Tuesday, January 11, 2011

Kembali ke LSD Bukit Aman Dengan Pangkah di Peha

Berlari?! Fuiyo! Lama sangat aku tinggal. Konon ikut kan petua-petua mengatakan 42km Marathon tu kena recover selama 42 hari. Sebab banyak sangat bahagian nak kena repair & recover. Untuk itu, dan demi mengelakkan dari kena turun enjin akibat overhaul, aku menyepikan diri dari dunia larian & sibuk berkayuh.

Sejak selesai Marathon Temasek, ada la sebulan aku jeling aje kasut kat rak. Baru-baru ni je aku mula pasang niat untuk kembali meghoyan kat Bukit Aman. Untuk menambah motivasi supaya kembali berlari, aku cuba-cuba apply konsep retail therapy. Maklum la, tahun baru, azam lama tapi motivasi kena baru. Dengan hanya berusaha menekan butang tetikus, aku zas! kan sehelai suar ketat panjang jenama Dua Kali Huruf-U.

Tak pernah aku ingin nak cuba pakai suar ketat panjang dengan ada simbol pangkah besor kat peha ni tapi maybe it's about time untuk anjakan paradigma. In fact, ramai dah kawan-kawan & pros yang nampak segak & berkeyakinan memakainya. Doube in fact, dah sampai waktunya aku tak payah nak tinggalkan kain solat kat memana masjid the next time kena lari di waktu Suboh. Triple in-fact, pelan-pelan cubaan untuk menutup aurat. Amin. Dan lagi, dengan teknologi compression yang claim boleh mengelak muscle fatigue, apa salahnya aku try mengenangkan muscle aku pun dah semakin tua. Nak ke gym mengangkat besi idak ler teman sempat buat masa ni, tapi sesi mengangkat iron (seterika) & berdiri satu jam sebelum Suboh setiap pagi dah pun bermula. Hehe.

Beli dah beli, cuma nak kena try pakai & berlari je. Sabtu aku tewas kepada urusan kekeluargaan. Attend wedding anak buah wifey di Ipoh, melahap nasik Vanggey, singgah kedai bundle untuk sesi cooling down & balik ke apartment layan kacang chap tangan sementara tunggu reception malam full long distance dinner. Dengan semangat yang berkobar-kobar, aku decide untuk balik ke KL terus. Sejak dari siang, aku dah mula text kawan-kawan untuk plan Ahad. Memandangkan arrival di KL dah lewat malam, aku bercadang untuk revisit Bukit Aman - nak kayuh macam-macam benda nak kena ready, mata dah mengantuk sangat.

Lega aku bila Det offer untuk carpool dengan dia. Badan masih penat from travelling, tambah lagi dengan kerja berlari yang dah lama aku tak buat, ini bakal koyak untuk sehari dua. Belasah. Thanks to Nik & Syah yang dah memang penunggu Bukit Aman syif weekend, ramai la kawan-kawan untuk kembali melambung. Azmar, A'eshah & Daniel pun ada jugak. Turun-turun kereta, aku dah kena lambung sebab suar ketat Dua Kali Huruf-U. Macam-macam spot check aku kena dengan Nik, mengalahkan kastam kat CIQ. Takpe, maybe tak lama lagi kita akan ada kumpulan suar ketat Bukit Aman.

Kail panjang sejengkal, lautan bukit aku duga. Memang teraso sampai ke urat. Pergi & balik pace aku huru hara. Ada tatkala tercangkuk Syah punya pace membuatkan aku teruja tapi ku tarik balik tanda malu. Ada masa lain, Azmar & Det pulak pecah peloton. Tak sanggup aku nak mengikut. Dah ler Polar wearlink tak pakai, memang heartbeat setakat main rasa-rasa je. Cardio OK tapi kompom, kaki aku menjerit-jerit sebab tak cukup milage. Segala apa sendi, urat & otot sudah tangkap cuma tak cramp je.

Sampai Sekolah Arab sebelum Bank Negara baru, aku buat benda yang tak pernah aku buat - shortcut atas rumput instead of ikut traffic light. Lol. Det & Azmar dok tunggu kat traffiic light. Depa kata depa nak potong terus ikut JKR ke Padang Merbuk & balik ke Bukit Aman. I follow. Pandang belakang takut Nik & A'eshah nampak, sekali depa pun ikut sekali daaa...

Maka berjalan-jalan lah kami macam student baru balik tuition & berduyun-duyun la kami ke gerai mee hun sup untuk timbal balas 19km kalori yang dah hilang. Syah & Daniel dah hilang, perhaps dah bersiap untuk pi keje Isnin. Bersembang ler kami until Dzul (seorang pelari VFF) yang nampak power join & sambung merapu.

Tu la dia. Walaupun cuma beberapa race larian yang aku plan untuk sign up tahun ni, aku tetap akan teruskan usaha berlari. Dah masuk hari kedua, aku masih lagi berjalan kejung. Tapi suar ketat memang best. Tak rasa panas or rimas. Malah tak rasa apa-apa. Lol. Tapi muscle cantek aje maintain. Best best. Kena beli lagi satu untuk pakai time recovery. Hehe.

17 comments:

  1. kalau gitu le kate deme, teman pun nak try le seluar ketat tu kalu dapat bonos.

    Itu short cut, tu kena up double lagi 2 minggu - bayar utang :D

    ReplyDelete
  2. Dah pangkah di peha? Pergh! Makin mencanak ler...

    ReplyDelete
  3. Kumpulan suar ketat Bukit Aman? Perghhh makin mancanak aaa... takpe Zack Yui, kita maintain je semi ketat kat Bukit Subang heheheh

    ReplyDelete
  4. idup geng seluar ketat! aku tak sempat nak tegur bila aku perasan hang pakai. tapi anjakan paradigma hang lagi mencanak la...aku punya masih gear 3 kot. haha!

    rasa macam zaman2 pakai seluar fit dedulu ye tak :D

    ReplyDelete
  5. aik, sejak konsert double trouble, dah famous balik fesyen suar ketat yer. Mesti giler rock kau pakai suar ketat, kembali terkenang zaman kegemilangan kumpulan rock kapak dari negeri Johor Darul Takzim

    Whatever it is, mmg kawan respek toing-toing tahap gaban sesi seterika satu jam setiap pagi sebelum subuh tu. Tahap treneng untuk ultra tu!

    ReplyDelete
  6. adoi la..makin mencanaklah DM kita, kena beli suar ketat baru boleh cangkuk DM..he he

    Ahad ni LSD lagi? pacesetters sediakan air minum, lepas LSD acara makan2 meraikan Team RBU menang trek haritu...jomsss

    ReplyDelete
  7. This is a new fashion statement... dasat!

    Apapun, sekalung ucapan terima kasih sebab ambik jalan short cut (sbb aku pun dah tak larat nak buat long cut daa).

    Sejak dok kat JB ni.. mmg aku ada sekali sekala buat keje part time jadi org kastam kat CIQ. itu pasal terbawak2 tu. jangan marah aaa....

    ReplyDelete
  8. Ijam, pelari-pelari track star RBU lebih hebat bro. Macam-macam gaya aku tengok Tahniah untuk tuan2 & puan2.

    Syah, bukan ke kau cakap dapat bonos nak tukau wheelset carbon?
    Lagi 2 minggu aku pi FTAAA x-country. Kira langsai utaaaang... :D

    Takde ler mencanak nya Zack, Deo. Dah masuk junior veteran, slow dah. Zack pun dah lama berseluar ketat kan? Kan? Kan?

    Haaa...Khairul, hang la salah sorang inspirasi taming sari aku nak join geng suar ketat. Tinggal nak cari buckle & rambut panjang je. Dah complete, semua konsert wa layan :D

    Ziff, nak bergaya dengan seluar kakaci sat nanti bini kata buang tebiat. Nasib baik ada compression tights utk lepas rindu :D

    Kembali nya ironman 2011 selaku father of the year. Lol.

    Yo Harimau Malaya. Syabas! Cangkuk aje, sama aje pace aku dulu, kini & selamanya.
    Ahad ni ada letua ride la bro. Lain minggu aku turun LSD semula...layaaan :)

    ReplyDelete
  9. Nik, kalau Syah nampak kau short cut hari tu, silap2 kena ketuk ketampi depan kedai mi hun sup tu tau.

    Spot check tu ok lagi, part sampai check macam aku smuggle longan tu yang aku musykil. Lol.

    ReplyDelete
  10. Perghh, Syahnya bonos masyukk betul bole beli mcm2!

    Diket, kunun tak lari, tapi bila LSD tetap menchanak :)
    Btw mana report swimming ni? Hehe

    ReplyDelete
  11. Zarin,jom kita mintak Syah belanja kita soya bean bonos stok setahun.

    Mana ada menchanak bro. Aku hanya mampu cangkuk Det je, tu pun 100m kat belakang :)
    Swim belum start bro, tunggu coach import dari JB.

    ReplyDelete
  12. Thanks Kak June. Kalau depa ada brand 4U2C u nak beli tak? hehe.

    ReplyDelete
  13. Diket, nanti nak pinjam suar ketat tuh, boleh?

    ReplyDelete
  14. Boleh crushio bro. No problem. Tapi pastikan badan anda ramping macam saya. Kalau tidak, huruf X kembang jadi W bro :)

    ReplyDelete
  15. so bila nak buat gathering suar ketat ala rock kapak ni? jom lsd!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.