Friday, December 31, 2010

Harimau Malaya Mengaum


Standing in the eye of the world

Saat yang bersejarah ni memang patut aku rakam sebab aku pun dok layan jugak. Ni kira delay telecast la. Sibuk memanjang menjelang hujung tahun ni, semua benda jadi urgent.

26 Disember 2010

Aku bercadang untuk melekat depan TV layan Piala Suzuki Malaysia lawan Indonesia. Mana la tau boleh layan, lagi pun adrenalin masih tinggi & Astro kalau hari Ahad memang program tak menarik langsung kecuali EPL. Sekali persembahan pasukan kebangsaan menarik daaa! Tak pasal-pasal aku terjerit-jerit sorang-sorang & anak aku pun naik pelik. Lain macam semangat beb. Tak macam layan game Arsenal.

Dah lama sangat aku tak tengok persembahan game Malaysians macam ni. Era bola tanahair yang paling menghiburkan ialah pada 1985 ketika gandingan mantap Ervin Boban, Alistair Edwards, Abbas Saad & Khalid Shahdan. Masa tu stadium Larkin bergegar setiap minggu & layan burger kerat 2 lepas game at half price ialah saat paling best. Lepas daripada tu, sukan bola Malaysia dah malas nak layan disebabkan mentaliti & politikus yang agak mengecewakan.

Tapi malam semalam sesuatu yang sangat berbeza aku saksikan. Player kita bermain dengan bijak, pakai akal tanpa aksi-aksi hero cari glamor dulu-dulu. Short passes, nice set pieces, very good defending and ball possession yang tenang walaupun skill control bola masih perlukan improvement. Kagum aku. Teruja pulak alih-alih sedangkan BPL aku tak berkesempatan nak follow. Layan results je.

29 Disember 2010

Musykil pulak. Mood keje pun mandom, maybe sebab looking forward nak layan second game Harimau. Siap dinner awal, tapau pulak tu. Lepas Maghrib dah dok tercatok depan TV. Yasmin dah siap-siap pasang earphone depan pc ready untuk tidak dengar ayah menjerit.

Game macam first round 3 hari lepas tapi seperti semua orang expect, Indonesia akan bagi asakan bertubi-tubi untuk dapatkan jaringan. Tembok Malaysia tetap unggul beb. Lain macam kuat aku tengok kaki-kaki defender kita. Kepala pun kuat gak menanduk & mental lagi la. Memang tetap cool walaupun berjuang di negara orang dengan hampir 95,000 penyokong kat stadium tu. Maybe betul kata Shebby, player muda ni main like there's no tomorrow. Dangerous. But then again, mental diorang memang kuat, perhaps a new breed of Malaysians footballers in particular.

OK la Malaysia tewas 2-1 tapi tetap champion dengan aggregate 4-2. Aku tetap jugak salute player Indonesia walaupun ada jugak tackling yang boleh kata serious tapi both teams played professional enough. Takde gaduh-gaduh. Suddenly semangat seluruh negara membara hanya dengan impak dari sebiji benda bulat yang dipanggil bola. Fenomena bukan?

5 comments:

  1. harimau malaya tu rayzeef, tapi dia tak main bola pulak kali ni...

    ReplyDelete
  2. Saya setuju! Memang diorang main macam pro! Tapi harap harap berpanjangan laa... ye tak? Boleh dapat cuti free lagi hahaha

    ReplyDelete
  3. Aku pun memula ingat posting ni dedicated untuk Ray hahahaha. Ray main bola tapi bola apa aku tak tahu ler..bola ping pong kot

    Mental palyers Mesia mmg kuat, kira berbeza dgn team lepas2. Satu lagi fitness, first time aku tgk malaysia mmg fit (budak2 muda), players dulu fitness compared to other ASEAN teams mmg cam hampeh..berebut sikit nak jatuh, kalau dah kat tepi line tahu nak dapat kan free throw ajer

    ReplyDelete
  4. Tahniah Malaysia @ Harimau Malaya...

    ehh bila pulak aku jadi harimau?

    ini semua angkara Ijam ler bubuh gambar aku caption harimau...shanaz pun dh mula panggil rayharimau..adussssss

    ReplyDelete
  5. Ray suka la tu Shanaz Bananaz dah bagi nama panggilan manja kat dia.... dasat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.