Monday, May 11, 2015

King of Taman Botani

Assalamualaikum wbt

Kali ni aku nak berbahasa kasual sikit sebab posting yang berkonsepkan ala sempoi bagi mengelak formaliti yang kadang-kadang boleh membosankan dan boleh diprasangkan sebagai poyo.

Ni aktiviti kayuhan bidan terjun. Sejak 2 rides long weekend yang lepas, aku ketagihkan kayuhan. Aku tak kisah apa jenis kayuhan asalkan kayuh. Kaki ini mahu pusing pedal menjelang weekend. Dan sementara ada kemampuan masa & kudrat.

Ada member bagi free plate untuk kayuhan jamboree King of Taman Botani Negeri, Shah Alam (TBN SA). Alhamdulillah. Peserta yang mendaftar cuma amik t-shirt aje, item lain seperti medal & hadiah lucky-draw (jika menang) adalah kepunyaan aku. Muahahaha! Yang penting untuk aku ialah kayuh dengan halal & dapat kayuh. Objektif: Menguji tahap stamina untuk perancangan latihan untuk program akan datang iaitu KCR2015. Tu dia! Tak serik-serik.

Aku plan untuk kayuh pelan-pelan aje sebab nak cari endurance. Disebabkan ramai sahabat yang dah buat plan masing-masing dan agak tidak memenuhi citarasa aku sejak lepas cuti panjang hari tu, aku pun susun plan sendiri.

Kali ni aku join Geng Kayuh Madrasah Cheras Perdana atau nama singkatan depa letak GeKaMachepe. Memang unik nama dia tapi kalau beli basikal tapi asyik mengelat kayuh, boleh jadi GeKaMacheples. Bahaya. Aku temankan sorang otai & sorang pemuda, so aku in between je.

Dah lama tak buat kerja bangun pepagi buta hari minggu untuk kerja ngayuh, so agak liat sikit nak bangun. Tambah pulak malam tido lewat sebab ada program di surau. Disebabkan kegigihan dan ketagihan, aku kuatkan semangat.

Sampai di venue pun agak kasual...lambat. Tapi almost semua peserta dalam mode lambat jugak. Maka bermulalah mode santai seperti yang dirancang. Aku suka event ni sebab tak ramai peserta which is hanya 500 orang. OK sangat sebab trail tak akan sendat mampat dengan bauan peluh tengah hutan.

Lagi pun, aku dah lama tak ke sini. Dulu nama yang aku kenal sebagai Taman Cahaya Bukit Cerakah kot. Sekarang dah tukar agaknya tapi tempat sama. Jauh sangat aku nak ke sini tapi mungkin boleh consider bawak family later.

Flag-off pun berlangsung dan kayuhan on the road membawa kami turun naik bukit di perkarangan Taman Botani. Ada satu part ahli kumpulan mengalami masalah teknikal sikit jadi kami pun secara tak langsung bersaing-saing lah dengan rider sweeper (dah posisi corot ler tu).

Dah lama aku tak didera dengan selut organik dan bukit-pecah-buah-pinggang macam ni. Nikmat sakit yang memang dicari. Standard jamboree mountain bike memang disajikan dengan menu sebegini. Pusing merata dalam taman ni, pusing tasik, masuk kebun belimbing, sawah padi, kayuh turun dan naik tangga dan macam-macam lagi. Aku boleh kategorikan konsep kayuhan jamboree ni sebagai Jamboree Urban sebab kombinasi trek laluan yang agak menarik.

Pengunjung awam juga ramai. Boleh sewa basikal atau basikal sewa sendiri. Eh! Apa aku cakap ni? Atau, boleh bawa basikal sendiri. Cuma kena cekal dengan bukit bukau-nya.

Hampir ke penghujung, aku diberi 2 pilihan oleh seorang marshal. Abang belok kanan, ada lagi 6 km untuk habiskan loop jamboree. Abang belok kiri, cuma 200 meter aje ke garisan penamat (ciken loop ye bang). Momentum tengah ada, dan ahli kumpulan aku jugak tak kelihatan. Aku buat keputusan untuk complete kan course dan take up the 6 km challenge tu, hopefully by the time aku habis, aku boleh jumpa diorang.

Aku jangka tak ramai yang amik extra 6km ni sebab memang tak ramai yang aku jumpa & trail pun agak kemas dari kena belasah dari ratusan riders. Tapi bukit yang aku perlu panjat memang nalaaa...! Pelan-pelan aku panjat dengan berpandukan nafas kambing yang bakal bertukar menjadi dengusan nafas kerbau.

Almost nak sampai ke level VO2max nafas kerbau, aku telah di-reward dengan downhill yang semanis kurma. So suwiiit. Laju, curam dan licin. Maka skill teknikal juga telah diuji peringkat ke-3.

Berjaya jugak aku tamatkan kayuhan sejauh almost 17km ni. 17km aje??!! Aku assume off-road effort ni setara dengan 2 kali effort kayuh road. Maka boleh la aku anggar serupa macam aku kayuh 34 km. Boleh? Tak kisah ler, janji ada rasa penat & puas.

Sambil layan nasi putih & kari ayam, aku layan gak emcee yang merapu dengan lawak-lawak yang boleh tahan karut sambil menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kaki dah lenguh, badan dah penat, perut dah kenyang, balik kena basuh basikal tapi semua kena balas balik dengan terlantarnya aku di atas karpet ruang tamu untuk meluruskan pinggang sampai lah azan Asar berkumandang. Alhamdulillah.

Aku pun belum sempat khatam peta ni

Yang tengah tu otai 57 tahun. Baru dapat stim kayuh. Memang semangat

Yang lagi 3 tu semua pro...aku je perooot :D

Fuh! Langsi nampak bang?!
Latest from album penganjur. Pergh! Lasssat lassak pak!

2 comments:

  1. Napas macam kerbau ok lagi bro, asal jangan bau macam kerbau udah le.. nanti karpet jadi masam... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak bau kerbau sebab berkubang dengan selut cuma aku tak citer je. Nanti hilang selera makan pembaca ;]

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.