Monday, December 27, 2010

Bukit Fraser 25 Disember 2010 - Sejuk ride

Nak buat long ride sampai ke tahap makan angin memang susah. Itu juga memerlukan program latihan, especially untuk aku yang hanya cium saddle seminggu sekali. Hari-hari lain cium asap kereta je kat MRR2. Apatah lagi kalau nak masuk race? Dah tentu training macam first time buat marathon. Selain dari milage di kaki yang terkumpul, minda juga perlu bersedia. Oleh itu, aku sangat teruja untuk kayuhan 25-Disember 2010, lebih-lebih lagi dengan kaum yang dah sememangnya kepala-kepala sempoi sejak lahir.

Panjat Bukit Frasers ada la aku pernah buat 2-3 kali. Sekali tu aku naik mountainbike. Leper jugak la punggung nak sampai clock tower. Attempt tu semua dari KKB. Boleh dikatakan mencabar jugak la tapi tidak sehebat panjat dari Bentong dari segi distance dan suasana pemandangan. Ni first time aku panjat dari Bentong.



Actually long ride ni preparation untuk kaum yang akan join Malakoff Interstate new year nanti. Kaum yang lain tu cangkuk sekali untuk prepare LeTua100k dan ada jugak yang saja-saja cari nahas. Setakat untuk training aku, cukup berpuas hati dengan jadual & milage sekadar mengikut kesesuaian masa musim cuti sekolah ni. Kira cantek dah tu.

Since perjalanan memandu ke Bentong akan amik masa hampir sejam, we all meet up at McDonald Taman Melati dulu seawal 6.30 a.m. Teringat pulak waktu nak pergi Genting Trailblazer. Tambah lagi bila terjumpa Syah kat situ dengan jaket merah Adidas dia. Memang nostalgia. Syah tidak berlengah untuk cabut sebelum dilambung ombak racun basikal, so dia bergegas cabut tanpa menjeling. Aku sempat jugak lambung Hailmi CAR untuk join bagi menambah keceriaan gandingan 3 penjuru dari kaum RBU, IM dan CAR. Cukup 18 orang kesemunya.

Perjalanan ke Bentong berhujan sikit di area Bukit Tinggi dan kabus di sekitar memang menjanjikan kayuhan yang sangat bererti. Sesampai di Bentong, parking di area medan selera. Sangat lapang. Jalan ada basah sikit hasil dari renjis-renjis hujan awal pagi. Sejuuuuk. Keadaan trafik di pekan masih tenang, maybe sebab public holiday. Tengah dok siap & setting & berkunjung ke stesen pelaburan, brader Bedul datang dengan muka sekupang. Kasut cycling sudah tinggal la bro! Ammah! Aku boleh baca kekecewaan tahap gaban di muka itu. FIkir punya fikir punya fikir, Doc Taufik kasi try Crocs dia. Bedal aje ler Bedol! Mudah-mudahan sampai ke atas.

Roll-out dah pukul 8.30 a.m. walaupun plan asal kul 8.00. Biasa ler bila dah ramai & kena travel jejauh. Bergabung dengan fellow IM depan kedai ABC Kow Po and terus kami shoot ke persimpangan Tranum/Bukit Fraser. Once dah masuk situ, jalan memang betul-betul punya kosong sejauh 30km. Rolling naik turun. Kejap-kejap hujan, kejap-kejap kering & sejuk. Memang intro perjalanan yang best giler. Kiri kanan hutan & pelbagai jenis ladang. Memang klasik. Group terpecah 3. Yang cangkuk dengan rider power kat depan sekejap je hilang lepas bukit yang pertama. Aku mengelak dari kena sedut dalam group tu & decide untuk layan kaki sesedap rasa. Bersaing dengan Shuk, Jaja, Hailmi & Hanafi. Ziff, Julie, Doc Taufik, Jeff, Amir group belakang sekali.

Di persimpangan
Naik turun, naik turun sampai ler ke simpang Raub-Bukit Fraser. Memang cinonet je bangunan lama kat simpang tu cukup untuk menunjukkan betapa sepinya kawasan tu. Ada center untuk kumpul getah sekerap sebelah dia. Klasik beb. Peluang sesi penggambaran memang tak dilepaskan. Tambahan lagi dengan kepala lok-lak masing-masing, maka bermula lah sesi merapu embun.

OK time to be serious. Perjalanan mendaki lagi lebih kurang 20km. Pemandangan lagi ler touching. Jalan basah sikit, suhu rendah, kabus tebal, pokok berlumut tepi jalan dah sebijik terasa macam panjat Alps de Huez! Chewah! Masih lagi dengan cadence sesedap rasa dan tidak terburu-buru mengejar sesaper saja yang cuba menjolok, especially Det & Kak Tipah yang sesekali memotong dengan muka garang bercampur nafas kerbau. Kak Tipah pinjam glove aku yang tak dipakai sebab dia sibuk komplen tangan licin so tak boleh perform. We all stop kejap untuk dia pakai glove walaupun Kak Tipah risau takut kena potong dengan rider belakang. Ada KOM points ke nih?

Kayuhan jauh macam ni, kalau tanpa tragedi kurang sedap dikongsi. Tragedi pertama menimpa Julie Jewelz bila tiga orang mat rempit yang biadap mengambil selekoh terlalu lebar sekaligus menghimpit Julie hingga terjatuh. Sebaik aje aku muncul dari balik selekoh, aku ternampak Julie dah menyembah bumi. Aduhai! Mat rempits dah hilang. Pity her. Cepat2 aku menghampiri Julie untuk bantu. Tapak tangan & lutut kanan luka tapi Julie masih kekal cool. Strong lady she is. Dengan tapak tangan gitu, memang susah sikit nak pegang handlebar tapi Julie tetap nak kayuh. So we all balutkan tangan tu dengan bandana hasil kraftangan Kak Tipah. Kayuhan diteruskan dengan lebih berwaspada dengan cuba memastikan kaum ladies tak kayuh berseorangan. Finally we all sampai Gap pukul 11.00 a.m., sedikit awal dari ramalan aku yang menjangkakan akan sampai 11.30.

Kaum muka semangat
Perut dah mula pedih siki-sikit & kononnya nak mentakedarah kat puncak Frasers. We all tunggu sehingga last rider sampai ke Gap dan terpaksa membuat keputusan untuk teruskan pendakian lagi 8km tanpa berlengah. Pendakian yang sebenarnya menduga kami di peringkat ini. Walaupun cuma 8km dan persekitaran yang sangat cantek, kalau kaki dah lomah, panggil Dr. Fazilah Kamsah pun tak jalan. Aku tau ada sahabat yang akan berlawan dengan emosi & tekanan di waktu ni.

Simptom pertama dari Shuk hasil dari kurang milage berlaku di KM4. Disebabkan aku yang lambung dia join kayuhan ni, so aku decided untuk stay dengan dia. Cramp! Aksi tonggeng dah bermula di bahu jalan. Aku tunggu. Kayuh sikit lagi, stop lagi. Shuk kata dah takde apa dah dalam kaki ni. Bonk? Sikit-sikit la tu. Powergel semua dah bedal kat bawah lagi. Sekarang bedal madu pulak. Aku offer GU Chomp. Sedap. Shuk kata dia nak jalan, dipersilakan bro. Cubaan berjalan sambil tolak basikal terasa macam kurang menarik la bro. Apa kata kau duduk rehat atas batu tepi jalan tu kejap & cuba sambung balik kayuh bila dah rasa OK. Lagi pun sikit aje lagi nak sampai atas. lebih kurang 3km. Sementara mengisi masa lapang tu, aku pun berceloteh kat Shuk tapi both of us pun tak tau apa yang aku membebel. Masing-masing dah kurang oksigen.

Kereta-kereta dah mula turun. Kami terpaksa kayuh kat tepi je. Aku decide untuk kayuh depan so Shuk boleh ikut pace aku. Mujur lah lagi 2km tu jalan pendakian dah kurang curam, so Shuk dah boleh up kan sikit pace. Akhirnya kami sampai. Geng yang dah awal sampai dah mula turun semula, makan kat Gap kata diorang sebab jalan turun akan tutup pukul 11.40 a.m. Lagi 100 meter, Clock Tower dah boleh nampak dah Shuk dah menjerit happy!  Amik gambor se-das dua & terus turun.

Selekoh turun jalan yang sama kami naik memang agak ngeri. Licin & tajam. Aku pernah terbabas langgar dinding masa turun dengan mountainbike dulu tapi hanya digelakkan oleh kawan-kawan. Hampeh betul. Jari dan seluruh lengan tangan memang lenguh sungguh tap brek sikit-sikit. Last selekoh yang aku gagal pilih line maka terlajak la sikit hampir langgar guardrail & terucap lah ucapan gagap kejap masa tu. Azmar yang follow belakang aku boleh gelak pulak tu, padahal dia pun sama-sama kantoi. Cis!

Lunch time kami kenduri sakan di Gap tak hengat. Nasi ayam, nasi lemak, burger dan segala apa yang kat dapur gerai kakak tu kami suruh keluarkan. Gelak ketawa dan lambung melambung kembali mengisi ruang menandakan hati yang puas menawan puncak Fraser.

Turun ke Teranum masing-masing dah macam pelesit. Aku cuba menggayakan aksi-aksi Vincenzo Nibali rider Team LiquigasDoimo yang aku pernah tengok dia turun Alps dengan speed mencecah 60kph. Tapi aku punya cuma 35kph je. Kecut jugak beb. Ingat yang tersayang. Cubaan mengejar pelesit-pelesit kota yang kat depan berjaya setelah hampir 15 minit hanya nampak rider belakang sekali dan merapatkan jurang. Memang layan beb. Sampai aje simpang Teranum semua muka puas je.

Tapi mentari dah mula menyinari tatkala jam dah berdetik 1.00 p.m. Gelak ketawa bertukar nada bila kayuh dalam satu peloton untuk balik ke Bentong sejauh 30km lagi bawah panas terik. Aduhai! Senyap je semua. Sesekali rider depan bukak untuk tukar tukang tarik, jemputan terpaksa ditolak sebab takut bonk. Hehe. Aku layan sesedap rasa. Ada certain stretch yang kurang licin so terasa pulak macam kayuh Paris - Roubaix. Sensor cyclometer bergegar menyebabkan catatan meter terganggu. Tragedi menimpa Doc Taufik bila tayar dia pancit lebih kurang 500 meter depan aku. Lagi sekali aku buat kerja amal jariah tolong kawan-kawan sambil amik peluang rehatkan kaki. Peloton dah lepas ke depan masa kami dok repair tayar pancit. 5 minit siap paaap! Kayuhan disambung semula.

Tengah dok layan angin sambil adegan mengecilkan badan untuk kurangkan drag, ZAAASS! telinga aku kena bedal dengan serangga bersengat. Entah lebah ke, tebuan ke aku pun tak tau tapi cuping telinga aku bagaikan kena cucur dengan api. Aduhai! Dalam banyak2 tempat kenapa lah engkau nak jugak terbang dalam laluan aku wahai Sang Lebah? Ku raba-raba cuping telinga dah berjaya cabut sengat tajam yang tertusuk. Aku bagitau Doc Taufik. Mujurlah ada tuan doktor, so bila we all stop untuk regroup, dia spray Perskindol kat telinga aku. Sejuuuuk je. Lega sikit. Thanks Doc!

Lagi 6km, kami kayuh dalam group all the way sebab trafik di jalan besar menghala ke pekan Bentong dah semakin sibuk. Sesekali kami di horn. Entah tanda sokongan atau tanda marah. Agak orang Bentong jarang tengok cyclist berseluar ketat kot. 116km dalam masa lebih kurang 5 jam cukup untuk merakamkan pengalaman indah dalam kalendar kayuhan hidup kami especially untuk kawan-kawan yang first time kayuh sejauh ni & menawan puncak Fraser dari Bentong. Aku bagi 5 Bintang untuk kayuhan ni sekaligus mendapat Anugerah Best Ride of the Year disebabkan destinasi kayuhan, kaum yang ceria & cuaca yang sangat perfect. Thanks and well done guys!

14 comments:

  1. Ride yang memang de bomb dan de bonk. Hahaha, siap nak tulis nama atas batu tuh. milage paling jauh dalam sejarah bagi aku dengan bukit bukau gunung ganang, memang mengasyikkan.

    ReplyDelete
  2. Fuhhh mmg terbayang kembali nostalgia berkayuh di bukit bukau gunung ganang, hujan gerimis berkabus bila baca posting kau ni...cayok!!

    Lapor le plak kat opis ni baca bab mentekedarah kat GAP tu

    ReplyDelete
  3. Shuk, Ziff - sesekali memang sodap bro. Selalu sangat nanti frame tube boleh jadi buluh lemang ooo...kena kerat. Hehe. Korang pun memang dabomb! Kaum RBU on two wheels rock!

    ReplyDelete
  4. Da besh! Super cool ride! Bonk or no bonk. Matilah aku kurang mileage tuk LeTua nanti. Leh lari je tak?

    ReplyDelete
  5. menarik tertarik lu memang kebommm...biler la wa nak merasa kayuh kat situ..ermmmmm

    ReplyDelete
  6. panasss ... best giler, i can only imagine, well done guys :)

    ReplyDelete
  7. Mengasyikkan laporan inspektor kali ni... berjaya!

    ReplyDelete
  8. tahniah DM...makin lama makin jauh mencanak...nasib x de beskal, kalu tidak memang cari nahas..he he

    ReplyDelete
  9. Yim, you milage dah terlebih-lebih. Pooky je yang dah gain weight sikit.

    Hancik, Fraser tu lebih kurang Bukit Putus je.

    Panasss? Which one Kak June? Thanks.

    Thank you Datuk!

    Terima kasih Ray Marathoner. Mula-mula cari nahas dengan beli basikal dulu :D

    ReplyDelete
  10. kak tipah tersenyum simpul membaca laporan berita ala2 dato hasbullah awang ini... tendangan dirapatkan ke sisi dan GOLLLL!!!

    nafas kerbau yang tak tahan tu, hahaha

    ReplyDelete
  11. adoi .. layan siol story lu sambil pekena pisang goreng ngan teh

    ReplyDelete
  12. dasat gila!! (lagi hebat dari nik punya komen)

    ReplyDelete
  13. Yo Nik, kalau aku selalu sebut bukan "dasat" tapi "laaasssat!".

    Oooo Kak Tipah! Ni mesti big fan team Indon kan? Respedanya sudah dibasuh ke buk?

    Haaa...azwar, lu layan pisang goreng tu control sikit, nanti jesi bukit hantu kena check balik saiz :D

    Ijam nak start competition baru ke?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.