Sunday, June 28, 2015

Durian Batu Kurau

Bismillah

Sudah pun hampir 10 hari menjalani ibadah puasa Ramadhan. Alhamdulillah. Sebaik menjelang weekend, aku telah disuapkan dengan info aktiviti terkini sekitar kediaman. Ada rombongan memborong durian ke Batu Kurau, Perak untuk dijual di surau bagi menambah tabungan organisasi.

Seems like a great and interesting plan!

Seperti biasa, sebarang aktiviti murni macam ni sudah pasti menjadi habuan aku selain menimba pengalaman baru, melihat tempat orang dan menambah sedikit 'adventure', yang lately agak sudah mula renggang dengan rutin hidup.

The plan is to make a night trip, which is opposing to the normal day trip. Sebab:
  1. Siang puasa
  2. Mengambil peluang untuk menjual selepas Kuliah Dhuha Perdana di surau esok pagi
  3. Malam boleh test buah
Since it is an adhoc plan and may seems like a covert operation, tak ramai yang mampu untuk komit. Antaranya mungkin faktor kemampuan fizikal di bulan puasa, kenderaan, ketiadaan jiwa 'thrill seeker' dan tak nak miss solat tarawih.

Aku have most of those above covered, jadi aku terus decide untuk join, walaupun pada dasarnya mungkin aku bukan di dalam organisasi tersebut secara sah.

Organisasi apa ni?

No, it's not our surau punya program tapi parti PAS Cawangan setempat. And no, it's not that aku part of the party member sebab aku tak pernah dijemput atau dimasukkan ke dalam group whatsapp tersebut sehinggalah keputusan aku untuk menyertai misi durian tu.

Ler! Kenapa kau join?

Sila rujuk sebab musabab yang dah dinyatakan di atas tadi.

Perjalanan musafir kami bermula dengan cabaran meredah kesesakan ibu kota pada petang Jumaat tatkala majoriti Muslimin berlumba untuk pulang ke rumah. Kesesakan agak luar biasa, mungkin sebab hari Jumaat dan sebab petang Jumaat. Antara teori yang diterima oleh rata-rata warga kota setakat ini.

Alhamdulillah kami dikurniakan masa untuk ber-iftar di hentian R&R Rawang dengan berbekalkan juadah yang disediakan oleh isteri masing-masing. Dapat pahala kat isteri kami. It was a fast iftar, only by the road side depan Petronas dan bukan di medan selera kerana kami mengejar masa. Alhamdulillah, kenyangnya melebihi tahap kenyang berbuka puasa di hari-hari lain. Mungkin sebab keseronokan dan psikologi drive.

Iftar bersama Upin & Ipin

 Kelihatan para Muslimin lain juga sedang ber-iftar di merata tempat. Ada yang seperti kami membawa bekal dan makan sekeluarga di bawah pokok landskap. Petronas juga menyediakan teh tarik percuma. Memang lazat.

Makan apa yang ada, janji barakah

The target is to reach Batu Kurau soonest possible. These two pickup trucks berlumba dengan kemampuan pemandu dan jentera masing-masing di atas lebuh raya tatkala Muslimin lain sedang khusyuk melaksanakan solat Tarawih. Tak mengapa, kita rezabkan Tarawih tersebut kemudian.

Kami regroup di exit Toll Kamunting/Taiping Utara dan aku terus mengikut kenderaan konvoi melalui pekan Kamunting dan ke pekan Batu Kurau. Destinasi ialah rumah biras kepada salah seorang sahabat kami. 

Suami isteri ini cikgu. Di kawasan sebegini, profesion guru masih lagi satu jawatan yang dihormati dan famous. Tambahan lagi apabila mereka mengusahakan pusat tuisyen serta kelas-kelas agama di kediaman mereka. Satu perlaksanaan yang aku fikir cukup murni dengan dipandu oleh passion. Bila passion dan keikhlasan digabungkan, masa keberkatan akan diperolehi.

Kebun durian di sekitar Batu Kurau sedang lebat buahnya dan fasa pertama telah luruh dua tiga hari yang lalu. Anak-anak murid cikgu kebanyakannya berlatarbelakangkan ibu bapa yang berkebun dan kerja kampung. Jadi cikgu telah mengambil initiatif untuk menjadi pusat jualan kepada peraih. Maka, jadilah kami ni peraih 'first timer' atau peraih 'adhoc'. 

Apa yang telah dimaklumkan kepada kami, jumlah pengumpulan sekitar 500 biji yang terdiri daripada beberapa jenis dengan nama-nama panggilan tempatan yang unik. Kami juga diperlukan untuk pergi mengambil sendiri dari beberapa lokasi kebun lain disebabkan mereka tiada kenderaan yang cukup besar untuk mengangkut kuantiti pukal.

Sambutan ketibaan kami sudah tentu berkonsepkan King of Fruits. Setiap jenis dari setiap longgok akan dikopek. Semua jenis durian kampung dan bukan durian kacukan dari kajian-kajian. Di situ sudah pasti keaslian terjamin.

Kami bergerak ke Jelai untuk kutipan di lokasi pertama. Terus masuk kebun di dalam kegelapan malam, seiring dengan deruan air Sungai Jelai. Satu pengalaman yang sangat menarik dan jarang-jarang dirasai terutama oleh warga kota. Aku rindu dengan suasana hutan macam ni. Anggaran kutipan terus dari kebun ini sebanyak 100 biji.

Kebun durian di tepi Sungai Jelai

Lokasi kedua ialah di Kampung Cherok Dollah. Rumah seorang tukang urut tempatan tapi dikunjungi oleh pesakit dari seluruh tanahair. Mungkin beliau salah satu public figure di situ, maka rumahnya menjadi pusat pengumpulan buah untuk pekebun-pekebun kecil sekampung. 60 biji atau equivalent to 60 rangkap di mana sukatan ini lebih digunapakai oleh orang tempatan dalam urusniaga durian.

Sebagai contoh, 3 biji durian yang berbeza saiz akan dipuratakan saiznya dan dihitung sebagai 2 biji menyamai saiz yang terbesar di antara ketiga-tiga tersebut. Maka longgokan itu sudah menyamai 2 rangkap. Harga borong dikira sebanyak RM3 serangkap. Kami bayar RM180 kepada pekebun pertama.

First longgok
Lokasi terakhir ialah di rumah cikgu sendiri dan jirannya di mana anggaran dari 8 longgokan tersebut, jumlah kuantiti melebihi 500 biji. Dan cabaran kami bukan lagi menahan dari menjamu tekak dan mengantuk, kami juga terpaksa memikirkan cara paling efektif untuk memuatkan kuantiti ini ke dalam dua pickup.

Kami berehat sebentar dengan menunaikan kewajipan Maghrib/Isya' dan sunat Tarawih sebelum menyambung misi muat naik durian. Tarawih pada jam 1.30 pagi dengan jemaah seramai 7 orang antara pengalaman yang unik.

Hampir 8 longgokan di tempatkan di merata bucu halaman rumah cikgu. Muatan semakin menggunung dan longgokan masih berbaki lagi. Dalam kondisi separuh manusia separuh durian, kami gigihkan usaha supaya kami dapat pulang secepat mungkin. Waktu sudah semakin melewati malam. Badan semakin kekeringan tenaga, mata semakin berat memberontak akal yang memacu idea tidur yang indah.
Hampir menepati sasaran bumbung

Kami bersahur dengan tamar di dalam perjalanan dan berhenti untuk solat Subuh di R&R Tapah. Harapan untuk sampai sebelum Syuruk agak mustahil. Kami redha dengan perancangan Ilahi tapi penerimaan trafik mesej dari whatsapp agak sesak dari jemaah. Masing-masing dengan harapan yang tinggi menanti ketibaan kami.

Alhamdulillah. Jualan berlangsung dengan sangat mudah dan cuma mengambil masa hampir satu jam lebih. 
Posing zombie Kampung Pisang semalaman tak tidur

Alhamdulillah jualan berhasil

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.