Monday, March 11, 2013

MH Jamboree 360

Organizing memang 'A'. Thumbs up!

Untuk tahun 2013, ni lah event mountain bike pertama yang aku sign. Tanpa sebarang kerja-kerja letihan off road, aku bedal.com aje. Al-maklum busy mencari milage dengan road rides. Sekurang-kurangnya ada la sedikit bekalan stamina. Lagi pun, sekali sekala kena jugak test kemampuan. Macam ujian bulanan anak-anak di sekolah gak. Alhamdullillah.

Tapi musibat berlaku tanpa mengenal bau. Lain sikit ayat. Selalu orang buh “malang tak berbau”. Aku rasa Allah nak test or maybe jugak balasan cash akibat aku start bukan di tempat official. Padan muka akuuu…

Seawal 6.30 pagi aku dah ketemu Azmar di tepi jalan depan Minlon sebab nak konvoi untuk ke venue & collect goodies. First time masuk Kota Warisan, selalunya lalu depan je. Tak sangka banyak jugak rumah & kedai-kedai yang dah occupied. Trail mtb sure memang dijangka ada punya sebab ladang kelapa sawit yang terbentang luas memang adat trail jamboree kat Malaysia.

Start line kat atas bukit. Kalau hangpa lalu main road Dengkil-Salak Tinggi, sure boleh nampak tulisan putih besaq Kota Warisan kat tepi bukit depa buat. Haaa…kat situ lah. Disebabkan jumlah peserta hampir mencecah 1500 orang, cubaan menyelit di belakang Start Line dah agak mustahil. Lantas aku & rakan-rakan decide untuk mula dari bawah aje di mana jalan lebih luas & kurang kesesakan.

Ramai tu boh!
Sebaik peloton hadapan melintas kami, aku teruih cangkuk. Memang sah laju kepala keretapi mountain bike ni. Sekali sekala aku cuba menjeling meter, terkezut jugak aku tengok speed mencecah 35 km/j!!! Tu dia aih! Maybe sebab atas jalanraya lagi. Selepas 5km, bermulanya off-road. Itu pun aku dok perasan speed masih boleh maintain 32 km/j!!!

Off-road peringkat permulaan agak lapang dan permukaan jalan masih rata. Tapi sebaik memasuki canopy ladang kelapa sawit dan bermulanya jalan sedikit mendaki, permukaan dah mula 100% off-road condition. Loose rocks & tebing jalan yang terhakis. Even siap ada parit melintang.

Kalau kayuh santai dengan kawan-kawan over the weekend mungkin keadaan tidak begitu risky tapi dalam kumpulan sebegini ramai dengan kelajuan yang ‘Ma shaa Allah’ punya laju, kesilapan yang sekecil kuman boleh mengakibatkan dunia ini terbalik seketika. Hahaha!

Tang parit melintang at 45 degree tu lah Yang Berbahagia ini telah bertukar menjadi Yang Tergedodos! Aku follow rapat rider depan, tidak kurang satu kaki jarak tayar depan aku & tayar belakang dia. Keadaan yang mula mendaki menyebabkan pace attack bukit berlaku. Rider depan lepas parit tapi aku tidak. Kuang! Kuang! Kuang!

Maka aksi James Bond telah bertukar menjadi aksi Jebon. Handlebar aku terlipat sebab tersangkut dalam parit & aku terhempas aksi Silambam melebamkan sebelah kanan badan. Adeh! Penuh tanah dari lengan sampai ke kaki. Kaki kanan masih tersangkut di pedal, slow-slow aku tanggalkan. Rasa perit-perit sikit je tapi aku kurang ambil perhatian. Kayuhan perlu diteruskan sebab aku rasa aku masih gagah. Boleh ke?

Slow-slow aku bangun dan dirikan basikal semula. Riders masih menderu-deru melepasi aku dengan kelajuan yang menggerunkan. Aku menanti peluang untuk masuk balik dalam peloton. Ada 5 saat aku tunggu & terdapat bukaan, terus seriaaap! Aku masuk & sambung attack bukit semula.

Slow-slow juga keperitan dah mula amplified. Macam ada amplifier pulak dalam badan ni. Maybe otak aku dah mula hantar message rasional bahawa terdapat kecederaan yang perlu diambik perhatian. Sambil-sambil aku assess injury. Dari siku sampai ke tangan terdapat calar yang agak nampak brutal. Darah dah mula mengalir & luka dah mula bercampur peluh lantas menghantar message ‘nyut! Nyut! Nyut!’. Adeh! Pedih!

2XU syariah compliance compression tight aku pun dah kelihatan lubang di lutut sebesar biji kacang hijau. Adeh! Lutut pun terasa pedih, harap tak luka kronik.

Ride pace di dalam group depan ni boleh tahan chun. Setelah beberapa kilometer kayuhan, aku dapati masing-masing dah mula menjaga pace yang sustainable. Takde lagi terdapat attack di bukit. Begitu juga tatkala menuruni bukit. Ketinggian bukit yang kami daki berbeza-beza. Ada yang ciput pendek je tapi curam dan ada jugak yang sayup mata memandang. Siap zig-zag lagi. Ada jugak yang kreatif tu siap jerit pulak dari atas. Adeh!

Part downhill pun boleh tahan mencabar. Bukan sebab teknikal sangat tapi sebab kelajuan dan permukaan trail yang menghamparkan batu-batu pecah dan hakisan. Agak bahaya sekiranya hilang tumpuan dan yang 50-50.

Setiap kali aku sampai di CP, aku akan cuci luka dengan air mineral yang diberi setelah meneguk membasahkan tekak. Ye betul! Keeping up with the pace memang menyebabkan tahap dahaga yang boleh tahan kronik. Tapi aku tidak menghabiskan masa yang lama di setiap CP. Paling koman 2-3 saat togak air pehtu ciao.

Dah puas mengharung trail kelapa sawit, kami redah pulak single track di celah-celah semak mana entah. Aku follow aje orang depan sebab takde ruang memotong. Lagi pun pace kami semua lebih kurang sama. Sebaik keluar dari semak samun, jalan pasir tanah terbentang luas menuju ke jalanraya berturap. Jarak kayuhan baru mencecah 30km dengan masa kayuhan menghampiri 2 jam. Aku jangka mungkin ada satu lagi loop off-road yang akan diredah tapi sebaik aku berselisih dengan Azmar, aku difahamkan yang kayuhan dah hampir habis. Leeeer!

Once masuk jalanraya, kami diarahkan menuju semula ke arah garisan penamat (start line tadi gak). Berdesup aku layan tapi seat post pulak lama-lama menurun. Adeh! Takde masa nak stop untuk adjust. Aku layan aje setakat yang mampu sampai ke penghabisan. Alhamdullillah.

Second notification aku terima dari otak apabila pinggul kanan (term yang paling baik aku boleh fikirkan buat masa ni) aku terasa sakit. Mula-mula aku ingatkan sebab seatpost rendah tapi mungkin juga hasil aksi Jebon tadi. Sengals!

Dengan penuh sopan santun aku capai se-tin minuman Red Bull dari gadis Red Bull (ngeh! Ngeh! Ngeh!) dan slow-slow aku teguk penuh rasa kepuasan & kesyukuran sambil aku perhati panorama sekeliling.

Nampak gaya hasil dari sesi letihan hujung minggu yang lepas-lepas mampu menyediakan platform untuk aku maintain kayuhan intensity tinggi dalam jamboree ni. Alhamdullillah dengan nikmat yang dikurniakan. Dan Alhamdullillah juga takde injury yang lebih serious dari itu.

Namun, badan kali ni betul punya rasa letih hasil dari intensiti kayuhan. Asal nak bangun dari duduk sure muka mula 'tersenyum' kerana pinggul ku yang sengal dan tangan yang pedih. Adeh!

Pinjam neh dari CM Magazine.
Jebon oren sebelah kanan :]

4 comments:

  1. Adeh, get well soon, harap2 dpt sambung kayuhan hujung minggu seperti biasa... Awek redbull tak offer massage pinggul yang sengal tu ke? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks DC. Kami tengok pinggul awek red bull pun hilang dah sengal pinggul kami...tapi kejap je. kui kui kui

      Delete
  2. Jebon yang tergedodos... what a scene! hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not quite a scene unless you guys was around when the Jebon Skyfall-ing! Hahahaha.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.