Tuesday, June 21, 2011

It Humbles You

Chooop! Aku nak kepochi sikit walaupun aku tak akan berlari kat SCKLM Ahad nanti. Tapi aku masih boleh rasakan kehangatan event day dan kedinginan yang kawan-kawan dah mula rasa suspen & kalut. Biasa la tu. Nak pi renew permit bibik kat imegresen pun suspen.

Dah lari a few marathon pun, rasa kalut tetap gak ada. Unless kalau marathon tiap-tiap minggu tu dah kategori lain la. Untuk average Joe & average Jah macam aku ni mungkin jugak kurang rasa kalut sebab dok busy kerja & supir anak-anak. Bedebak-bedebuk sedor-sedor race day dah dekat. OK gak tu kan? Tapi, persediaan tetap kena ada beb. Nak berlari jauh tuh. Pusing satu KL tuh.

Macam-macam soalan gak la aku dapat. Kak Esah la, Kak Limah la, Kak Piah, Kak Senah, Kak Joyah, Kak Jenab (bukan Catwoman Chap Ayam Runners tu), Kak Halimaton Saadiah. Semua kak tapi pak takde pulak yang bertanya. Hehe. So, untuk kak-kak & sesaper je lah or even untuk diri aku sendiri next time aku sign marathon, ni haaa....secubit garam untuk yang perhaps boleh digunapakai:

Tinggal lagi 5 hari beb. Boleh la pelan-pelan carboloading. Amik aje portion macam biasa tapi lebih kan menu yang high carbo & kurangkan or elakkan food yang susah nak cerna. Aku dulu maintain aje makan nasik siang malam cuma last 3 days baru jadi mamat Italian makan pasta. Nak lahap seminggu mau lidah berpintal macam fetucini kang. Jangan pulak kalut, nervous breakdown last day tu pi ter-over lahap sebab takut takut tak cukup. End up stomach upset esok pagi. Bye-bye aje ler PB or even run itself. Sia-sia je training turun naik Hartamas 12 minggu.

Lihat sini untuk wiki carbo loading : http://en.wikipedia.org/wiki/Carbohydrate_loading

Hydration: Maintain macam biasa gak la cuma last few days tu boleh la tambah perisa sikit dengan electrolyte. Kalau tak boleh telan ORS paket tu, macam-macam perisa tablet ada. Nuun, Camelbak, Shotz, Nathan. Even pagi kat Dataran Merdeka tu aku bawak sebotol mineral boleh minum sikit-sikit sementara tunggu start. Botol boleh buang terus lepas tu.

Part dressing ni elok la pakai apparel & gear yang dah biasa meghoyan kat LSD tu. Kalau nak sia-sia kan training, boleh la try benda baru. Hehe. Sekarang attire pun semua dah macam pro. Setakat suar ketat tu dah common la. Elok la tu, tutup aurat & boleh singgah solat Subuh masa marathon nanti. Yep, if route same as last year, boleh singgah Madrasah Al-Tarbiyah just before Stadium Badminton Cheras. Last year aku siap tinggalkan kain pelekat a day before so pagi tu terus sarung je. Lepas tu dok cari Nik dalam jamban yang gelap gelita. Hehe. Sorry bro, terkonang sikit cito lamo :]

Errr...kalau agak2 nak baru nak cuba bawak cap or cermin mata hitam Oakley, tak yah la kot. Berat benda alah tu semua boleh cecah 50kg bila dah sampai KM30. Kot nak campak kat kedai runcit boleh gak tapi masa tu la saat & ketika mentari memang dah mula menyinar & menikam.

Food & drink: Yang ni memang kadang-kadang pening sikit beb. Macam biasa, makanan ruji powergels or Gu gels or Hammer gels. Berapa paket Pak? First marathon dulu aku bawak 5, pastu ada belen satu pulak. Sengal. Kedai Powerbar bagi free satu kat Petaling Street. Perisa cekelat. Habiskan aje terus, kan senang tak yang buat berat poket. Kalau target 5 jam, boleh la bawak 4 paket for every hour. Powerbar bagi free satu kat KM30+ kot. Boleh check route map untuk fuelling station please. But then last year aku kurangkan, bawak 3 aje. Seingat aku at 21km baru aku bedal first gel, lepas tu maintain every hour + yang free tu. Itu aku la. Masing-masing lain citarasa. Lagi pun Kak June ada bukak kedai runcit kan? Lagi sempoi! Oh! Minum air at setiap water station tu sudah mesti. Bukan togok segelas penuh or 2-3 gelas. Kembung berkocak dalam perut, naik LRT ler jawapnya. Cukup sekadar basahkan tekak, especially time nak makan gel tu. Apa nak risau, water station every 2.5km kan?

Eh! Petua yang boleh kata mujarab. Aku memang maintain sampai la ni. Bawak tablet ORS masa race day. Bawak sebijik dua. Normally cramp datang merayap bila dah cecah KM25 ke atas. Biasa la tuh. Pop setengah bijik dalam mulut & hisap macam Dequadin sebaik aje mula terasa bisikan cramp. Layan aje buih-buih sparkle dalam mulut. Sedap gak, macam asam boi. Tapi jangan la sampai berbuih kuar mulut, pastu buat-buat menggelupor tepi jalan kan? Hospital Besar KL dekat dah tu.

Pace notes kalau boleh bawak memang senjata terbaek. Mujarab untuk menjaga pace supaya tak tercangkuk dengan kaum yang terlalu laju or tersangkut dengan kaum yang terlalu slow. Unless ada kaum yang memang pace sama all the way, tapi jarang la. Even pacer bertauliah kat KL Marathon tu pun masih belum perfect. Klik sini untuk pace notes yang boleh di-print & jadikan wrist band http://www.marathonguide.com/fitnesscalcs/PaceBandCreator.cfm.

Sila refer widget caps sebelah kanan blog ni. The second one. Itu memang menjadi guide aku setiap marathon. Guna aje citer kanak-kanak kura-kura & arnab. Start slow & habis bertenaga. Tak yah nak poyo tengah ramai-ramai tu nak berdesup mula-mula pastu bonk kat KM25. Takde makna dah lepas tu. Jauh perjalanan tu & banyak masa boleh catch up. Bukan apa, bila tekan awal-awal ni, potensi cramp menyerang awal tu ada. Unless dah memang dalam training ada buat strength workout takpe, tapi kalau nak mission nak cross finish line dengan senyuman & injury free, pastikan anda tepek pace notes bior terang.

Oooop! Cukup dah. Berjela bercerita. Macam terer je kan? Aku sekadar berkongsi berdasarkan pengalaman yang tak seberapa ni & pengetahuan membaca. Mudah-mudahan ada yang boleh pakai, ye tak? Semoga kawan-kawan semua sukses di KL Marathon dan Sundown Ultramarathon Ahad nanti. You can do it! But remember, Bill Rodgers pernah berkata "The Marathon can humble you". Ia bukan alat untuk kita bermegah or poyo sebaik completion. It's a journey yang telah membuatkan aku kenal betapa tingginya langit & betapa kecilnya aku & betapa kompleksnya ciptaan Allah yang mencipta tubuh badan kita yang selengkapnya ini.

OK. Sila layan lirik lagu masa aku attend kursus bina semangat 15 tahun dulu. Keh keh keh :]
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

14 comments:

  1. ya ampun pak joe, resepi kali ni memang betul2 setepek dengan citarasa kak pah. kalau boleh nak request soh jadi pak pacak kat finish line tu boleh? kahkahkah

    terima kasih saka sakan!

    ReplyDelete
  2. pak joe mana pulak ni? bang joe ke parjo? Adoiii aiii kak pah. pak pacak? aisey. den nak kayuh broga hari tu la (saja bagi jeles). keh keh keh. nengok keadaan. jaga kedai runcit kak june pun best gak :]

    sama-sama sakai!

    ReplyDelete
  3. Ni tengah dok fikir, perlu ke bawak Oakley, speks dah tentu kena pakai. Takut plak nanti kena lari sampai tgh hari..huhu
    Nice one DM!

    ReplyDelete
  4. Aisehmen baru ingat nak cangkuk abg jack, tak lari rupanya. Anyway, tima kasih lah resepi rahasia awet muda abg jack tu dan juga resepi rahasia air ketum abg jack tahun lepas. Kalau boleh, abg jack tunggulah kat kedai runcit pakai costume hehehe

    ReplyDelete
  5. laaa apsal kau tak lari... kau ada kelas swimming ye pagi tu? Kot ye pun, Kapas Marang tahun depan lama lagi bai... meh la sini lari sekali

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing, even aku pun join tak berlari jugak Ahad nanti. :)

    ReplyDelete
  7. ZY, definitely aku trust hang boleh perabih sebelum tengahari punya. If nak bawak boleh aje, sangkut atas cap. Oakley mahal ringan macam kertas :]

    Thanks Kak June! Just doing my part for friends & FMVs (kalau depa ngulau ke blog ni la :D...)

    Aiseymen Deo. Abg jack memang takde kat sini. Wak Parjo je ada. Air ketum tu kena balut towel pepagi elak dari kena embun (rahsia tambahan). Kedai runcit...SIGN!

    Sori Syah. Correction, it's Kapas Miri. Bukan aje start kelas, tapi dah kena start swim sekarang. Hahaha.

    Most welcome Che! Ahad pi jaga kedai runcit jual minyak buah pala pun baguih noooo...

    ReplyDelete
  8. Lepas tu dok cari Nik dalam jamban yang gelap gelita. ---> hui..apsal cari Nik dalam jamban oi..crite hot nih..heh heh
    Excellent entry but I have yet to find my poignant marathon finish moment.

    ReplyDelete
  9. Sebab nak tau dia bilik nombor berapa. Jamban gelap gelita. Takut tersalah ketuk, ganggu his poignant moment pulak. Hehe.

    Julin, from your marvellous race achievements, I believe you'll find yours soon :]

    ReplyDelete
  10. mwahaha..gelak aku tahap gaban pencen lari, lepas tu naik beskal..
    Good one diket...!!
    ok, nak pegi ambik bib jap...

    ReplyDelete
  11. keh keh keh. glad that kau gelak tahap gaban. bila pulak nak gelak tahap ultraman? selamat McIjam for coming Sunday!

    ReplyDelete
  12. oit oit oit.. korang ngumpat si Nik tu dia tak marah ke ha???

    "Doing business in the dark can humble you" - EnAikAY

    ReplyDelete
  13. Oit! Enaikay. Nik tu kompom tak marah sebab nanti keboroi-an dia makin terserlah :]

    p/s. Yeay! Nik buat appearance kali ke-2 dalam blog world. Keep it up bro!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.