Dah masuk separuh bulan Oktober. Bermakna telah hampir 5 bulan aku unemployed. Tanpa pendapatan. Aku cuba bertahan. Hampir setiap hari aku mencari kerja di Jobstreet dan apa juga portal jawatan kosong.
Beberapa minggu lepas aku ada dapat ilham untuk jadikan bisnes design & print secara serious. Tapi ada dapat nasihat dari sorang kawan yang pernah bisnes industri sama puluhan tahun dulu. Ianya tak cukup untuk tampung sara hidup aku buat masa ni. Tambahan lagi dengan keperluan anak-anak yang giat belajar. Momentum aku terbantut dan dalam masa yang sama agree dengan nasihat dia. Lepas dari tu, aku giat mencari kerja semula. Jawatan engineer. Dia pun kata, dengan nilai pengalaman kerja aku selama ni, aku boleh menjawat jawatan yang bergaji selesa. Aku setuju lagi.
Tapi aku juga perlu berhati-hati kerana waktu ekonomi yang kurang stabil sekarang, sebarang jawatan bergaji besar hadir juga dengan tugas dan tanggungjawab yang tidak kurang berat dan tekanan. Majikan akan guna sepenuhnya tenaga dan pengalaman pekerja. Malah, ada jawatan untuk penjawat muda tapi tugas dan tanggungjawabnya serupa position senior! Aku dah alami semua tu untuk hampir 20 tahun bekerja. Bukan suatu yang aku idamkan pada usia begini.
Aku lebih selesa dengan kerja tanpa tekanan walaupun gajinya kurang. Menghampiri usia 50 lagi 2 tahun memerlukan suasana kerja yang tenang tanpa ribut-ribut. Bukan lagi matlamat aku untuk mencari kemewahan dunia, gaji besar, tukar kereta menambah hutang atau berhias bagai. Cukup untuk lifestyle sekarang dalam menampung belanja makan minum, pakaian, pengajian anak-anak dan hobi. Dan langsaikan hutang berbaki.
Aku juga cuba mencari kerja di negeri-negeri lain, yang pembangunannya tidak sepesat Lembah Klang, dengan andaian kerja-kerja di sini memenuhi spesifikasi kerja yang aku cari. Aku cuba cari kerja kosong di Jobstreet untuk di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Ada. Ada jugak aku mohon untuk jawatan juruteknik makmal di salah sebuah universiti swasta di Negeri Sembilan.
Selain itu, aku masih juga memohon jawatang engineer tapi aku pilih skop kerja dan persekitaran tanpa tekanan seperti pemaju perumahan.
Selain itu, aku masih juga memohon jawatang engineer tapi aku pilih skop kerja dan persekitaran tanpa tekanan seperti pemaju perumahan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.