Thursday, July 14, 2011

The Upcoming Century

No lah. Bukan aku nak gebang pasal abad akan datang tapi pasal weekend ni aku nak menyusahkan diri dengan aktiviti penyesalan tiada noktah di Ipoh. Yep, dengan cita-cita terlampau aku telah sign up untuk Ipoh Century Ride beberapa bulan lepas. Konon-kononnya event yang hangat & mendapatkan tempat kena berebut, so kena register awal. Padahal last year event ni telah mendapat sambutan boikot yang lebih kurang sama hangat jugak sebab penganjur suka dia je naikkan fee dari RM50 ke RM100. Tapi event laku jugak, dengor citer orang Singapore hantar rombongan tuh.

Apa kan daya, nasik dah jadi cempedak goreng, nangka dah jadi bubur lambuk, la ni aku baru menggeliat sana sini sebab lagi dua hari je nak kayuh & training aku lebih kepada tarian cha-cha merba. Kalut semacam dol!

Ini sepatutnya attempt aku yang kedua. Attempt pertama gagal in 2009 sebab Allah tak izinkan. Sila klik sini untuk citer Hantu Kak Limah Kena Rembat Naik Motor kat MRR2. Last year takde attempt sebab aku tengah meghoyan mengejar sub-4.30 kat KL Marathon. Tahun ni mudah-mudahan...

Kayuh 160km sekitar dari Ipoh ke Kampung Gajah dan ke Manong & balik semula ke Ipoh. Entah ceruk mana aku pun kurang pasti tapi memang Ipoh aku tak terer pun. Setakat jalan pi Nasik Wanggey aku ingat.

Peta Laluan Kayuhan Satu Abad
Dah lama aku tak join road trip. Maybe ni first for 2011. Last roadtrip was to Powerman 2010 dengan geng RBU dengan tema RBU versus Kak Limah Mambang Pintu. I think every roadtrip memang best. So untuk Century Ride ni, aku akan cangkuk dengan roadtrip group kayuh. Walaupun akan miss out beberapa geng kayuh yang tak dapat join atas sebab-sebab uzur, visa kayuh yang hampir luput dan clash dengan event lain, kita hanya mampu dengan apa yang ada dulu buat masa ni.

Walaubagaimanapun (panjangnya word nih!), persiapan tetap kena ada. Bukan untuk menggegarkan Negeri Perak Darul Ridzuan tapi cukup sekadar untuk aku layan "nanges!" atas basikal tatkala sawan menjelma. Hydration paling penting memandangkan cuaca tak keruan la ni. Kena start balun air garam kasar hari ni jugak. Ipoh memang paneh! but hopefully tak ber-jerebu. Segala apa gels aku akan bawak satu karung. Hahaha! Kalau layan limau tambun tepi jalan pun OK jugak kan? Keh keh keh

14 comments:

  1. Thanks Kak June! Ni sure dok mengadap HTC la ni ye? keh keh keh

    ReplyDelete
  2. iPad & htc, jgn jeles hihi .. Tak jadi ke x10 mini??

    ReplyDelete
  3. Mak aih! Dah jadi kak gajet gitu! Berpinau mata den kalau layan. Hahaha. x10 tak jadi la Kak June, just got back my BB :] Thanks!

    ReplyDelete
  4. Pasti dasyat. Jeles tahap nak nanges. Good luck bro and have plenty fun!

    ReplyDelete
  5. Yim, dasyat bagus or dasyat ngeri?! Kalau kau nak nanges, aku boleh kata level guling-guling bro :D

    Thanks. Yep, I need luck & definitely need loads of humor on that day. keh keh keh

    ReplyDelete
  6. bab jerebu tu mmg ada la sket2...tapi la ni dah mula hujan dah la.
    jangan hangpa melecet paha plak kang..kuikui.
    all the best. hidup nasi wanggey!

    ReplyDelete
  7. Hah! Nasib baik ada laporan API dari orang Perak. Terima kasih banyak. Hujan kalu, syukur Alhamdullillah. Tang melecet kalu, sapu minyak sapi banyak sikit. kui kui

    Thanks Julin! Yep, road to wanggey!

    ReplyDelete
  8. Semoga berjaya Tuanku. Selamat pergi berjuang dan selamat kembali dalam satu keping (in one piece). *nangesss...*

    ReplyDelete
  9. Sedih ucapannya haaa...tapi terima kasih la ye. Mana ada tuanku. Kaku ada la...*nanges* :(

    ReplyDelete
  10. Hebat, training utk PD triathlon pun buat 160km ride wooo..... mmg nanges....

    ReplyDelete
  11. Ni bukan training utk PD bro. Ni kes terjebak nama dia...*nangess...* :D

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah selamat berjaya habiskan CR2011, have a good rest & see u at PD!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.