Tu dia aih! Aku dah register bulan nam lagi tuh! Punya lah aku scroll dalam yahoo mailbox dok cari confirmation slip. Tu dia, nuun jauh di bawah. And dalam dua minggu open, dah penuh. Even early bird pun tak sempat nak bertelur!
Gedebak gedebuk, tup-tap tup-tap sampai dah. Program letihan tak seberapa. Dah ler recovery dari Powerman punya ler lama. Hampir seminggu lebih. Simptom-simptom fatigue memang ketara saperti mood swing, tak lena tidur, hidung berair dll. Aku juga hampir demam over the weekend. So terpaksa miss satu LSD. Untuk itu, aku hanya mampu buat satu je LSD seminggu sebelum SCMS. Cukup lah sekadar basahkan tekak. Memang aku tak bubuh target yang mendongak ke langit. Aku tau kemampuan buat masa tu, jadi takde tekanan untuk aku berlari buat julung kali di Temasek sejauh 26 batu. Yang penting spend time dengan kawan-kawan & aku sumbat jugak family vacation untuk ke Universal Studio sekali. Yep, untuk masa-masa yang akan datang, aku akan teruskan projek 2 dalam 1.
Aku sampai JB awal sikit, kononnya nak rest secukupnya. Jumaat whole day aku chill balun masakan ibu tersayang yang dah jatuh kategori carbo-overloading. Disebabkan Deti terpaksa bail out last minute dari race, aku buat adhoc program perjalanan untuk masuk Singapore seawal Sabtu pagi yang gelap. Hitched ride dengan bas rombongan Azmar. Dapat pulak rezki aku tiket terlebih masuk USS, so ronda hampir setengah hari dengan Azmar. Hujan lebat di USS pagi tu sampai ke tengahari. So kepala aku ada sikit ting-tong. Walaupun ting-tong, aku sempat bedal nasi bryani Pharaoh sepinggan kat situ sebab rugi kalau tak guna meal voucher.
Kami cargas ke Marina Float untuk collect bib & meet up dengan Ziff, Ray, Kak June, Az Hana, Zaki. Ada jugak jumpa Rustam, Suhaimi & beberapa Klang runners. Kami dok berkampung ler kejap kat dalam tu dok buat kecoh. Geng yang baru sampai semua dah lapar, so the idea ialah 2 in 1. Lunch at Novena Velocity. Tu dia! Pandai je aku atur program. Depa semua pilih Kenny Rogers dan aku balun untuk second round lunch. Perut dah mula sendat, kaki dah memang sedia lenguh, mata pun ada sikit-sikit berat.
Segala yang lemah tadi terus lenyap bila kami mulakan projek tawaf dalam Velocity tu. Tu dia! Ada la dekat 10 kedai sukan dalam tu. Ye la 10 kot tapi yang pastinya memang banyak di bawah satu bumbung! Huru hara dibuatnya kontinjen RBU petang tu. Macam komunis serang Bukit Kepong! Mula-mula dok alim lagi masuk sama-sama. Tapi lepaih 2 kedai, masing-masing dah tunjuk belang. Habih berterabur buat destinasi sendiri. Ada jugak yang masuk kedai 2 kali sebab tak puasa hati. Tiap kali belek barang, mesti tekan handphone convert harga. Lol! Yang murah kami sambau, yang mahal kami jadikan sempadan. Nak kata shopping sakan tu idak ler tapi aku cuma beli sepasang stokin secara adhoc sebab stokin yang aku bawak lencun kena hujan pagi tu. Barang lain setakat pegang, belek, tengok harga & cium tapak tangan aje. Perbelanjaan berhemah orang tua-tua kata. Pukul 7 baru ler masing-masing insaf & kami beredar ke reban masing-masing untuk gantung kaki & simpan dalam freezer.
Aku & Azmar dengan belas ehsan Ziff dapat la berbumbung di York Hotel belakang Orchard Road tu. Ada la 500m ke starting line. Aku dengar kaum lain pun dekat-dekat jugak. Malam kami merayau dekat-dekat je untuk dinner nasi padang kat Lucky Plaza & tewas dengan nafsu punya pasal, sambung pulak bedal burger McDonald - ni dah kes bela hantu raya beb. Lol. Kaki yang dah memang lenguh memang ler mencari pasal untuk esok yang penuh penyesalan.
3.30am bukan main liat nak bangun. Ada jugak 5% dalam hati nak aje terus tidur, bangun kul 9 sambung jalan-jalan - teruk betul. Lol. Apa nak jadik, jadik lah. Aku cuma nak merasa macam mana agaknya berlari dengan jumlah 20 ribu orang buat full marathon distance. Sampai je Orchard Road, tau dah aku. Punya la melaut! Tak putus manusia beb. Siap ada first and second wave. Walaupun dah flag-off, ramai lagi yang lepak-lepak tepi jalan. Aku & Ziff masuk second wave & hampir 20 minit sampai starting line. Tu pun termasuk ler jalan-berhenti-jalan mode. Muka familiar tak jumpa kecuali Sara CAR & Tey yang jerit kat aku dari tepi railing. Best sikit dapat tengok muka kawan-kawan.
Tapi itu hanya sementara. Aku pace dengan Ziff dalam gelap dingin entah jalan mana kami lalu. Pusing sana-sini. Ada yang lebar, ada jugak sempit. Memang tak payah nak zig-zag mengelak ler, buat penat. Layan je tapi terasa macam dok pusing-pusing kat situ je. Kami terpaksa berpisah bila aku decide untuk melawat toilet sebelum KM10. Hajat kecik je walaupun gesa-gesa hajat besar sudah mula tunjuk petanda. Tapi aku dapat catch up balik dengan Ziff lepas tu & layan pace aku sendiri.
Part lalu kat F1 pit and depan float tu memang hebat nampak. Segala apa pace note aku dah prepare semua dok tinggal kat JB. Hampeh betul. Hanya berbekalkan powergel + GU & 8 lagu kat dalam MP3 anak aku. Ni semua cari pasal nombor dua la ni. Sebaik aje masuk area East Coast Park, langit dah mula cerah & jalan mula sempit sikit. Aku dok pilih toilet untuk hajat kecik kali kedua. Tak pernah dalam sejarah aku dok buang hajat macam ni punya kerap. Apa dah jadik nih? Dengan ribuan manusia, setiap toilet memang gerenti kena beratur & telan at least 10 minit. Selesai kes toilet, aku decide untuk pasang lagu and layan sampai ke distance 21KM. Entah berapa lama aku berlari layan lagu, baru aku teringat aku lupa tekan stopwatch lepas keluar toilet. Cis! Habis ler entah berapa timing aku.
Runners yang seberang sana yang dah u-turn dah bertambah ramai. Memang sah aku dah ketinggalan. KM25 tahap kebosanan dah mula bermain di akal. Mau jalan or mau maintain lari? Nak sampaikan KM28 untuk habiskan East Coast Park pun dah mula menduga kecekalan. Aku mula mengatur langkah berjalan sebaik aje lalu area padang golf. Part lalu area construction tu aku tabah untuk berlari sebab panas yang amat & route pun tak menarik untuk layan jiwa. Sebaik nak sampai Marina Barrange, permandangan & angin laut cukup best untuk aku teruskan berlari-lari anak. Ada part aku jalan, ada part aku lari. Memang total opposite dari KL Marathon.
Jambatan yang tinggi dan panjang tu kompom aku jalan sampai atas. Bukan tak boleh berlari tapi saja malas. Turun jambatan aku lari tapi sebaik aje nampak route tu dok pusing balik, kekecewaan melanda. Aiyo! Ada 6KM lagi dan aku rasa satu jarak yang sangat-sangat tak sabar aku nak habiskan. Aza dok potong aku masa aku dok makan angin. Semangat dia. Bagus. Last jambatan at last KM, aku nampak Aza & depan sikit Ziff! Fuiyo! Aku kena tapau dengan pelari tegar batch baru. Caya ler. Aku atur langkah untuk catch up and bagi semangat sikit sedangkan aku pun dah tinggal habuk je. Aza & Ziff nampak bersemangat & kuat menghabiskan marathon diorang. Aku hanya akur untuk follow belakang slow-slow cross finish line.
Tapau 2 botol air, 2 tin 100plus, collect medal & finisher tee lepas tu dok berkampung bawah pokok dengan kaum yang lain. Tak dapat jumpa Ray & Ijam untuk salam lambungan. Dengan kaki yang dah terasa macam batang balak, Ziff, Azmar & aku melangkah ke MRT station untuk pulang ke hotel sekadar untuk bersihkan diri & check out. Langsung tak sempat nak lelap seminit dua. Ziff terus naik bas balik KL at 3.30pm while Azmar, Zaki & aku layan nasi bryani Zam-Zam sebelum pulang ke tanahair.
All in all, event memang mantop. Crowd memang giler ramai. Kalau la rakyat Malaysia yang gemuk-gemuk kuat makan & berpenyakit tu dapat berlari macam rakyat Temasek ni memang best. Aku nampak diorang kat sini berlari dah macam outing. They are having fun & at the same time challenge diri sendiri. Yang competitive tu ada jugak tapi tak seramai yang casual. Memang sepanjang hampir 6 jam & sejauh 42km tu, keliling aku tak kurang dari 50 orang. Kalau kat KL Marathon hari tu, sampai Tijani dah sunyi sepi jalan tu. Even berjalan kat Orchard Road tengahari tu nak balik ke hotel dengan pakain lari pun aku tak rasa pelik sebab ramai lagi yang lain macam kita orang.
By the time aku sampai KL siang tadi, result pun dah kuar. Memang betul-betul makan hangin keluar asap tahap gaban punya performance. Ni semua gara-gara cari pasal punya pasal. Hehe. Untuk sahabat yang sama-sama berjuang and cemerlang, setinggi tahniah untuk kalian. Teruskan berlari marathon! Sebaik aje cross finish line, tobat dah nak buat marathon. Sehari selepas, dah mula gatal fikir pasal Borneo. Cheh!
Ranking : 5267
Gun Start Time : 05:00:28 Aku sampai JB awal sikit, kononnya nak rest secukupnya. Jumaat whole day aku chill balun masakan ibu tersayang yang dah jatuh kategori carbo-overloading. Disebabkan Deti terpaksa bail out last minute dari race, aku buat adhoc program perjalanan untuk masuk Singapore seawal Sabtu pagi yang gelap. Hitched ride dengan bas rombongan Azmar. Dapat pulak rezki aku tiket terlebih masuk USS, so ronda hampir setengah hari dengan Azmar. Hujan lebat di USS pagi tu sampai ke tengahari. So kepala aku ada sikit ting-tong. Walaupun ting-tong, aku sempat bedal nasi bryani Pharaoh sepinggan kat situ sebab rugi kalau tak guna meal voucher.
Kami cargas ke Marina Float untuk collect bib & meet up dengan Ziff, Ray, Kak June, Az Hana, Zaki. Ada jugak jumpa Rustam, Suhaimi & beberapa Klang runners. Kami dok berkampung ler kejap kat dalam tu dok buat kecoh. Geng yang baru sampai semua dah lapar, so the idea ialah 2 in 1. Lunch at Novena Velocity. Tu dia! Pandai je aku atur program. Depa semua pilih Kenny Rogers dan aku balun untuk second round lunch. Perut dah mula sendat, kaki dah memang sedia lenguh, mata pun ada sikit-sikit berat.
Segala yang lemah tadi terus lenyap bila kami mulakan projek tawaf dalam Velocity tu. Tu dia! Ada la dekat 10 kedai sukan dalam tu. Ye la 10 kot tapi yang pastinya memang banyak di bawah satu bumbung! Huru hara dibuatnya kontinjen RBU petang tu. Macam komunis serang Bukit Kepong! Mula-mula dok alim lagi masuk sama-sama. Tapi lepaih 2 kedai, masing-masing dah tunjuk belang. Habih berterabur buat destinasi sendiri. Ada jugak yang masuk kedai 2 kali sebab tak puasa hati. Tiap kali belek barang, mesti tekan handphone convert harga. Lol! Yang murah kami sambau, yang mahal kami jadikan sempadan. Nak kata shopping sakan tu idak ler tapi aku cuma beli sepasang stokin secara adhoc sebab stokin yang aku bawak lencun kena hujan pagi tu. Barang lain setakat pegang, belek, tengok harga & cium tapak tangan aje. Perbelanjaan berhemah orang tua-tua kata. Pukul 7 baru ler masing-masing insaf & kami beredar ke reban masing-masing untuk gantung kaki & simpan dalam freezer.
Aku & Azmar dengan belas ehsan Ziff dapat la berbumbung di York Hotel belakang Orchard Road tu. Ada la 500m ke starting line. Aku dengar kaum lain pun dekat-dekat jugak. Malam kami merayau dekat-dekat je untuk dinner nasi padang kat Lucky Plaza & tewas dengan nafsu punya pasal, sambung pulak bedal burger McDonald - ni dah kes bela hantu raya beb. Lol. Kaki yang dah memang lenguh memang ler mencari pasal untuk esok yang penuh penyesalan.
3.30am bukan main liat nak bangun. Ada jugak 5% dalam hati nak aje terus tidur, bangun kul 9 sambung jalan-jalan - teruk betul. Lol. Apa nak jadik, jadik lah. Aku cuma nak merasa macam mana agaknya berlari dengan jumlah 20 ribu orang buat full marathon distance. Sampai je Orchard Road, tau dah aku. Punya la melaut! Tak putus manusia beb. Siap ada first and second wave. Walaupun dah flag-off, ramai lagi yang lepak-lepak tepi jalan. Aku & Ziff masuk second wave & hampir 20 minit sampai starting line. Tu pun termasuk ler jalan-berhenti-jalan mode. Muka familiar tak jumpa kecuali Sara CAR & Tey yang jerit kat aku dari tepi railing. Best sikit dapat tengok muka kawan-kawan.
Tapi itu hanya sementara. Aku pace dengan Ziff dalam gelap dingin entah jalan mana kami lalu. Pusing sana-sini. Ada yang lebar, ada jugak sempit. Memang tak payah nak zig-zag mengelak ler, buat penat. Layan je tapi terasa macam dok pusing-pusing kat situ je. Kami terpaksa berpisah bila aku decide untuk melawat toilet sebelum KM10. Hajat kecik je walaupun gesa-gesa hajat besar sudah mula tunjuk petanda. Tapi aku dapat catch up balik dengan Ziff lepas tu & layan pace aku sendiri.
Part lalu kat F1 pit and depan float tu memang hebat nampak. Segala apa pace note aku dah prepare semua dok tinggal kat JB. Hampeh betul. Hanya berbekalkan powergel + GU & 8 lagu kat dalam MP3 anak aku. Ni semua cari pasal nombor dua la ni. Sebaik aje masuk area East Coast Park, langit dah mula cerah & jalan mula sempit sikit. Aku dok pilih toilet untuk hajat kecik kali kedua. Tak pernah dalam sejarah aku dok buang hajat macam ni punya kerap. Apa dah jadik nih? Dengan ribuan manusia, setiap toilet memang gerenti kena beratur & telan at least 10 minit. Selesai kes toilet, aku decide untuk pasang lagu and layan sampai ke distance 21KM. Entah berapa lama aku berlari layan lagu, baru aku teringat aku lupa tekan stopwatch lepas keluar toilet. Cis! Habis ler entah berapa timing aku.
Ni je yang sempat aku rakam sebelum Marina Barrage. Memang lawo. |
Jambatan yang tinggi dan panjang tu kompom aku jalan sampai atas. Bukan tak boleh berlari tapi saja malas. Turun jambatan aku lari tapi sebaik aje nampak route tu dok pusing balik, kekecewaan melanda. Aiyo! Ada 6KM lagi dan aku rasa satu jarak yang sangat-sangat tak sabar aku nak habiskan. Aza dok potong aku masa aku dok makan angin. Semangat dia. Bagus. Last jambatan at last KM, aku nampak Aza & depan sikit Ziff! Fuiyo! Aku kena tapau dengan pelari tegar batch baru. Caya ler. Aku atur langkah untuk catch up and bagi semangat sikit sedangkan aku pun dah tinggal habuk je. Aza & Ziff nampak bersemangat & kuat menghabiskan marathon diorang. Aku hanya akur untuk follow belakang slow-slow cross finish line.
Tapau 2 botol air, 2 tin 100plus, collect medal & finisher tee lepas tu dok berkampung bawah pokok dengan kaum yang lain. Tak dapat jumpa Ray & Ijam untuk salam lambungan. Dengan kaki yang dah terasa macam batang balak, Ziff, Azmar & aku melangkah ke MRT station untuk pulang ke hotel sekadar untuk bersihkan diri & check out. Langsung tak sempat nak lelap seminit dua. Ziff terus naik bas balik KL at 3.30pm while Azmar, Zaki & aku layan nasi bryani Zam-Zam sebelum pulang ke tanahair.
All in all, event memang mantop. Crowd memang giler ramai. Kalau la rakyat Malaysia yang gemuk-gemuk kuat makan & berpenyakit tu dapat berlari macam rakyat Temasek ni memang best. Aku nampak diorang kat sini berlari dah macam outing. They are having fun & at the same time challenge diri sendiri. Yang competitive tu ada jugak tapi tak seramai yang casual. Memang sepanjang hampir 6 jam & sejauh 42km tu, keliling aku tak kurang dari 50 orang. Kalau kat KL Marathon hari tu, sampai Tijani dah sunyi sepi jalan tu. Even berjalan kat Orchard Road tengahari tu nak balik ke hotel dengan pakain lari pun aku tak rasa pelik sebab ramai lagi yang lain macam kita orang.
By the time aku sampai KL siang tadi, result pun dah kuar. Memang betul-betul makan hangin keluar asap tahap gaban punya performance. Ni semua gara-gara cari pasal punya pasal. Hehe. Untuk sahabat yang sama-sama berjuang and cemerlang, setinggi tahniah untuk kalian. Teruskan berlari marathon! Sebaik aje cross finish line, tobat dah nak buat marathon. Sehari selepas, dah mula gatal fikir pasal Borneo. Cheh!
Ranking : 5267
Chip Start Time : 05:19:54
CP10k : 01:36:40
CP21k : 02:57:57
CP21k : 02:59:34
CP30k : 04:10:45
Chip Finish Time : 05:42:06
Betul-betul makan angin tu DM, takpelah sekali sekala kang melihat pemandangan dari belakang. Hehehe... tapi memang betul running culture di Singapura ni boleh tahan hebat.
ReplyDeleteAku pun pakai running vest sampai JB tu... siap naik bas dari Woodland, cross border... tapi sendiri rasa masam laaa... hahahah
cayalah diket. makan angin sambil berlari. Congrats!
ReplyDeleteMe, Ian and syah we made velocity a compulsory visit every time we come to race. And everytime, it's like an amazing race, from one checkpoint to another. Fun, kan?
tahniah bro,janji habis tanpa sebarang kecederaan :D
ReplyDeleteOnce in a while makan angin ok tu :)
ReplyDeleteaku suka bila ada orang lari sambil makan angin sebab aku pun selalu buat apa yang ko buat tu :P ....
ReplyDeleteKita takde rezeki nak bersua la Deo. Pemandangan dari belakang memang keje aku pun, cuma kali ni betul-betul punya nampak lautan orang.
ReplyDeleteBau tengik memang toksah citer ler. Naik MRT pun aku tak rela angkat ketiak nak bergayut...maluuu :D
Thanks Kash. I memang tengah practice package 2 in 1 (R&V - run & vacation). Itu Velocity sangat merbahaya ooo. Lol.
Terima kasih Hancik. Alhamdullillah takde injury tapi tak serik-serik cari penyakit :)
Kak June & Zul, konsep makan angin memang bagus tapi kalau selalu sangat nanti kembung. Lari tak seberapa, melahap yang lebih. Lol.
Your level of mkn angin mcm level aku pulun habis2an. Hehehe
ReplyDeletePart mkn2 tu yg tak larat baca tu :D
lol aku pun nak makan angin sambil berlari laen kali. dah buring asyik run je. good job lah with the finishing. leh revenge kat BIM nanti :)
ReplyDeleteyang penting njoy, hati suka...len len hal belakang kira, syabas bro tamatkan full
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDM congrats bro...next time jangan makan terlalu banyak nanti pangsai ditengah jalan..he he
ReplyDeletemakan angin sampai naik hangin satu badan daa...
ReplyDeleteapa barang adidas yg kau sambar?
lari marathon macam patah hati jer. kalau macam ni punya tahap, baik layan penjara titi je last weekend dan boleh layan broga plak weekend ni
ReplyDeleteperut pun tak best, nak buat cemana kan?
hahahaha mmg posting kau membuatkan aku terkenang dua hari satu malam di Temasek. Malam tu borak2 macam esok nak layan shopping bukan nak lari marathon LoL. Apa2 pun aku berterima kasih kat kau pasal pace masa mula2 start tapi nak layan borak2 tak dpt pasal punya ler ramai manusia, nak lari bersebelahan pun susah (aku pun takut cepat lengit hahaha).
ReplyDeleteHope u enjoyed your R&V in Temasek :D
DM, tahniah bro. Next race nanti boley tapau balik kaw2. Mekaseh utk tip2 yang kau bagi ari tu... nanti aku kerjakan.
ReplyDeleteamboiii kak tipah,kemain lagi lambung,mentang2 kayuh dah tahap power rangers :)
ReplyDeletetsar, not actually makan angin. timing je macam makan angin tapi pace makan jiwa. Part makan memang ada gaya bela hantu raya :D
ReplyDeleteKau punya makan angin pun boleh PB la Yim. Tak payah revenge. Sekali sekala kena jugak jadi image dalam rear view mirror :) Thanks bro.
Thank you KR! Bila dah ramai kawan yg lari, dah tentu enjoy punya.
Thanks Ray. Pangsai lepas marathon takpe kot :)
Naik hangin tu idak ler Syah, tapi nasib baik duka lara dah terubat kat Novena. Aku tak beli apa2 kat adidas. Jaket merah dah habis, yg tinggal seluar merah. Nanti org kata aku part time bawak naga pulak :D
DC, tu statement lambung ke? OK pelan-pelan kayuh lepas ni. Next target kayuhan le tua!
Terima kasih daun kari Ziff! Nak layan pace memang huru hara di antara ribuan manusia. Takdir kita terpaksa berpisah. Takpe, janji Mc Chicken tak kena makan dengan semut :D
Thanks Zack! Tak yah tapau2 bro. Makan terus kat situ. Tip2 aku bagi ingatkan dibalas dengan nasi bryani, sekali kau buat derk je. Lol. Just kidding bro.
Hancik, itu kak tipah sudah level2 pro rider skrg ni. Aku angkat tangan ler :D
ReplyDeletetahniah encik! satu lagi pencapaian yang membanggakan.. saya tumpang gembira dengan prestasi cemerlang encik!
ReplyDeletetahniah diket. eh, not bad jugak timing tu walau sekadar makan angin keluar asap tahap gaban.
ReplyDeletetahniah sekali lagi.
Terima kasih encik crushio! Yg boleh dibanggakan cuma kejayaan mencekik. Lari tak seberapa :D
ReplyDeleteThank you Ijam. Kau lebih hebat bro. Langsung tak jumpa, cuma amik bau aje.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewelkem bek. takpe lari2 makan angin, jangan lari2 kencing dlm suar..lol berapa org buat LLKDS (lari2 kencin dalam suar) hari tu ek?
ReplyDeletenext year berazam nak pegi.. tgk lah camne :)
Hahaha. Itu sangat bahaya Che! Jangan buat pasal. Next year kami tunggu kau kat Novena ok? :D
ReplyDeletehancik: isk mana boleh daulat king lambung, saddle yang longgar boleh terus tercabut nanti, hehehe
ReplyDeleteagaknya semua org singapore turun lari kot..banyak benor bunyiknya.
ReplyDeletekat melesia ni, kt km ke 35 tu alamatnya lari sorang2 je pastu doa2 la org depan bukan hantu..kuikui ( ni bahana ENR ni)
Takpa, asal enjoy dan ada tiket utk mkn banyak.
congrats!
Doc, semua orang singapura + malaysia + indonesia + filipina. Sebab tu ramai yang amat. Thanks Doc! ENR?! You guys coming? Almni maa :)
ReplyDeleteCongrats for your marathon yg ntah ke brape Diket! Tima kasih gak bg semangat kat azza masa nak abiskan lari tu, takleh ikut kaki ni saje cari psl cramp..huhu
ReplyDeleteThanks Azza. Me baru nombor 3 je. Bukan banyak pun. Like we talked la, gempak aje lebeh! Hahaha. Kaki bukan cari pasal nak cramp, yg punya diri nak masuk marathon semua memang cari pasal pun :)
ReplyDeleteCongrats to you too!