Monday, July 4, 2011

Calm before the storm

Dua minggu tak gebang. Perhaps I was a bit dispaired from the kayuhan koyak rabak a week before to Kuala Selangor. Yep, koyak kaw-kaw sampai terpaksa naik rescue car, thanks to an old friend who lives nearby. I had to come to a point where thinking to complete the miles will only worsen the agony and face injuries. Hence, ditched the remaining 30km and enjoyed the coolness of an airconditioned ride back to the starting line was the preference. Mistake made: Bad management of hydration. Kenapa la bijak sangat aku kan? Takpe, another attempt akan menyusul.

OK, barang yang lepas kita jadikan pedoman. Barang yang akan datang, kita kena bersedia apa yang boleh. Apa barang?

Semalam, aku telah mencipta sejarah terbaru dalam hidup aku yang penuh kekalutan ini. Aku terjun laut. Dulu-dulu ada gak aku terjun laut. Zaman sekolah, masuk Pengakap Laut. Keh keh keh. Bawak rubber boat sampai a few more miles off shore between Johore & Singapore, lepas tu terjun. Sometimes we even get reminders from the patrol boat of the Singapore navy. Crazy that was. Tapi tu setakat terjun aje la, and we swam back to the boat. Itu zaman akal pendek. But this is something else. Terjun dan berenang. Omputih kata OPEN WATER SWIM. Bebudak tri kata Open Water je. Yep, more like swimming for my life rather than enjoying the warm water of Straits of Malacca. That was my thoughts at that particular point of time.

Sejarah kena detail sikit baru syiok kan? Hahaha. Saja alasan nak gebang...

The thought of attempting a tri came about a year ago. Lama tu. Or perhaps lebih lama lagi kot. Tapi selagi skill dugong masih di tahap belum akhil baligh, aku pendamkan aje hasrat tu. Maklum la, swimming serupa je macam aktiviti sukan yang lain...you just to need to spend more time on it to improve. Maka berkat dari sokongan dan lambungan kawan-kawan yang terlampau, aku mula terjun kolam a few months back secara intensif...konon. Lepas tu KIV kejap sebab bz training for interstate. Lepas tu konon nak bedal KL Marathon tapi gagal. End up sangap lemau sebulan macam kuih Bangkit raya tahun lepas. La ni aku serupa macam dapat feel semula & with PD Tri hujung bulan ni, aku buh target & alasan untuk kembali training.

Actually, trainings make me sharper. No trainings make me softer...as soft as the sofa in front of the TV :]

Baru aje start last week since Tri clinic berlangsung semalam. Preparation la sikit...konon. Kena la prepare, clinic pun termasuk aktiviti amali which require us to do the open water swim. For that, definitely la I need to get some milage & brush up those strokes yang dah memang sejak azali berabuk.

Maka perjalanan sunyi sepi aku bermula pagi semalam bila bergerak selepas Subuh dari KL ke Admiral Marina sorang diri. Azmar dah pi dulu one day before - harap kat Azmar je yang boleh teman & motivasi untuk kali ni. Kelihatan awan mendung menyelubungi persisiran pantai Port Dickson. Sekali aku merenung ketenangan air dalam Marina cove tu, sekali angin sejuk bertiup. Pergh! Ribut terus melanda dalam badan.

Bior betik?! Jauh tu depa nak suruh swim dari dalam marina ni ke pantai?! Macam lebih 750m je?!

Aku malas nak fikir sangat tapi any attempt to avoid the thoughts was useless. Nak belek norkiah torch aku, apa lah ada sangat? Setakat main lampu suloh nanti orang kata aku cari ketam pulak.

Aku berjalan semula ke carpark. Hujan gerimis & angin sejuk menambahkan gelora hati. Nampak Hancik, Chot & Yusran dah sampai. Kami bersembang kejap sebelum aku memunggah basikal dari dalam kereta untuk letak kat transition point. By 8.15am, dah ramai yang hadir termasuk Azmar & Fuzi. Ada la hampir 40 orang. Uncle Chan mula bagi briefing yang diselang seli dengan lawak terkedu dia.

"This year, all sprint category must start your swim from the pontoon OK!" kata Uncle Chan. Maka kompom lah segala rumours yang selama ni aku dengar pasal perubahan swim start ni. "So you have to dive or jump into the water OK. No more swim from the beach. Only OD will start there, so are the trikidz."

Gambar Hiasan aje
Maka untuk pertama kali nya aku buat open water swim ni, bumi yang aku bijak selama ni akan terus lenyap begitu aje sebaik aku terjun dari pontoon tu. Takde nak pijak-pijak pasir sampai air paras dada baru nak swim dah. Ini kamikaze. Terjun & tawakal je. Adoiii aiii!

Kami pun berjalan lah beramai-ramai ikut Uncle Chan masuk ke area marina macam penguin. Macam jauh pulak Uncle ni bawak kami. Aku ingat kan tempat aku termenung pagi tadi, rupanya masuk lagi sikit. Mak aih! Ni lagi la bertambah jarak swim macam ni!

Uncle Chan suruh assistant dia demo cara terjun. Lepas tu takde nak gebang lebih-lebih, dia terus je suruh semua terjun & start swim. Aik?! Takde kata-kata motivasi dulu ke Uncle Chan? Jemput la Dr. Azizan ke.

So, ketenangan yang aku held on sejak pagi tadi bagaikan menunggu detik-detik sebelum ribut taufan melanda bakal ditentukan sebaik aku terjun ke dalam air yang entah berapa depth nya tu...God only knows. Ada la sorang dua yang muka kelat tu kompom first timer macam aku. Kash, Hancik, Azmar semua dah terjun. Lewat-lewat nanti aku tertinggal peloton swim pulak. Dua langkah aku amik untuk ke tebing pontoon, 2-3 saat tanpa fikir panjang aku terus dive in macam mana aku buat zaman terjun tirup 20 tahun dulu. Macho je...keh keh keh. Lagi lama aku berdiri, lagi la seriau agaknya. Slowly aku surface dengan masih control tenang. Azmar checked on me whether I did alrite ke tak. Aku tunjuk thumbs up - macam bagus je. Azmar ajak proceed to swim. Ayuh.

Tanpa checking saper lagi kat atas pontoon, maka bermula lah pelayaran ku untuk pertama kali merentas laut...chewah! (padahal dalam marina sikit je lepas tu terus ke beach....bunyi macam Kapas-Marang je). Uiii aiii.....golap gelita kat bawah tuh Jang oiiii! Even kaki aku pun aku nampak sikit-sikit je. Aku avoid untuk tenung lama-lama ke bawah tu elak fikiran negatif. Maklum la banyak sangat tengok River Monster la, Monster Fish la, Mega Fish la, Manhattan Fish Market la.

Aku make sure Azmar sebelah kanan aku so bila aku breath aku boleh nampak dia. Kat depan aku hanya nampak sayup-sayup kepala-kepala swimmers lain tenggelam timbul & takde masa aku nak fikir siapakah mereka. Jauh jugak nak lepaskan first turning keluar dari area pontoon tu. Stroke demi stroke aku hayun tapi kapal polis maritim ni panjang & besor betul aku nak lepas.

Sebaik aje lepas kapal polis tu, kami belok ke kanan & tu dia pintu masuk ke marina di mana ada few hundred yards before entering the open sea. Dah mula lah huru hara sikit. Huru-hara aku bertambah huru-hara bila aku ternampak sekelibat cahaya dari bawah. Aduhai! Apa benda ler tu? Hampeh. Stroke & breathing yang dari tadi bagaikan berada di thin red line, terus putus dilanda ribut. Alih-alih je breathing aku macam taufan beb (maksudnya panik la tuh). Lepas tu aku notice, aku dah off-course sikit. Building Tanjung Tuan depan aku dah lari sikit. Attempt untuk perbetulkan arah, bercampur panik dah jadi macam kompas rosak. Aku cuba jugak continue swim tapi stroke dah macam kipas helikopter. Macam tercekik tertelan putik durian pun ada jugak.

Aku terus panggil Azmar yang lebih kurang 20m depan aku. Azmar stop. Aku nampak kayak kuning sebelah kiri tapi otak aku nak compute apa nama benda alah kuning tu pun tak boleh. K.A.Y.A.K. la dol. Aku cuma mampu melambai-lambai macam orang panggil teksi tepi jalan. Nasib baik bro ni cekap & terus tuju ke aku.

Pautan aku kat kayak tu tersangat bermakna macam dihidangkan bryani kambing. Fuh! Lega beb. "You alright bro?", tanya that chinese guy. "I'm OK. Just need a breather...very deep one until my heart beats back to normal." He was supportive. He told me to take my time.

Azmar masih menunggu so aku tak nak dia tunggu lama, aku teruskan perjuangan. That kayaker told me to target the red buoy before the next turn. OK aku akur. Aku hayun stroke demi stroke dengan beberapa sighting to make sure aku on course walaupun ada gak yang tersasar. Namun aku rasakan macam aku tak bergerak. Lama jugak la aku nak sampai kan ke buoy tu. Heiii...impatience is not helping me. Aku kembali ke state yang tadi tapi kali ni lebih kepada ala-ala give up. Lagi sekali aku panggil teksi. Untuk kedua kalinya aku bergayut macam ungka. Cis!

The kayaker told me to forget about making a turn around the buoy instead I just need to swim straight to the next buoy yang kat dekat dengan beach. That shouldn't be difficult sebab jalannya lurus Pak!

OK Azmar, one last shot and we should be able to forget about another discount with the kayak. Ada la jugak dekat 300m lagi kot. Kecik je nampak orang kat pantai tu. Layan aje la. Walaupun aku admit stroke aku tak setenang yang aku mahu, aku just nak habiskan je. Seketika kemudian aku ternampak pasir kat bawah. Tapi aku tak jejakkan kaki lagi, sebab belum tentu dasar dah boleh dipijak. Then aku nampak Azmar dah berdiri which was about 50 yards to the beach. Slowly aku bangun keluar dari air macam ahli anggota SEAL nak ambush musuh (sebenornya macam penyu nak naik bertelur ada ler). Sebab penat giler.

Ada la lagi 2-3 orang belakang aku yang masih berenang. Sebaik aje aku berkumpul semula dengan Azmar & Hancik, dengan rasa tak puas hati, aku ajak depa buat swim se-round lagi. Alasan aku: ni lah masa dan peluangnya aku nak cari confidence sebelum race day. Depa sign.

Kami proceed dengan next discipline which was the 20km cycling and running. Kejap je. Selepas klinik bersurai, Fuzi ajak pi swim depan banglo dia menginap which was right next to Avilion Water Chalet. Dia keluarkan kayak & teman kami bertiga swim.

Air dah surut, so kami kena jalan hampir 200m untuk mula swim. Ada brader reminded us kat situ banyak coral & those inhabitants termasuk ikan batu. Ada gak nak bukak citer seram brader ni ye. Belasah je ler. Nak tarik diri, kayak dah diseret jauh.

Aku decided just to cangkuk Azmar & Hancik ke mana jua depa tuju. I had my moment of peace kali ni. Perhaps sebab aku tak set kan target dalam mind ni. Just enjoy the stroke. It was quite awhile before we stopped to check on our location. Mak aih! Jauhnya! Sesekali air suam bertukar ke air sejuk menandakan kedalaman yang dah meningkat. That's it. I think I found the formula. It's the inner peace macam Po dok cari. I need those. I need peace. Period.

Aku decided untuk kayuh kayak pulak for a change, so Fuzi have to swim back. Dah lama sangat aku tak berkayak, ni la peluang nak lepas gian. Tengah-tengah laut nak panjat naik kayak memang kena ada skill. Kalau tidak mau terbalik. Lagi haru. Jangan buat kes. Skill belajor zaman dulu berguna kembali. The remaining of the session aku lepak atas kayak dilambung ombak sambil escort Azmar, Hancik & Fuzi swim balik ke pantai. Nikmat :]

Dari saat aku sampai ke rumah petang tu & in fact pagi tadi pun, aku masih terbayang feat yang aku lalui semalam. Walaupun berpuluh laps yang aku buat kat pool, takde bandingnya dengan open water swim. Ni pendapat aku la. Orang lain maybe ada opinion lain. Needs huge chunk of courage and that is not easy. But, definitely aku akan cuba untuk berada di starting line Sprint Triathlon untuk this coming PD tri. It will be my first attempt. InsyaAllah. Kalau last minute tak jadi apa nak buat kan? Keh keh keh.

Inner peace
Untuk this week & the coming ones, I need to get my running legs back. KLCC poco-poco club should be a great avenue for a start (read "lambung"). Aku akan cuba selit-selit dengan kayuh & swim whenever sempat. Wifey pun dah acknowledge me signing up for PD, which means the training time taken should be bearable.

Hopefully ramai kaum akan turun on race day (again, read "lambung"). Appreciate all the familiar face semalam especially Azmar, Hancik, Kash, Fuzi, Nik Raiha, Yusran, Chot and ramai lagi lah. It really eased down the spine chilling nerve attacks :]

Gambor konang-konangan. Courtesy from Nik Raiha
Skill pernafasan melalui usus perut sangat membantu
(Pix: Nik Raiha)

13 comments:

  1. mampos lah kj macam ni if diket pun ada ura-ura panik haha .. but you did swell lah .. i am not sure i can do this open sea thingie lol ..

    ReplyDelete
  2. *nanges baca entry nih...*
    well done bro! it's a giant leap indeed to an unchartered territory. all the best for PD tri, nanti aku buat good luck poster eh? hehehe

    ReplyDelete
  3. I feel you bruder... tapi kau jangan buat telan air laut bebanyak kat PD, banyak minyak oii, sekali naik berbasikal tengah panas buleh terbako!

    Aku rasa kau kena buat simulation of a swim start masa tri, macam Nik did to me for Singapore Biathlon, bagi kau rasa impak kecemasan masa penyu penyu start renang, tarik2 seluar, kasi penampar jepun dalam air... tu saja buleh menggugat ketenangan masa swim ko nanti... jom kita ke pool

    tapi kudos bro! walaupun wa jeles, tapi syabas sebab dapat mengkongker open water fear lu... lepas ni agak2 nak pegi Acheh ke, Singapore ke, senang - selit passport kalis air je kat seluar kecik

    ReplyDelete
  4. perghh... team tajaan 2XU :)

    wa manyak suka tengok monster fish & citer2 yg sewaktu dgnnya :) apa cahaya kat bwh tu? mata buaya air masin ke? hehe... acah jerrr.

    selamat segala2nya Diket! you can do it!

    ReplyDelete
  5. Kak June - I haven't done this kind of fear test for awhile. Trust me, at this age, I had to consider millions of stuff :D

    Deo - *nanges?*
    Sama la. Kalau tengok dekat2 masa aku panik tu, air mata, air liur, air hidung semua meleleh bro. Thanks! Poster? Itu ultra runners aje yang layak :]

    Thanks Syah. Aku tak telan banyak sangat, kesian orang lain nanti tak dapat. Simulation start tu aku faham sangat memang ramai yang tak sabor nak tambah perisa huru-hara kan? Kalau nak buat, aku bawak shark cage siap2 :]

    Jom ler turun Sabtu tu, escort aku. Hehe.

    tsar - bertuah ler badan kalau 2XU nak taja. Lepas event aku start tengok Discovery Channel semula la :D
    Thanks bro! I hope I can do it :]

    ReplyDelete
  6. esok2 kat pontoon, jangan buat macam cartoon sudah la ye. kapas marang kita bincang kendian, habiskan yang ni dulu

    GO FOR IT!!!

    (saja nak melambung, kak pah plan utk 2nd attempt buat kapas marang next year, ada bran?)

    ReplyDelete
  7. Huh?! Kenapa alih2 buleh citer Kapas-Marang plak ni? Pernafasan taufan datang sekejap bila baca. Ooo...kak pah lambung diri sendiri rupanya.

    ReplyDelete
  8. Woitz Diket, nice write up. Sebenarnya, baik saya mengaku, saya tak swim pada hari tu sbb Cynthia menangis tak nak turun kat laut, she got frightened. So we end up swim parallel kat beach. At least dia swim jugak.

    And syabas lah, sebab dah conquer your fear swim kat laut, Saturday ni jom lah swim kat templar's park boleh kita buat tri simulation.

    ReplyDelete
  9. Yo Kash. THANK YOU for joining. When you told me you were coming, that was a boost of confidence for me already. Atas pontoon, I dah tak perasan saper terjun dulu or saper tak terjun. I was so occupied with my survival instinct. Hahaha.

    Pity Cynthia. Maybe you can ajak dia join swim at Templer. I think the more people we know around us, the better confidence we get. But I will be going back to JB this weekend. Perhaps next time. Thanks again & have fun! :]

    ReplyDelete
  10. Kira dah mantop tu bro, dah boleh swim with the sharks... PD tri satu permulaan terbaek! Good luck and all the best bro!

    ReplyDelete
  11. Ngeri siot baca open water swim!!..dah la aku breast stroke je..kalau freestyle, tak tau style apa aku nanti bila jadi panik..style mayat je la kot..huhu...
    gudlak diket PD tri..wohoo!!

    ReplyDelete
  12. Kah kah kah kah kah.. sakit perut macam nak kena gastrik lah aku gelak baca entry ni.... adoyai...

    Ahahahahaha...

    ReplyDelete
  13. Zack, mana ada mantop nya bro? Mantul ada ler. But hopefully I will have the inner peace during the race. Thanks Abang 100 :]

    Ijam, breaststroke paling sempoi untuk tidak panik la aku rasa. Thanks bro!

    Gelak? Gelak! ooo kau gelak ye? Biasa la Nik, kekalutan first timer memang kelakauuu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.