Monday, June 13, 2011

Kayuh Pedih Peha

Di kala orang sibuk ber-LSD mengumpul milage untuk KL Marathon, malah ada yang dah start berseronok-seronok taper makan tapai, aku terpaksa merelakan diri membaca status wall FB kawan-kawan yang dah hampir bersedia untuk ber-marathon. Tinggal lagi 2 minggu aje ye tak? Semoga performance yang terbaik untuk kawan-kawan dan keselamatan yang terjamin. Aku kali ni kira dah kompom jadi penonton tapi belum boleh bukak blog macam penonton.blogspot.com. Hehe.

Weekend tetap datang dan kerja part time sebagai weekend warrior tak boleh ditinggalkan begitu aje. Nak lari kaki dan semangat dah kira macam biskut merrie lemau, so pusing crank aje yang aku termampu. Dapat gak la dikumpulkan geng-geng kayuh untuk layan bukit bukau Ulu Langat Sabtu lepas.

Cuma di dalam kayuh suka-suka sambil selit strength workout ni, tak dapat aku elak untuk bercerita pasal beberapa jenis kaum yang pada aku agak unik sikit.

The usual corum were there as we gathered up from my place, along the way and until the final meeting point at Batu 14. However, ada beberapa muka baru yang aku belum pernah jumpa i.e. jiran Lias, an old timer yang nampak macam baru start kayuh dan anak dia, perhaps somewhere early 20-s yang juga nampak gaya macam bukan regular cyclist tapi berlakon macam ye.

The laid out route was Bukit Hantu dulu, followed by Peres and loop back to Batu 14 via Batu 18 with lontong semangkuk thrown in for the starving souls. Tackling steep slopes of Bukit Hantu may require a bit of patience, and not for the gelojoh type. I saw the phenomena once the hard part started to kick-in.

Macam biasa, some of us planned to squeeze in some intervals into the weekend ride, so ada la sorang dua yang hit the throttle for LT mode. Aku, chillax dulu enjoy chit chat sambil hirup kabus pagi yang tebal. Tapi aku sedikit terkejut bila tengok this family couple decided to join the LT party dengan mencangkuk Alwin & Azmar yang mula menghilangkan diri ke dalam kabus. Bior betik?! Betui ka rombongan anak beranak ni bersedia nak push into red zone seawal kayuhan 3km ni?!

Kecuaian melanda tak sampai 200m bila si bapak dah mula goyang-goyang upper body ala-dangdut bila kaki dah mula lebur sikit-sikit. Tu la dia... awal sangat menghoyan. Aku sekadar senyum aje bila melepasi dia, didn't even bother to tegur or buat lawak sinis. Maklum ler tak berapa kenal. However, si anak masih dalam pursuit mode attempt untuk menggigit tayar belakang Alwin or Azmar. Aku perati aje 500m dari belakang.

Teori aku terbukti bila a few minutes later mamat ni dah kayuh zig-zag macam ular kena palu. Yang lebih merisaukan bila dia tak hirau dia melencong ke tengah-tengah jalan walaupun ada kereta yang lalu. Dah kena sawan kot. Sekejapan, kompom kaki dia pun dah lebur jugak dan aku decided untuk celah dari menyakitkan mata tengok adegan itu.

As usual, kat peak kena regroup. Dah dikira macam etika kayuhan kita. Bukan dok bedal menonong kayuh tunggu 10km kat depan or jumpa minggu depan. Lama jugak la bertapa kat puncak tu menunggu Lias & si bapak. Sementara dok layan sembang dalam keadaan cuaca sejuk yang macam nak hujan tu, tak sanggup aku tengok si anak ni dok main pusing-pusing kat jalan macam budak kecik baru dapat basikal. Terlebih makan coklat agaknya dia ni. 15 minit kemudian, muncul la Lias & si bapak. Di laporkan si bapak jatuh masa tengah climb sebab kaki complete lebur & tolak basikal. Aduhai. Tambah lagi haru, si bapak ni mengidap diabetes ropanya. Patut ler anak tak reti dok diam.

Lantak ler. Turun terus sampai kat Dam Semenyih & ke Peres. Sepanjang jalan, as usual orang muda itu tetap dengan kayuhan huru hara nya. Kejap dia sprint ke depan. Kejap dok balik dalam peloton. Sat nanti dia dok kayuh tengah jalan tak dengor kereta kat belakang sebab pakai MP3. Nak aje aku sepak mamat ni. Rimas aku dibuatnya.

Sampai aje simpang Peres, terus aje kami naik tanpa berlengah nak regroup sebab semua dah dalam group. Eh? Apa daa yang aku cakap ni? Menu aku untuk Peres is 3 reps 10 minutes strength crank masak gulai kawah. Alwin buat endurance interval. Azmar cangkuk aje senduk mana yang boleh. Azahari ada cobaan untuk memulakan attack di awal pendakian tapi sekadar iklan aje, lepas tu dia kembali ke pace drama melayu. Nasib baik tiada gangguan moral dari syarikat anak beranak tatkala itu. Memang terasa quads & calves pedih. Orang kata pedih itu bagus. Nampak gaya kayuhan tak cukup tanah bila aku cuma mampu selit 2 reps aje, puncak Peres dah sampai. Takpe, janji settle. Kami bertiga decided untuk turun semula escort Bahri yang dah sepurnama tak kayuh...bagi moral support sikit kat geng.


Turun dari Peres, aku make sure takmo berdekatan dengan budak itu. Risiko terlalu tinggi. Macam biasa, dari Simpang bau lontong kat Batu 18 dah menusuk kalbu. Lantas pacing 40kph bermula sebaik Azmar mencucuh pemetik api. Hahaha. Tarik menarik bersilih ganti untuk sesaper yang teringinkan kerja overtime. Speedwork sikit. Menggelupor masuk gerai order lontong, pecal & kuew teow sop. Maka berkampung lah kami buat seketika.

Sempat aku lontarkan se-das dua kat budak tu tentang style kayuhan dia. Bahri pun ada tambah lauk sikit. Tapi muka dia selamba. Cuba menukar topik ke citer kayuhan Ipoh cycling carnival yang baru-baru ni dia masuk. Race number kat bike pun tak bukak lagi tu beb. Iyo lah. Semoga berjaya. Masa kayuh balik ke Batu 14 pun dia buat aksi sama walaupun aku dah ingatkan jalan situ sibuk sikit. Tak sanggup kami nak tengok, kasi pancung sikit sambil aku berpesan suruh dia pi escort bapak dia kat belakang tu. Jadik anak yang soleh kejap dari hang jadi katak penyek tengah jalan.

Begitu lah al-kisahnya setakat pemerhatian aku dengan spesis-spesis unik di bumi ini. Kita kadang-kadang lupa pada peribahasa lama "Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga." Kalau nafas pendek, kasi pelan-pelan kayuh cukup dah brader. Setakat weekend ride pun dah macam nak berlumba apa ke hal?

18 comments:

  1. Hebatlah lu bro... siap guna bahasa sinis tu yang best aku baca ni... apa2 pun aku jelous bila orang lain enjoy. Tekanan..

    ReplyDelete
  2. Takde apa ZulH. Samo-samolah kita ingat mengingati. Jangan jeles bro, setiap apa yang berlaku semua ada hikmah. Kita kena cool je :]

    p/s. Eh? Sampai bila daa aku kena jadi Cik Anon kat rumah sendiri ni?

    ReplyDelete
  3. apa ke heyyy budak tu, tanda2 awal penyakit diabetik nak datang kot?!

    glad u had fun, kami plak cari pasal dengan pesta menyeksa kaki di KL nanti

    ReplyDelete
  4. Baru dapat kayuh basikal bapak. Excited la tu.
    You guys sure can nail the seksaan punya. Good luck :]

    ReplyDelete
  5. ehe.. kalau dah cakap berlapik pun masih selamba, patut sound direct je orang camtu.. bukan apa, keselamatan takleh kompromi.
    tapi kalo bodoh sombong pun susah gak ye..?

    wan won anon juge

    ReplyDelete
  6. Aku rasa orang macam tu kena lapik tapak tangan kat dahi baru dia sedor kot :]
    Lenkali kalau dia ada, aku kayuh jauh2 utk elak pedih hati

    ReplyDelete
  7. OK aku dah jumpa solution to Cik Anon's issue. Try uncheck "remember me" to sign in. Kasi try cuba :]

    ReplyDelete
  8. Otai jugak yg solvekan isu anon nih. Tahniah & thanks bro, walaupon takde hadiah nak bagi... yahoo! aku bukan anon lagi

    ReplyDelete
  9. Hahaha. Alhamdullillah kita tak lagi menumpang kat blog sendiri. Bro Wan Won pun terjebak nasib yang sama :]

    ReplyDelete
  10. erm..
    anon tu aku sengaja buat sebenarnya..
    ingatkan korang saja gak buat anon tu sebab malas nak sign in.. lebih laju taip nama seniri pastu klik anon daripada nak kena sign in.. ehehe..
    [:)]|=< - spongebob kak pah

    wanwonanon

    ReplyDelete
  11. Budak tu nak eksyen power kat otai, last-last nampak cam badut sarkas.
    Hapoda.
    Besnya nampak kayuh. Bila tgk the Biggest Loser punye contestant kayuh 42 K atas stationary bike,rasa cam sebak je hati bila diorang abis.
    Try jugak lepas tu, tapi lepas 4K pun dah malas.. hehe.

    ReplyDelete
  12. cis...kena goreng je dengan wanwonanon...sedap gak nama tu beb. sign!

    Julin, kalau badut sarkas boleh gak layan yong tau foo padang sarkas tapi ni dah lain macam dia punya huru hara :]

    Kayuh atas stationary kena ada motivasi sikit. Layan la lagu ahmad jais baru boleh cecah 40km.

    ReplyDelete
  13. Walaupun hanya dengan satu perkataan, komen & peng-komen ini cukup membuat kan hari ini penuh sejarah! Welcome back Nik! Hari ni dua suku kata, esok boleh try tiga suku kata pulak ye? :]

    ReplyDelete
  14. budak tu pakai scott cr1, abah dia pakai pinarello ke bro? saya macam kenal je gaya budak ni...

    ReplyDelete
  15. hehehe... dari jalan cerite tu, saya memang kenal dgn gaya kayuhan budak tu.. mulut menag takde insurans punye.. pape pun blog ni memang best!!

    ReplyDelete
  16. terima kasih saudara Anon :]
    takpe, asalkan dia & ayahnya bahagia. lain kali kalau dia terkayuh dgn kita lagi, kita make sure dia beli skim takaful iklhas.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.