Selepas
selesai Morib, kaki terasa sengal buat beberapa hari terutama hamstring. Hampir
aku suspen bila mengenangkan injury lama di hamstring kiri. Harap tidak
berulang. Cramp yang menyerang menghasilkan kesan sengal yang tidak surut sehingga 3 hari. Aku perlu
evaluate semula sesi letihan dan kayuhan agar tidak memudaratkan dan maintain
jauh dari injury.
Hati ini
masih melonjak-lonjak untuk membuat milage ride sebaik sahaja sengal kaki mula
hilang. Manusia memang macam tu. Hasil perbincangan BBM (ada lagi ke orang
pakai BBM??!!), kami decide untuk ke Kuala Selangor. Lagi sekali hirup angin
coastal.
Group tak
berapa besau, Cuma 6 orang aje yang join. Saiz yang sedang-sedang elok untuk
saling memahami jenis kayuhan yang dirancang. Plan untuk maintain selagi boleh
dalam Zone aerobic, tiada stop makan besau cume beberapa pit-stop pendek untuk
rehydrate and such.
Kayuhan
sesedap rasa & mampu bersembang sesame sendiri bermula dari Bukit Jelutong –
GCE – cilok masuk LATAR – exit di Ijok – persimpangan Batang Berjuntai – Kg Baharu
Pasangan (nice name) – Kuala Selangor – back to Ijok – Jalan Kuala Selangor –
Jalan Batu Arang – and back to Bukit Jelutong.
Di Kg
Baharu Pasangan kami dihidangkan dengan 15km jalan lempeng & tegak. Kalau
tidak kerana kerja-kerja menaiktaraf yang sedang berlangsung, dah tentu suasana
kayuhan boleh menjadi indah bagai berpacaran. Ngeh ngeh ngeh.
Angin dan
suhu silih berganti menambah ‘keenakan’ kayuhan seperti di mana-mana jua di
serata Malaysia. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar dan setiap di antara
kami masih mampu mengukir senyuman dan berjenaka sehingga ke akhir.
Jalan Batu
Arang yang turun naik macam belakang unta menghidangkan beberapa bukit pendek
tapi curam yang hampir mematahkan semangat. Tapi di kerabat kan juga demi untuk
kawtim total milage 144km. Alhamdullillah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.