Kita ni kadang-kadang memang suka cari pasal. Pasal ni bukan diertikan sebagai "sebab" tapi lately aku dengar perkataan dia sepadan dengan perkataan "ona". So, untuk weekend ni aku sekali lagi telah cari ona dengan keputusan untuk melayan bukit bukau belah-belah sempadan Selangor-Negeri Sembilan. Tu dia aih! Broga Pondan depa kata. Clockwise la, so layan panjat Genting Peres dulu instead of Broga Jantan yang akan panjat Genting Peres kendian, di akhir-akhir kayuhan, sewaktu kaki dah berlonggok asid lactate dan sewaktu badan dah hampir-hampir boleh kena sawan di antara matahari terpacak sampai ke gelincir matahari. Takpe lah. Pondan pun asalnya jantan jugak - definasi brader Rocco, salah sorang rider yang buat pertama kali akan mengenal erti putus urat kentut.
Udah ler aku baru seminggu habis berlari 5 jam 40 minit, initial plan untuk bantu CAR kat Tibi Run terpaksa aku taichi kat Kak June (jutaan terima kasih) bila mengenangkan aku perlu letihan atas basikal menjelang le tua 100K ride Januari depan. Dikhuatiri kesuntukan masa akibat kenduri kahwin dan persediaan back-to-school, aku buat keputusan untuk terjah kembali ke atas saddle setelah 2 minggu menjeling basikal dalam bilik utility sebelah ironboard.
Start line kat Sungai Tekala, kita akan buat satu loop 116km. Kalau kail dah panjang lebih sejengkal, maybe boleh start dari Batu 14 tapi masih belum masuk dalam jilid kamus aku setakat ni. Dulu pernah buat start dari Batu 18, which means tambah lagi 20KM yang mana aku hampir bercakap dengan flora meliar di pinggir empangan Semenyih.
Puncak Peres. No turning back |
Geng Ombak sampai lambat, dah ada bunyi-bunyi tidak keruan di kalangan rider lain. Al-maklum la, kayuhan sejauh ini bukan boleh berfoya-foya. Tambah lagi masing-masing bergelar weekend warrior hanya untuk masa less than 7 hours. Semua nak sampai rumah sebelum Kementerian Dalam Negeri mengenakan sekatan. Maka, peloton terpaksa jugak rolling 10 sebelum jam 8.00, 20 minit delay dari waktu jadual. First nak kena kejor regrouping Point 1 (Puncak Peres). Mencanak-mencanak depa naik, sorang pun aku tak jumpa. Layan ajer. Ishal & wifey sampai dengan kereta. Depa mau kayuh gilir-gilir. At least ada support car. Tunggu Geng Ombak sampai tapi bagaikan menunggu air pasang di tengahari. Tak muncul tiba. Jalan ajer, sat lagi projek Broga terbantut.
Turun Peres ke arah Titi takde nak enjoy hembusan angin di muka. Berdesup aje, and sampai Titi pun takde regrouping kecuali di Petronas Kuala Klawang. Kononnya kayuhan Broga ala-santai telah bertukar menjadi serious disebabkan masa yang dah terbuang. Memang bakal akan wujud penyesalan kelak. Aduh!
Petronas Klawang. Bukak bengkel |
Sebelum sampai Kuala Klawang, dua tayar pancit. Laif punya dulu. On-site repair. 100m sebelum traffic light Petronas, Jaja punya pulak. Naik aje kereta Jeff terus ke Petronas & guna kemudahan pam yang ada. Regrouping selesai sebaik aje tayar pancit siap repair. Aku hanya sempat sumbat roti krim & air coke tanpa bernafas. Cepat betul diorang ni. Nasib baik kayuhan di daerah Jelebu tu ala-ala bawah 30kph, so boleh ler recovery sikit. Namun recovery hanya 10km sebelum terpacak Bukit Tangga di depan mata. Cuaca menyebelahi kita tapi panjat-panjat tetap kena. Senyuman dan gelak ketawa hanya untuk beberapa ketika. Yang selebihnya hanya muhasabah diri. Itu merupakan 20 minit yang paling panjang untuk kami. Kali ni aku panjat ada sikit sukar walaupun dah bedal gel. Tapi maintain cool & tak kalut sebab jauh lagi perjalanan tuh.
Bukit Tangga, ketap gigi |
Regrouping kat puncak Bukit Tangga pun tak lama & aku pun setuju. Part turun memang ngeri sikit bila angin menghembus dari tepi. Kalau aku pakai rim profile tinggi, dah tentu aku terbang sama ada sampai Seremban or masuk longkang. Kena pulak ada lori pasir dok turun slow-slow. Kacau betul. Tangan aku dah naik kebas tekan brek slow-slow.
Next is saling tak tumpah, Bukit Lenggeng. Rider-rider yang dah mula kusut bagi gelaran Bukit Tonggek. Memang betul-betul punya ujian ni. Pendek tapi cukup untuk membuatkan sebak dada. Ada dua pulak tu. And yang second bukit entah bila pulak wujud nih?! Aku ingat dah lepas sekali, dah boleh rolling terus sampai Lenggeng, ropanya ada sebijik lagi 10% pulak tu. Layan. Sekali Kak Tipah di kejauhan sudah layan nyanyi lagu Ramlah Ram kat belakang! Aduhai nyah! Kau kunci cintaku pulak tu. Memang soundtrack yang sungguh tak membantu beb. Sabotaj eh? Lol. Jaja, lenkali layan Sheena Easton boleh?
Bukit Lenggeng. Ramlah Ram |
Kali ni lunch break kat kedai kakak. Kedai mamak buat maggi sup lambat sangat. Track rekod dulu dijadikan sempadan. Semua bedal apa yang ada depan mata je. Setengah jam settle dan rolling. Jalan dari Lenggeng ke Broga dan seterusnya ke Semenyih memang menjadi igauan ku di siang hari. Jarang aku dapat kayuh sambil bersiul kalau lalu sini (kecuali naik kereta la). Dan kali ni pun tanpa diskaun, peloton hanya mampu bertahan selama 5km dan pecah kepada 4 group. Layan ajer sorang-sorang di beberapa ketika sampai ler ke simpang Jalan Sungai Lalang bila Kak Tipah dengan murah hati tunggu aku. Ni kes nak cover balik sabotaj lagu Ramlah Ram la ni.
Speed kayuhan dah tahap longlai. Dua kali serangan cramp menyengat di peha. Tak pernah kena beb cramp macam ni. Memang betul-betul punya tarik peha belah dalam. Mula-mula peha kiri, lepaih 10 minit kayuh peha kanan pulak. Aduh! Berdiri ler aku di atas basikal untuk merenggangkan apa jua otot supaya hilang rasa sakit. Sambil dok hisap ORS tablet. Alhamdullillah cramp hilang sejurus kemudian tapi kaki dah mula rasa sengal sana sini. 10KM nak sampai semula ke Tekala bagaikan penyesalan tanpa noktah. Akhirnya sampai jua dalam pukul 2.00 p.m. di dalam julat masa KDN.
Segala kelengitan dan keheningan yang aku lalui, tetap jugak sedap bila dok fikir-fikir kemudian. Yep, semangat mesti kental. Ni mesti kaki tengah sedap. Aku akan kasi rehat sama kaki lari kejap and akan layan kayuh sampai le tua 100K mid-January. Lepaih tu baru tengok race calendar 2011. Walaubagaimanapun, kat FB dah ada 13 event invitation. Aku cuma jeling-jeling je dulu. Bajet kena susun baik-baik. Itu kita akan cerita kendian.
Tetiba lak teringat kembali cintaku pada route Broga ni. My first and everlasting love ... and I shall be back to woo you for the second, third and never ending times ... :)
ReplyDeleteala…should be an easy one for you lah diket.
ReplyDeleteGile lawak la bahasa kau. Mmg terbaek.. bagus utk dijadikan fesyen blogging menjelang alaf 2011 ni.
ReplyDeleteNext week kau tulis training report yg best macam ni lagi, boleh tak? Baru la semangat aku nak follow track.
Sabtu ni layan trail run kat FRIM jom!
ngeh ngeh ngeh....
Yim, it's a love and hate thing for me. Hehe. Always come back for more. We shall ride it with fellow RBU soon. Betul tak Shuk, Det & Ziff?
ReplyDeleteMemang macam tu Kash. Mula-mula rasa easy. Lepaih tu ketap bibir.
Nik, ini bukan fesyen blogging bro. Ini fiction. Hehe. Next week yang ada cuma report Mat Kendur pi kenduri kawin training makan. FRIM aku kena miss la bro. Balik JB makan nasik minyak. Enjoy & run safe!
ok, kalau RBU pergi naik broga, I nak ikut. Amacam kita buat RBU punya jersey. Team RBU.
ReplyDeleteRBU's jersey, harus la the bomb! untuk ladies, kasi tampal gambar kunci kak ramlah kat dada ye
ReplyDeletemarilah kita bermuhasabah diri selama 20minit jua...
Training baik nie :) I had fin at TIBI :)
ReplyDeleteKash, kalau RBU pi Broga kita kayuh sesedap rasa. Jersey? Mesti mau tukar ke RCBU ke? Ramai talented RBU designer boleh tolong.
ReplyDeleteDC, kunci tu berat la. Boleh semput nanti masa part bermuhasabah.
Glad you had fin kat Tibi kak June! But aren't we supposed to support anti-finning? :)
oh RBU nak buat jersey laa... aku punya resolution 2011 - beli... err.. RBU jersey ehheehhe
ReplyDeleteSyah, nak beli? Mesti beli basikal sekali beb. Kalau nak buat lari pun ok gak. Or buat dua-dua? Vest & jersey? Fellow insan seni RBU macam kau & Kash boleh la design.
ReplyDeletepatut kau buat mcm hancik la, sabtu layan kayuh, esoknya layan swim dgn lari...power siut!!...
ReplyDeletehahaha, lawak seram siot baca report kau nie. Lagik aku meneliti laporan kau dgn Jaja layan Broga, lagik ler aku bertambah seram. Macam sudah terasa-terasa ke "sufferan" memanjat tu Bukit-bukau tu.
ReplyDeleteRBU layan Broga lepas Le Tua 100k kot. Syah, jom shopping beskal!!!
p/s - aku velo zero mileage lepas Powerman, aiyak!!
Hancik tu dah level superpower la Ijam. Aku ni supertua je. Setakat yang termampu.
ReplyDeleteZiff bro, selagi tak rasa, selagi tak suffer selagi tu ler seram sejuk. Kalau nak layan broga lepas le tua pun, kau tetap kena cari milage untuk le tua.
jom kayoh lagi ...
ReplyDeleteahad ni wa N bacin pg bagan lalang
Fuiyo! Otai dah mai bagi komen kat blog aku ni yang suspen ni. Tau ler lu kayuh power sebab basikal pakai bedak baru. Hehe. Weekend ni wa tak dapat join bai, balik kampung kenduri kawin. Weekend krismas wa sambung kayuh balik.
ReplyDeleteWa dapat kayo ahad je. Sabtu ngajar. Roger2 nnt
ReplyDeleteNi cikgu mana pulak ni sedare Anonymous? Sabtu ngajor kelas dewasa bahasa arab ke?
ReplyDelete