Friday, November 25, 2011

Happy New Year uols! :]


Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada 26 November 2011 (Sabtu) dan 1 Muharram 1433H jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1432H) dan doa awal tahun (1433H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Selamat Tahun Baru Geng :] 

Pautan dari http://sitik.wordpress.com/

Thursday, November 24, 2011

Result PowerDol

Citer lapok sikit. Result Powerman dah kuar, lambat sikit macam tahun lepas. Result PBIM pun lagi cepat. Saja untuk tatapan syiok-syiok sendiri, takde niat untuk menjadi ancaman kepada sesaper or nak poyo. Ni semata-mata untuk kemajuan sukan kampung aku. Harap maklum. Sila lihat perbandingannya:

Haaa...ilmu cut, copy & paste ni aku belajor dari abang Fairul. Aku selalu nampak orang buh race results kat blog tapi aku tak tau camner. Kali ni abang Fairul dengan murah hati berkongsi ilmu. Terima kasih abang Fairul di atas tunjuk ajar.

Tu lah result aku yang agak pongeh. Untuk menimbalbalas & justify kan dengan berkilo buah semangka yang aku bedal lepas finish line tu, aku rasa point form adalah antara approach paling sempoi untuk difahami & semoga ia melekat kat otak karat ini :]

Timing : Banding dengan Mr. James, Mr. Tang & Mr. Damian secara overall time memang sejam aku kat belakang. Encik-encik tu semua tengah sedap belasah pasta lunch dalam dewan, aku tengah terkial-kial kira batu tepi jalan.

Run 1 : 10-15 minit kat belakang. Nampak macam tak lama kan? Tapi jauh tu beb. Kira macam tertinggal satu lap equivalent to 5km distance. Nasib baik aku tak kena overlap. Dan aku bersyukur jugak dapat cangkuk Azmar & Syah dengan pace sub-6 min/km. Pace Mr. James 3:38! Pace Mr. Damian  4:04! Lemah kepala lutut aku tengok pace depa.

T1 : Rata-rata, ternyata aku masih lagi bersetinggan kat transition. Muahaha! Mr. James transit 1 minit aje! Macam mana ler gayanya dia tukar kasut & pakai helmet sepantas kilat?! Kena layan youtube tengok macam mana pro buat.

Cycle : Mr. Jamses punya average speed 39km/h. Aku punya 29km/h. Obviously dengan bantuan beberapa gajet basikal yang lebih canggih & yang paling nyata jenis bike TT adalah lebih aero untuk mencanak-canak di atas saddle. But of course kaki pengayuh sendiri pun mesti lah level Dura Ace Di2 bukan  aje bike canggih sekadar melaram & me-lawa aje. Hehehe. So untuk next year, perhaps aku kena consider sewa mana-mana wind tunnel untuk kaji lebih mendalam level aero aku. Muahahaha!

T2 : Champion punya T2 time still maintain cool sedangkan aku dah tak kuasa nak bergegas bagai. Memang ada halangan sikit masa tolak basikal masuk T2 sebab ada yang terhegeh-hegeh takmo bagi ruang. Takpe lah, aku pun bukan kiasu sangat nak suruh orang ke tepi ye tak? 

Run 2 : Pergh! Ni lah masa berkampung paling lama dalam sejarah kampung. Punah ranah harapan bangsa. Berapa pace aku? Jap kira. 7:47!!! Tak sanggup aku nak citer. Dah tahap jalan-jalan taman bunga :D

Haaa....kalau tengok cuaca 2010, secara purata semua orang cemerlang. Tapi ni hanya berlaku once in a blue moon dan ternyata blue moon susah nak singgah Seri Manjung, apatah lagi awan mendung kelabu. Prestasi aku yang paling obvious sekali dengan bangganya dapat maintain pace 6:18 untuk Run 2. Bukan senang oooo.

Secara ringkasnya, untuk berdaya maju di tahun-tahun akan datang, malah untuk tidak NANGES tepi jalan, perkara-perkara berikut perlu penekanan:
  1. Training period. Sebulan lepas Syawal memang dapat 4 kali je brick. Bike & run specific training tarak. 2010 aku banyak emphasis kat run, so looks like it helped.
  2. Kena omit segala unsur-unsur negatif yang ada. Hari tu boleh pulak terpasang lagu Out of Touch - Hall & Oates dan Highway to Hell - ACDC masa Run 2. Memang cari nahas ler.
  3. Mental memang kena betul punya kuat especially untuk Run 2. Betul beb. Run 2 adalah pemusnah harapan kalau mental kurang kuat.
Majulah sukan untuk kampung ku :]

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Gelora

Jarang-jarang dapat merakamkan perihal bolasepak. Last entry was about a year ago! Piala Suzuki...? Ye la kot. Tahun ni genap hampir setahun, Team Malaysia dok beraksi dan berlaga lagi kat Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno. Tu dia aih! Memang diberi gelaran antara stadium di sana yang paling keramat. Kalau kat KL ada la jugak Bukit Keramat or Lembah Keramat. 25 tahun yang lalu aku biasa naik bas mini ke situ pi rumah makcik.

Aku dok follow game Malaysia ni last week bila sampai rumah, bonda tersayang tengah layan. Rock kan mak aku. Keh keh keh. Terus aku dok terpacak depan TV yang selama ni memang jarang layan. Tapi layan pulak game Malaysia ni. Serupa macam game Suzuki Cup dulu.

Then come weekend aku layan pulak semi final lawan Myanmar. Pun not bad cuma pihak lawan kurang menarik. Maksud aku kurang bergelora. So, Malaysia menang semi & berjumpa lah semula Team Indonesia semula kat final.

Malam tadi aku layan...sorang je. Sebab mak aku terlena awal & dua orang anak bujang aku pi layan FIFA kat PS2. Ada ke patut? Taste antarabangsa betul.

Antara game Team Malaysia yang paling entertaining dan penuh drama & suspen. Aksi-aksi terbang ala-ala crouching tiger hidden dragon dan stunt golek-golek hindustan memang layak sangat untuk merangkul anugerah pelakon gimik terbaik.

Aku tabik player kita. Walaupun keting sokmo kena tebas, halkom kena siku, buku lali kena tetak...tapi depa maintain cool. Tak naik darah or panas baran. Tak macam 5-6 tahun lepas, sikit-sikit nak naik angin tunjuk lagak hero kampung. And tackling pun nampak pro je walaupun memang menusuk kalbu or makan dalam. Aku bajet, depa ni memang generasi pasukan yang memang kental & tahan lasak tapi maintain cool. Tabik 800 kali!

Perhaps berkat persiapan mental dan fizikal yang dibekalkan di pusat-pusat latihan seperti MSN dan yang sewaktunya slowly menampakkan hasil. Takde lah terkilan sangat duit tax payer macam aku dibelanjakan untuk pembangunan sukan tanahair. Terbaek :]

Monday, November 14, 2011

Seri Manjung 2011 - Laporan Kaji Cuaca

Laporan kaji cuaca tahun ni, serupa macam tahun 2009...hanget tak hengat. Hampir menghasilkan siri kedua Bercakap Dengan Pokok. Tapi syukur Alhamdullillah semua settle & selamat. Begini al-ceritera al-kertu nya:

Rombongan kami tahun ni ada perubahan muka sikit. Ada muka yang tak pergi al-asbab orang kahwin, anak konsert, dapat anak, layan anak tekak dan pelbagai citer anak yang lain. Namun, muka-muka yang baru ini memang betul punya baru dalam dunia sukan duathlon. Memang ternyata menampakkan muka cuak mereka pada pagi itu.


Perancangan asal untuk rendevous dengan Ziff, Syah, Izuan and Azu terpaksa tertangguh pada pagi Sabtu tu sebab Alwin, Akmal dan aku pi menjalankan tanggungjawab kami mengiringi jenazah Allahyarham sahabat rapat kami yang telah kembali ke Rahmatullah di Saujana Utama, Sungai Buloh. By 11.30 a.m. kami bertemu jua dengan kumpulan Ziff di Shell Batu 3, Shah Alam.


Laporan cuaca : Hujan lebat di awal pagi di kebanyakan tempat di Lembah Klang
Decided to take the Kuala Selangor road via Guthrie Corridor and the new LATAR (KL-Kuala Selangor Expressway). Don't ask me mana mai shortform tu. Cuaca tersangatlah mesra alam dengan laluan jalan yang menyajikan pemandangan kampung dan sawah padi yang indah dan permai. Tenang aje. Sekali sekala getaway macam ni memang sangat refreshing. Tapi aku hanya berbekalkan camera 3.2 pixel phone aje.

One of the many padi fields at Lekir, Sitiawan
Macam biasa, lunch kat Teluk Intan kat medan selera sebelah Sungai Perak yang besau tu. Maka bersembang dan berlambung lah kami sejenak sambil menikmati masakan nasik campur.

Laporan cuaca : Kelihatan awan mendung di sepanjang perjalanan. Syiok kan? Siap.

Just nice timing, kami sampai hotel di Lumut at 4.00 p.m., masa yang secukupnya untuk punggah barang dan ke  Seri Manjung untuk mendengar taklimat especially untuk yang first timer macam Syah, Izuan & Akmal, walaupun kami hanya mampu dengar Melody ucap "sekian terima kasih" aje setibanya kami di pintu dewan. Keh keh keh.

Yang bestnya pi event termasyhur macam Powerman setahun sekali ni is meeting up and catching up with loads of friends. Kawan lari and kawan basikal akan bertembung at satu event. Syiok kan? Ramai beb. Tak berenti berjabat tangan. Bunyi macam terkenal sangat ler aku ni. Keh keh keh.

Hampir sejam dok merapu & berborak, kami mengorak langkah mengikut nafsu menjejak menu ikan Gerut masak halia sebagai menu tradisi setiap kali kami ke sini. Destinasi santapan, macam tahun-tahun yang lalu, M.I.B. (Medan Ikan Bakar) di pantai bawah Outward Bounders School.

Laporan cuaca : Langit tepi pantai mula terbuka luas mempamerkan bintang-bintang. Suspen

Ikan Gerut dua ekoq masak halia, sekoq masak sweet sour, sotong goreng tepung dua hidang, sayur goreng campuq, sup sayur & telur dadar 3 set. Untuk 9 orang untuk 18 perut. Semua perut kembar dua. Tapi bila makanan dah terhidang, makan macam sekali telan. Ngeri beb tengok. Itu pun aku rasa kalau buh 3 ekoq lagi pun sanggup kami kerabat sampai licin. Huhu. Geng Chap Ayam yang sampai kat situ pun macam ngeri je tengok kami.

Pertandingan sukaneka saper cepat dia kenyang
Udah udah ler. Rezab sikit untuk mee goreng mamak & teh tarik tengah malam karang beb. Kami kembali ke sarang Lumut Country Resort untuk freshen up & bersiap apa yang patut. Perkara paling rumit untuk aku menyiapkan bila part multisport ni. Banyak bebenor barang. Nombor pun banyak! Kat bike, kat helmet, kat pinggang. Fuelling pun sama. Gels and hydration. Sekali aku bentang, ada 8 gel yang aku plan kena telan. 4 atas bike, macam biasa siap tampal atas top tube & 4 lagi untuk dilahap masa berlari. Nasib baik ada offer untuk yang akan expire hujung November, so dapat potongan separuh harga. Kalau tidak, dah sure aku layan ayam percik je atas bike.

Kul 11.00 p.m. perut keroncong balik. Musykil gak aku, cepat bebenor lapor. Alwin kata bagus la tu, metabolisme tengah baguih. Aku pulak dok teringat meatballs IKEA. Hampeh. Ada port baru, dekat simpang Naval Base Lumut. Mamak & 7E close to each other. Dah lama tak mengeteh, memang banyak cerita di lambung-lambung across table. Have to cut short by 12.00 a.m. since kami takmo esok pagi bangun breakfast kul 10.00 a.m. & terus balik KL.

Lena pulak aku tidur. Alhamdullillah. Unlike normally beralih tempat tido agak payah nak lelap (macam budak2). Nak bangun pun liat sikit tapi belasah menggigil mandi. Water heater pun pelik, siang cuaca panas dia panas. Masa pepagi buta dia tak panas. Hehe. Maybe ikut room temperature. Plan to grab breakfast at McDonald. Quick one. Suddenly Ziff hilang! Dia balik hotel, ada barang tertinggal. Cemas part 1. Kami tunggu dia & gerak terus ke venue since macam dah lewat sikit.

Muka cemas Izuan dah tak boleh sorok beb :]
Alhamdullillah dapat parking spot macam last year, depan dewan. Masa tak banyak, so masing-masing tak sempat nak rasa suspen lebih-lebih. Transition tutup at 7.00 a.m., kami sampai 6.50 a.m. Memang agak kelam kabut. Last year aku sempat warm up lari atas track stadium, tahun ni tak sempat.

Laporan : Kompom ler jap lagi hidangan ikan kering masak tom yam kong


Lari 1Larian bermula sharp at 7.30 a.m. rasanya. Ramai pulak rasa tahun ni sebab kami kena berjalan sampai ke timing mat walaupun flag-off siren dah mengaum. Slowly kami tried to stay together selagi boleh sementara badan belum panas. Dan slowly juga kelihatan Azmar & Syah mula mengurat pace & mengorak langkah. Aku cuba cangkuk. Almost habis first loop, Azmar update pace kami at 5:40. Tadaaa! Itu lah kehebatan mencangkuk pelari-pelari tegar. Tak terasa beb. Tapi aku kena bijak, lantas aku menjarakkan distance kami jangan sampai aku terjerat dalam pukat harimau. Second loop aku slowdown sikit tapi kaki & badan masih sedap.
Photo courtesy of Zila Latiff from Facebook
Transition 1 : Last year boleh dikategorikan sebagai berkelah. Cecah 2 minit lebih. Entah apa yang aku kalut kat dalam tu pun aku tak tau. Rugi oooo. Tapi this year, cekap. Sarung helmet & Oakley, sarung kasut, seluk beg & gaul apa yang sempat dicapai. Sekali tengok aku saing dengan Azmar, Alwin & Syah daa...hehe. Bagus ni.

Bike : Sebaik bertenggek atas saddle, semua dah lesap especially Azmar & Alwin. Cis! Tak sempat curi angin. Aku layan kaki ikut sedap. Tapi yang aku pelik tengkuk aku pulak tak berapa sedap bila aku mula posisi memegang aerobar. Lenguh pulak jadinya, tak macam hari-hari training yang sangat selesa. Pelik kan? Belasah selagi boleh, trying to maintain speed sesedap rasa antara 30-32 kph.

Laporan cuaca : Awan di satu dua tempat. Cuaca masih sesedap rasa tanpa sebarang gigitan sinaran mentari

First loop agak cantek tanpa sebarang keadaan cemas. Masih aku maintain telan gel setiap setengah jam sejak dari berlari sampai la kat atas bike. Aku perasan tahun ni macam berlonggok-longgok cyclists buat peloton. Penguatkuasaan larangan drafting tak berapa ketat agaknya.

Sekali macam poco-poco daaa...Thanks Jason Thai for the shot! :]
Second loop dah mula rasa malas sikit. Pongeh tu tak ler sangat tapi macam malas. Teruk kan? Hehe. Aku cuba cari pemangkin. Sambil-sambil usya cyclists yang seberang jalan sana & ku laungkan nama kawan-kawan yang aku nampak. Ada gak la yang terkejut, maklum ler tengah melayan diri. 

Transition 2 : Pun aku cuba sepantas kilat untuk tidak mendirikan setinggan kat sini. Not sure timing berapa sebab aku tertekan split time terawal sebelum sampai timing mat (simptom akal dah tak berapa nak cerdik).

Lari 2 :  Aku layan aje larian mula-mula ni. Slow je aku mengorak langkah kecil-kecilan. Langkah kecik lama-lama jadi lenggang kangkong la pulak. Cis! It was simply lazy...again. I just knew it. Plain lazy. First loop mostly aku tak kenal sesaper. Masih maintain telan gel & stop seteguk at every water station tapi larian bersulam jalan kaki. Dah mula teringat sebak 2009 tatkala melangkah jalan straight tepi kilang. Kenapa lah pokok-pokok ni tak membesar sejak 2 tahun lepas ye?

Cubaan mencangkuk Frank. Thansk Jason Thai for the pic...again :]
Laporan cuaca : Ikan kering dah mula hanget masa ni. 

Second loop baru lah ada terserempak dengan handai taulan. Alwin dah settle bike relay dia. Siap escort aku tepi pagar. Cis! Akmal & Azu standby tepi gate stadium dengan Coleman & Coke! Pergh! Nikmat beb. Akmal pun dah dressing hensem. Cis! Tau ler buat Sprint je. Thanks guys! Coke tu memang sodap.

Aku catch up Ziff on his first loop. Kami sama-sama berlenggang at certain times & later disertai oleh Nizam. Dah macam bujang lapok daaa jalan melenggang. Kami cuba target lari sikit & jalan sikit. Sampai stretch yang mental tepi kilang tu semula, aku tak boleh tahan dah. Timing memang dah tak hirau sebab PB tak achieve. Aku sumbat mp3 setting lagu gila sikit & bantai all the way sampai habis. Kalau ikut kan masa yang aku rekod kat jam sendiri, it was 04:27:10. Alhamdullillah.

Macam biasa, statement piawaian selepas habis event-event ngeri lagi cemas : Serik dah aku nak masuk lagi. Kompom ni last la. Tapi cuma bertahan setakat setengah jam aje. Hampeh. Nanti kita citer post race kendian, kalau aku rajin.

Tahniah untuk geng semua yang khatam Powerman tahun ni. Korang memang spesis tahan sakit, especially yang first timers. Jangan serik tapi jangan pulak tak bijak untuk training extra sikit lenkali (pesanan untuk aku sekali).  :]  And definitely thanks for the whole roadtrip. It was total awesome la. You guys as usual, the sempoi people & kaki lambung :]

Antara rakaman lensa aku untuk konang-konangan :]

Posing taman bunga
Powerman road trip 2011
Posing Team Bola Bawah 12 Tahun  (Baju belang cikgu Quarter Master)
Powerman road trip 2010
Posing Ahli Anggota MAT Sedang Usya Raksaksa
Powerman road trip 2009
Posing Kumpulan Sweet Charity


Lost

With the unusual weather pattern and surviving health threats day in day out, it is so uncommon that we pray & thankful to God for letting us live another day, able to watch our love ones every morning, capable to train with the mercy of rain clouds and sunshine...which we should, actually.

I had a great lost on Friday evening, just when I was about to start reliving my spirit for the weekend race. Lost a good friend. Al-Fatihah to Ibrahim bin Mohd. Nasir. May Allah s.w.t. have mercy on him and place him among the greatest people in Jannah.

It was another reminder from Allah s.w.t. To me and to everybody else. Afterlife is eternal.

It shook me for awhile until I could overcome the sadness. It was shocking. The excitement to pack stuff for Powerman trip was put on hold.

A friend since 2004 when we first met at one of the weekend mountainbike ride. Since then, we were riding in and out of mountainbike trails, meeting and gathering more friends. Then we were away for awhile, keeping the family chores a priority. Those were the greatest days. But not until recently we were given the chance to catch up again during roadbike rides and events. I guess, the greatest moments brought us closer and the lost resulted to great emotions.

A few of us close friends took the opportunity to pay our last respect to Allahyarham the morning before we left for Seri Manjung. The sight of watching her 4 daughters shed tears. Reminds me of Kaklong. I pray that everything will be OK for his family and the best things come only from Allah s.w.t.

The next thing I knew, my sons were down with fever as well. Worry starts creeping in and the thought of bailing out shivers me. With a few checks and confirmations, I just had to make sure they are in good hands.

Our trip via Kuala Selangor trunk road was filled with memory talks about Ibrahim. Laughters and sad weaved together. Weather was so kind, as if it was playing Like Yesterday Once More - Carpenters.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
"Terdapat enam hak Muslim ke atas seorang Muslim." Ditanyakan kepada baginda, "Apakah ia wahai Rasullullah?" Baginda bersabda: "Apabila kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam kepadanya; apabila ia menjemput engkau, tunaikanlah jemputannya; apabila ia meminta nasihat daripada engkau, berilah nasihat kepadanya; apabila ia bersin kemudian ia memuji Allah, jawablah untuknya dengan mengatakan yarhamukallah (semoga Allah merahmati kamu); apabila ia sakit, ziarahilah ia; apabila ia mati iringi lah jenazahnya."

(Riwayat Muslim)


Jejak Mat Kilau Trail 31 August 2007
Ladang Elmina Trail 2006
Batu Arang Ride January 2011
Ipoh Century Ride July 2011

Wednesday, November 9, 2011

My 10K Labrun


I ran a 10K yesterday. It was a planned 10K. They say running a 10K is the best way to gauge one's stamina. Yep, despite all the brick workouts (bunyi macam banyak je) and a 10K run in between at geli-geli pace, yesterday's run was more like a lab run. I've been wanting to do it after considerable amount of time spent throughout the raya weekend assessing my pass timing at Seri Manjung.

10K is just about a nice distance to run because it's an average of an hour pushing. Most people can run a 10K. And a 10K is a gauge distance to check on threshold level or HRM. I started off my running in the competitive level (larian berbayar) way back in 2007 with a 10K at AmBank KL Marathon. Here's amongst my earlier shoes:

Tamat perkhidmatan selepas terpijak taik lembu masa Qurban :]
After that, the sky was the limit. 10K races were sporadic for me. Aiming more at the 26.2 miler. Macam bagus je kan, but that was recent. Aku dah insaf sekarang :]

I trained hard for last year's powerman. I trained more for the run. The result was outstanding, Alhamdullillah. But this year, I only started running after raya and squeezing in strength or hard running risk injuries. However, this old goat still got some punch to gauge what's still left inside, though the actual event is just 3 days to go!

With a few twitch of the adhoc plan, the whole family went to KLCC. Venue was picked due to it's measurable miles. And kids, you have the whole one hour to play monkey at the monstrous playground, and mommy have all the time to sink into her books :]

Target : Anything below 1 hour. Shoes checked. Vest checked. Pants checked. MP3 checked. Started off with Higher - Taio but whilst halfway into Ziplock - Lit, my spider-sense told me a King approaching from behind. It was Nik! I shoud’ve known. KLCC throne is ruled by the Two Kings and All Hail to the Kings! I bowed to his presence and we ploded along catching up with lost stories, well mostly his actually. Hehe.

I shared my plan and Nik agreed to tag along. Looking at his constant running log on Dailymile, I know that it’s gonna be hard pacing with him. God speed, this will be one hell of a 10K.

We were guess-timating our pace at times. Humbly Nik gestured a 6.05 but I was confident that it’s a sub-6 pace, from my labour breathing of course. At times we were blaming each other for the increasing pace. I don’t know whether he was playing drama but I was totally freaking honest (arguing through my nostrils actually, labour breathing…remember?).

I tried to keep my gait and posture especially upon enduring pain at the last 2km. And Nik still suggested that a last lap sprint is viable. Are you for real?! My legs started to wobble and my arm swing was desperate. The slightest thought of quitting was inevitable. But, it was not just yet.

Dragging myself catching up with his pace was tormenting, but I know it’s for the good of the assessment. The last lap, Nik engaged his Audi gearbox right after the inlcine but I was non-responsive (sebab aku pakai gear auto je).  He was flying and yours truly was drag-racing. Lapan tiang dia tinggalkan aku! Pergh! Pedih ulu hati mengejor Yeop! Passing through Poco-poco regime was plain deaf because my heart was pounding louder than the music. Argh! Finally the 1KM mark was visible and I was reaching high and low trying to reach it at a descend timing. Sriaaap! 00:56:20. Poyo je kan? Macam ler bagus sangat timing tu. Orang lain tutup mata je buat sub-50.

From the assessment, I can conclude that should I pushed with that killing pace, I will definitely fall asleep on the bike, or maybe cari port bawah Jambatan Tuanku Bainun bentang tikar terus. And my second run will be a “walk in the park” pace sambil nanges! From that also, it seems that attempting anything below 4 hours is impossible. Thus, time improvement can only be done marginally at a reasonable effort. InsyaAllah. Amin.

Sub-4 will be next time... :]

One of the inclines at Powerman cycling route
Simply gorgeous engineering :]

Tuesday, November 8, 2011

Aidil Adha at BTHO

Our Aidil Adha was awaited filled with anxiety, especially for the kids. We decided to stay back in BTHO and get a feel of the raya fest of our loving neighbourhood.

Not forgetting the training part for Powerman, we shifted the time to Friday night at PoJ considering a handful of us will be travelling back to kampung for the weekend. Raya traffic frenzy caught a few of us that evening, hence the rendevous was a bit delayed. We had to make do with whatever time we had left. 

It's been a while since we had our night run here. Last remembered was when we gave support to our fellow Sundowners somewhere back in...March/April? We had a weathercheck report prior to our meet up. Weather was perfect. Thanks to Syed. 

Initial menu for our final brick was 5k + 30k + 10k. We headed towards PICC junction and back for the first 5k run. Pace was magnificently constant. Crowd was just nice for chats and jokes and not forgetting lambung tak hengat. Syah, Ziff, Det, Azmar, Izuan and Azuria. Julie arrived when we have started our run.

Mat Rempit PoJ
Our bike leg was adjusted to suit the limited time. We managed to cover 25km with a few intervals thrown in with the help of a few tukang tarik. Alhamdullillah legs and core working well.

The second run was even shorter than planned since we were nearing curfew period. It was a 2k run on the Boulevard at a higher pace, thanks to fellow kaki lambung. Syah signed off there after and the rest of us took refuge at Precinct 9's mamak for a quick mee goreng and garlic nan. 

Raya at BTHO

Right after solat Isya', followed with a takbir, kami berkonvoi untuk bertakbir ke 7 buah rumah sekitar kawasan. Memang meriah. Macam kat kampung-kampung. Cuma tak tau masih ada lagi buat ke tak kat kampung. My hometown, the last time I remembered, the takbir group was mostly otais. Sekali satu badge kembali ke Rahmatullah. La ni no idea ada lagi ke tak. Kat BTHO, kalau ikutkan usia majority kami and if umuq panjang, lagi 10 ke 15 tahun kami masih boleh maintain aktiviti ni. Amin. InsyaAllah.

Setiap rumah memang tak boleh avoid jamuan baik yang ringan mahu pun yang berat. Kids yang selalu serbu dulu ke meja makan tapi rumah nombor 3, orang tua terkam dulu...sebab nasik arab kambing. Huhu. Rumah nombor 4 ke atas semua dah tangkap layu.

Takbir! Second house, masih bertenaga :]
Pagi raya kami jalan kaki anak beranak ke surau. Excited anak-anak aku dapat jumpa geng sepanjang jalan. Surau pun penuh. Alhamdullillah solat sunat hari raya & khutbah berjalan lancar. Disambung dengan small breakfast sebab ada yang bawak pot luck.

By 9.30 a.m. kami dah bersiap untuk jadi cowboy. Honestly, first time untuk aku terlibat. Before this setakat pemerhati aje. Total ada 12 ekor lembu. 3 dah siap hantar ke Baling untuk diuruskan qurban kat sana. 9 lagi settle dengan geng koboi BTHO. Aku join group lembu bib no. 4, leader Det. Nak tumbang lembu ni Alhandullilah senang tapi lembu bib no. 5 kena outsource kat kami sebab group tak cukup member. Yang ni memang terejal sikit. Protest kuat. Dah ikat kaki pun sempat di ketis aku kat peha. Nasib baik tak melambung. Ada sikit sengal sampai la ni. Allahuakbar.

Koboi BTHO in action
Sesi melapah diteruskan tanpa membuang masa. Sorang tukang pegang, sorang tukak buang kulit. Aku bawak pisau blade potong kertas je, senang. Tapi memang lenguh. Serupa macam buat weight training. Mencangkung, membongkok, tahan weight kaki lembu, menarik kulit kasi tegang supaya senang potong. Pergh!

Dah siap potong, kami angkut ke surau untuk proses pembahagian. Siap timbang, siap bungkus. Tulang semua masuk periuk buat sup. Kaum muslimat kasi settle masak nasik & air untuk lunch. Alhamdullilah dengan berkatNya kami uruskan semua by 1.00 p.m., just nice masuk Zohor.

Distribution Center al-Ansar
Aku dok toya sampai petang sebab lepak menolong. Pi rumah in-law pun aku masih dalam mode 'stone'. Hehe. Memang terasa penat walaupun nampak simple. Yang penting kemeriahan & ukhwah kawasan perkampungan aku memang 'A'. Mudah-mudahan kami dilimpahkan rezeki untuk teruskan amalan ni next year. Amin :]

Thursday, November 3, 2011

Interval & Ilmu

Keadaan cuaca yang unpredictable sejak dua menjak ni membuatkan sesi-sesi latihan terpaksa di-improvise. Tapi itu tidak menjejaskan segala routine dan planning seharian.

Planning untuk sesi interval dengan kaum pada hari Selasa terpaksa ditangguh akibat hujan & diganti dengan dua pinggan nasik putih berlaukkan paprik ayam berkuahkan tom yam campuq. Sekali sampai rumah petang tu dalam kedinginan hujan, sudah terhidang atas meja. Mana boleh tangguh ye tak? Niat nak bertenggek atas trainer lepas Isya' pun hanya sekadar angan-angan aje. Tarik selimut awal adalah lebih afdhal :]

Semalam kami lebih berkeyakinan untuk meneruskan usaha mengadakan strength training. Sampai parking belum hujan. Start aje lari, jemuran pun turuuuun. Namun ia tidak melunturkan semangat kami. Menu-nya: fartlek.

Disebabkan aku tak berapa arif dengan track KLCC & jaraknya, so kami terpaksa modified ikut profile. Part flat kami henjut, part bukit kami recovery...takmo injured. Alasan manja. Since hujan, tak ramai langsung! Or else kami terpaksa mengelak mana yang patut.

5 set lari pusing-pusing mengejor satu sama lain. Baju dah lencun. Betis, keting semua dah mula menarik. Muka pun dah terik. Cukup lah sekadar introductory untuk kaum yang baru nak berjinak dengan strength training. Lama aku tak buat & tobat rasanya nak buat lagi. Maybe untuk masa yang terdekat ni chill dulu.

Hujan dah mula reda menjelang Isya'. Malam ini aku telah secara official memulakan kelas mengaji dengan geng orang kampung. Last aku attend kelas rasanya masa umuq 13 tahun. Suspen macam nak buat public speaking pulak. If kat rumah dok ngaji sesorang boleh la poyo hantam kromo berlagu-lagu bagai. Sekali depan 8 orang yang lain, heart rate dah macam threshold level pulak :]

Aku ingat ustaz nak suruh aku start dari Iqra'. Kalau ye, kompom aku kena berebut dengan anak aku Umar sebab dia dah Iqra' 3. And Kak Long & Amir sure gelakkan ayah dia sebab depa dah masuk Quran. Hehe. Ustaz interview aku dulu, tanya beberapa soalan pengalaman mengaji. Aku ni takde lah tahap musabaqah tapi main larung je tajwid pun ikut sesedap rasa. So, untuk assessment tahap kecerdasan mengaji, aku kena baca al-Fatihah tanpa melihat Quran. Maka terkantoi lah aku dengan beberapa kesilapan bacaan. Tu dia eh!  Geng lain dok tersengih-sengih je perati aku kena regging dengan ustaz. Dah serupa macam citer Pendekar Bujang Lapok daaa...masuk sarkis & Pak Abu sebut huruf M! Hahaha. Siap ada pulak tambah lauk, student baru kena sapu taik cicak setiap kali sebelum mula kelas. Hampeh punya senior. Hahaha!

Oleh yang demikian, part ilmu al-Quran ni kita kena wajib belajor. Pernah ustaz bulan posa habaq, kalau kita tengah belajaq & salah bacaan takpe lagi. Tapi kalau salah baca tapi takmo belajaq, dosa tau.