Sunday, January 2, 2011

Kayuhan Rentung Pelbagai - 2 Januari 2010

Khamis letih kerja sebab sehari suntuk inspection kat site. Balik kaput. Lepaih tu boss announce 31-Disember company tak cuti. Aiyak! Terus mood takde. Dok bertapa je dalam ofis sambil sekali sekala kacau Nik yang kena kerja jugak. Hehe.

New year eve tak buat apa, cuma dok chill at home depan TV dengan family. AXN dok tunjuk Mercury Rising (1998), layan citer lama. Dulu pernah tengok kat wayang dengan wifey zaman bercinta. Lepas tu sambung layan Bad Boys II pulak. Konon tekan butang info nak check apa lepas BB II, sekali depa pusing Mercury Rising semula daaa. Apa la punya kedekut Astro ni? 15 minit sebelum 12.00 malam, we all terus hit the sack tapi terbangun semula bila fireworks dah mula berdentum. Semua dok tercatok kat tingkap, cuma nampak sikit-sikit je.

New year itself 1.1.2011 takde plan apa-apa tapi aku terjaga awal. Sementara cuaca masih sejuk, aku ditch earlier plan konon untuk lari tapi layan gosok uniform sekolah instead. Ku sumbat telinga dengan earphone & layan MP3. Sriaaap! Pap! Lapan pasang settle, ngam-ngam perut mula main lagu Keroncong Untuk Ana. Roti telur & teh tarik, lama sangat tak bedal. And obviously dah lama sangat jugak aku tak breakfast dengan family on weekends.

Petang bawak ke malam, attended BBQ hosted by Kash. The usual RBU friends ada i.e. Yim, Nik, Syah, Atuk Z, Karen, Ian & KA. We missed the rest yang tak dapat join, if not lagi meriah especially bila citer pasal upcoming events, gossiping dan sebagainya. My kids are the ones yang paling enjoy making new friends and playing. Thanks Rais, Kash & family for the hospitality and RBUs, nice catching up with you guys. Sampai rumah dengan perut yang kenyang & mata yang dah separuh lelap, aku ikhtiarkan jugak untuk sumbat segala apa barang cycling ke dalam Toyogo & bike ke dalam kereta.

2 January 2011, konon plan for a ride anything no more than 80km sebab last weekend dah bantai almost the whole day. Aku join Bukit Hantu Cycling Team (yes we have established the name and already ordered the jersey) untuk recce route LeTua 100K. My first time riding here although the PCC and geng BJCC dah kira macam playground diorang.

Started off from Restoran Subaidah, Kota Damansara. Terus masuk jalan Subang - Sungai Buloh lalu Paya Jaras & ke Ijok. Trafik ada lega sikit tapi aku tau jalan ni memang tersangat huru hara menjelang tengahari ataupun pada hari-hari bekerja. Sangat-sangat tak sesuai untuk dikayuh.

Petronas Ijok for refill

Jalan nak sampai ke Ijok macam-macam gaya ada. Ada yang mirip-mirip route Bukit Pelanduk, NS and the rest was the typical Malaysia's trunk road, bertampal & very hazardous for our skinny tyres. Regroup at the iconic Petronas Ijok (the normal spot for cyclists) untuk refill and cam whoring.

Sambung kayuh masuk ke arah Batu Arang instead ke Kuala Selangor. Jalan memang brutal tak hengat. Sunyi sepi, bengkang bengkok and rolling. It was endless. The problem dengan jalan macam ni, memang senang nak terjerat dengan attack. Attack kalau sekali takpe, tapi bertub-tubi dari kiri kanan depan belakang. Memang adoiii! memanjang. Bila dah attack meng-attack berlaku, mula tanki cepat kering. Bahaya betul...tapi sedap.

Persimpangan Batu Arang
Masuk pekan Batu Arang untuk refuel. Siap makan nasik lagi bang! Lauk ikan talapia goreng. Tu Sepol makan, aku tengok je. Lahap lepat pisang aje buat alas perut. Pekan Batu Arang memang masih kekal tenang. Maybe serupa macam 10 or 20 tahun dulu. Kalau tak pasal kayuh, belum tentu aku sampai sini.

Teruskan kayuhan dengan nada dering discreet bila perut dah kenyang. Obviously route ke arah Pekan Kundang memang betul-betul mencabar. Jalan sungguh kurang enak disebabkan keadaan berlubang, bertampal, lori simen dari kilang LaFarge dan konvoi-konvoi orang kahwin. Adoiiii..aiii. Satu jam untuk cover almost 30km yang tersangat stress. Brahim tarik steady je all the way. Kuat betul dia. Lagi pun ni route ni semua kira macam backyard dia la. Serupa macam Bukit Hantu untuk we all. Hehe. Mentari pun dah mula menghulurkan keterikan.

Pit stop at Petronas Kundang. Dicky & Lan tercicir entah kat mana. Dapat sms suruh we all proceed, jangan tunggu. Jumpa di Kota Damasara terus. Lama jugak la lepak di Petronas sampaikan kami dapat kunjungan mesra dari salah satu konvoi orang kahwin & mula la menjawap soalan-soalan temuramah.

Peaceful Batu Arang
Sekali check Cateye, milage dah 80km daaa! Ni belum lagi sampai Kota Damansara. Cadence tinggi ku layan untuk perjalanan selanjutnya sebab perut dah mula lapar semula & kaki dah ada sikit-sikit rasa malas. Semua dah cangkuk melekat bagaikan Gam Gajah. Tak putus. Sekali sekala angin lintang & angin depan menghembus untuk mematahkan semangat tapi tetap jugak cangkuk. Punyalah fokus, sampai terlepas simpang ke Subang. Terpaksa ler lajak ke depan & u-turn kat Tol Sg Buloh. All in all, 95km kami cover hari ni akibat ter-over excited aksi attack & gelagat kaum kayuh yang dah lama tak gathering. Yang pastinya, hari ni aku sapu sunblock ala kadar je, sekali balik badan dah berbelak macam tapir. Adoiiii!

See the leg aaa...all burnt one
Harap masih belum terlambat untuk aku ucap selamat tahun baru 2011 untuk kawan-kawan yang aku tak dapat jumpa di BBQ or fi Facebook. Semoga hari-hari yang akan datang untuk kita akan lebih berjaya dari hari semalam. Amin :)

8 comments:

  1. kakak kedai kat batu arang tu punyalah happy cyclists datang mai singgah, siap offer kat anak/cucu dia, 'nak beskal camtuh ekk?'

    ReplyDelete
  2. Anak/cucu dia boleh la try Amira paling sesuai dari segi saiz & kecomelan :)

    ReplyDelete
  3. Good start for 2011 bro..
    Ni nak rekemen buat video blogging time kayuh2, esp time LeTua. bole buat Chasing Legends LeTua style :)

    ReplyDelete
  4. fuhh, ni dah boleh terus dpt taraf master untuk route Bt Arang, aku yg dekat pun tak pernah sampai hehe..geng BHCT mmg mantop!

    ReplyDelete
  5. tsar, kalau aku pakai Android HTC HD, memang lawo la video tu. Amacam? Mau sponsor? :)

    Bila Mummy Fong mau beraksi sama2 tarik dengan Mummy Jaja?

    Ziff, BHCT perangai pun macam hantu...tapi bukan hantu kak limah tau. Kita bakor! Kita bakor!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.