Friday, August 19, 2011

Kalau lah...

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, “Seandainya manusia mengetahui pahala azan dan shaf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan undian, niscaya mereka melakukan undian itu. Seandainya mereka mengetahui pahala bersegera pergi menunaikan shalat, niscaya mereka berlomba-lomba kepadanya. Dan, seandainya mereka mengetahui pahala jamaah shalat isya dan subuh, niscaya mereka mendatanginya meskipun dengan merangkak.”

Itu antara petikan dari tazkirah malam tadi yang ustadz kongsi. Nama ustadz pun aku tak tau sebab aku tersampai lewat sikit masa depa announce nama dia. Tapi yang pasti ustadz ni suara dia hebat. Bacaan ayat-ayat al-Quran masa meng-imamkan tarawih lepas tazkirah memang syahdu. Kalau imam kat Mekah sure tangkap meleleh air mata. Ustadz ni bercerita pasal azan actually & amik hadith ni sebagai rujukan.

Nabi pernah menceritakan kepada sahabat yang dia bermimpi mendengar bunyi terompah Bilal berjalan di syurga padahal Bilal bin Rabah masih hidup. Sahabat dengar je cerita tu terus diserbu rumah Bilal & citer pasal mimpi Nabi pada Bilal & bertanya apa rahsia Bilal sehingga mendapat keistimewaan begitu sekali. Bilal pun tak sure, tapi dia agak-agak mungkin solat sunat wudhu' yang dilakukannya kot. Begitu lah low profile and ikhlasnya Bilal ni sehinggakan solat sunat wudhu' yang paling sempoi tu pun dia tak tinggalkan. Sentuh sikit pasal Bilal ni, kehebatan dia ber-azan, sehinggakan seluruh malaikat di dunia langit pun boleh dengar beb. Disebabkan keikhlasan hati dia melafazkan azan tu. Itu yang aku pernah dengar kisah dia la.

Al-kisah satu citer dari ustadz Hadi Talha dua malam sebelum. Seorang sahabat Nabi telah selamat dikebumikan & Nabi pergi ke rumah sahabat tu & berjumpa isteri untuk bertanya sekiranya ada apa-apa pesanan dari sahabat. Isteri bercerita sahabat ada berkata ketika dia sedang nazak, "kalau lah perjalanan masih jauh...kalau lah ada baju baru..."  (ada lagi satu tapi aku tak boleh recall). Isteri sahabat kurang faham apa maksud kata-kata sahabat ketika nazak tu. 

So Rasullullah s.a.w. pun menjelaskan. Orang sedang nazak ni boleh nampak pahala & dosa yang sedang menantinya selepas dia mati. Jadi untuk kes sahabat ni, dia pernah memimpin seorang yang buta berjalan ke masjid. Dia nampak pahala yang diberikan kepadanya untuk kerja baik tu tapi dia menyesal sebab kalau lah...dia pimpin orang buta tu lebih jauh lagi, pahala yang dia dapat tersangat-sangat jauh lebih hebat.

Pesanan ke-2 : Sahabat pernah membantu seorang yang susah dalam kesejukan dengan memberinya pakai baju tebal yang lama & dia memakai baju tebal yang baru. Sahabat ni nampak pahala yang diperolehinya ketika dia nazak tapi dia menyesal sebab kalau lah...dia bagi orang tu pakai baju tebal yang baru tu, dia boleh nampak ganjaran pahala yang lebih hebat dia boleh dapat.

Hadith & citer ni dah cukup clear bagitau kita pasal kehebatan pahala untuk perkara-perkara tersebut. Apa yang kita ni...especially aku, selalu lupa & melihat hanya dengan mata dunia bukan dengan mati hati yang ikhlas. Kalau lah...kita buat sesuatu dengan penuh keiklhasan, kompom ler straight naik ke atas langit & mendapat rahmat & pahala dariNya.

Apa yang aku blog ni ala-ala sempoi & kurang include-kan asal-usul hadith or cerita zaman Nabi secara detail tu sebab ianya aku dapat dalam hanya 30 minit tazkirah (definasi : peringatan) pun secara rilek-rilek. Sorry beb.

4 comments:

  1. Tak perlu sorry beb. Lu bagi post mcm ni sejak puasa ni aku cukup suka baca. Thank you beb!

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah. Sekadar berkongsi & berpesan-pesan je beb. Itu yang termampu buat masa ni :]

    ReplyDelete
  3. setuju apa kata zack yui tu. syukran ya akhi!
    oh man, cepatnya ramadhan nak berlalu...

    ReplyDelete
  4. Tsar, dah masuk final stage ni, stage menjauhkan kita dari api neraka. Kira last LSD before peak :]

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.