Sunday, December 18, 2011

PCPJ Tawan Bukit Beringin

KUALA LUMPUR : Wakil tunggal Persatuan Cikgu Pendidikan Jasmani (PCPJ) yang dikenali sebagai Cikgu Ahmad (bukan nama sebenar) telah buat julung-juling kali menyertai Malakoff Run KL 7km 2011. Walaupun dengan isu tegang di antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Majis Sukan Negara (MSN) yang sedang melanda (walaupun takde mengena dengan PCPJ), Cikgu Ahmad telah memberi persembahan terbaik dalam kategorinya.

Saingan hebat juga telah diberi oleh pelari-pelari Persatuan Cikgu Kimia (PCK) dan beberapa orang Persatuan Cikgu Fizik (PCF), namun Cikgu Ahmad telah membuktikan kewibawaan PCPJ meneraju puncak kejayaan Kesatuan Cikgu-cikgu Amatur SeMalaysia. 

Dalam ulasan semasa ditemuabual, "Saya ni pun terpaksa ganti kawan saya disebabkan kecederaan yang dialaminya ketika sesi latihan baru-baru ini. Tapi saya berpuas hati dengan prestasi semasa walaupun elaun "track bottom" kami masih lagi diperbincangkan dengan hangat di peringkat CUEPAC."

"Peserta kategori 7KM memang tak berapa ramai & saya kurang kenal kebanyakan daripada mereka. Nasib baik saya bawa MP3 (redeem Maybank Treatpoints), jadi ia sedikit sebanyak membantu memecah kebuntuan terutama ketika mengharungi laluan berbukit di sepanjang Jalan Beringin", ulasnya lagi.

"Setakat ini saya sedang menjalani latihan "pace" untuk acara yang lebih mencabar tahun depan. Jadi dengan penyertaan PCPJ di dalam beberapa acara perlumbaan larian baru-baru ini seperti Nike Run KL, Tibi Run dan Chin Woo Biathlon, sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam mengenalpasti "pace" yang selesa untuk cabaran akan datang" ulas Cikgu Ahmad sambil menikmati sarapan percuma berupa Tau Fu Fa & mee goreng.

"Saya juga dapat menumpu perhatian kepada latihan ketika cuti persekolahan panjang ini walaupun terpaksa membahagi-bahagi masa untuk menghadiri jemputan perkahwinan dan cuti-cuti keluarga." jelas Cikgu Ahmad ketika ditanya bagaimana dia mampu memberi komitmen untuk sukan yang diceburinya.

"Acara yang seterusnya untuk PCPJ ialah Cabaran Tahun Baru Newton 2012 yang akan berlangsung pada 1-Januari 2012. Saya difahamkan acara tersebut menyediakan laluan yang agak sukar dengan beberapa bukit dan juga faktor cuaca yang mungkin akan mencabar kekentalan peserta. Saya akan bersedia secara fizikal dan mental untuk cabaran tersebut." kata wakil tunggal Zon Tengah PCPJ untuk acara akan datang pula.

Ni lah hasilnya kalau dok baca Harian Metro untuk dua hari berturut-turut sambil layan nescafe sebab tak berlari pepagi :]
Lassat ler Cikgu Ahmad! keh keh keh

9 comments:

  1. muahaha sempat lagi bertindak kreatif tu, congrats on your timing!

    ReplyDelete
  2. Hehehe. Kreatif pepagi otak tengah gumbira. Timing runcit-runcit je. Itu pun bib subsidi :]

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada wakil PCPJ Zon Tengah, Cikgu Ahmad. Walaupun dikate timing runcit ( katanye!!), namum membawa kejayaan yang terbaek untuk meninggikan markah SKT.

    ReplyDelete
  4. Hehe. Terima kasih pengerusi PCPJ Zon Utara. Mudah-mudahan dengan peningkatan markah SKT boleh lah tambah stok seluar 'track bottom' yg ada compression pulak :]

    ReplyDelete
  5. Tahniah Cikgu Ahmad, sungguh sensasi (bahasa Harian Metro) larian cikgu sampai makan asap cikgu fizik dgn kimia hehehe. Sensasi dan menginspirasikan lah! Congrats bro!

    ReplyDelete
  6. Thanks brader. Lari bidan terjun nama dia.

    ReplyDelete
  7. Kalau saya rejister, ada dapat boucher beli seluar ka? Saya seperti biasa, pelari materialistik tapi tak pakai lipstik ataupun skirt.

    Tahniah! Pre-rekuisit ni maner2 pelajar nak masuk sekolah cikgu Ahmad, kena lari 10k dulu

    ReplyDelete
  8. Cikgu, kat mana saya boleh beli track bottom yang ada kompression? Hikhik
    Tahniah bro! Kental ko!

    ReplyDelete
  9. Syah, untuk yang baru nak berseluar labuh, voucher pembelian track bottom Admiral atau Topper akan diberi PERCUMA!

    Zack, setakat ni belum ada track bottom compression, tapi kalau kau nak jugak boleh try pakai seluar silat cekak :]

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.