Friday, February 7, 2020

Hidup Dalam Kariah

Surau kami dah lebih 10 tahun dan bermacam-macam lapisan ahli jemaah. Ya. Aku katakan begitu sebab jemaah pun masih ada karakter masing-masing. Please take note bahawa jemaah juga manusia biasa, dan mereka tidak lari dari perasaan dan emosi yang tersimpan dalam hati.

Tahun ni aku ditawarkan untuk pikul tanggungjawab ajk surau. Mengurustadbir biro pembangunan dan penyelenggaraan. Sedikit sebanyak macam kerja aku sebelum ni. Aku berasa tiada sesuatu yang kekok cuma perlu sahaja bersedia dengan buah mulut manusia.

Tapi aku agak kecewa tatkala mesyuarat pertama ajk yang aku hadir sudah menonjolkan beberapa watak dan sikap yang kurang profesional dan beremosi. Pastinya tidak asing lagi terdiri dari mereka yang sudah terlalu lama memegang jawatan. Sungguh jelik. Aku sudah jangka perkara sebegini akan berlaku.

Sedihnya ajk sendiri sudah tidak sehaluan dan sama pendirian apatah lagi ingin memikul tanggungjawab agama. Kerana sikap yang sebegini, bukan sahaja luntur pahala kerana gagal dalam keikhlasan, malah boleh sahaja mengundang dosa kerana sikap dan hati yang tiada unsur positif.

Aku sedang pertimbangkan untuk meletakkan sahaja jawatan kerana tidak mahu pening kepala melayan kerenah mereka dan andai hilang kesabaran, aku juga mampu mengeruhkan keadaan, Tapi aku tidak mahu capai peringkat tu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.