Tuesday, July 12, 2011

Kembali Berlari

Dahsyat...bunyi tajuk. Macam berkurun sangat tak berlari. Tapi benar sangat...last lari right after Interstate, LSD ke Hartamas yang telah menjanjikan ketidakesampaian aku untuk melarung KL Marathon. Bila tu? Ada 2 purnama beb. Ngeri!

Dengan level confident aku setinggi Wisma Yakin selepas tri clinic hari tu, aku decided untuk kembali turun ke padang larian dari asyik bertenggek atas basikal. Nothing much to expect, aku capai singlet, suar pendek yang dah berkurun aku tak pakai & sepasang Adizero CS yang aku dah pencenkan jadi kasut driving (laassat! driving pun pakai adizero?!)

Maka terkial-kial lah aku salin baju kat surau Petronas Jalan Ampang selepas waktu pejabat dengan harapan untuk berpinau di KLCC Park. Target menu, cukup sekadar 5km dulu sebagai modal.

First lap standard la kena warmup. Tapi sepatutnya aku tambah se-lap lagi untuk warmup, memandangkan orang tua tak sedor diri, telah ku balun tempo teruih kat second lap. Dah hampir nyawa cicak, ada lagi cita-cita untuk buat negative split. So aku balun third lap & terjumpa Abang Shuk yang sedang menikmati panorama & irama poco-poco. Zas! Aku potong dia & tunggu kat paip air untuk aku basahkan tekak. Lap ke-4, aku saing Shuk sambil catch-up citer-citer purba. Cukup setakat hari ni. Looks like I still have my running legs.

Tanpa aku sedari, otot-otot mula mengeras & meraung sehari kemudian. Tak ku sangka ianya berlarutan sampai 2-3 hari menyebabkan aku terpaksa ciken loop kayuhan malam Rabu ke 23km sahaja & hari yang selebihnya hanya makan kuaci depan TV.

Next target, balik kampung nak lari kat Padang Istana. Walaupun travelling dari KL lewat petang Jumaat men-cilok dari trafik ganas menyebabkan aku sedikit keletihan sewaktu sampai di JB malam tu, aku kentalkan semangat untuk turun padang jugak pagi tu.

Agak lewat sedikit aku terjaga & sampai di Padang Istana hampir 8.00 a.m. Mata sepet ni terbukak sedikit bila aku bertembung dengan Shuk & wifey. Aik?! Rupanya balik kampung jugak brader ni. Tapi Shuk dah setel larian & bersedia untuk berlari ke kedai sarapan pulak. Aku baru nak start. Takpe, laluan di sini agak teduh. Boleh layan sampai tengahari.

Baru nak start, terjumpa pulak ex-schoolmate. Aduhai! Ini dah macam larian alumni. Sembang kejap sambil tukar-tukar phone number. Settle. Teruskan niat untuk mencapai objektif since kaki terasa sedap macam Muratabak Singapore cecah kuah dalcha.

2 laps warmup + 1 lap zus-zas & 1 last lap lari teman Azizi & wifey, Misni sambil sembang. Ternyata larian yang boleh dikatakan addicted, sebab...aku terasa nak lagi.

Walaupun Sabtu penuh dengan acara makan-makan sampai lebam hasil dari kenduri & hoohaa bersama sanak saudara, aku tetap jugak dengan misi untuk bangkit & bergegas ke Padang Istana. Agak aku ni dah kena stim kas-kas lari ke apa? Tapi aku rasa macam best lari kat sini. Or is it sebab running in loops membuatkan ianya sesuatu yang ketagihan?!

Kali ni 3 lap aje. I kept it short but FAST! Alasan sebab nak basuh periuk belanga kat rumah yang menambun tuh. Wamrup first lap. Second lap negative split (jumpa Shuk lagi!!). Third lap lari dah macam kuda Sultan Johor. Best! Best! Driving balik KL senyum aje sambil cium tangan bau durian pakcik aku bawak dari Muor. Keh! Keh! Keh!

16 comments:

  1. incik diket yang dihormati, saya amat kagumi semangat anda. terus terang saya katakan, geng klcc patut berwaspada dengan 'datang-balik' incik. saya akhiri dengan ucapan : tu dia aih, kasut mahai pi buat driving pasepa.

    ReplyDelete
  2. wah kalau macam ni kena ikat kontrak dengan shuk jadi pacer mcm pelari kenya SCKLM yg kurang daya penglihatan tu :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak la ooooiii Kak JJ. Tak payah ler nak berhormat bagai. Macam intro surat rasmi pulak. Takpe, geng klcc dah golongan raja-raja. Patik ni hang kebun aje.

    p/s. kasut tak mahai, beli jualan gudang 2 tahun lepaih. lebih murah dari capal crogs tauuu :]

    Ray, hang mau jadi pacer or pelari Stevie Wonder tu?

    ReplyDelete
  4. Kadang2 perasaan desperate pun boleh disalah erti sebagai addicted.... huar huar huar...

    P/s: Borang & yuran keahlian KLCC park bila nak settle haaa? Yuran poco2 kau boleh settle sama King Poco2. Kitorang dah share tanah jajahan...

    ReplyDelete
  5. Pastinya ini bukan desperate, Tuan Nik. Tapi punca-punca nak laju rasanya :]

    p/s. Hari tu kata borang dah habis, so aku decide nak melanun je lari klcc. Kalau korang kejar, aku lari masuk Suria. Keh keh keh

    ReplyDelete
  6. Kalau dah laju tu, lari manamana pun sama, kan :D

    Pembetulan - geng KLCC sekarang ni gossip pace ye... Tanya Izuan JJ kalau tak caya

    ReplyDelete
  7. Pembetulan - kalau dah laju, lari atas pasir pun slow jugak :]

    Gosip PACE?! Ni yang ngeri aku nak cangkuk. Izuan salah sorang AJK KLCC ke? Boleh amik borang kat dia tak?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. seketika tatkala sekilas seretan mata kak pah ke entry demi entry oleh diket menchanak di DM menyatakan beliau kini telah sedorrr diri... kehkeh

    welcome back!

    ReplyDelete
  10. haha sounds like fun .. too bad u guys kat sini i was in port klang but then again i was having a good time joget lambak hihi ..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kak pah! Dah bunyi macam baru keluar pertapaan pulak ye. Gitu lah citernya. Ada event kita workout, takde event kita work-in. Keh keh

    Zack! Apa la sangat dasat aku banding dengan lari tahap dewa kau tuh :]

    Short aje Kak June, boleh la make it sounds like fun. Give me LSD...nanges!

    ReplyDelete
  12. Google+ "+1" (kira mcm FB like) hehe

    ReplyDelete
  13. Puas aku cuba nak memahamkan komen kau Tsar. Hahaha. Thanks brader!

    ReplyDelete
  14. Lama tak lari dgn Tuanku nih. Bila lah agaknya next run ye?

    ReplyDelete
  15. Kuuuu semangat. Korang berdosup-dosup camno lah den yang tuo nak dapek kejar?
    Kalau last weekend before posa boleh la lari samo

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.