Monday, October 22, 2012

Grinding back


Bila dah lama sangat menjalani proses pertapaan dan percutian, badan dah mula manja dan mental dah mula lawan touke sebab seronok duduk dalam comfort zone. Latihan hujung minggu terpaksa dirancang seawal 2-3 minggu lepas bersama kaum supaya kalau nak bail out last minute akan terpaksa menanggung kemungkiran janji. Aku teringat satu hadis pasal janji ni.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )".

Sekadar berkongsi :]

Walaupun mental bermain-main untuk mencari alasan mengelat, tapi aku berpegang pada hadis tersebut. Walaupun baru recover dari flu. Bahkan, aku memang perlukan sesi ini sebagai starting block untuk seminggu ni terus berlatih sebagai prep menghadapi event Ahad depan. Nak enjoy, kenalah bersiap sedia.

Despite the unpredictable weather since last week, we were hoping that it would give a bit of mercy. Alhamdullillah the sun shone its brightest that particular morning, simply plain awesome for those training for the upcoming Powerman. It was named the hottest race ever for no reason.

To strengthen the reason to train, aku plan untuk teman kawan-kawan yang training for Powerman, selain juga berjumpa kaum yang dah lama sangat tak jumpa. Silaturrahim kena pelihara beb.

Depa plan untuk buat brick training, aku plan untuk menghilangkan berat brick kat kaki ni. So, I just want to spin.

Masa depa did the first run, aku spin pi cari toilet sampai ke Taman Empangan. By the time aku sampai balik carpark, depa pun dah habis lari & bersiap sedia untuk cycle pulak. We managed to cycle around Putrajaya, following what was supposed to be the Powerman 2012 cycle route. Aku follow aje saper yang lead. Al-maklum tahun ni tak masuk.

The first half of the session I tried my best to stay within the zone, maintaining the 110 rpm for as long as possible. HRM punya bateri dah kong, so aku cuma main agak-agak je rate kesemputan. Due to the rolling nature of Putrajaya roads from the interchanges and flyovers and bridges, keadaan memaksa untuk aku bisu seribu bahasa tatkala jantungku memukul gendang bertalu. Kaum yang dah memang stamina bagaikan dewa itu masih maintain kayuh sambil bersembang. Maka, usah lah kalian berfikiran yang aku ini sombong ye. Hehe.

Badan dah betul-betul panas barulah aku cuba selit sikit-sikit sesi menekan pedal especially sampai jalan belakang Alamanda menghala ke Pinggiran Putra. Tiada sebarang aksi Sivaji tapi aku cuba cangkuk pace mereka yang kuat-kuat belaka. I was grinding the crank up inclines and on long flats. Even I was surprised and of course thankful that legs didn’t give up throughout the excursion. Bukan senang nak draft depa ni & aku assume depa ni saja bagi chance & bukan full throttle.

Sampai balik carpark untuk refill, aku menarik nafas lega. Phew! Kami decided to make another shot untuk bundarkan (bahasa matematik UPSR) 50km distance, kasi puas sikit kaum Powerman training. Hence, we repeated the Pinggiran Putra – Alamanda 20km stretch. And the grinding continued for the next hour. It was pleasure pain which I missed for a long time & much appreciated.

Tersangat power ini-ini orang

Dah habis cycle, aku escort depa buat second run pulak. Aku kayuh of course. It was so hot and the same weather was anticipated come event day. Memang suffer aku perhati sorang-sorang tapi it’s better to suffer masa training rather than masa race.

With that concluded, I think I’m heading the right way for the week towards Sunday. Another round of mud and dirt I need.

Friday, October 19, 2012

Tripping - Langkawi D4


Day 4

It should be our last day. Ler…ada lagi rupanya. Tak reti nak balik rumah ke? Hahaha. Wait till I tell you towards the end. It’s going to be the final, I promise.

And we have almost the whole day to ourselves to just do whatever. Orang kampong kata “free and easy” la konon. Konon ye.

Since dah tidoq awal, we had enough rest then. So, kids bugging to go to the beach. Semalam tak dapat main kat beach sebab cuaca tak mengizinkan & dah lewat petang. Hari ni supposed depa kena kasi puas hati chillax.

Weather was still gloomy from yesterday and still wet. Overcast all over the horizon, so panorama nampak lebih mandom instead of terang benderang from the typical beach scenes. At least takde lah golap kulit ni haaaa berjemur ye tak.

Slowly the beach nestled in with crowds coming in every other minute. Joggers, swimmers, shutterbugs. And the resort management did their job well by having housekeeping personnel keeping the beach clean. Bagus lah kan? No wonder la beach nampak bersih.

After a while, I got tired of sitting, watching and waiting. Kids were having a great time, of course lah. Kids. Aku decide to walk the beach to other end which seems to be something worth discovering. The solitary moment I seek.

Mengatur langkah demi langkah, aku observe pelbagai jenis beach resort sepanjang perjalanan. From individual chalets to high class properties. Very high class ones, where they have their own outdoor bar by the beach, sure depa serve cocktail dengan payung kecik tu kan? Beach benches bersepah, typically catering for the mat sallehs la. Orang Melayu idak nya nak berjemur.

Nearby islands seemed so close and reachable if aku ni adventure sangat untuk pi redah. However, the walk was just another typical walk along the beach tanpa sebarang benda menarik yang aku boleh share. Sempat la jugak gatal tangan nak on kan endomondo just to check on the distance. 2KM aje.

We saw the skyline turned grey telling us that rain is approaching. From the point of standing, and due to the open horizon, we could see the phenomenon of rain eating up the land and sea, screening the power of monsoon. Apa lagi? Berterabur ler lari balik chalet.

We checked out at noon and decided to drive pusing island. Singgah kat tourist spot beras terbakar sat, beli towel mandi dari China yang mak aku pesan. 3 helai RM20 tu. Hahaha. Then to Pantai Pasir Hitam. Telaga Air Hangat (nice facilities but there's something wrong with the drainage system coz the hot spring didn't drain properly causing some sort of contamination look). Then dah sampai balik pekan Kuah. More or less covered 60km. No wonder la Ironman Langkawi kena pusing bike leg sampai 3 kali nak cari 180km. Hehe.

Model Paksaan Pantai PAsir Hitam

Our flight back to be at 10.00pm, hence still lots of time to bask around. Fikir punya fikir, suddenly wifey decided to give it a shot at the cable car ride. Ooooh! She missed the first ride sebab belum prepared. Hehe. Yes, we took the chance to take a friend’s advise that the sunset therapy from Gunung Mat Chincang was priceless. Tapi sebelum tu kami pi pekena laksa power kat jalan airport dulu. Memang lazat, bukan aje sebab rasanya, but the location tepi pantai tu dah cukup 'moment'.

'Moment' beb. Rasa macam nak bawak balik otak udang tu

6.30 p.m. dah sampai peak. The part where Umar dok pi usik ibu dia masa dalam cable car, kita skip la. Hehe. Tak ramai orang tapi semua have the same agenda. We just chilled, enjoying the cool mountain breeze and the gorgeous view. On the west side is the Telaga Harbour. The north view, range of padi fields surrounded by mountains. The east side, where it is still untouched, lay across green mountain range with solitary coastline. It was quiet, just the whispering wind brushes through our faces. The typical mountain 'moment'. Hurriedly brought me back through the timeline while atop Mount Tahan, Mt Kinabalu and a few others. The same 'moment'. I was touched. Touching la pulak. Tapi aku serious ni beb. Keindahan ciptaan Allah swt yang macam ni lah yang memang aku appreciate sangat setiap kali aku melangkah kaki mendaki gunung zaman dulu-dulu. It  bring me closer to the Creator. Subhanallah.

The South Platform.
Almost like city in the sky

Maghrib at 7.03pm. Thus the moment for sunset therapy came. Takde bersenjatakan camera canggih, so I have to be thankful with what I have. The light penetration was just pure and full of sincerity. Masa ni amik gambor dengan camera cikai pun memang kompom chun. With slight overcast covering the sun and the skyline, it was just a dramatic view.

East. Telaga Harbour

West. Sunset therapy

Magical

Tak payah tunggu lama-lama. Tak lama lagi dah nak gelap. Even when we reached the carpark pun dah golap. Time to check-in at the airport. Satisfied with our tripping days.

However, the thrill didn’t end soon. While we were queueing, ibu showed me some figures which doesn’t add up. Err…flight schedule ni sebenornya tunjuk pukul 10.00am or 10.00pm ye?

OMG! OMG! OMG!

Tak payah citer banyak. Memang dah sah ler ayah tersalah beli tiket & kita overlooked the flight time. Aiyak. Consultation dengan airline counter didn’t help much since the tickets dah kira hangus. While the next flight fare would be too cekik sebab dia ikut normal rate.

Staying another night for the next morning flight will just add up to more logistic issues and of course cost. So, we have to face abang Tony’s counter for the last resort. Sorry bang Tony, hang memang double ‘A’ la. Hahaha.

We purchased for the flight at 10.40pm. Kids are running out of juice but they stayed cool and rational. Tabik from ayah. It was cold too. Takpe atas plane ayah mintak pinjam selimut & Amir boleh tidur for an hour before kita sampai KL ye.

“Mintak maaf encik, selimut kena beli”.
“Mintak maaf encik, sila naik kan semula kerusi sebab kami dah nak sampai”.
“Kacang ada tak?” Jangan harap!

And we only enjoyed our so called nap for half an hour. And the captain took us another 15 minutes from that point of landing until la plane betul-betul parking, which was tersangat jauh. Senget buah pinggang aku dukung Umar sampai ke terminal building.

OK la. We deserve to be penalized for the carelessness. Takpe. Alhamdullillah. Overall the tripping went well, minus the minor glitches but it was an enjoyable experience.


Posing ala Ustadz Azhar Idrus :]

Wednesday, October 17, 2012

Tripping - Langkawi D3


Day 3

Pagi kedua kami teruja pulak dengan island hoping. Terutama aku, yang teringin sangat nak ke Tasik Dayang Bunting. Tapi cuaca agak mendung. Dari kejauhan kelihatan awan hujan berarak mengelilingi pulau-pulau berdekatan. Sahabat travel agent memberi pendapat, jika hujan aktiviti island hoping agak kurang enjoy. Namun kami berserah kepada yang Maha Esa & Abang Cad yang bakal menguruskan trip kami.

Naik bot kecik aje dari tepi jeti feri besar-besar tu. Bot kami muat-muat lebih kurang 15 orang, siap berbumbung & bertingkap. Kami meninggalkan main island tanpa aku ketahui ke mana pakcik kapten nak bawak kami. Memang laju. Pengalaman aku menghentak punggung seperti ke Pulau Manukan dulu berulang kembali. Nasib baik bot pakcik ni ada banyak kusyen. Muka yang dari tadi penuh senyuman dah berubah jadi kelat tatkala setiap kali bot menghentak ombak, or was it the other way? Tak kisah la, tapi memang dah mula fikir “bila ler nak sampai ni bang?!”. Hehe.

Pulau Beras Basah jetty

Aku rasa almost 30 minit kami berlabuh di jeti Pulau Beras Basah. Cantik pantainya. Putih bersih pasirnya dan panorama keliling oleh pulau-pulau kecil bersebelahan dah rasa macam di negara lain. Sayangnya aktiviti kami hanya terhad kepada melepak di pantai itu sahaja sebab topografi pulau yang menghimpit pantai tersebut dengan batuan di kiri dan kanan menghalang aktiviti menjelajah. Lagi pun, aku bersama family dan kelengkapan juga kurang. Kami just chillax sambil melayan monyet-monyet yang dah mula menunjukkan tanda-tanda ‘minat’ kat kami.

Let's do the Tarzan stuff!

Satu jam kemudian, pakcik bot sampai tatkala hujan sedang lebat turun. Begitu juga dengan bot-bot pengunjung lain. Aku rasa memang pengusaha island hoping memang setting timing semua lebih kurang. Maybe atas sebab-sebab jika berlaku kecemasan dan sebagainya.

Bot kami berlayar di balik-balik pulau-pulau kecil yang sangat indah. Ada pulau yang menunjukkan tanda-tanda berpenghuni tapi pulau-pulau yang kecil mungkin tidak. Terdapat juga pulau yang tanpa pantai, hanya gerigi batuan tajam yang curam membentuk geografi yang sangat unik. Sambil-sambil itu juga, aku cuba explain kat anak-anak ciri-ciri pembinaan pulau ini. Jadi cikgu geografi pulak. Hahaha.

Kelihatan juga banyak bot-bot island hoping lain yang bertebaran di merata tempat dan di sebalik pulau-pulau lain. Memang pakej perlancongan Langkawi merupakan salah satu punca rezeki orang-orang tempatan. Alhamdullillah.

Pakcik memberhentikan bot di tengah-tengah sebuah teluk yang agak tenang airnya. Hujan dah mula berhenti. Aku membuka pintu hadapan bot dan menjengukkan kepala, lantas aku terpukau apabila menyaksikan puluhan burung helang berlegar-legar memenuhi angkasa. Satu fenomena yang belum pernah kami lihat, burung helang liar yang bebas berterbangan di habitat semulajadi mereka, dan bukan burung helang yang terkurung di zoo.

Kenapa aku rasa ayat aku dah macam karangan UPSR?! Ceh...

Sekali sekala kelihatan helang turun ke permukaan air menyambar kulit ayam yang dilemparkan oleh pakcik bot. Tatkala ini aku hanya mampu berpuas hati dengan foto yang diambil dengan Blackberry. Tak berapa nak cun sangat, unless ada DLSR yang boleh zoom, memang aku boleh memang award National Geographic kot. Hehe. Kami leka memerhati pemandangan semulajadi tersebut. Satu keajaiban dalam penciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa.

Aku expect our next destination should be Pulau Dayang Bunting, since waktu dah pun menjelang tengahari. Island hoping dijangka complete by 1.00 p.m. gitu.

The Plane! The Plane!

Setibanya di jeti Pulau Dayang Bunting, kelihatan dah ramai orang. Yang baru sampai & yang dah beratur untuk naik bot untuk pulang. Sama ramai. Bot pun sama banyak, terpaksa queue untuk mengambil dan menurunkan penumpang di jeti yang sempit. Tapi keadaan masih terkawal di mana aku harap tidak akan berlaku sebarang kekecohan macam cerita Pendekar Bujang Lapok. Hahaha.

Sebaik aku menapakkan kaki di tanah, kami sudah disambut dengan pemandangan monyet-monyet. Aku jangka akan berlaku sesuatu di antara dua sepsis primate ni jika keadaan membenarkan. Sedetik kemudian, sebaik kami melangkah menuju ke pulau, telah kedengaran jeritan seseorang. Benar sungguh dah jangkaan ku. Monyet telah panjat di belakangnya dan ingin meragut botol susu anaknya. Normal untuk hidupan liar sebegini bertindak liar dan begitu rakus meragut. Aku hanya mampu berpatah balik dan membantu supaya monyet tersebut tidak mengambil tindakan agresif lagi terutama terhadap isteri dan anak kecik lelaki tersebut. Dia dah dapat botol tu dah cukup baik dia tak kacau lagi.

Tak sampai seminit, satu lagi kes ragut berlaku di baris hadapan. Seorang kakak juga telah diragut di mana roti Gardenia menjadi habuan. Takpe lah kak, anggapkan aje sedekah. Janji kakak selamat tak di per-apakan. Anak-anak aku dah mula berkepit dengan aku, rasa takut. Sedangkan aku cuba tenteramkan mereka dan cuba explain bahawa monyet hanya akan menyerang jika ada makanan pada kita. Kalau takde apa2, tak payah nak risau.

Tapi, I was informed that monkeys kat Bali dah hupgrade. Depa ragut barang kemas in exchange with food. Setakat earings or Oakley tu aku rasa depa dah ada catalogue kot. Kih kih kih.

Pendakian mirip Telaga Tujuh bermula sebaik kami meninggalkan perkarangan jeti, akan tetapi tidak terlalu jauh. Sejurus kemudian kami telah dihidangkan dengan pemandangan tasik yang sangat memukau.


Without the trees blocking the view, it should be cantek

This one cilok from Google

Aku terpanggil untuk terjun tapi malu-malu kucing. Puiii... Umar dah excited nak terjun. Tasik tiada pantai hanya kemudahan platform disediakan untuk pengunjung. Teringat pulak macam pengalaman terjun kat PD Tri dulu. Keliling tasik membentangkan pemandangan cerun-cerun curam. Papantanda menunjukkan kedalaman tasik mencecah 30 kaki. Umar sewa life jacket. Ayah teman Umar. Pakcik bot bagi sama aje masa 1 jam, which is tak lama actually. So tanpa membuang masa, Amir, Umar & ayah terjun tirup menikmati kesejukan dan kesegaran air tasik. Ayah terjun dengan track bottom & t-shirt terus. Sakai betul ayah ni. Takpe, takde masa nak tukar pakaian renang. Bedal.com la katakan.

Settle island hoping. Kami check out dari motel & check in pulak chalet kat Pantai Chenang. Masa untuk chillax suasana laid back. Konon.

Area Pantai Chenang saling tak tumpah dah mirip-mirip Feringhi Walk. Penuh dengan foreigners dan kedai-kedai yang majoritinya cater untuk foreigners jugak. And penuh dengan beach hotels, beach chalets, beach motels, water sport facilities dan segala jua benda yang berkaitan dengan beach & air. Sampaikan locals pun dah jadi beach boys and they started putting up beach joints ala-ala surfers' joints gitu la. 


From Pantai Chenang to the rest
of the world

Kami just grazed along the beach. Rain just stopped. Kids enjoying the surf. A clean beach of course and not too crowded. Very calm. Too bad we didn't get the chance to enjoy the sunset due to massive overcast of rain clouds over the horizon. 

As for dinner, we just checked in kat Restoran Haji Ramli which seemed to be the most reliable halal joint around. Itu pun kami sendiri rasa macam kami mendapat pandangan pelik dari pekerja restoran. Don't know what type of look but that kind of weird stares. Tak kisah ler, Alhamdullillah masakan not bad, asalkan tak order benda pelik selain nasi putih, tom yam & telur dadar. Hahaha.

Our night was short. It rained again slightly after Isya' and we were not keen to venture out and hit the sack early instead.

Tuesday, October 16, 2012

Tripping - Langkawi D2


Day 2

Seawal pagi esoknya kami terus tuju cable car after a simple and fast roti canai breakfast at Haji Ali Nasi Kandar. Memang antara objektif utama ke Langkawi. Belasah aje jalan ikut signboard. Kompom tak sesat pun & tak mungkin akan sesat sampai ke pulau bersebelahan. Maka kami lalui pelbagai bentuk tempat-tempat peranginan moden belaka. Kagums! Semua high kelas nyah! Level-level aku chillax kat cheap motel aje sebab lebih banyak masa spend kat luar. I’m just being practical, besides bajet ciput. Hahaha.

That's Gunung Mat Chincang. Tinggi kan?

Bye-bye lowland. That's Oriental Village.
To the right is Berjaya
By the sea is Telaga Harbor...I think

And here comes the mountain. Notice the height that we
are at? Tinggi ooo compared to Genting...I think
Unfortunately, we picked a wrong timing untuk menikmati keindahan panorama dari puncak tertinggi Gunung Mat Chincang. Kabus pagi terlalu tebal, dah serupa macam duk kat Genting Highland only without casino royale. Takpe, janji kids enjoy the cable car experience. Oleh kerana adrenalin kami tak tertunai dengan pengalaman anti-climax naik cable car, kami anak beranak hiked up Telaga Tujuh. Tu dia! Almost 500 anak tangga yang boleh tahan curam. Untuk pinggang yang dah lama sangat tak menanggung beban ni, memang tangkap la. Kena pulak part nak mengejor kids yang teruja dengan pengalaman baru ni. It was worth every effort. Baru lah rasa berbaloi dengan balasan scenery air terjun yang indah, cuaca yang segar dan ketulenan semulajadi yang masih belum di nodai. Bab turun balik, let the knee tell the story la. Waduh-waduh pak! Jalan dah serupa ketam!

That is supposed to be our hike plan

This was the 200th steps...I think

That's the waterfall. And the 7 wells are up
there. Jom naik ayah!

This is the edge of the waterfall.
Top right nampak cable car?

Lunch chillax at The Loaf, Telaga Harbor by Che Det
Agenda afternoon, serupa macam ratusan pelancong Malaysia yang lain, pi ziarah Haji Ismail. Famous tuan haji ni. Berebut-rebut orang nak jumpa. Sampaikan bas-bas rombongan tak henti-henti singgah depan setiap outlet tuan haji. Kami pun sama sibuk. Coklat & pinggan mangkuk bebas cukai menjadi habuan masing-masing. Berbakul, berkoyan malah berpeluh-peluh beratur nak bayor. Untuk aku yang minat benda alah coklat ni, minat makan je tak minat amik tau spesis coklat, memang kelabu mata. Sebab utama ialah kemurahan harga yang ditawarkan.

One of my favorite

Big Bird from Sesame Street
Malam pusing uptown. Tu je lah kerja kami mengerjakan kaki kami yang setiap saat semakin lenguh & memerlukan rehat.

Monday, October 15, 2012

Tripping - Langkawi D1

Straits of Malacca in a distance sunset
Lama bebenor aku tak ke pulau legenda ni beb. Last visit masa zaman kanak-kanak naik bot…yes, definitely not a ferry. Siap duduk atas kerusi papan sambil menghirup bau minyak disel. Kompom penumpang mabuk sebab bau disel & bukan hayunan bot. Senang-senang 30 tahun yang lalu.


Selepas dari itu, aku hanya baca berita & dengar cerita macam-macam perubahan berlaku. Hinggakan at one time, harga roti canai boleh cecah harga cekik RM2.00 sekeping? Or was it more than that? How time flies and how things changed…kan?

The changes bring along other changes as well especially to the locals. Kalau dulu hampir kesemuanya aku dapat lihat & rasakan ketulenan or genuine-nya perniagaan kat situ. Baru-baru ni aku pi, tersangat terasa segala ketulenan itu telah dimamam dek perubahan semasa. Perubahan yang diperkenalkan menjajah kehidupan localities yang terpaksa catch-up dengan acceleration yang dibawa. Sedih.

Namun, aku juga masih kagum dengan usaha-usaha conservation (jika benar ada) atau kehidupan asli yang masih belum disentuh atau dirosakkan. Itu lah satu-satunya warisan semulajadi yang sepatutnya dipelihara dan dibanggakan oleh kita sebagai salah satu tanahair di rantau ini yang masih mempunyai heritage tersebut.

Day 1

Actually, it was an adhoc plan for the whole family. Bukannya aku booking flight tix 5 tahun sebelum tapi setakat seminggu sebelum aje. Mintak maaf nak berkata, orang spesis macam aku memang tak makan dengan promosi abang Tony. Banyak agenda lain yang lebih penting perlu aku fikirkan dari dok collect tiket kapal terbang. Eventually rezeki anak-anak aku, Malaysia Airlines jugak kami kawtim, tanpa perbezaan yang banyak dengan Airasia. Bukan setakat kacang goreng lazat & jus epal, malah aku siap tapau sedozen lagi sebelum turun. Buat bekal makan sambil tatap sunset kat Pantai Chenang nanti beb.

Sebaik mencecah kaki di Padang Matsirat jam 7.00 petang, kami terus hopped onboard our rented MyVi. Al-cheapo with irresistible fee from an old friend who runs a travel agency there, manual transmission pun aku belasah. Bukannya traffic jam sangat pun kat sini. Maka, aku asah lagi skill pemanduan F1 go-kart aku. Hehehe. Syiok beb.

BTHO first flight experience together. Thanks to Malaysia Airline

Monday, October 1, 2012

Rattle and Hum


Going back to the roots

Peribahasa Melayu mengatakan bagaikan sirih pulang ke gagang. Amende gagang tu beb? Sedap sebut je, maksud perumpamaan langsung tak pernah amik port. Serupa macam peribahasa “Melepaskan batuk di tangga.” Haaa…korang tau? Aku pun selama ni dok ingat pasal orang buat kerja ala-kadar serupa macam dia batuk kat tangga rumah aje. Eh?! Apa daaa persamaan tu? Batuk tu batuk la, apa kena mengena dengan dia buat kerja ala-kadar. Pening.

Setelah di kaji oleh aku (jadi cendekiawan bahasa kejap dalam 2-3 hari), rupanya “batuk” yang dimaksudkan itu adalah sejenis alat yang digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah. Ni citer orang dulu-dulu la. So, si polan yang pemalas or buat kerja cincai ni, lepas dia basuh kaki, dia lepaskan je “batuk” itu & tak disangkutkan di tempat yang sepatutnya. Haaa…gitu lah. Saja share ilmu sikit buat untuk kawan-kawan.

Berbalik ke sirih & gagang. Ni je yang aku sempat google beb “Bagai sirih pulang ke gagang membawa maksud, sesuatu yang kena atau sesuai pada tempatnya. Tangkai daun sirih yang diputuskan daripada pokoknya jika diletakkan semula pada bahagian asal, tidak akan nampak cacat celanya. Gagang merupakan tempat bekas tangkai daun sirih.” Nanti aku rajin kalu, aku cari lagi info.

Yang aku nak gebang is actually pasal event yang masuk Ahad lepas baru ni. UPM MTB Fete. Mountainbiking days sangat nostalgic buat aku. Malah aku started-off kayuh pun dengan mountainbiking hampir 12 tahun yang lalu. Lama sungguh, same age dengan motor EX5 yang aku dok tunggang buat cari rezeki tu.

Berbekalkan stamina ala-kadar, aku cuba gak gain sedikit lagi dengan mencurahkan dedikasi memanjat trainer selama hampir setiap hari minggu lepas. Average paling lama 30 minit atas sebab-sebab urusan domestik. Paling cepat 15 minit di atas sebab ke-pongeh-an & bosan. Maybe hari tu aku agak kepenatan bekerja la kot.

Punya lah cincai punya pasal, persediaan aku juga last minute untuk event tu. Sebab aku tak nak buh sebarang pressure. Training cincai, pastu berangan nak pi henjut untuk placing untuk timing buat amendenya?! Fikir logik la bro...

Memang almost the whole day Sabtu tu  aku agak kesibukan dengan urusan domestic (al-maklum tanggungjawab ayah dan jiran dan hamba Allah swt). Sampaikan lepas Isya’ baru aku ada ruang untuk melabuhkan punggung di atas sofa depan TV. Alhamdullillah. Nikmat Allah bagi untuk dapat duduk dengan rasa sedap.

Sempat lagi aku layan movie dengan wife sampai kul 12 tanpa rasa kalut. Lepas tu barulah aku dok sibuk mengemas & memunggah barang untuk event ke dalam kereta sebelum tidur. Cincai betul. Mat rock kata “sempoi…”konon...

Pagi bangun lambat! Padan muka. Lewat setengah jam & kalut sebab nak prepare for breakfast. Aku bersyukur sebab mempunyai kawan-kawan yang understanding. Spesis mountainbikers ni memang sempoi-sempoi belaka. Aku boleh kata mountaibikers are mostly down to earth people, maybe sebab depa ni suka main tanah kot. Hehe.

Jarang la jumpa yang poyo, unless he’s into it not for the passion, i.e. nak poyo dengan basikal dia yang mahal lagi canggih, nak bergaya dengan attire seperti jersi & Oakley original yang harga seribu ringgit tu, mahupun semata-mata sebab nak test power berlumba-lumba compare timing dengan kaum. Eh?! Apa daaa nak compare-compare timing? Ni jamboree la bukan race. Kalau nak hebat sangat, pi compare dengan rider yang atas podium tu la. Or kalau banyak sangat duit tu, pi masuk international race kat Timor Leste or Mongolia yang baru-baru ni si Razif tu masuk. Ishk! Kusut. Posers! 

Haaa…begitu lah senarionya kalau dah ada 1600 orang yang aku jumpa semalam. Tapi mostly memang sempoi. Aku?! Lagi la, basikal pun pinjam beb. Kawan yang bermurah hati tak kedekut harta dunia sudi meminjamkan basikal kat aku. Aku tak mampu beb, malah tengah-tengah peringkat zaman macam ni, aku fikirkan perbelanjaan untuk dunia juga kita perlu kaji semula. Ishk! Sentimental la pulak. Aduh.

Melaut pemandangan beb
Sampai tempat parking UPM, kami berempat pun bersiap sedia sambil melambung-lambung apa yang patut sebagai salah satu sesi warm-up rahang. Flag-off konon kul 7.30 a.m. tapi 7.27 a.m. Azmar masih baru nak bancuh gula dalam kopi McDonald yang aku tapau untuk dia. Ni kira standard la Modus Operandi macam ni. Tapi memang chill habis. No pressure. Ramai lah sahabat-sahabat lama aku jumpa balik & kami berjabat tangan sebagai tanda “welcome back bro”. Cis!

Penganjur prepare 45km untuk kami. Kombinasi trail yang agak menarik. Aku start almost 75% kat belakang sambil mengambil peluang mengimbau kembali nostalgia selama 7 tahun aku mengaji kat sini. Genap 10 tahun kira boleh dapat status PR la konon. Hehehe.

Banyak dah perubahan sejak 15 tahun yang lalu. Tapi kolej dan padang tempat kami beriadah setiap petang masih kekal menghijau. Bauan rumput segar selepas di potong di pagi hari sangat best. Sedut lama sikit boleh high macam daun ketum.

Kami pusing UPM dulu, on-road sebagai neutral zone. Jadi saper yang nak berkejor ke depan sebelum masuk trail boleh la henjut lebih sikit. Aku buat sekadar yang termampu. Ramai sangat beb. Melaut penuh jalan sampai tak nampak hujung & pangkal. Memang peloton besau.

Sampai aje trail head terus kami dihidangkan dengan first climb mencanak. Dari kejauhan aku dah nampak pemandangan macam semut berkumpul panjang sebab bottle neck, merayap slow je naik bukit. Yang lemah semangat dah mula tolak basikal. Sesak sungguh pendakian itu. Pendakian nampak rideable, lantas aku engage gear granny & pasang kuda-kuda untuk pelan-pelan kayuh naik bukit. Bila dah ramai sangat, mereka yang agak sedikit kiasu kadang-kadang lupa tentang persekitaran dia. Lantas mereka buat derk je bila kami yang tengah kayuh control macho nafas kuda ni cuba mencelah & menyelit.

Bagi mengelakkan usaha titik peluh ni terbantut sebab ke-kiasuan depa, maka diri yang peramah ini pun bermula lah melafazkan syair-syair arab yang penuh puitis untuk men-sound mereka itu supaya memberi laluan.

“Rider coming thru!”
“On your right!”
“Tumpang lalu abang long!”
“Air panas! Air panas! Tepi sikit!”
"Karipap! Karipap! Tiga singget!"

Antara dialog-dialog aku yang masyhur. Hehe.

Hati-hati Cik Salmah. Kalau tergolek kompom lencun :]
Bukit bukau trail ni semua di kawasan MARDI. Memang mantap & mantul untuk mereka yang senyuman & sengihan bertukar jadi hembusan melalui lubang hidung kembang 2cm. Ada trail yang boleh berdesup laju dan ada juga yang licin boleh menyebabkan tayar skid & kecut perut. Aku ni, disebabkan dua hari makan kari maka darah dah penuh rempah kari pi belasah semua descending dengan penuh gaya sambil mulut bising macam macha hensem. 

Descending down trails is obviously challenging. Sedikit lebih kurang macam tarian zapin la.You need all the body movement and balance. Besides, you need to be sharp and focus in choosing the best line of descending. Or else you’ll end up face planting or jadi jembalang semak or even sprawling all over the place. It can be something great to laugh at between friends or it can be something serious or fatal.

Talking about fatal, so I heard somebody died from cardiac arrest semalam masa ride. Innallillah.

Yes, the route is totally demanding. Kayuh road boleh lagi coasting or chillax tepi jalan kalau penat. Dalam hutan tu, trail tu turun naik ikut suka dia. Climb sampai 30 degree sepanjang 500m. Turun can be so steep and slippery. So sesaper yang tak beringat tu boleh mendatangkan mudarat untuk diri sendiri & orang lain.

Scenery sepanjang laluan berbagai. Paling cantik masa berada di puncak tertinggi dan sempat menjeling sesaat dua sebelum aku terpaksa focus semula ke trail.

Jatuhan?! Adat la tu kalau main off-road. Trail licin tu beb. Ada gak la dua tiga aksi lagak ngeri (konon) yang tak dapat elak. First masa turun bukit curam & jauh. Hasil tersilap pilih line & tak sempat tarik balik handlebar, genggaman brek belakang telah menyebabkan tayar belakang mendahului tayar depan. Bersepah kat atas hampir separuh trail insan yang bergelar Diket ni. Hahaha. Padan muka aku. Maybe sebab sebelum tu aku poyo la kot dengan sorang mamat tu. Tu lah dia. Allah swt bayaq cash je la ni.

Salah satu contoh Face Plant
Second aksi tergedodos berlaku betul-betul depan mata Alwin. Lantas aksi badut tersebut telah membuatkan dia kejung rahang bantai gelak sampai bergema hutan pine UPM tu. Hampeh lu. Tambah lagi brader photographer memang dok tunggu kat selekoh jahanam itu untuk capture bahan bukti. Hahaha.

The third one happened merely 50 meters ahead tu je. Dah memang kompom la Alwin boleh kejung gelak je menyaksikan my stupid stumble. Aduhai. Aku pun sendiri boleh gelak dengan aksi bengong aku tu.

Alhamdullillah tamat dengan senyuman kepuasan tanda nak lagi. Hehe. Thumbs up to penganjur dengan sajian trail yang enak & pedih kepala lutut & hulu hati. Dengan kadar yuran yang tak berapa sembelih, aku faham dengan goodies or medal yang dikalungkan.

Dan hari ni aku sedang merawat kejang betis & peha yang semalam menyerang menyebabkan aku tersengih menahan sakit di tengah-tengah hutan.

Friday, September 28, 2012

Nikmat beb

Hmmm...alahai. Ishk! Tak baik mengeluh. Kita sepatutnya lebih banyak bersyukur ye tak? OK. Alhamdullillah. Segala puji-pujian kepada Allah swt di atas segala malah semua nikmat yang kita dapat. Nikmat bernafas, nikmat suap nasi bryani sebelum solat Jumaat tadi, nikmat dapat peluk anak bini pagi tadi sebelum keluar rumah & berbagai-bagai nikmat lain lah. Nikmat-nikmat. Subhanallah.

Ishk! Lama bebenor aku tak menulis ni. Memang hasrat di hati tu sentiasa ada tapi bila dok depan pc terus takde feel. Chewah! Macam nak gubah lagu pulak.

Actually & basically aku banyak mem-blogging pun berlandaskan aktiviti sukan yang aku gemar buat pada hujung-hujung minggu tu. Dah la hampir 3 purnama aku tak beriadah, maka blog pun mula lah mandom. Apa lah sangat aku nak gebang. Kalau setakat start motor pi kedai beli susu pekat chap junjung tak yah aaa...

Anyway, la ni aku tengah ada feel. Tak kisah lah nak gebang apa pun. Janji otak & jari jemari ku ini tengah synchronize untuk mengalirkan buah fikiran yang tengah laju mengalir.

OK. Sejak bulan posa yang off-season tu (konon...), honestly aku memang dah hilang feel nak beriadah especially kayuh basikal. Lari jauh sekali. Swim? Lagi laaaa. Aku pun tak tau kenapa. Maybe badan aku kata nak berehat lama sikit. Or maybe otak malas nak fikir. Maybe jugak antara faktor utama sebab aku nak fokus kat exam kaklong. Yes. Aku rasa yang itu. Al-maklum aku ni bukan multi tasking, maka aku lebih selesa concentrate kat satu perkara demi satu perkara. Tambah lagi dengan demand kerja yang boleh kata meningkat. Maka langsung lah minda aku ni tak larat dah nak fikir pasal event sana sini. Mengadap facebook wall kawan-kawan pun bukan main laju aku scroll atas bawah. Lari sana sini. Kayuh sana sini. Berenang. Pergh! Aku tengok pun dah penat beb.

Alhamdullillah, kaklong pun dah settle exam. Ingat nak bernafas sikit, tapi ada exam sekolah agama pulak. Takpe, layan aje since aku pun takde nak rush untuk training apa-apa event. Walaupun awal-awal dulu dalam list dah masuk tapi aku asyik tangguh nak register (symptom malas nak masuk la tu). Ended up early bird lepas, angry bird lepas & sampai lah ke dead bird. Ku follow...

Stamina wise, aduhai...sungguh menyedihkan. Sebak dada ni masa aku kejor si Umar kat taman tasik rumah kami. Baru 20 langkah aku berlari, penyesalan tak terhingga singgah di setiap otot terutama otot jantung ni. Seminggu yang lalu aku try gak pusing Putrajaya dengan Alwin, Ziff and Azmar bersama-sama cangkuk geng Chap Ayam simulasi Powerman. Nak maintain speed sembang pun aku dah cecah level speed menyampah. Takpe, janji kayuh...

Disebabkan event mountainbike yang aku dah sign hujung minggu ni boleh dikatakan agak menarik minat aku, maka aku kuatkan semangat juga untuk bertenggek atas trainer sepanjang minggu ni. Ada hari layan lah jugak, ada hari masuk 15 minit pun dah meluat. Camner tu?!

Ku jangka berlambak lagi event yang akan berlangsung sampai ke hujung tahun. Aku juga yakin kawan-kawan akan terus sign & terus beriadah or berlumba or what ever target lah. Semoga berjaya. And jangan lupa supaya senantiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah swt bagi ye. As-salam.

Tuesday, September 4, 2012

Can’t stop. Don’t want to, either


My second attempt for post raya ride was done in an almost bonking style. Almost. The attempt was revisiting the highland of Genting Peres. With only 20km clocked from previous first come back ride, a surge in the milage accumulation is pretty much drastic. Degil punya orang tua ni. However, when enthusiasm advanced more than the body can handle, the simplest route can be devastating.

We had a nice crowd that morning, especially from the TOK’s site. I guess due to the less demanding proposed route as well as ‘makan angin’ pace approach, the attendance was merry.

The early morning weather as well as the ‘merdeka’ lonesome traffic made it easier for us to slowly carve our way into Langat.

Our climb up Genting Peres was casual as well. We chat for most of the miles while keeping the pace chat-able. And not forgetting to remind myself, to keep the gearing as light as possible. This was specifically done to reserve the legs for the ride back home, as I was anticipating something more challenging than the climb itself.

A huge crowd gathered at Simpang Peres as well as at the peak. I don’t get to catch a glimpse of them, since none of them carried familiar faces. I guess only a handful that I met before but they went pass by in a blizz.

The break at the peak was brief. The road side was filled with bikes and cyclists alike. Almost thirty I guess. I just spent mere minutes capturing the moment whilst hydrating before plunging myself back down the winding road with a wheez. Didn’t look back or check who was on my wheels.

The ride back to Batu 18 was mixed with light intervals. If only it exist :P

I termed it as ‘light’ since I barely survive any surge of the interval heart rate more than a minute. Argh! That’s how weak I am right now. I guess the building blocks will have to be rearranged and rescheduled where appropriate…when the time comes, of course.

We were halted to proceed on back to BTHO when one of us had a puncture. Hence, the waiting game started with a bit of humor thrown in to kill the boredom. What was supposed to be group ride back home gone disaster when the legs started to give up and the motivation vanquished in the stale air.

I decided to ditch the drafting fiesta and strolled along to the regrouping point. An abrupt increase in miles had taken its toll but, it was not my first. It’s a norm. Especially when the spirits are sky high, but the legs are rock bottom screaming. Anyway, at least it gave me the pleasure of looking forward for another round of agony. Heads up!

Like Wilee used to say, “Can’t stop. Don’t want to, either.” :]

"Shut up legs!"