Day 3
Pagi kedua kami teruja pulak dengan island hoping.
Terutama aku, yang teringin sangat nak ke Tasik Dayang Bunting. Tapi cuaca agak
mendung. Dari kejauhan kelihatan awan hujan berarak mengelilingi pulau-pulau
berdekatan. Sahabat travel agent memberi pendapat, jika hujan aktiviti island
hoping agak kurang enjoy. Namun kami berserah kepada yang Maha Esa & Abang
Cad yang bakal menguruskan trip kami.
Naik bot kecik aje dari tepi jeti feri besar-besar
tu. Bot kami muat-muat lebih kurang 15 orang, siap berbumbung & bertingkap.
Kami meninggalkan main island tanpa aku ketahui ke mana pakcik kapten nak bawak
kami. Memang laju. Pengalaman aku menghentak punggung seperti ke Pulau Manukan
dulu berulang kembali. Nasib baik bot pakcik ni ada banyak kusyen. Muka yang
dari tadi penuh senyuman dah berubah jadi kelat tatkala setiap kali bot
menghentak ombak, or was it the other way? Tak kisah la, tapi memang dah mula
fikir “bila ler nak sampai ni bang?!”. Hehe.
Aku rasa almost 30 minit kami berlabuh di jeti
Pulau Beras Basah. Cantik pantainya. Putih bersih pasirnya dan panorama
keliling oleh pulau-pulau kecil bersebelahan dah rasa macam di negara lain.
Sayangnya aktiviti kami hanya terhad kepada melepak di pantai itu sahaja sebab
topografi pulau yang menghimpit pantai tersebut dengan batuan di kiri dan kanan
menghalang aktiviti menjelajah. Lagi pun, aku bersama family dan kelengkapan
juga kurang. Kami just chillax sambil melayan monyet-monyet yang dah mula
menunjukkan tanda-tanda ‘minat’ kat kami.
Satu jam kemudian, pakcik bot sampai tatkala hujan
sedang lebat turun. Begitu juga dengan bot-bot pengunjung lain. Aku rasa memang
pengusaha island hoping memang setting timing semua lebih kurang. Maybe atas
sebab-sebab jika berlaku kecemasan dan sebagainya.
Bot kami berlayar di balik-balik pulau-pulau kecil
yang sangat indah. Ada pulau yang menunjukkan tanda-tanda berpenghuni tapi
pulau-pulau yang kecil mungkin tidak. Terdapat juga pulau yang tanpa pantai,
hanya gerigi batuan tajam yang curam membentuk geografi yang sangat unik.
Sambil-sambil itu juga, aku cuba explain kat anak-anak ciri-ciri pembinaan
pulau ini. Jadi cikgu geografi pulak. Hahaha.
Kelihatan juga banyak bot-bot island hoping lain
yang bertebaran di merata tempat dan di sebalik pulau-pulau lain. Memang pakej
perlancongan Langkawi merupakan salah satu punca rezeki orang-orang tempatan.
Alhamdullillah.
Pakcik memberhentikan bot di tengah-tengah sebuah
teluk yang agak tenang airnya. Hujan dah mula berhenti. Aku membuka pintu
hadapan bot dan menjengukkan kepala, lantas aku terpukau apabila menyaksikan
puluhan burung helang berlegar-legar memenuhi angkasa. Satu fenomena yang belum
pernah kami lihat, burung helang liar yang bebas berterbangan di habitat
semulajadi mereka, dan bukan burung helang yang terkurung di zoo.
Kenapa aku rasa ayat aku dah macam karangan UPSR?! Ceh...
Kenapa aku rasa ayat aku dah macam karangan UPSR?! Ceh...
Sekali sekala kelihatan helang turun ke permukaan
air menyambar kulit ayam yang dilemparkan oleh pakcik bot. Tatkala ini aku
hanya mampu berpuas hati dengan foto yang diambil dengan Blackberry. Tak berapa
nak cun sangat, unless ada DLSR yang boleh zoom, memang aku boleh memang award
National Geographic kot. Hehe. Kami leka memerhati pemandangan semulajadi
tersebut. Satu keajaiban dalam penciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa.
Aku expect our next destination should be Pulau
Dayang Bunting, since waktu dah pun menjelang tengahari. Island hoping dijangka
complete by 1.00 p.m. gitu.
Setibanya di jeti Pulau Dayang Bunting, kelihatan
dah ramai orang. Yang baru sampai & yang dah beratur untuk naik bot untuk
pulang. Sama ramai. Bot pun sama banyak, terpaksa queue untuk mengambil dan
menurunkan penumpang di jeti yang sempit. Tapi keadaan masih terkawal di mana
aku harap tidak akan berlaku sebarang kekecohan macam cerita Pendekar Bujang
Lapok. Hahaha.
Sebaik aku menapakkan kaki di tanah, kami sudah
disambut dengan pemandangan monyet-monyet. Aku jangka akan berlaku sesuatu di
antara dua sepsis primate ni jika keadaan membenarkan. Sedetik kemudian, sebaik
kami melangkah menuju ke pulau, telah kedengaran jeritan seseorang. Benar
sungguh dah jangkaan ku. Monyet telah panjat di belakangnya dan ingin meragut
botol susu anaknya. Normal untuk hidupan liar sebegini bertindak liar dan
begitu rakus meragut. Aku hanya mampu berpatah balik dan membantu supaya monyet
tersebut tidak mengambil tindakan agresif lagi terutama terhadap isteri dan
anak kecik lelaki tersebut. Dia dah dapat botol tu dah cukup baik dia tak kacau
lagi.
Tak sampai seminit, satu lagi kes ragut berlaku di
baris hadapan. Seorang kakak juga telah diragut di mana roti Gardenia menjadi
habuan. Takpe lah kak, anggapkan aje sedekah. Janji kakak selamat tak di
per-apakan. Anak-anak aku dah mula berkepit dengan aku, rasa takut. Sedangkan
aku cuba tenteramkan mereka dan cuba explain bahawa monyet hanya akan menyerang
jika ada makanan pada kita. Kalau takde apa2, tak payah nak risau.
Tapi, I was informed that monkeys kat Bali dah hupgrade. Depa ragut barang kemas in exchange with food. Setakat earings or Oakley tu aku rasa depa dah ada catalogue kot. Kih kih kih.
Tapi, I was informed that monkeys kat Bali dah hupgrade. Depa ragut barang kemas in exchange with food. Setakat earings or Oakley tu aku rasa depa dah ada catalogue kot. Kih kih kih.
Pendakian mirip Telaga Tujuh bermula sebaik kami
meninggalkan perkarangan jeti, akan tetapi tidak terlalu jauh. Sejurus kemudian
kami telah dihidangkan dengan pemandangan tasik yang sangat memukau.
This one cilok from Google |
Aku terpanggil untuk terjun tapi malu-malu kucing. Puiii... Umar dah excited nak terjun. Tasik tiada pantai hanya kemudahan platform disediakan untuk pengunjung. Teringat pulak macam pengalaman terjun kat PD Tri dulu. Keliling tasik membentangkan pemandangan cerun-cerun curam. Papantanda menunjukkan kedalaman tasik mencecah 30 kaki. Umar sewa life jacket. Ayah teman Umar. Pakcik bot bagi sama aje masa 1 jam, which is tak lama actually. So tanpa membuang masa, Amir, Umar & ayah terjun tirup menikmati kesejukan dan kesegaran air tasik. Ayah terjun dengan track bottom & t-shirt terus. Sakai betul ayah ni. Takpe, takde masa nak tukar pakaian renang. Bedal.com la katakan.
Settle island hoping. Kami check out dari motel & check in pulak chalet kat Pantai Chenang. Masa untuk chillax suasana laid back. Konon.
Area Pantai Chenang saling tak tumpah dah mirip-mirip Feringhi Walk. Penuh dengan foreigners dan kedai-kedai yang majoritinya cater untuk foreigners jugak. And penuh dengan beach hotels, beach chalets, beach motels, water sport facilities dan segala jua benda yang berkaitan dengan beach & air. Sampaikan locals pun dah jadi beach boys and they started putting up beach joints ala-ala surfers' joints gitu la.
Kami just grazed along the beach. Rain just stopped. Kids enjoying the surf. A clean beach of course and not too crowded. Very calm. Too bad we didn't get the chance to enjoy the sunset due to massive overcast of rain clouds over the horizon.
As for dinner, we just checked in kat Restoran Haji Ramli which seemed to be the most reliable halal joint around. Itu pun kami sendiri rasa macam kami mendapat pandangan pelik dari pekerja restoran. Don't know what type of look but that kind of weird stares. Tak kisah ler, Alhamdullillah masakan not bad, asalkan tak order benda pelik selain nasi putih, tom yam & telur dadar. Hahaha.
Our night was short. It rained again slightly after Isya' and we were not keen to venture out and hit the sack early instead.
From Pantai Chenang to the rest of the world |
Kami just grazed along the beach. Rain just stopped. Kids enjoying the surf. A clean beach of course and not too crowded. Very calm. Too bad we didn't get the chance to enjoy the sunset due to massive overcast of rain clouds over the horizon.
As for dinner, we just checked in kat Restoran Haji Ramli which seemed to be the most reliable halal joint around. Itu pun kami sendiri rasa macam kami mendapat pandangan pelik dari pekerja restoran. Don't know what type of look but that kind of weird stares. Tak kisah ler, Alhamdullillah masakan not bad, asalkan tak order benda pelik selain nasi putih, tom yam & telur dadar. Hahaha.
Our night was short. It rained again slightly after Isya' and we were not keen to venture out and hit the sack early instead.
Saya sangat suka bercuti di Pantai Chenang. Hampir setiap tahun saya akan ke sana untuk bercuti. Walaupun tidak ke destinasi lain di Pulau Langkawi, ketenangan di Pantai Chenang sungguh membuatkan saya lupa dari segala kesibukan di kota Kuala Lumpur. Sekian, kodek (komen pendek) dari saya. :p
ReplyDeleteKodek ye? Pandai awak bermain dengan klosa kata ye.
DeleteYes, tenang is best described for Pantai Chenang, except when there's a group of kumpulan gagak hitam yang sudah buat waka waka hey hey. Aiyak!