Monday, December 12, 2011

TIBI Run & Kuala Gandah

Antara weekend aku yang paling pack macam nasi goreng ayam mamak yang aku tengah kerabat sambil mencoret entry ni - carboload tak boleh tinggal beb & while idea blogging masih segar & juga sebab aku ada masa.

OK Sabtu, dengan perasaan casual & juga dressing casual aku dok berlonggok dengan ratusan yang lain di Padang Merbuk untuk Tibi Run. Support kawan-kawan beb, Aki of CAR selaku penganjur untuk Persatuan Tibi. Yuran tak berapa mahal, t-shirt pun boleh tahan cun...memang itu yang kita mahu kan :]

Maka berjumpalah aku dengan pelari-pelari tegar tanahair lagi legend untuk sama-sama catch up latest story & pengalaman diorang berlari di setiap pelusuk tanahair & luar negara. Memang kagum & tabik tak berenti-renti lah aku masa dengor depa dok story. Bergambor dengan depa sudah mesti. Dressing toksah citer la, depa yang mai Tibi Run ni memperagakan wardrobe koleksi pakaian lari depa yang canggih. Aku nyaris gak lah kompius sama ada ni locally organised Tibi Run or international run & costume affair. Segan jugak lah aku ni yang hanya berpakaian serba skema, saling tak tumpah macam Cikgu Hoki sekolah aku dulu.

Photo with the Champions
Namun, lamunan ku terhenti admiring these people bila aku disergah ketua kampung, Det supaya pi warm up. Sedetik kemudian, maka berlepaslah kami mengorak langkah bukit yang pertama.

Rezeki tu ada di mana-mana. Maka di celah-celah ramai tu dikurniakan aku pacer tak official, Deo untuk aku cuba cangkuk. Sori Deo, aku tak mintak izin. Memang laju beb. Dari bukit Sekolah Arab sampailah ke simpang Double Hill aku hanya mampu cangkuk dengan mata kail ikan sepat je (cangkuk jarak jauh hampir 30 meter tuh). Sekali check pace, ropanya 5 min/km bro! Patut ler rasa peluh jantan pun dah segan nak keluar. 

Namun Deo telah membuat keputusan untuk chill sebelum attack Double Hill (maybe simpan kaki untuk Melaka 12 Hour Walk). Aku meneruskan santapan Happy Meal Double Hill Burger dengan nafas yang diselang seli dengan bunyi kerbau. Lama betui tak kerabat bukit ni, memang ada tangkap sikit sayu je hati especially bukit nombor 2.

Mujurlah depa tak suruh kami kerabat bukit Wisma Tani. Lega. Kami terus ke Jalan Parlimen. Alhamdullillah settle & betis aku dah mula ketat. Nampak gaya prestasi kaki ku agak memuaskan setakat hari ni sebagai pembuka lembaran Hijrah. Terbaek. Oh! Tak lupa jugak nikmat milo yang dah lama dirindui...Pergh!

Namun level endurance aku bukan aje diuji sebelah pagi aje. Tengahari kami sefamili pi layan gajah kat Elephant Conservation Sanctuary, Kuala Gandah, Lanchang. Pendedahan ilmu pengetahuan untuk kaum keluarga.

Lama betul aku tak menghirup atmosfera hutan malar hijau sebegini. Kedinginan arus sungai mengimbau kenangan masa lalu di Lubok Simpon, Taman Negara Pahang. Syiok oooo layan mandi sungai kat hutan, dulu aku juara terjun tirup Kampung Dusun.

Let the pics tell the story bleh?

Bergaya dengan t-shirt baru keluar plastik :]
Baru lepas mandikan anak gajah
Syok betul tengok sungai. Gerammmm je... :]
Geng panjat gunung 90's. Now penunggang motor c.c. besau
Layan aje
Geng rambut pacak Deerland, Lanchang
Anak rusa nani

Bambi

14 comments:

  1. Kuala gandah best kan? I was there years ago, my eldest sekolah lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Mantop bai! Wa tgk lu pakai track bottom lain, bukan yg 3 belang tu kan? mmg sebijik cam cikgu PE hehe.

    Kuala Gandah tu boleh main pergi ajer ker, x yah nak booking bagai?

    ReplyDelete
  3. Betui Kak June. The whole family loved it.

    Ziff, yang aku pakai kali ni seluar silat pulak. Muahaha!

    Kuala Gandah FOC sebab Perhilitan (Gomen) punya. Nak elephant ride memang kena call to book. If not redah aje, tengok aje pun dah best :]

    ReplyDelete
  4. the return of PE teacher! terbaek bro!

    Cepat register FTAAA Cross Country, akhirnya boleh cangkuk DM next year sbb dah masuk kategori Jr Veteran...yehooo :)

    ReplyDelete
  5. Dulu ada gak PE teacher ke Ray? Tak kenal pulak aku :]

    Aku tak sehebat korang la bro. Kau pi cangkuk orang2 lebih power adalah lebih berjaya :]

    ReplyDelete
  6. Bro, tak payah mintak permission lah. In fact, it's an honor to run alongside The King walaupun sekejap sbb aku terpaksa chill (read: semputs!) sblm doouble hill. Apa-apa pun welcome back The King!

    ReplyDelete
  7. Thanks Deo. Here's to more races!

    Persatuan Cikgu PJ (PCPJ)? Fuiyo! Sign. Lagi banyak persatuan lagi baguih :]

    ReplyDelete
  8. dah lama terpikir nak gi kuala gandah, tapi tak pegi2 gak.

    hang tulis happy meal, terus rasa lapar lak. hahaha

    ReplyDelete
  9. Tak dapat pegi Tibi Run sebab pagi lagi dah ke Melaka. Lentahun laa if ada kelapangan..
    Kuala Gandah tu aku kena selidik lah, budak2 tu mesti excited...
    Tahniah dad, weekend yang mantap!

    ReplyDelete
  10. tsar & zack, hang kaki adventurous memang berbaloi pi nengok wildlife macam k.gandah tu. make sure booking awal for the jumbo ride. if not nengok dari tepi aje. dekat je. about 1 hour drive from Gombak. dah, pi makan weiii :]

    ReplyDelete
  11. Dalam ramai2 gambar first yg runners tu... anda kelihatan tak ubah seperti remaja yang paling muda di antara mereka.... Saya kagum!

    ReplyDelete
  12. Ishk! Kau ni. Pi basuh muka betul-betul pagi ni. Ikut IC aku paling tua la beb. Gambor IC aku lagi tua, bermisai bagaikan cikgu disiplin. Bukan kagum, tapi kaget! :]

    ReplyDelete
  13. nasib baik tak pi swim buat recovery sekali, ada bran rendam kepala dlm air (tuttt) gajah? muahaha

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.