Tuesday, October 30, 2012

Dirt to Dirt


Aku rasakan gema takbir raya Aidil Fitri macam masih lagi segar di cuping telinga. Kini gema takbir raya Aidil Adha pula muncul, lantas sedikit sebanyak membawa aku mengelamun seketika pada suasana ibadah haji yang acap kali aku saksikan di kaca TV. Bila lah aku mampu nak melalui pengalaman ibadah Rukun Islam ke-4 tu ye? Niat dah ada, kemampuan sedang diusahakan. InsyaAllah.

Seperti tahun lepas, aku decide untuk just chillax di KL bersama-sama mengerjakan ibadah qurban di kampong tercinta BTHO dengan orang-orang kampong. Al-maklum, BTHO dah menjadi kampong ku & juga kampong anak-anak aku nanti. Jadi, sebagai menjalankan tanggungjawab ber-kampong /berjiran, jangan sekali-kali kita abaikannya. Lagi pun, apabila mendengar laporan trafik, aku cuma mampu menggeleng kepala.

Kemeriahan kami bermula sebaik sahaja selepas menunaikan fardhu Maghrib di surau. Ribut petir mengiringi bacaan takbir kami sehingga masuknya fardhu Isya’. Lepas tu kami berduyun-duyun bertakbir ke lapan buah rumah jirang-jirang yang lain sambil mengharung gerimis di malam raya (fuiyo! Dah bunyi macam lagu balada beb).

Kids paling enjoy. Yep, everything aku buat untuk kids. Zaman budak-budak aku dulu, kurang dapat peluang sebegini especially exposure ke dunia Islamic. Penerapan melalui parents dan hidup berjiran yang bersyariat aje lah salah satu channel kita mendidik anak-anak ke arah jalan yang benar! Benar Pak!

Habis takbir dah hampir 11.30 malam. Kids memang lepak & perut ayah dah semakin terbina. Ngeh ngeh ngeh. Lapan rumah beb. Rumah ke lapan dah ramai main cuit-cuit aje makanan yang dihidangkan.

Alhamdullillah setelah semalaman hujan, pagi raya menyinarkan hari yang sangat indah. Takbir raya bergema seawal selepas fardhu subuh. Hasil kepenatan semalam, aku hampir mendapat subuh gajah. Setiap kali lidah ini melafaz takbir, tahmid & tasbih setiap kali itu juga hati ini terusik dengan kebesaran yang Maha Esa.

Al-Ansorian in action
Ibadah qurban bermula 9.30 pagi. Alhamdullillah semua berjalan lancar. Sedangkan kami ada limited time untuk settle kan semua sebelum solat Jumaat. Berkat ukhwah orang kampong, semua kawtim.

Sabtu pagi aku sudah lambung Amir untuk kayuh. As usual memang dia tunggu aje pelawaan aku. Tambah lagi dia nak test kayuh baru & bib baru. Hehe. Layan kat Putrajaya aje. Park kat Taman Empangan & both us spinned our way towards Alamanda interchange & turned back.

Macam biasa kalau sekali sekala long distance (for his level la), akan aku terima beberapa complaints. Aku layan aje. On our way back to Taman Empangan dah nampak muka hampir bonk tapi aku this kid memang strong, cuma kena play around sikit dengan mental dia. So, bila aku nampak ada traktor trailing 500 meter belakang kami, aku challenge Amir not to give up and to stay ahead of the tractor seberapa lama yang boleh. He sure did. On the way balik, dalam kereta member dah lelap kena aircon. Hehe. Lepak ler tu.

The key event for the weekend was yesterday. Attempt kali ke-2 aku kembali menerjah trail mountainbike. Ni semua hasil lambungan kaum jugak. Sign aje. Since first attempt aku kat UPM MTB Fete awal bulan hari tu went well, aku sign untuk seksaan di Slim River MTB Jamboree pulak.

Kami car pool 4 orang seawal 6.00 pagi. First time sampai Slim River. Venue kat taman tasik. Ramai dah participants beratur kat starting line. As usual, with our casual mode we joined in at the tail of it.

Alwin & Azmar were men on a mission. Targeting to qualify for placing their category. Aku? Setakat nak kasi habis with minimal suffer. Al-maklum training pun casual mode.

Rolling start on-road for almost 5km. The 1000+ participants all strung out and aku tercungap-cungap untuk catch up putting myself as close as possible to the front, which is actually impossible la sebab aku tak nampak langsung yang depan sekali tu. Hahaha. Takpe, just trying be motivated. Antara tujuannya ialah untuk mengelak bottle neck once dah masuk trail.

99% from the overall trail was riding in a palm oil plantation road. It was totally undulating with ruts, cow dung, bukit ammah and steep fast descending sections for the whole 42km (eh? Dah macam marathon distance meh?) Punya lah aku tak power & jugak perhaps trail yang demanding super power quads and calves, aku kawtim dalam 3 jam setengah jugak lah. Champion kawtim sejam setengah. Which means the surplus 2 jam lagi tu was pure penyesalan :|

Alhamdullillah kaki tak meragam dengan cramp atau lemah kepala lutut. Endurance OK cuma strength aje aku kurang. Sebab malas training. Weather was also a bit on the killing side. Bukan aku nak salahkan cuaca tapi memang betul punya cabaran. Tatkala sinaran mentari tajam menikam setiap ruang kulit ini tanpa sedikit pun tiupan angin sepoi-sepoi bahasa di saat sedang meng-granny panjat bukit, setiap kali itu juga lah memori ngeri Sahara Jamboree mengimbas kembali. Meremang bulu tengkuk beb.

OK. 100% Slim River trail are rideable. Bila steep climb, aku engage grannies dan spin lenggang lenggok so as not to impose any stress to the legs. Bila part super sonic descending aku cuba layan full concentration with light taps on the brake levers so as not to introduce any unwanted crash nor endo.

Lantas untuk tempoh masa 3 jam lebih dok perangat saddle tu, minda aku mula membuat beberapa perhitungan statistic ringkas (sebenarnya nak bagi hilang bosan & penyesalan…keh keh keh).

1.   Kayuh cross country mountain bike is equivalent to kayuh interval on road bike. 3 jam lebih punya interval pace memang totally demanding.

2.   Kayuh off-road tiada ruang untuk lalai atau santai, hence memerlukan focus & perhatian throughout the whole thing. Unless terus dismount & chillax bawah pokok kelapa sawit :]

3.   Kayuh road boleh coasting or drafting, but not here. Your legs, your effort.

Setibanya di garisan penamat, aku menghela nafas lega yang amat. Jumpa kaums pun aku masih belum mampu untuk bersembang & hanya mampu duduk sejenak collecting my thoughts back yang dah spread out all over the trails tadi. Cuaca yang sangat panas menyebabkan aku hanya mampu dehydrate seberapa banyak yang boleh & mix dengan fruits yang penganjur sediakan.

Badan memang lenguh-lenguh from the ride beating. Kaki juga masih sengal sikit-sikit from the long hauling. Bila badan dah tuo, recover may take longer. I can live with that, sebab aku bukan extreme weekend warrior yang setiap minggu masuk event. Keh keh keh.

Tapi it was a good ride, especially when it is a birthday ride. Takde la teman ni beriya-iya sangat plan for it, cuma coincidence aku signed up for the event with the same date. Dah lama tak suffer, perhaps it could be the start of more sufferfest to come.


Aksi ketap bibir sebab tahan kejung
buah pinggang :P

Thumbs up to the organizer. With a small fee of RM50, it was a great event, cool goodies and awesome prizes. And how come other events like running and road bike races still want to cekik the fee too much and yet give sampah in the goodies with cheapskate prizes? Kena kaji tu.

4 comments:

  1. Mohon join Sepang Jamboree 11 november nih :)

    ReplyDelete
  2. Hehe. Mohon ye? Lambungan berbentuk kemesraan tu. InsyaAllah bro. Kalau takde aral melintang, samo-samo lah kite main tanah :]

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir, Tuan Diket! Biar lewat asal sempat.. :]
    Birthday ride pon menepati usia, err ke ada belen sikit? Hehe
    Semoga hari mendatang lebih baik untuk Tuan dan keluarga!

    p/s: jom sama-sama kita kuatkan usaha untuk mampu kita ke sana. Manatau sekapal kita nanti, insyaallah.. :]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan Ombak! Terima kasih juga atas doa tuan.

      p/s. Sekapal takpe bro, boleh diusahakan sama-sama. Tapi bidadari lain-lain ye? :] eh? kenapa senyum sama?

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.