Saya
boleh kategorikan diri saya sebagai seorang yang aktif, kebanyakannya dalam
sukan yang saya gemari. Bukanlah seaktif ahli sukan yang mampu bertanding di
peringkat daerah, negeri mahu pun negara. Saya aktif untuk kesihatan dan
memastikan minda sentiasa fokus. Yang pastinya, keaktifan saya mampu membantu
saya untuk lebih fokus dalam menjalani kehidupan harian daripada khayal
mengelamun atau malas atau buat perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
Zaman
saya dilahirkan dan dibesarkan tiada sebarang ‘alat penenang’ atau mungkin pada
zaman ini lebih dikenali dengan istilah ‘gajet’. Maka, saya dan adik lelaki serta kawan-kawan
jiran dan sekolah akan lebih kreatif dalam mengisi masa terluang dengan
aktiviti-aktiviti mencabar. Dari celik mata sampailah ke waktu untuk tidur,
minda kami sentiasa kreatif memikirkan ‘how to stay treat these adrenalise
rush?’. Akibatnya terhasillah trajedi rotan merotan dari ibu dan cikgu kerana
terlalu mendukung martabat konsep hidup aktif.
Banyak
kekangan sebenarnya sewaktu zaman sekolah rendah. Tambah lagi dibesarkan di
dalam persekitaran taman perumahan teres tahun 70’an. Kompaun permainan hanya
terbatas sehingga pagar dan empat penjuru rumah sahaja.
Namun,
kami mampu memaksimakan peluang yang ada dan 50% konsep hidup aktif tercapai
menjelang peringkat usia remaja (sekolah menengah). Pencapaian direalisasikan
apabila saya mempunya ‘pengangkutan sendiri’. Perspektif hidup bertukar secara
menyeluruh dan kebebasan meneroka tiada batasan sungguh memuaskan dan mempunyai
banyak pengalaman manis.
Kini sudah menghampiri 45 tahun membesar dan menambah angka
usia, saya mampu untuk menonton dan merakam evolusi industri basikal tanahair.
Walaupun basikal merupakan antara mode kenderaan mekanikal tertua dunia, ia
mampu mencorak sesuatu peradaban. Sudah
pasti masih ramai lagi lejen atau ‘otai’ yang meninggi ilmu mereka, namun ilmu
walaupun sekelumit sangat dituntut untuk disampaikan atau dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.