Alhamdulillah sudah masuk 3rd week kerja masih berjalan dengan lancar disertai dengan beberapa job baharu. Aku bersyukur juga pengalaman kerja pengurusan & disiplin diri sekian lama sangat membantu aku berdisiplin dengan kerja sendiri. Tambahan lagi dengan karakter aku yang sedikit berstruktur. Tapi aku juga dah 3 minggu tak jogging. Aku terpaksa letak priority untuk siapkan kerja kerana memerlukan masa dan morning kick-off yang fresh & relaxing.
Mana yang aku sempat, aku akan sedekah especially bila Allah swt hadirkan peluang depan mata. Adakala ada juga aku tanamkan niat & plan ahead where & when to do it.
Aku masih dilema dengan jawatan biro SAA sama ada nak teruskan atau tidak. Salah satu sebab ialah komitmen selain juga isu aku have to pekakkan telinga dengan kerenah personaliti yang pelik². Mungkin the later formula could be useful in order to survive.
Dengan kesibukan kerja, aku dah mula kurang buat marketing di social media selain memang tak sempat. Kreativiti aku lebih banyak tertumpu kepada creating artworks. Kadang² memang sampai berpinau mata straight half a day & bersambung pulak sebelah petang. Aku akan grab the chance for an afternoon nap if the dingling headache tends to stay longer.
Cuaca juga agak panas terik lately especially tengahari. Sometimes rain came but not too often.
Aku berfikir, is this the moment where my passion in art drives my income? Probably. And i will make sure it does. But how far i want to drive it? Kalau nak sampai financial freedom or sampai tua? My guidance is to work stress free.
Wednesday, February 26, 2020
Thursday, February 20, 2020
All Quiet on the Western Front
Pada seawal minggu pertama selepas cuti CNY keadaan agak sunyi dari sebarang tanda² dapat job. Aku hampir putus asa. Hampir. Aku follow up beberapa potential job yang pernah submit quotation tapi beritanya sepi.
Rasional aku sendiri. Tambahan lagi dengan cabaran berkolaborasi dengan ajk surau yang nampak gaya tidak berapa ngam atau tiada leadership yang padu. Aku mula menyendiri. Cuba terus muhasabah. Formula nya mudah...elak buat dosa tak kira yang kecil mahupun besar. Betulkan yang biasa & biasakan yang betul. Andai nak buat kebaikan untuk pahala itu sukar, lantas elak dari lakukan yang mungkar.
Aku cuba kekalkan begitu. Jarang juga aku ke surau. Tatkala bermuhasabah ni, aku lebih suka & khusyuk berkomunikasi dengan-Nya bersendiri.
Terkadang aku lihat pesanan yang nyatakan doa & terus doa. Itu kunci & senjata kepada segala ujian. Panjang lebar ku garapkan doa dengan pengertian setiap bait ayat.
Rasional aku sendiri. Tambahan lagi dengan cabaran berkolaborasi dengan ajk surau yang nampak gaya tidak berapa ngam atau tiada leadership yang padu. Aku mula menyendiri. Cuba terus muhasabah. Formula nya mudah...elak buat dosa tak kira yang kecil mahupun besar. Betulkan yang biasa & biasakan yang betul. Andai nak buat kebaikan untuk pahala itu sukar, lantas elak dari lakukan yang mungkar.
Aku cuba kekalkan begitu. Jarang juga aku ke surau. Tatkala bermuhasabah ni, aku lebih suka & khusyuk berkomunikasi dengan-Nya bersendiri.
Terkadang aku lihat pesanan yang nyatakan doa & terus doa. Itu kunci & senjata kepada segala ujian. Panjang lebar ku garapkan doa dengan pengertian setiap bait ayat.
Thursday, February 13, 2020
2020 First Long Ride
Bukanlah jauh sangat tapi 90km buat pertama kali untuk tahun 2020 memang sedikit rasa gemuruhnya. Apatah lagi sudah hampir 6 bulan tak duduk atas basikal lama-lama. Aku juga ambil kesempatan untuk kayuh sewaktu aku daftarkan Umar di PD International Triathlon supaya kami boleh sama-sama kayuh untuk persediaannya. Dapatlah dua kali kami kayuh sebagai majlis panaskan badan.
Dua minggu lepas kami berjaya berkumpul semula dari kawan lama dan kawan jiran untuk kayuh di Lebuhraya LEKAS dari rumah hingga ke Tol Bukit Setol dan balik. Difikirkan laluan kayuhan ini tidaklah sebegitu mencabar kerana tiada bukit yang tinggi dan curam untuk didaki selain permukaan lebuhraya yang agak bersih dari lubang dan berbagai gangguan trafik.
Ujian kecil terjadi sebaik aku kayuh ke tempat berkumpul beberapa ratus meter dari rumah. Rantai basikal putus! Hati sedikit kecewa dan pantas sahaja aku memikirkan alternatif yang ada untuk aku terus dapat kayuh. Akal ligat berfikir. Untuk disambung semula rantainya tapi tiada alat, malah tiada pengalaman langsung membuatnya. Mungkin boleh cuba sebab aku pernah lihat prosesnya. Nampak mudah.
Aku hampir putus harapan. Ijat sampai di lokasi berkumpul. Dia tertanya apa kekecohan sebelum kayuh? Aku tau anaknya Zahin mungkin boleh membantu tapi Ijat maklumkan Zahin sudah hendak pergi bekerja dan dia tak pernah membaiki rantai putus. Tapi Ijat menawarkan basikalnya yang satu lagi untuk aku pinjam. Jenama Bianchi Sempre yang sudah aku tau nilainya ribuan ringgit jauh lebih mahal dari basikal besi aku.
Alhamdulillah saiz kami hampir sama. Aku tiada masalah dengan geometri konfigurasi basikal Ijat walaupun agak jauh kedudukan 'handlebar' tapi cukup untuk setakat ni.
Kayuhan kami bermula agak kelewatan oleh sebab masalah teknikal tadi. Kami berjumpa dengan kumpulan sahabat lain di R&R Branang. Mereka juga dikhabarkan kelewatan. Tak mengapa sebab kami sangat gembira kerana sudah sekian lama tak berjumpa dan kayuh bersama.
Kelajuan kayuhan kami dalam kadar yang selesa untuk tiada yang tertinggal mahupun yang terlalu laju. Perbualan rancak di atas basikal berterusan hingga ke kaki Bukit Setul. Lumrahnya bila mendaki masing-masing akan ikut kemampuan sendiri. Kami berkumpul semula di puncak.
Cuaca agak selesa dengan deruan angin sekali sekala menyamankan badan yang berpeluh dan kaki yang sudah mula terasa penat. Perut juga sudah mula berkeroncong tanda waktu sarapan sudah dilewati.
Kumpulan kami terpaksa berpisah kerana masing-masing dengan rancangan kayuhan seterusnya atau berpakat untuk memilih laluan lebih cepat dan mudah untuk balik.
Ada yang terus ke arah Lenggeng untuk bersarapan. Ada yang meneruskan kayuhan sepanjang lebuhraya menghala ke Senawang. Nizam, Sidan dan aku memutuskan untuk berhenti bersarapan di kedai pertama yang beroperasi kami jumpa sebaik menuruni Bukit Mantin di jalan lama.
Alhamdulillah nasi lemak dengan lauk sambal sembilang menjadi santapan bekalan tenaga kami. Kami teruskan kayuhan balik melalui lebuhraya juga. Angin semakin kuat pula hari ni dan tidak lupa juga cuaca terik yang mula menggigit kulit.
Hampir setiap persimpangan lebuhraya dijadikan tempat kami berteduh dari panas matahari. Sidan terpaksa menamatkan kayuhannya di penghujung lebuhraya kerana sudah tidak larat. Tinggal aku dan Nizam yang masih cuba untuk tamatkan kayuhan sehingga ke rumah. Cabaran angin, panas kini bercampur pula dengan kesesakan trafik hari Sabtu cuti umum Thaipusam.
Beberapa kali juga aku hampir dihimpit dan dimarahi oleh penunggang motorsikal yang menderu tanpa rasa tanggungjawab kepada pengguna jalanraya lain. Sedikit terkilan dengan sikap dan akhlak yang dirasakan semakin buruk dalam kalangan pemandu dan penunggang motorsikal di negara ni.
Kayuhan tamat pada 97km. Aku rasa berpuas hati dengan usaha untuk kembali beriadah dengan sukan berbasikal.
Friday, February 7, 2020
Hidup Dalam Kariah
Surau kami dah lebih 10 tahun dan bermacam-macam lapisan ahli jemaah. Ya. Aku katakan begitu sebab jemaah pun masih ada karakter masing-masing. Please take note bahawa jemaah juga manusia biasa, dan mereka tidak lari dari perasaan dan emosi yang tersimpan dalam hati.
Tahun ni aku ditawarkan untuk pikul tanggungjawab ajk surau. Mengurustadbir biro pembangunan dan penyelenggaraan. Sedikit sebanyak macam kerja aku sebelum ni. Aku berasa tiada sesuatu yang kekok cuma perlu sahaja bersedia dengan buah mulut manusia.
Tapi aku agak kecewa tatkala mesyuarat pertama ajk yang aku hadir sudah menonjolkan beberapa watak dan sikap yang kurang profesional dan beremosi. Pastinya tidak asing lagi terdiri dari mereka yang sudah terlalu lama memegang jawatan. Sungguh jelik. Aku sudah jangka perkara sebegini akan berlaku.
Sedihnya ajk sendiri sudah tidak sehaluan dan sama pendirian apatah lagi ingin memikul tanggungjawab agama. Kerana sikap yang sebegini, bukan sahaja luntur pahala kerana gagal dalam keikhlasan, malah boleh sahaja mengundang dosa kerana sikap dan hati yang tiada unsur positif.
Aku sedang pertimbangkan untuk meletakkan sahaja jawatan kerana tidak mahu pening kepala melayan kerenah mereka dan andai hilang kesabaran, aku juga mampu mengeruhkan keadaan, Tapi aku tidak mahu capai peringkat tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)