Monday, October 15, 2012

Tripping - Langkawi D1

Straits of Malacca in a distance sunset
Lama bebenor aku tak ke pulau legenda ni beb. Last visit masa zaman kanak-kanak naik bot…yes, definitely not a ferry. Siap duduk atas kerusi papan sambil menghirup bau minyak disel. Kompom penumpang mabuk sebab bau disel & bukan hayunan bot. Senang-senang 30 tahun yang lalu.


Selepas dari itu, aku hanya baca berita & dengar cerita macam-macam perubahan berlaku. Hinggakan at one time, harga roti canai boleh cecah harga cekik RM2.00 sekeping? Or was it more than that? How time flies and how things changed…kan?

The changes bring along other changes as well especially to the locals. Kalau dulu hampir kesemuanya aku dapat lihat & rasakan ketulenan or genuine-nya perniagaan kat situ. Baru-baru ni aku pi, tersangat terasa segala ketulenan itu telah dimamam dek perubahan semasa. Perubahan yang diperkenalkan menjajah kehidupan localities yang terpaksa catch-up dengan acceleration yang dibawa. Sedih.

Namun, aku juga masih kagum dengan usaha-usaha conservation (jika benar ada) atau kehidupan asli yang masih belum disentuh atau dirosakkan. Itu lah satu-satunya warisan semulajadi yang sepatutnya dipelihara dan dibanggakan oleh kita sebagai salah satu tanahair di rantau ini yang masih mempunyai heritage tersebut.

Day 1

Actually, it was an adhoc plan for the whole family. Bukannya aku booking flight tix 5 tahun sebelum tapi setakat seminggu sebelum aje. Mintak maaf nak berkata, orang spesis macam aku memang tak makan dengan promosi abang Tony. Banyak agenda lain yang lebih penting perlu aku fikirkan dari dok collect tiket kapal terbang. Eventually rezeki anak-anak aku, Malaysia Airlines jugak kami kawtim, tanpa perbezaan yang banyak dengan Airasia. Bukan setakat kacang goreng lazat & jus epal, malah aku siap tapau sedozen lagi sebelum turun. Buat bekal makan sambil tatap sunset kat Pantai Chenang nanti beb.

Sebaik mencecah kaki di Padang Matsirat jam 7.00 petang, kami terus hopped onboard our rented MyVi. Al-cheapo with irresistible fee from an old friend who runs a travel agency there, manual transmission pun aku belasah. Bukannya traffic jam sangat pun kat sini. Maka, aku asah lagi skill pemanduan F1 go-kart aku. Hehehe. Syiok beb.

BTHO first flight experience together. Thanks to Malaysia Airline

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.