Monday, October 1, 2012

Rattle and Hum


Going back to the roots

Peribahasa Melayu mengatakan bagaikan sirih pulang ke gagang. Amende gagang tu beb? Sedap sebut je, maksud perumpamaan langsung tak pernah amik port. Serupa macam peribahasa “Melepaskan batuk di tangga.” Haaa…korang tau? Aku pun selama ni dok ingat pasal orang buat kerja ala-kadar serupa macam dia batuk kat tangga rumah aje. Eh?! Apa daaa persamaan tu? Batuk tu batuk la, apa kena mengena dengan dia buat kerja ala-kadar. Pening.

Setelah di kaji oleh aku (jadi cendekiawan bahasa kejap dalam 2-3 hari), rupanya “batuk” yang dimaksudkan itu adalah sejenis alat yang digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah. Ni citer orang dulu-dulu la. So, si polan yang pemalas or buat kerja cincai ni, lepas dia basuh kaki, dia lepaskan je “batuk” itu & tak disangkutkan di tempat yang sepatutnya. Haaa…gitu lah. Saja share ilmu sikit buat untuk kawan-kawan.

Berbalik ke sirih & gagang. Ni je yang aku sempat google beb “Bagai sirih pulang ke gagang membawa maksud, sesuatu yang kena atau sesuai pada tempatnya. Tangkai daun sirih yang diputuskan daripada pokoknya jika diletakkan semula pada bahagian asal, tidak akan nampak cacat celanya. Gagang merupakan tempat bekas tangkai daun sirih.” Nanti aku rajin kalu, aku cari lagi info.

Yang aku nak gebang is actually pasal event yang masuk Ahad lepas baru ni. UPM MTB Fete. Mountainbiking days sangat nostalgic buat aku. Malah aku started-off kayuh pun dengan mountainbiking hampir 12 tahun yang lalu. Lama sungguh, same age dengan motor EX5 yang aku dok tunggang buat cari rezeki tu.

Berbekalkan stamina ala-kadar, aku cuba gak gain sedikit lagi dengan mencurahkan dedikasi memanjat trainer selama hampir setiap hari minggu lepas. Average paling lama 30 minit atas sebab-sebab urusan domestik. Paling cepat 15 minit di atas sebab ke-pongeh-an & bosan. Maybe hari tu aku agak kepenatan bekerja la kot.

Punya lah cincai punya pasal, persediaan aku juga last minute untuk event tu. Sebab aku tak nak buh sebarang pressure. Training cincai, pastu berangan nak pi henjut untuk placing untuk timing buat amendenya?! Fikir logik la bro...

Memang almost the whole day Sabtu tu  aku agak kesibukan dengan urusan domestic (al-maklum tanggungjawab ayah dan jiran dan hamba Allah swt). Sampaikan lepas Isya’ baru aku ada ruang untuk melabuhkan punggung di atas sofa depan TV. Alhamdullillah. Nikmat Allah bagi untuk dapat duduk dengan rasa sedap.

Sempat lagi aku layan movie dengan wife sampai kul 12 tanpa rasa kalut. Lepas tu barulah aku dok sibuk mengemas & memunggah barang untuk event ke dalam kereta sebelum tidur. Cincai betul. Mat rock kata “sempoi…”konon...

Pagi bangun lambat! Padan muka. Lewat setengah jam & kalut sebab nak prepare for breakfast. Aku bersyukur sebab mempunyai kawan-kawan yang understanding. Spesis mountainbikers ni memang sempoi-sempoi belaka. Aku boleh kata mountaibikers are mostly down to earth people, maybe sebab depa ni suka main tanah kot. Hehe.

Jarang la jumpa yang poyo, unless he’s into it not for the passion, i.e. nak poyo dengan basikal dia yang mahal lagi canggih, nak bergaya dengan attire seperti jersi & Oakley original yang harga seribu ringgit tu, mahupun semata-mata sebab nak test power berlumba-lumba compare timing dengan kaum. Eh?! Apa daaa nak compare-compare timing? Ni jamboree la bukan race. Kalau nak hebat sangat, pi compare dengan rider yang atas podium tu la. Or kalau banyak sangat duit tu, pi masuk international race kat Timor Leste or Mongolia yang baru-baru ni si Razif tu masuk. Ishk! Kusut. Posers! 

Haaa…begitu lah senarionya kalau dah ada 1600 orang yang aku jumpa semalam. Tapi mostly memang sempoi. Aku?! Lagi la, basikal pun pinjam beb. Kawan yang bermurah hati tak kedekut harta dunia sudi meminjamkan basikal kat aku. Aku tak mampu beb, malah tengah-tengah peringkat zaman macam ni, aku fikirkan perbelanjaan untuk dunia juga kita perlu kaji semula. Ishk! Sentimental la pulak. Aduh.

Melaut pemandangan beb
Sampai tempat parking UPM, kami berempat pun bersiap sedia sambil melambung-lambung apa yang patut sebagai salah satu sesi warm-up rahang. Flag-off konon kul 7.30 a.m. tapi 7.27 a.m. Azmar masih baru nak bancuh gula dalam kopi McDonald yang aku tapau untuk dia. Ni kira standard la Modus Operandi macam ni. Tapi memang chill habis. No pressure. Ramai lah sahabat-sahabat lama aku jumpa balik & kami berjabat tangan sebagai tanda “welcome back bro”. Cis!

Penganjur prepare 45km untuk kami. Kombinasi trail yang agak menarik. Aku start almost 75% kat belakang sambil mengambil peluang mengimbau kembali nostalgia selama 7 tahun aku mengaji kat sini. Genap 10 tahun kira boleh dapat status PR la konon. Hehehe.

Banyak dah perubahan sejak 15 tahun yang lalu. Tapi kolej dan padang tempat kami beriadah setiap petang masih kekal menghijau. Bauan rumput segar selepas di potong di pagi hari sangat best. Sedut lama sikit boleh high macam daun ketum.

Kami pusing UPM dulu, on-road sebagai neutral zone. Jadi saper yang nak berkejor ke depan sebelum masuk trail boleh la henjut lebih sikit. Aku buat sekadar yang termampu. Ramai sangat beb. Melaut penuh jalan sampai tak nampak hujung & pangkal. Memang peloton besau.

Sampai aje trail head terus kami dihidangkan dengan first climb mencanak. Dari kejauhan aku dah nampak pemandangan macam semut berkumpul panjang sebab bottle neck, merayap slow je naik bukit. Yang lemah semangat dah mula tolak basikal. Sesak sungguh pendakian itu. Pendakian nampak rideable, lantas aku engage gear granny & pasang kuda-kuda untuk pelan-pelan kayuh naik bukit. Bila dah ramai sangat, mereka yang agak sedikit kiasu kadang-kadang lupa tentang persekitaran dia. Lantas mereka buat derk je bila kami yang tengah kayuh control macho nafas kuda ni cuba mencelah & menyelit.

Bagi mengelakkan usaha titik peluh ni terbantut sebab ke-kiasuan depa, maka diri yang peramah ini pun bermula lah melafazkan syair-syair arab yang penuh puitis untuk men-sound mereka itu supaya memberi laluan.

“Rider coming thru!”
“On your right!”
“Tumpang lalu abang long!”
“Air panas! Air panas! Tepi sikit!”
"Karipap! Karipap! Tiga singget!"

Antara dialog-dialog aku yang masyhur. Hehe.

Hati-hati Cik Salmah. Kalau tergolek kompom lencun :]
Bukit bukau trail ni semua di kawasan MARDI. Memang mantap & mantul untuk mereka yang senyuman & sengihan bertukar jadi hembusan melalui lubang hidung kembang 2cm. Ada trail yang boleh berdesup laju dan ada juga yang licin boleh menyebabkan tayar skid & kecut perut. Aku ni, disebabkan dua hari makan kari maka darah dah penuh rempah kari pi belasah semua descending dengan penuh gaya sambil mulut bising macam macha hensem. 

Descending down trails is obviously challenging. Sedikit lebih kurang macam tarian zapin la.You need all the body movement and balance. Besides, you need to be sharp and focus in choosing the best line of descending. Or else you’ll end up face planting or jadi jembalang semak or even sprawling all over the place. It can be something great to laugh at between friends or it can be something serious or fatal.

Talking about fatal, so I heard somebody died from cardiac arrest semalam masa ride. Innallillah.

Yes, the route is totally demanding. Kayuh road boleh lagi coasting or chillax tepi jalan kalau penat. Dalam hutan tu, trail tu turun naik ikut suka dia. Climb sampai 30 degree sepanjang 500m. Turun can be so steep and slippery. So sesaper yang tak beringat tu boleh mendatangkan mudarat untuk diri sendiri & orang lain.

Scenery sepanjang laluan berbagai. Paling cantik masa berada di puncak tertinggi dan sempat menjeling sesaat dua sebelum aku terpaksa focus semula ke trail.

Jatuhan?! Adat la tu kalau main off-road. Trail licin tu beb. Ada gak la dua tiga aksi lagak ngeri (konon) yang tak dapat elak. First masa turun bukit curam & jauh. Hasil tersilap pilih line & tak sempat tarik balik handlebar, genggaman brek belakang telah menyebabkan tayar belakang mendahului tayar depan. Bersepah kat atas hampir separuh trail insan yang bergelar Diket ni. Hahaha. Padan muka aku. Maybe sebab sebelum tu aku poyo la kot dengan sorang mamat tu. Tu lah dia. Allah swt bayaq cash je la ni.

Salah satu contoh Face Plant
Second aksi tergedodos berlaku betul-betul depan mata Alwin. Lantas aksi badut tersebut telah membuatkan dia kejung rahang bantai gelak sampai bergema hutan pine UPM tu. Hampeh lu. Tambah lagi brader photographer memang dok tunggu kat selekoh jahanam itu untuk capture bahan bukti. Hahaha.

The third one happened merely 50 meters ahead tu je. Dah memang kompom la Alwin boleh kejung gelak je menyaksikan my stupid stumble. Aduhai. Aku pun sendiri boleh gelak dengan aksi bengong aku tu.

Alhamdullillah tamat dengan senyuman kepuasan tanda nak lagi. Hehe. Thumbs up to penganjur dengan sajian trail yang enak & pedih kepala lutut & hulu hati. Dengan kadar yuran yang tak berapa sembelih, aku faham dengan goodies or medal yang dikalungkan.

Dan hari ni aku sedang merawat kejang betis & peha yang semalam menyerang menyebabkan aku tersengih menahan sakit di tengah-tengah hutan.

6 comments:

  1. KP dengan bangganya merakamkan sejuta tahniah di atas event MTB anda 'Welkembek!'

    Dah siap tanak pulut kuning ni untuk acara 'face plant' seterusnya. Well done DM!

    ReplyDelete
  2. KP pun nak ucap welkambek? OK terima kasih KP. Kalau orang jawa cakap, pulang ke pangkal jalan Pak!

    Normally mountainbiking ni lebih sinonim dengan mee maggi & kopi ginseng, pulut kuning kalu kita panggil silambam :]

    ReplyDelete
  3. Dengar kata ramai yang cedera yang dan ada sorang tu maut :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cedera tu adat mountainbiking bro. Kalau dah masuk semak samun, belukar kompom tak serupa macam jalan kat KLCC. Hehe.
      Yep, the arwah's death was in todays Harian Metro. I read it was cardiac arrest. Ajal di tangan Tuhan.

      Delete
  4. lantas aku mengengage granny gear..mmg klasik la cendikiawan nieh. yes, mtb mmg best. lumrahnye nak lagi walaupun jatuh dan calar balar itu adat. cant wait to get back into my mtb saddle. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Klasik ye? Itu aje yang terlintas untuk diungkapkan.

      Can't wait?! Bawak bersabar ye future Mom! Kasi settle satu per satu dulu. Hehe.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.