Ini cerita sebelum puasa. Sebagai warm up untuk menyambut Ramadhan Al-Kareem.
Aktiviti amal ber-platform-kan organisasi surau kesayangan kami, Al-Ansar. Misi menghantar bantuan sedekah berupa makanan asas berbentuk beras 5kg, minyak masak 5 liter, susu dan wang tunai untuk hampir 150 keluarga yang disenaraikan sebagai fakir miskin, ibu tunggal dan yatim piatu.
Pengumpulan dana tajaan bermula sejak bulan Rejab lagi tapi kutipan agak perlahan. Alhamdulillah menjelang suku ke-3 Syaaban, kutipan melonjak. Sudah pasti dirasai rahmat Allah swt semakin mula mencurah-curah kerana kian menghampiri Ramadhan.
Setelah mendapat harga belian borong dengan tawaran yang murah dari pasaraya NSK berdekatan kediaman kami, barangan sedekah diangkut ke atas lori yang diinfaqkan oleh jemaah untuk hari kejadian.
Rombongan disertai oleh hampir 30 orang jemaah dengan kekuatan konvoi sebuah lori, 3 buah 4X4 dan 3 buah kenderaan penumpang. Misi memulakan perjalanan seawal 8.00 pagi dengan sasaran untuk tiba di Bukit Gantang pada jam 11.00 pagi mengikut jadual yang telah disusun oleh pihak penerima.
Ustadz Idris Ahmad merupakan contact person kami di Bukit Gantang, selaku Ahli Parlimen di situ, beliau dapat mengenal pasti masyarakat asnaf di dalam kawasan parlimen tersebut.
Ketibaan rombongan di Masjid Al-Ahmadi, Kampung Changkat Ibol disambut dengan majlis yang agak luar biasa. Kami juga agak terkejut. Masjid rupanya juga penuh dengan majlis akad nikah selain majlis program kami.
Alhamdulillah. Penyampaian sedekah berlangsung dengan mudah. Jamuan mee udang kepada tetamu (kami ler) dihidang.
Kami juga telah dijemput oleh ustadz untuk ke kediamannya di pendalaman kampung. Ternyata sekali Kampung Changkat Ibol merupakan sebuah kawasan perkampungan yang agak besar (cuba semak Google Map) kalau tak percaya. Populasi kurang dikenal pasti tapi kelihatan sumber asas ekonomi di sini lebih kepada pekebun kecil dan petani. Suasana kampung masih terpelihara.
Konvoi misi bersurai sebaik meninggalkan perkampungan ustadz. Kami singgah di Taiping untuk minum petang di cendol tersohor, Cendol Bismillah sebelum memulakan perjalanan pulang memasuki lebuh raya.
Tatkala cuti sebegini, telah dijangka jumlah kenderaan di lebuh raya bertambah. Kesesakan sudah bermula selepas Kuala Kangsar. Kami membuat keputusan untuk keluar ke Simpang Pulai dan menyusur jalan lama yang lebih mudah untuk berhenti solat dan makan malam. Kesesakan juga di jalan lama setiap kali menempuh pekan seperti Gopeng, Kampar, Tapah, Bidor dan Sungkai.
Rombongan selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 2.30 pagi.
Secara dasarnya, gerakan ini didorong oleh program berlandaskan parti politik. Tapi aku tak kisah. Sesiapa sahaja yang ikhlas dan telus dan mudah untuk aku sama-sama berinfaq ke jalan Allah, aku join. Kalau ada program parti politik lain yang anjur misi-misi kemanusiaan lain dan aku fikir mampu untuk join dan tanpa prejudis, aku join.
Setakat yang aku pantau sepanjang anjuran program ini, para peserta semua ikhlas, sebab mereka adalah di kalangan jemaah surau kami. Wallahua'alam. Kalau bukan saudara sejiran, siapa lagi kita nak percaya selain kaum keluarga, kan? Kedua, aku dapati ahli parlimen sedang menjalankan tugasnya dengan amanah. Jika ada agenda lain, Wallahu'alam. Tapi memang nampak genuine. Lagi pun, ustadz ni dah bertahun-tahun duk mai surau kami bagi kuliah Subuh.
Kikis prasangka sebab ia akan meracuni fikiran dan menghalang kita dari membuat amal jariah. Kurangkan bercakap dan ber-argue sebab itu juga membuatkan kita tidak produktif dan hanya akan terus terbuka kepada dosa-dosa.

Rumah ikon berhadapan dengan rumah ustadz |
Penerima sumbangan (yang depan tu isteri ustadz) |
Class photo di Al-Ansar |
Pasaraya NSK Cheras Jaya memberi kerjasama. Semoga Allah memberi hidayah kepada Raymond store manager |
Penyampaian sumbangan |
Group photo dengan ustadz Rumah ustadz sebelah kanan, banglo setingkat tanpa pagar, "...senang rakyat nak mai jumpa", kata ustdaz. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.