja. Disebabkan tahap teruja depa ni, lepas overtake group tu, speed depan terus maintain, maka berteraburan lah beberapa casualties di sepanjang jalan ke Kuala Kangsar itu...termasuk la aku. Lol.
Nasib baik la mostly jalan kampung, so tak ler terkilan sangat kayuh layan jiwa all the way to Kuala Kangsar. Supposedly depa akan stop lunch along the way kat Kuala. Aku buat kawan dengan sorang cyclist Singapore yang muka pun aku tak nampak sebab dia dok tutup dengan Buff. Nampak shades je. Kami kayuh la kejap sampai aku jumpa balik geng BJCC kat Mat Tom Yam, while that Singaporean carried on sorang.
Air dah macam-macam masuk perut tapi lunch kena jugak makan something solid. Jauh lagi perjalanan. Yang paling sempoi and senang nak telan, aku order nasi putih & sup ayam. Memang lazat berkrim. Syukran. Almost an hour jugak dok menjamu selera sambil menunggu support car & a few other cyclists sampai. Masa ni kami dah clock 153km. Setakat ni kayuhan paling jauh aku dah cecah from semalam.
Dapat input dari Mac, lepas ni akan climb Bukit Gantang, that climb beside PLUS Highway and kilang simen tu. Baru dengar berita tu, sup ayam macam nak terkeluar balik. Lepas tu akan follow dengan jalan flat sampai ke Taiping and Bukit Merah. Musuh utama jalan flat ialah angin!
Kali ni aku play safe dok belakang sikit sebab aku have no plans to attack that bloody climb. Unfortunately, my hope vanished right away approaching the climb bila ternampak group KOTRT baru nak start climb. Apa lagi, lagi sekali adegan meghoyan bermula. Kedengaran bunyi gears shifting prapp! prapp! Campy, SRAM, Shimano...semua menunjukkan performance masing-masing. Oleh kerana aku hanya bertemankan kaset gigi 25 Ramlah Ram, aku hanya mampu melambai-lambai group kami dari belakang. Muahahaha! Nasib baik climb tak berapa tinggi and jauh.
Turun aje bukit, group dah hilang. Jumpa hanya geng splinters (serpihan)...bukan sprinters. Hehehe. Sorang-sorang kami kutip ajak buat peloton baru yang mematuhi halaju kebangsaan. Salah sorangnya Doc Taufik and sorang lagi rider MKH. Kat sini aku bedal GU gel, maka syif menarik pun bermula straight away sampai la ke Taiping, maintain 30kph. Pit stop kat Caltex Taiping.
Jalan ke Taiping & all the way to persimpangan Bukit Merah memang exposed and flat. Untuk mereka yang lutut dah berasap or semangat semakin kusam, menempuh headwind + heat boleh mengundang "bonk". Aku jeling meter, speed masih mampu maintain 32kph dan distance dah cecah 160km. Mak aih! Aku bersyukur kaki masih mampu memberi kerjasama erat & ukwah. Maintain macho all the way.
Sekali sekala local mat rempit lalu & bersorak untuk kami. Ada yang kagum bila dibagitau kami kayuh dari Cameron. Agak depa tak mampu nak digest distance tapi sebut Cameron je dah cukup bikin depa melopong. Hehe.
Finally sampai entrance Bukit Merah Laketown Resort, tapi bisul yang last ni memang pukulan penutup paling bisa. Tu dia mendongak macam Kak Limah tepi tingkap. Aku tak sure berapa percent, ada yang kata 26%, ada gak yang kata 17% tapi dongak tetap dongak. Untuk tidak dongak, kami akur cecah dagu kat handlebar. Konon nak attack dengan standing climb, seperti beberapa orang yang lain tapi hanya mampu mendaki 50m aje. Lepas tu kaki terus masuk angin. Turun tolak sebab momentum hilang. Ada pulak awek dalam kereta lambung, "apa barang tolak basikal bang?!". Adoiii aiii.
Ada sikit recovery kat selekoh, aku buat second attempt. Kali ni aku mesti paku my butt kat saddle jangan sampai bangun if aku nak survive the climb. Alhamdullillah settle. Terus turun all the way sampai hotel. Sembur bike kejap, check in amik kunci bilik, terus naik basuh baju & clean up, full blast aircon and turun balik cari Alwin who came in an hour later.
Dinner starts at 6.30 p.m., habis aku balun amount macam hidangan nasi tambah sambil layan photos of the day, videos and briefing by Ride Director. We were told, masih lagi ada cyclists yang baru check in. Gilos!
BJCC open table durian Semanggol lepas dinner. Kompom saper lahap lebih, esok kayuh pakai bib aje without jersi. The rest of the night kami hang out with more new friends i.e. the PCC clan, Amanda Chin and penutup kami saja test water sembang dengan Shaharin Wan, rep KOTRT sebab esok konon nak ride with them. Esok roll out at 8.00 a.m. so the stay up was just nice.
Grinding facts
Distance : 197.36km
Ride time : 7 hrs 22 min
Avg spd : 26.8 kph
Mx spd : 57.2 kph
haha..kijam gila depa hantam kasik incline tajam menikam tu walhal ada flatter route
ReplyDeleteOrg kampung yang nampak cyclist menuju ke incline maut tu menggeleng kepala kesian ( tapi ada juga yang tibai gelak) heh heh.
Yay, interstate!
kak limah sure tak kisah kalau korang nak cangkuk dia, tapi malam kang standby ler, dia cangkung balik belakang korang, hahahaha
ReplyDeleteBetul la JJ. Pagi esok kami keluar pintu belakang jalan serupa lempeng daaa. Patut ler kena lambung dengan awek dalam Viva tuh. Nasib baik masih mampu maintain macho. Terbaek...
ReplyDeleteUish! Apa ni DC?! Simpaaaang...
aku join salah sorang yang terlopong bila dengar jarak yang korang kayuh. Respek!
ReplyDeleteTu organizer tak kasi softcopy ke slideshow tu? :)
maybe badan dah conditioned kot, tu yang boleh survive jarak tu. maybe la tsar. tutup mulutnya tu pak abu, nanti masuk lalat :)
ReplyDeletetu pics semua sudah share dalam FB. so no need softcopy.
MaK oit, 2 hari layan 7 jam atas saddle! Kalau salah saddle ada yg kene jumpa urologist lepas interstate. Mmg power korang. Si razali@mantis tu mmg racer bjcc. Mlm rabu training hills kat bukit menteri sek 6 shah alam.
ReplyDeleteZiff, urologist tu pakar urut ke? Muahaha. Patut la aku koyak, pi tarik dengan racer bjcc ropanya :)
ReplyDeleteaku teruja sebab baca sebab tak mampu aku nak buat benda2 gilos macam ko ni
ReplyDeletezul, dolu2 kau handal beb buat kerja2 gilos ni, sebab tu kau teruja.
ReplyDeletetak terkata hahah
ReplyDeleteKak June, no need to kata2 apa. Hope you enjoy reading the celoteh :)
ReplyDeleteDasat!
ReplyDelete