Tuesday, October 14, 2014

Kayuh dengan GeKaMaChePe

Hujung minggu yang baru lepas aku decide untuk mengurangkan intensiti sesi letihan memandangkan minggu raya Qurban agak hectic untuk badan yang berusia ni. Sahabat dari Sri Gandos pun masih dalam mood raya agaknya & ada yang menghadiri kenduri di kampung.

Untuk kayuhan yang lebih sederhana tanpa perlu fokus 100%, aku cangkuk kenalan baru, GeKaMaChePe. Depa nak kayuh di Mardi, Serdang. Cantek sangat tu. Since aku tak pernah kayuh di sana, boleh la recce sekali trail yang ditawarkan.

Since fork di Niner masih di woksyop, aku terpaksa membuat rancangan kontinjensi. Terpaksa ‘pinjam’ balik basikal touring/mtb aku yang tuan imam kami pinjam beberapa bulan yang lalu...maafkan saya tuan imam. Oleh kerana tuan imam dah pasang balik suspension fork & tayar off-road, maka kerja aku nak convert balik dari basikal touring ke mountain bike tidak memerlukan banyak kerja. Aku cuma perlu turunkan ketinggian stem dan buka pannier rack untuk geometri dan berat basikal yang lebih sesuai untuk off-road. Kerja-kerja modifikasi siap dalam 30 minit. Alhamdulilllah.

Walaupun badan agak lemau tatkala aku tamat kelas pada petang Sabtu tersebut, aku kuatkan semangat untuk kayuh jugak esoknya. Jangan sampai menyesal jika tak kayuh ye. Sebaik aku tiba di lokasi rendevouz, sepantas kilat aku menggelungsur kembali ke zaman aku mula-mula kayuh dulu. Begini lah senarionya, cukup similar sekali.

Dengan attendance yang casual dalam menepati masa (tak tepat masa ler tu), ada yang baru nak pam tayar, ada yang baru nak adjust seat post, ada yang baru nak pi isi minyak kereta. Ada pulak yang terbawak abang punya wallet dalam kereta. Aduuuuh...nak nanges campur ketawa pun ada gak.

Janji 7.45 a.m., kul 8.15 a.m. jugak kami baru bergerak menuju ke Mardi. Layan kan aje. Dalam perjalanan tu pun, sempat lagi sebijik kereta tak alih-alih hilang...masuk segitiga bermuda agaknya. Tapi konvoi beramai-ramai macam ni lah yang aku dulu duk kerabat hampir setiap minggu ke seluruh pelusuk Lembah Klang mencari trail kayuh.

Sampai di Mardi, kami disambut oleh satu group lagi yang sepatutnya menjadi guide kami di dalam trail. Total rider semua dah hampir 20 orang. Cukup meriah. Iklan sat...ada member tertinggal kasut. Nasib baik member lain bagi pinjam Crocs.

Untuk 5km yang pertama kami menuju ke trail head yang masih maya. Puas jugak aktiviti ‘follow-the-leader’ mencari trail head ni. Dah masuk semak, keluar semula. Masuk yang lain, pun salah. Ada gak 3-4 cobaan, tapi cobaan terakhir membuahkan hasil. Tapi memang mesti jugak yang terakhir sebab sebelah tu dah Lebuhraya Selatan Lembah Klang.

Awal-awal dah bagi bukit ammah, so kena tolak basikal. Sikit je buat tegang otot & pecah peluh. Lepas tu kami dah mula off-road di lebuh hutan belakang Mardi ni. Ternyata banyak jaringan denai yang ada kat sini. Kami Cuma ikut aje orang depan, walaupun ada juga terkedu bila terjumpa persimpangan dan beberapa argument di kalangan leaders berlaku. Aku perati kan aje.

Separuh masa kedua kayuhan, kami dihidangkan oleh bukit yang lebih teruk dari ammah. Maybe aku kena panggil hat ni...ammmmaaah! Bukan aje bukit tapi bukit bukau, turun naik macam roller coaster kat Gold Coast. Skill tonggek atas basikal sangat significant untuk berjaya di setiap pendakian.

Hat yang muda-muda belaka, dah attack awal-awal bukit pertama dan kedua. Hat yang otai-otai macam aku, chill dulu sebab enjin disel memang lambat panas. Depa attack macam tiada esok bagi mu. Aku sedar aku siapa, sebab hari ni aku bawak kuda 7 speed aje...memang boleh jatuh kategori pecah gasket enjin kalau silap rammed.

Total semunya kalau tak silap ada 4 bukit. Serangan dari pejuang-pejuang terawal dah mula menampakkan casualties. Masing-masing dah mula menghembus nafas kerbau dan terkaku di tepi-tepi denai.

Bukit ketiga memang yang paling tinggi dan paling curam. Tak mampu aku nak memanjangkan dengung dan harakat perkataan ‘ammah’ di sini sebab tersangkut nafas bila tengok. Dari kakinya aku dah mula shift ke gear yang paling hujung dan tiada gunanya jika aku attack. Itu bukan strategi yang bagus.

Memang keluar manik-manik peluh di lengan dan dahi setiap kali pusingan crank dijana oleh kedua-dua kaki. Misi ialah untuk menghabiskan kayuhan sehingga ke puncak.

Aksi ketap gigi berakhir di puncak bukit ketiga. Memang kaki meronta & menjerit-jerit dengan beban kayuhan. Aku ambil 5 saat break sementara mengkaji bukit yang terakhir terbentang di atas dan menyambung semula pendakian. Hanya dua orang yang sampai dulu di atas. Hampir 15 minit selepas kami puas bersembang sambil berehat dan menunggu yang lain, tapi tak muncul-muncul. Pelik, sorang pun tak menjelma. Depa patah balik ke?

Nak puaskan hati, aku kayuh turun balik. Tu dia, semua duk berkelah sakan kat puncak bukit ketiga. Nasib baik aku jerkah awal sikit, if not aku rasa ada yang dah bentang toto atau tanak nasik. Adeh...

Suasana dah memang sebijik macam kenduri. Kecoh masing-masing sembang walaupun hidung dah bukak injap pelepas maksima. Tambah meriah lagi bila ada satu lagi group baru sampai. Tu dia. Pasar tani Mardi dah jadi macam pasar borong. Like.

Macam-macam kerenah, perangai, keluhan, luahan, sharing, pesanan, tazkirah...semua ada. Sampai kan tak alih-alih, ada sorang sedare pesan kat aku suruh aku bukak bar-end, dengan alasan merbahaya. Eh?! Beriya-iya dia suruh aku bukak. Dah satu abad aku kayuh dengan bar-end, dia pulak bagitau merbahaya. Memang la berisiko jika kayuh di tengah-tengah hutan tebal yang boleh terrrr-sangkut pokok, tapi jalan kat Mardi ni, kereta lembu pun boleh memotong. Tapi takpe, terima kasih dengan reminder. Nampak dari gaya, brader ni memang dah berusia tapi masih noobie dalam kayuhan. Maybe ada la 2-3 jamboree up his sleeves, tu yang merak semacam pagi tu. Kena plak ada makcik kat sebelah yang ride sama dalam group dia. Kelllass kau nyah!

Berakhirnya semua bukit, kami mendapat ganjaran downhill sejauh hampir 20 minit. Aku tak layan sangat sebab basikal guna v-brek dan suspension fork keras macam buluh lemang. Kalau ada niner, aku rasa aku pun akan merak macam brader tadi.

Tengah duk layan sentimental konar lipat, sorang geng MaChePe tayar bocor. Aku stop untuk bertanya khabar. Malang sekali, dia tak bawak spare tube dan spare tube aku tak menepati saiz wheel dia. Tak dapek den nak menolong. Sambil slow-slow aku continue kayuh meninggalkan dia, aku berasa pelik kenapa dia tak bawak spare tube sedangkan persiapan self-support dalam aktiviti kayuhan ni dah jatuh kategori mandatory.

Berakhirnya downhill, maka berakhirlah kayuhan kami pada hari tu. Kami singgah la kejap kat air terjun yang tersangat comel di situ sebelum kayuh balik ke parkir.


Jam masih awal, so kami menjamu selera untuk late breakfast di kedai mamak Seri Serdang sambil aku cuba mengenali lebih rapat sahabat-sahabat baru aku ni.

Monday, October 13, 2014

Nilai Murni dan Ilmu

Hari silih berganti. Minggu datang dan pergi. Aku kembali menghadiri kelas pengajian hujung minggu setelah beberapa kelas ditangguh akibat cuti umum. Mungkin bagiku topik pengajian pada minggu ini banyak kepada ulangan yang lepas, akan tetapi pengalaman tenaga pengajar yang dikongsikan sungguh luarbiasa. 

Pengalaman beliau hampir 50 tahun sangat berharga dan patut aku rakamkan demi penambahbaikan budaya dan bangsa kita.

Segalanya berhubung kait dengan nilai sejarah bangsa kita. Sudah tentu, topik sejarah merupakan salah satu bidang yang semakin menjadi 'sejarah'. Kita yang berada dalam jajaran 'main stream' sudah tentu lebih alpa dan terdorong dengan budaya moden dan siber, yang lebih laju membebaskan maklumat di seluruh jaringan (network) sesama sahabat handai dan kenalan. Dalam masa yang sama, kita semakin meninggalkan langkah-langkah lesu dan 'serene' yang membawa kita kembali ke susur galur kita.

Disebabkan arus kemodenan yang terlalu drastik yang sudah menjangkau hampir 15 tahun, kita hanyut dalam pembangunan itu sendiri. Tema 'pembangunan insan' yang seringkali kita dengar, ternyata hanyalah 'proxy' tanpa hujung dan matlamat. Tema mendaulatkan bangsa dan agama hanyalah mainan di bibir setiap di antara kita, dan lebih teruk lagi digadaikan demi wang ringgit dan kuasa. 

Begitulah senario yang berlaku di tanah kelahiran kita. Itu lah perjuangan yang disandarkan selama ini dan yang pastinya, perjuangan tersebut jika tidak kembali ke jalan yang benar, ia hanya akan membawa kerugian kepada kita dan kebinasaan kepada zuriat kita.

Kita tidak perlu menjelajah ke setiap pelusuk dunia hanya untuk menuntut nilai-nilai ilmu. Perkongsian kenalan dan tatapan melalui media juga bernilai jika kita bijak memilih. Berikut adalah beberapa senario yang boleh kita dalami dan timbalbalas:

  1. Nilai ilmu di Jepun sangat didaulatkan sehingga perkembangan dan pembangunan ilmu begitu pesat. Bayangkan saiz RAM komputer kita yang bersaiz sebuah negara seperti Jepun. Selain ilmu dan teknologi mereka yang sudah sememangnya terkenal serata dunia, mereka sentiasa mendukung daulat ilmu itu sendiri. 
  2. Dasar Pandang ke Timur. Masih ingat lagi tentang kempen tersebut? Mu'alim kami sempat berkongsi cerita. Di Jepun, buku tersangat banyak sehinggakan bahan bacaan terdapat secara percuma hampir di semua kawasan awam seperti kedai kopi dan di dalam kereta api laju. Buku tersusun kemas di rak-rak atas. Sangat luarbiasa. Yang lebih luarbiasa ialah ketulusan warga mereka. Lepas baca, letak balik. Jadi, seminggu pergi dan balik kerja naik 'train', dah boleh khatam satu novel.
  3. Oleh kerana terlalu laju perkembangan ilmu dan berita di sana, akhbar harian diterbitkan setiap 2 jam. Jika kita bermusafir di dalam kereta api laju dari Johor Bahru ke Perlis, mungkin kita boleh khatam 3 edisi akhbar pada hari tersebut, pembelian setiap 2 jam di stesen berikutnya.
  4. Oleh kerana terlalu hebatnya sikap dan mentaliti mereka, mu'alim kami terlupa dan meninggalkan kunci rumahnya di lubang kunci pintu selama seminggu bertugas luar kawasan, rumahnya selamat tidak disamun.
  5. Oleh kerana begitu serius mereka mengambil isu amanah diri, mu'alim kami dimarahi oleh touke kedai kerana cuai tertinggal 'handphone' di atas meja makan. Atas alasan, sikap cuai beliau akan hanya menanam sikap jahat ke atas sesiapa yang menjumpai 'handphone' tersebut untuk tidak memulangkannya.
  6. Mereka memartabatkan diri dengan kekuasaan ilmu di dalam diri. Lebih banyak ilmu mereka, lebih bernilai diri mereka. Kita...memartabatkan material seperti kereta, rumah dan pangkat untuk mengekalkan ego kita. 
Itu antara yang aku mampu rakam dalam 'hard disc' aku yang semakin 'outdated' dimakan usia, walaupun hampir setiap hari aku 'clear cache'. Mungkin senario yang berlainan dari perspektif berlainan di kalangan kita. Mungkin juga ada unsur kurang elok di sana, tetapi adalah lebih baik kita memandang yang elok sahaja untuk dijadikan tauladan. 

Aku yakin, dengan bimbingan dan cara aku dibesarkan di sini sejak 40 tahun yang lalu sudah cukup kuat akarnya seperti yang sedang berlaku di Jepun dan negara-negara serumpun dengannya. Semua nilai-nilai murni juga menjadi silibus pendidikan sekolah anak-anak aku. Pendidikan sivik, tatarakyat dan sebagainya. Tapi kenapa masih lagi yang nyata di pandangan kita, nilai-nilai murni tersebut hanya seperti dedaunan kering ditiup di kaki lama? Dan masyarakat semakin jahil dan terus dijahilkan, menghasilkan keruntuhan akhlak saban hari.

Aku yakin, nilai-nilai murni jika digandingkan dengan ketauhidan dan keimanan yang tekad, kita mampu menjadi lebih baik dari Jepun. Sama-samalah kita berdoa dan terus berusaha.

Wednesday, October 8, 2014

Semanis Kiara

Sehari selepas ibadah qurban memang badan masih lemau. Honestly, aku akui aktiviti ibadah qurban ni jika kita involve dari A sampai Z dan kerja dengan seikhlas hati, memang macam pergi gym. Itu aku la. Yang tak rasa penat maybe korang dah power, asal jangan riak sudah ler.

Dah seminggu depa plan nak kayuh di Bukit Kiara. Dah lama jugak aku kepingin nak layan kayuhan di hutan belantara. Selepas tragedi pedal patah di sini bulan lepas, aku berasa terhutang untuk kembali beraksi. Chewah.

Walaupun badan yang masih separuh lemau, aku gagahkan jugak sebab dah berjanji. Lagi pun, it should be just an easy one yang tak involve long taxing ride macam road. Akan tetapi, the story become interesting dengan beberapa adegan terkelendat yang terjadi.

Malam sebelum kayuh, aku dah sumbat bike dalam kereta. Pepagi, nak start engine, aku dah terkedu sebab bateri sudah kaput. Walaupun kononnya aku dah siap bangun awal & breakfast dengan family. Then, everything jadi kelam kabut sikit sebab nak kena nego dengan wife untuk guna kereta dia instead. After beberapa janji politician ditabur, negotiation berjaya dan aku kena pindahkan bike ke kereta wife. Bab pindah randah kalau tak cool, memang ada potensi barang tercicir. Aku triple and dribble check untuk confirmkan.

Sampai di taman tun, masih ada lagi geng yang belum sampai. Gangguan saraf penghadaman sebab terlebih bedal rendang raya agaknya. Maka, kami terpaksa mula kayuh lewat sikit seperti yang dirancang.

Ramai pulak mountain bikers pagi tu di Taman Lembah Kiara. Even melimpah sampai di sekitar taman tun sendiri. Dah macam ada pesta or jamboree la pulak. Joggers pun sama ramai. Our ride guide, bro Yeop dah macam VIP turun padang bila dia bz melayan setiap bikers yang dia jumpa sepanjang jalan. Maka, kayuhan dah terhenti-henti macam perkhidmatan Selangor Omnibus.

Hari ni Yeop nak bawa kami ke Kampung. Salah satu cabang trail lama yang sampai ke kampung di Segambut. Memang antara trail yang epic kami layan hampir setiap minggu zaman aku kerap ke sini. Aku rasa sekitar tahun 2005-2006 kalau tak silap. 

Walaupun hutan simpan Bukit Kiara ni kalau tengok dari Google Earth nampak macam seciput aje, tapi dengan kegigihan trail builder (mountain bikers jugak actually), punya lah banyak trail network dalam ni. You can easily spend 2-3 jam kayuh dalam ni ikut macam-macam jenis trail yang ada. Tabik aku dengan perintis-perintis trail dulu. Antara yang paling banyak berjasa ialah Mr. Pat Brundson, seorang expat dari Canada yang sangat gemar dengan Bukit Kiara sampai dapat gelaran Penghulu Kiara.

Trail mountain Bukit Kiara ni memang terkenal dengan level difficulty dia. Tersangat teknikal sehingga terkenal di seantero Asia Tenggara. Setiap tahun memang ada race di sini, malangnya tahun lepas was the last. Aku sempat jugak la masuk beberapa siri tapi memang mostly ranking terkujat la.

Too bad, the race dah tak boleh nak buat disebabkan beberapa kekangan pihak luar. Yang paling sedihnya ialah tindakan pihak berkuasa tempatan, DBKL dan Jabatan Landskap Negara yang kononnya plan nak take over hutan ni & nak convert jadi satu kawasan landskap terbesar di KL. Hasilnya, disebabkan tiada perancangan dan bajet yang definitely ciput atau terlebih corrupt, beberapa initial activity depa lebih banyak memusnahkan dari memulihara. Takpe, Malaysia boleh!
Hangpa duk biaq hutan tu lagu tu pun takpa, bagi kami geng basikal jaga. Lagi pun kami bertapak bawah NGO yang bernama TRAKS.

So, dengan saki baki trail dan hutan yang masih belum terjejas dek ketamakan mereka, kami layan apa yang ada. Trail masih penuh dengan kemanisan dan lazat. Hanya manikam aje yang boleh mengenal jauhari. Tak mampu aku nak describe macam mana nyaman dan puas. Kalau trail running kat sini pun tak sama feel dia.

Trail ke Kampung agak tertutup dengan rimbunan dan pokok tumbang. Kayuhan kami tidak begitu lancar tapi sebab dah turun separuh jalan, tak larat den nak patah balik.

Some of us terpaksa cut short our ride sebab kena balik awal, termasuklah aku. Badan pun mula nak layu. Kaki pun dah mula berat. Ni semua alasan yang benar belaka. 

Tragedi Oktober yang seterusnya terjadi bila aku kelam kabut nak packing bike masuk kereta. Tayar depan tertinggal depan kedai tempat aku park kereta. Aduh. Dah sampai Cheras baru aku teringat. Kelam kabut aku call geng yang sepatutnya masih belum balik. Alhamdulillah member tolong pi amikkan.

Bawah ni ialah trail map Bukit Kiara yang rasanya terkini (yang kaler hijau). Banyak yang dah pupus sebab kena bulldoze dengan siput babi pemaju & pihak berkuasa. Yang merah tu memang angkara pengkhianat alam semula jadi, pemaju perumahan berprestij kononnya.  Boleh lihat rangkain trail yang asli berbanding dengan kerakusan pihak berkuasa gila kuasa.



Tuesday, October 7, 2014

Qurban al-Ansar 1435H

Alhamdulillah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt untuk bertemu lagi Eid Adha 1435 Hijrah. Entah tahun ke berapa aku decide untuk beraya di Selangor aje instead of balik kampung, walaupun raya jatuh pada long weekend break. Announcement kenaikan harga minyak sebelum raya membuatkan semangat terbantut untuk pulang ke kampung.

Seperti biasa, jemaah kawasan kami tidak akan ketinggalan untuk merebut keberkatan dari ibadah qurban, 7 ekor semuanya. Aku kena lead lembu no. 3. Sedangkan aku bukan terer sangat pun hukum hakam ibadah qurban tapi dengan tanggungjawab yang dipikul, aku cuba sedaya upaya menjayakan amanah diberi. Just nak kena make sure ibadah qurban untuk lembu no. 3 ni berjalan lancar dengan tenaga kerja yang cukup, kemudahan tempat menyembelih, peralatan, tempat pembahagian daging dan pengagihan daging qurban mengikut syariat dan tidak lupa, kebajikan petugas-petugas. Level task macam project manager jugak lah ni.

Alhamdulillah solat raya di surau seperti biasa. Penuh tapi tak melimpah, maybe sebab ada yang pulang ke kampung. As usual teks khutbah tidak pernah tinggal dengan pesanan dan peringatan tentang tujuan hidup kita di dunia. Hopefully kita sentiasa dibuka pintu hati oleh Allah swt untuk menerima pesanan khotib.

Aktiviti kemuncak memang ibadah qurban. Kami takde nak tunggu or ikut protokol. Group mana yang dah sedia, dah cukup korum, lembu akan ditumbangkan dulu. Lembu group aku yang kedua ditumbangkan sebaik aje geng koboi dah cukup. Dah siap tumbang dan ikat kaki dan dah ready di lokasi, kami cuma panggil je specialist sembelih untuk menjalankan tugas. 

Tunggu sampai condition lembu dah betul-betul nyaman (lebih 4-5 minit), geng melapah pun memulakan tugas. Setiap tahun aku cuma menggunakan pisau blade besar beli kat kedai alatulis aje. Dah tentu tajam, nak pegang pun senang & lepas pakai boleh buang je blade tu. Kalau cukup dengan bantuan memegang kaki-kaki lembu, yang melapah kulit serta yang expert mengeluarkan isi kandungan dalaman, semua boleh settle tak lebih 20 minit (anggaran aku). Kali pertama aku terlibat dalam aktiviti qurban 2-3 tahun lepas, kami ambil masa lebih sikit sebab belum terer.

Stage ke-3 is memanggil tukang kapak. Tugas dia standby on-call (sebab kapak tak banyak). Sampai masa untuk membahagikan lembu tu ke lebih kurang 6 bahagian supaya senang dibawa ke kawasan pengagihan daging. 6 bahagian bermakna (4 kaki termasuk peha + 2 bahagian badan kiri kanan). Kepala satu je la. Memang kapak diperlukan untuk lebih mudah memisahkan bahagian-bahagian tersebut.

Stage ke-4, panggil pick-up untuk membawa bahagian-bahagian lembu no. 3 ni naik ke surau, untuk dipotong-potong daging dan pengagihan. Sampai di stesen pengagihan, plastik-plastik agihan dah stand-by ikut nombor lembu. Plastik untuk daging ke fakir miskin 15kg. Plastik untuk daging ke peserta qurban, 1 bahagian 2kg. Untuk masak 5kg. Yang selebihnya untuk agihan petugas dan jemaah, packing sekilo. Aku terpaksa delegate tugas ni kat member sorang lagi sementara...

...aku kena make sure kawasan sembelihan lembu no. 3 bersih dan lubang takungan darah siap dikambus semula demi kebersihan. So, aku pi balik ke tempat sembelihan & kambus & bersihkan apa yang patut. Then lari balik ke surau untuk join kerja pengagihan. 

Sampai di surau semula, Alhamdulillah cepat aje dah almost selesai menimbang dan membungkus mengikut timbangan agihan. Masing-masing cekap menjalankan tugas. Aku kena pastikan bahagian agihan sampai ke penerima yang sepatutnya. Tulang-tulang juga kami bungkus sekilo untuk pengagihan. Kepala & kaki, kami serahkan ke pihak Pengarah qurban untuk membuat apa yang sepatutnya.

Wakil dari fakir miskin pun sampai untuk collect bahagian mereka. Aku juga menyerahkan bahagian-bahagian qurban untuk para peserta lembu no. 3. Yang selebihnya, anggaran lebih kurang dalam 25kg yang dah dibungkus sekilo, dikumpulkan bersama-sama dengan daging lembu-lembu lain. Then pengarah buat announcement untuk pengagihan daging sorang sekilo & tulang sorang sekilo. Or satu rumah sekilo aje, untuk petugas dan jemaah.

Alhamdulillah majlis selesai by 12.30pm. Setiap tahun kami dipermudahkan oleh-Nya based on pengalaman merancang dan perlaksanaan. Bab penutup ialah aktiviti membasuh perkarangan surau. Wifey & anak aku dah pi beraya ke rumah parents dia dulu selepas stage sembelih tadi. So tinggal aku & my eldest son yang involve aktiviti qurban. Balik mandi, solat & baru aku ke rumah in-law untuk menyelamkan diri ke dalam lauk pauk raya yang disediakan. Kurang selera  sikit sebab maybe penat sangat. Sebelah petang bateri badan dah mula nak kong, so aku bergegas pulang semula ke BTHO untuk melabuhkan diri di atas sofa...zzzzz

Itu semua pengalaman aku involve aktiviti qurban di surau kami. Tempat lain maybe lebih kurang sama or maybe ada sedikit kelainan. Yang pasti, objektif kami sama iaitu menyahut seruan agama seperti dalam firman Allah swt:

Bismilllahir rahman nirrahim
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (1) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (2) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).(3) - surah al-Kauthar


Friday, October 3, 2014

Bentong-ites

Hearing the word Bentong and Genting Sempah would drive the chill down my spine. Always is and I had to have deep thoughts before committing to any of it. The endless bike swerving is so freaking scary.

But, there was no exception when most of the buddies decided to ride it last Sunday. I toss and turned nights prior to the ride, juggling what strategy do I have? I thought of riding the mountain bike, but it will just exhaust me to death (tried it before and regretted). My only hope to survive the climb is with a road bike, but I need to be strong on the descends.

I don't recall our last ride to Bentong but it has been awhile. In fact Genting Sempah flocked with cyclists from many kinds. The foldies, the mountain bikers. Yet to find tandems though. And I was most surprised to witness runners! They scale the 16 km climb and ran back down completing the whole 32 km. That is horrific...for me at least.

As more 'tourist cyclist' riding up to Genting Sempah, some minor social ethics began to crop up. They tend to stop at odd places to rest and posing for photos or selfies. My concern is their respect for other users when they started blocking the road ignoring passing cyclists while they chat or take a breather or worse, clowning around with buddies. It may not a big issue since the average climbing pace is rather slow, but what if things goes out of hand and these buggers started blocking the opposite side of the road, where cyclists descend at higher speed? We have already too many cyclists killed by motorists. It can sickening to hear cyclists killed by another ignorance cyclist.

At the peak of Genting Sempah things are becoming like morning market. Super cool guys in spandex had to blend in with these ultra cool noobs. And these ultra cool noobs became so cool and they thought they own the road, ignoring not just cyclists, but other vehicles. It was eye soaring with these act of stupidity.

We didn't wait long for the unnecessary camaraderie. The descend down to Bentong was perfect with everyone latched on to the group with perfect pace rotation.

The challenge is the way back up, fighting against the gravity. The 30 km climb, slithering like a very long snake as the gravity starts to pull little by little until the legs can't stand the soreness. It was never a happy story when riding to Bentong, but we kept coming back for the itchy butt invitation.

As the gradient grows, the legs start square pedalling and that's not a good sign of strength in progress. Due to our routine change from ride-and-meal to less-and-short-stop-ride, we managed to spend ride time effectively and finish it early.

After all the curses and inner peace turn outer peace conquest, we concluded the climb and that opened up the final challenge for me to descend back down to Gombak. The fear still linger inside me especially approaching those tight curves. I had to catch up with the rest at other less 'dangerous' curves with hard pedalling. That was one huge time-trial descending effort for me and it was a huge relief reaching back the low land. Phew!

Wednesday, October 1, 2014

Satu abad setahun...

Memberi komitmen untuk dua acara besar dalam setahun boleh membebankan seseorang individu...sekurang-kurangnya untuk orang seperti aku yang semakin terasa hasil mamahan usia. Menjalani sesi latihan hanya pada setiap hujung minggu memang secara nyatanya, tidak mencukupi. Apatah lagi jika misi menyertai acara tersebut adalah untuk mencari kejayaan gilang gemilang.

Sesetengah pandangan masyarakat mungkin kurang bersetuju dengan prinsip aku. Dalam kehidupan sekarang, kita dibesarkan dengan kata-kata motivasi dan semangat dari iklan-iklan produk mahupun individu-individu berjaya terutama ahli sokan. Sebagai contoh yang dah sebati dengan kita seperti tema Nike 'Just Do It', atau Adidas 'Impossible Is Nothing', dan banyak lagi yang kononnya bertujuan untuk mengeluarkan seorang jaguh dari dalam diri kita. Tapi kalau hanya sekadar pegangan tanpa usaha, kita akan jadi seperti bertih jagung dan bukan jaguh.

Sedikit masa dulu memang aku juga terhanyut dengan tema-tema gimik pasaran. Bukan aku begitu taksub sehingga melampaui batasan adab dan tatasusila tetapi cara hidup juga sedikit sebanyak terikut-ikut.

Itu dulu. Sekarang aku sedikit bijak dan memegang prinsip yang berlandaskan akal yang mungkin sedikit rasional berbanding dulu.

Berbalik kepada tujuan post hari ni. Selepas sesi letihan temph hari ke Bentong, aku tidak lagi merindui akan pahit getir ketika kayuhan dan sengal-sengal badan selepas kayuhan. Malah perasaan ini mula sedikit menyesal. Bukan menyesal sebab segala kepayahan yang dialami tapi lebih kepada peluang dan kemampuan aku melaksanakan komitmen yang lain sedikit terkekang.

Seperti yang aku kerap nyatakan, ketika peringkat usia sebegini, priority komitmen sudah berubah. Aku lebih selesa dengan komitmen kekeluargaan, komuniti dan yang sewaktu dengannya.

Aku juga tidak mampu untuk mengulangi kesilapan dulu tatkala aku pernah membuat cubaan dua marathon dalam setahun. Ternyata sekali, marathon yang kemudian itu penuh dengan sesal dan seksa. Pada pendapat aku yang lemah ini, sekadar untuk menghabiskan sesuatu acara besar seperti marathon tidak mendatangkan kepuasan. Lebih kepada menjadi buah pulasan.

Begitu juga dalam dilema aku sekarang. Kayuhan Satu Abad Melaka akan berlangsung pada hujung bulan Oktober kelak. Aku telah menamatkan acara sebegini di Kuantan pada April yang lalu dan aku cukup bersyukur dengan keputusannya. Namun, tidak dengan cubaan di Melaka ini pula. Aku kurang semangat. Aku tidak mampu memberi komitmen yang lebih atas beberapa sebab seperti pengagihan masa latihan dan komitmen-komitmen lain. Malah, aku lebih selesa memberi komitmen kepada perkara-perkara lain.

...hmmm...terlintas sejenak. Kedudukan aku di persimpangan hidup ini semakin hari semakin nyata. 

Sebagai blessing in disguise, aturan yang kita susun bukan yang terbaik, sebab yang terbaik datangnya dari Allah swt. Tarikh acara bertembung dengan kelas ganti. Fuh! Walaupun agak kecewa sedikit tapi kelegaan bagaikan injap pelepas dibuka.