|
Organizing memang 'A'. Thumbs up! |
Untuk tahun
2013, ni lah event mountain bike pertama yang aku sign. Tanpa sebarang
kerja-kerja letihan off road, aku bedal.com aje. Al-maklum busy mencari milage
dengan road rides. Sekurang-kurangnya ada la sedikit bekalan stamina. Lagi pun, sekali sekala kena jugak test kemampuan. Macam ujian bulanan anak-anak di sekolah gak. Alhamdullillah.
Tapi
musibat berlaku tanpa mengenal bau. Lain sikit ayat. Selalu orang buh “malang
tak berbau”. Aku rasa Allah nak test or maybe jugak balasan cash akibat aku
start bukan di tempat official. Padan muka akuuu…
Seawal 6.30
pagi aku dah ketemu Azmar di tepi jalan depan Minlon sebab nak konvoi untuk ke venue
& collect goodies. First time masuk Kota Warisan, selalunya lalu depan je.
Tak sangka banyak jugak rumah & kedai-kedai yang dah occupied. Trail mtb
sure memang dijangka ada punya sebab ladang kelapa sawit yang terbentang luas
memang adat trail jamboree kat Malaysia.
Start line
kat atas bukit. Kalau hangpa lalu main road Dengkil-Salak Tinggi, sure boleh
nampak tulisan putih besaq Kota Warisan kat tepi bukit depa buat. Haaa…kat situ
lah. Disebabkan jumlah peserta hampir mencecah 1500 orang, cubaan menyelit di
belakang Start Line dah agak mustahil. Lantas aku & rakan-rakan decide
untuk mula dari bawah aje di mana jalan lebih luas & kurang kesesakan.
|
Ramai tu boh! |
Sebaik peloton
hadapan melintas kami, aku teruih cangkuk. Memang sah laju kepala keretapi
mountain bike ni. Sekali sekala aku cuba menjeling meter, terkezut jugak aku
tengok speed mencecah 35 km/j!!! Tu dia aih! Maybe sebab atas jalanraya lagi.
Selepas 5km, bermulanya off-road. Itu pun aku dok perasan speed masih boleh
maintain 32 km/j!!!
Off-road
peringkat permulaan agak lapang dan permukaan jalan masih rata. Tapi sebaik
memasuki canopy ladang kelapa sawit dan bermulanya jalan sedikit mendaki,
permukaan dah mula 100% off-road condition. Loose rocks & tebing jalan yang
terhakis. Even siap ada parit melintang.
Kalau kayuh
santai dengan kawan-kawan over the weekend mungkin keadaan tidak begitu risky
tapi dalam kumpulan sebegini ramai dengan kelajuan yang ‘Ma shaa Allah’ punya
laju, kesilapan yang sekecil kuman boleh mengakibatkan dunia ini terbalik
seketika. Hahaha!
Tang parit
melintang at 45 degree tu lah Yang Berbahagia ini telah bertukar menjadi Yang
Tergedodos! Aku follow rapat rider depan, tidak kurang satu kaki jarak tayar
depan aku & tayar belakang dia. Keadaan yang mula mendaki menyebabkan pace
attack bukit berlaku. Rider depan lepas parit tapi aku tidak. Kuang! Kuang!
Kuang!
Maka aksi
James Bond telah bertukar menjadi aksi Jebon. Handlebar aku terlipat sebab
tersangkut dalam parit & aku terhempas aksi Silambam melebamkan sebelah kanan
badan. Adeh! Penuh tanah dari lengan sampai ke kaki. Kaki kanan masih
tersangkut di pedal, slow-slow aku tanggalkan. Rasa perit-perit sikit je tapi
aku kurang ambil perhatian. Kayuhan perlu diteruskan sebab aku rasa aku masih
gagah. Boleh ke?
Slow-slow
aku bangun dan dirikan basikal semula. Riders masih menderu-deru melepasi aku
dengan kelajuan yang menggerunkan. Aku menanti peluang untuk masuk balik dalam
peloton. Ada 5 saat aku tunggu & terdapat bukaan, terus seriaaap! Aku masuk
& sambung attack bukit semula.
Slow-slow
juga keperitan dah mula amplified. Macam ada amplifier pulak dalam badan ni.
Maybe otak aku dah mula hantar message rasional bahawa terdapat kecederaan yang
perlu diambik perhatian. Sambil-sambil aku assess injury. Dari siku sampai ke
tangan terdapat calar yang agak nampak brutal. Darah dah mula mengalir &
luka dah mula bercampur peluh lantas menghantar message ‘nyut! Nyut! Nyut!’.
Adeh! Pedih!
2XU syariah
compliance compression tight aku pun dah kelihatan lubang di lutut sebesar biji
kacang hijau. Adeh! Lutut pun terasa pedih, harap tak luka kronik.
Ride pace
di dalam group depan ni boleh tahan chun. Setelah beberapa kilometer kayuhan,
aku dapati masing-masing dah mula menjaga pace yang sustainable. Takde lagi
terdapat attack di bukit. Begitu juga tatkala menuruni bukit. Ketinggian bukit
yang kami daki berbeza-beza. Ada yang ciput pendek je tapi curam dan ada jugak
yang sayup mata memandang. Siap zig-zag lagi. Ada jugak yang kreatif tu siap
jerit pulak dari atas. Adeh!
Part
downhill pun boleh tahan mencabar. Bukan sebab teknikal sangat tapi sebab
kelajuan dan permukaan trail yang menghamparkan batu-batu pecah dan hakisan.
Agak bahaya sekiranya hilang tumpuan dan yang 50-50.
Setiap kali
aku sampai di CP, aku akan cuci luka dengan air mineral yang diberi setelah
meneguk membasahkan tekak. Ye betul! Keeping up with the pace memang
menyebabkan tahap dahaga yang boleh tahan kronik. Tapi aku tidak menghabiskan
masa yang lama di setiap CP. Paling koman 2-3 saat togak air pehtu ciao.
Dah puas
mengharung trail kelapa sawit, kami redah pulak single track di celah-celah
semak mana entah. Aku follow aje orang depan sebab takde ruang memotong. Lagi
pun pace kami semua lebih kurang sama. Sebaik keluar dari semak samun, jalan
pasir tanah terbentang luas menuju ke jalanraya berturap. Jarak kayuhan baru
mencecah 30km dengan masa kayuhan menghampiri 2 jam. Aku jangka mungkin ada
satu lagi loop off-road yang akan diredah tapi sebaik aku berselisih dengan
Azmar, aku difahamkan yang kayuhan dah hampir habis. Leeeer!
Once masuk
jalanraya, kami diarahkan menuju semula ke arah garisan penamat (start line
tadi gak). Berdesup aku layan tapi seat post pulak lama-lama menurun. Adeh!
Takde masa nak stop untuk adjust. Aku layan aje setakat yang mampu sampai ke
penghabisan. Alhamdullillah.
Second notification
aku terima dari otak apabila pinggul kanan (term yang paling baik aku boleh
fikirkan buat masa ni) aku terasa sakit. Mula-mula aku ingatkan sebab seatpost
rendah tapi mungkin juga hasil aksi Jebon tadi. Sengals!
Dengan
penuh sopan santun aku capai se-tin minuman Red Bull dari gadis Red Bull (ngeh!
Ngeh! Ngeh!) dan slow-slow aku teguk penuh rasa kepuasan & kesyukuran
sambil aku perhati panorama sekeliling.
Nampak gaya
hasil dari sesi letihan hujung minggu yang lepas-lepas mampu menyediakan
platform untuk aku maintain kayuhan intensity tinggi dalam jamboree ni.
Alhamdullillah dengan nikmat yang dikurniakan. Dan Alhamdullillah juga takde injury
yang lebih serious dari itu.
Namun, badan kali ni betul punya rasa letih hasil dari intensiti kayuhan. Asal nak bangun dari duduk sure muka mula 'tersenyum' kerana pinggul ku yang sengal dan tangan yang pedih. Adeh!
|
Pinjam neh dari CM Magazine. Jebon oren sebelah kanan :] |