Monday, July 25, 2011

Tri-ed

Sebelum citer dah tak valid, baik aku rekod siap-siap. Dah ler masuk sprint je. Celah gigi je untuk sebilangan kaum yang dah otai in tri. Walaupun badan & mind aku masih belum cukup waras, walaupun dah pow kopi kow pagi ni, aku paksa gak untuk melayan Monday blues. Kepala masih lagi ada sikit "weng" & suara pun sedikit sengau-sengau Peter Pan akibat selsema & batuk.

Kekalutan awan nano aku slowly reda bila aku cuba mengisi masa lapang dengan aktiviti famili. Jumaat malam tu masih lagi pi teman wifey shopping buku kat Alamanda (beli jiwa), & malam tu jugak aku decide untuk join Azmar overnight kat PD so esok pagi tak kelam kabut (konon...read on). Kul 10.30 p.m. baru gerak ke rumah Azmar. Sampai situ, Azmar lambung sikit je "bro, TdF lagi 10 kilo je." Aiyak! Mana boleh lepaskan. Antara stage paling kritikal nak tengok raja-raja bukit bertarung untuk Yellow Jersey. Layan. Kul 12.00 a.m. baru gerak ke PD. Adoiii aiii...untuk first race aku yang belum pernah ada experience, aku dah langgar syarat curfew tido awal.

Sampai PD, lepak banglo boss Puzi. Katil dah tarik aku macam magnet. Tapi macam biasa, depa dok sambung sembang lagi kat kepala katil. 1.30 a.m. baru tidoq! Aku dah layan separuh sedar je.

"Ayahanda marah ke?"
"Eh?! Tak! Tak! Sembang la sampai pagiii....grrrr."

Kul 6.00 a.m. dengan semangat aku terkam bilik air. Siap by 6.15 a.m. dengan planning untuk kuar rumah 6.30 a.m. & body marking 6.45 a.m. Tapi kaum satu rumah semua lepak je belum bangun. Bior betik?! Aku kejut Azmar baru la dia slow-slow masuk bilik air & bertapa hampir 15 minit. Gosok gigi pun bunyi macam basuh baju pakai sabun chap kapak!

Kul 7.00 a.m. baru la semua bangun tapi mata masing-masing masih sepet. Belum jugak depa mandi. Razani rupanya melepak sekali. Dia ni power beb. Antara Malaysian yang first dapat sub-10 hours kat Ironman Langkawi. Even Wong Ah Thiam pun belum pecah rekod tu. Tapi sekarang dia tak berlumba dah, concentrate bisnes barang-barang sukan. Cool guy. Kami sembang macam dah lama kenal.

Syarat kedua yang aku dah langgar untuk pi race ialah, pergi lambat. Apa taknya, si Razani pi bukak pulak dua beg kargo barang-barang sukan yang baru sampai dari oversea! Adoiii aiii. Habih di keluarkan semua kasut Saucony, jaket Salomon Goretex, Nike Livestrong gloves, sandal Teva & helmet full-face superbike pun ada?! Lagi 15 minit kami dok melayan pasar pagi Razani pulak & aku dah mula tak keruan. Naik lebam jugak la aku tampar peha Azmar ajak beredar. Azmar kata, macam ni la better, so tak rasa nervous. Chooyy! Banyak la kau punya rilex!

Kami sampai di Admiral Cove 7.45 a.m. Terjumpa bro ZulH baru sampai gak. Sempat lagi nak lambung suruh aku switch bib dengan dia. Aku amik bib OD dia, dia amik bib Sprint aku. Dengan fakta, aku training, dia tak. Ishk! Suka hang je Zul ek? Aku nak telan ayaq liuq masa tu pun dah susah, hang lagi nak lambung aku noooo? Kami bertukar-tukar good luck & aku hayun langkah ke transition ala-ala kawat tentera.

Sampai di transition, aku disambut oleh Mr Emcee dengan laungan di speaker "Hey! You're late already la. People going to start already you know! They changed the starting line also! Hurry! Hurry! Don't forget to bodymark OK!"

Aiyak! Maka terkedek-kedek la aku berlari gantung basikal & sriaaap aku bukak beg capai goggle & swimming cap. Yang lain semua aku tak sempat nak susun. Lantak ler. Dan terkedek-kedek lah aku berlari untuk bodymarking & pastu ke arah pontoon. Tak ler pulak depa tukar tempat. Cis! Sama je. Tapi muka-muka kelat atas pontoon dah aku nampak. Memang betul pun. Bila dah lambat & kelam kabut, aku tak terfikir pasal nervous. Tapi aku tak jangka...nervous mai later! Adoiii aii...

Kak Pah ada kat pontoon dah, teman member dia first timer jugak. Ada lagi 10 minit nak start at 8.00 a.m. & masa tu terlalu lama untuk aku. Segala apa doa & wirid & salawat aku tabur. Dett pesan kena salawat sikit untuk halau hantu laut. Chooyyy! Aku tak pikiaq dah pasal apa jua jembalang sat lagi. Horn berbunyi tepat 8.00 a.m. dan berduyun-duyun la orang terjun masuk laut. Aku dok cari Azmar yang planning nak teman aku. Aku antara yang last terjun, pontoon dah lengang. Hehe. Dengan gentle aku terjun...
Adegan ngeri Part 2 selepas tri clinic (Pinjam from Steve Yap)
Tapi sekali goggle masuk air daaa...terganggu momentum sikit. Kononnya bercadang nak terjun sejauh yang mungkin dari pontoon tu, so kurang sikit distance nak kena swim. Boleh ke macam tu? Keh keh keh. Nervous yang aku citer tadi tu, mai masa nak mula swim la ni. Alih-alih aku rasa macam tak best. Aku stop swim & ada brader suruh aku chill & float terlentang. Aku buat. Azmar sempat lagi lambung suruh aku backstroke aje all the way. Aiyak! Aku sambung balik tapi swim dekat dengan pontoon bot yang parking.

Dah keluar dari area bot tu, lagi sekali aku terpaksa bergayut kat pelampung tiub tayar kereta yang Uncle Chan gantung kat string. Ada la lebih kurang 200m aku dah swim kot. Terkejut aku bila dengar suara Uncle Chan dari atas pontoon atas kepala aku. Rupanya dia follow swimmers dari tepi. "Are you OK aaa? You see that tube over there? You try swim towards that one. Slowly sure you can." Memang supportive betul la Uncle Chan ni.

Aku sambung lagi tapi aku tak stop kat next pelampung macam yang Uncle Chan suggested sebab ramai swimmers yang breaststroke rapat kat string. Aku takmo kena kung fu depa. Bahaya. Aku balun lane luar & cuma target buoy merah yang besau tu. Kali ni aku cuma fokus kat stroke aku so that every stroke aku reach & pull perfectly. Takmo macam kipas helikopter & menambahkan huru-hara. Setiap stroke aku make sure aku glide sikit & take time untuk pull...dalam erti kata lain, aku amik masa untuk find inner peace. Chewah! Macam bagus! Alhamdullillah it worked for me. Syiok pulak dah dapat layan. Sampai ke buoy merah tanpa masalah. Then belok ke arah pantai. Layan aje. Konfius sikit ada dua pintu gerbang. Nyaris aku swim ke arah yang kuning besar. Rupanya tu starting line untuk OD. Jauh tu beb nak ke sana. Yang sebenarnya, finish line depan aku lagi lebih kurang 400m. Layan. Kak Pah later kata, aku overtook dia & member dia. Dah dapat mojo la kot masa tu. Tapi memang betul, syiok gak. Aku sempat Hi-5 Azmar untuk ucapan terima kasih sebaik habis swim.

Ni je la gambar kenangan. Pic dari Zairin (Om Nom) yang lambung aku selama 3 tahun
Naik ke pantai, aku berlari slow-slow ke arah transition. Lalu kat shower sikit kasi bilas apa yang patut, keringkan kaki, kepala, pakai kasut, helmet & terus sorong basikal. Yahoo! Aku dah selamat berada di atas basikal. Tapi memang aku perasan, basikal kat transition dah tak banyak. Hehe. Kayuhan terasa sedikit pongeh, entah tak tau kenapa? Aku terus telan GU gel at KM1. Sorang-sorang aku overtake. Ramai jugak. Poyo je. Sekali aku terperasan yang aku lupa pakai bib number. Aiyak! Jangan DQ sudah beb. Memang bajet sampai kat KM10 U-turn, aku plan boleh tekan sikit masa balik. Akan tetapi, kat KM10 takde marshal & takde signboard U-turn. Aik? Aku follow je riders depan. Maybe depa tukar cycling route, bagi buat loop kot. Sekali aku nampak first peloton yang terdiri dari pro-pro triatletes. Depa semua berdesup je. Oooo kena patah balik kot. Dah KM14 turun naik bukit ada second peloton jerit suruh aku U-turn. Depa kata kita dah overshot. Aiyak! Depa dok maki hamun apa yang patut. Aik! Sprint pun nak beriya-iya sangat ke? Cepat-cepat aku drop gear, tengok line clear & terus U-turn cangkuk depa. Lega sikit. Dapat gak la drafting dalam peloton depa ni 5km cruising at 45kph rolling. Keh keh keh.

Sampai jugak aku kat transition semula dengan selamat. Alhamdullillah. Kayuhan terlebih jadi 28km instead of 20km. Apa nak buat? Layan aje. Ku sarung adizero ceples & Radar Path & capai GU gel se-paket lagi. Ye la..aku tau Sprint pun nak makan gel? Bukan apa. Beli masa GNC buat sale, expire hujung bulan ni. RM3.20 se-paket. Rugi tak makan ooo... keh keh keh.

Lack of latihan batu-bata membuatkan kaki aku dah berat macam batu granite sebaik keluar ke jalanraya. Baik punya berat macam lori naik Karak Highway. Akibat banyak sangat minum air atas bike, aku terkena side stitch. Terus pantun berbelas rangkap Enaikay bermain di fikiran. Adoiii aiii! Mula la terfikir nak jalan aje tapi no-way, aku berlari-lari anak pun jadik la. Puzi lalu dengan Razani naik basikal. Dia jerit "No jogging is allowed! Please run!" Cis. Nak jugak camdek aku ye? Sampai depan Tanjung Tuan Apartment, nostalgia telah menghantui aku. Aku nampak Doris! Terus kenangan Energizer Night Race 2010 yang kena tapau dengan dia mai semula. Hahaha. Dia dengan kawan-kawan dia. Steady je dia, sambil sembang-sembang. Dia masuk sprint ke OD ni? Nampak macam tak pakai bib. Maybe warmup run untuk OD esok kot. Terus aku tarik muka perit untuk memotong lantas meninggalkan kenangan pahit itu.

Aku telan GU gel kat water station. Kaki masih tak respon sebaiknya. Ada pulak off-road run. Kena lari tepi jalan atas pasir. Mak aih! Layan. Kaki yang dah sememang lembik, jadi lagi lembik bila lari atas pasir. Nasib baik lepas u-turn lari semula atas jalanraya. Part ni baru la kaki ada kick-in sikit. Naik turun bukit lalu depan kuil hindu ada kembang sikit lubang hidung sebab bau-bauan, maka bertambah laju la lagi pace aku. Azmar tunggu aku kat bus stop untuk lari sama-sama. Masuk balik Admiral Cove & terus aku memecut ke arah finish line. Settle. Kowtim. First tri event aku selesai. Lega. Syukur Alhamdullillah.

Thanks to all kawan-kawan yang bagi dorongan & support & lambung tak hengat selama ni. Yang sama-sama mendugong kat pool. Ada yang dah start lambung 3 tahun yang lalu. Ada yang last minute tinggal komen kat last blog post aku. Ada jugak yang sms aku pagi tu jugak, pujuk jangan sampai nanges! Sebaik aku tengok balik phone lepas race tu, banyak message masuk tanya khabar. Terharu aku. Cadel Evans & Andy Schleck pun korang kena gak sms tau...kecik hati depa nanti. Hehe. Thanks guys. Dah umur 40 baru ada rezki cuba tri test water :]

Selepas aku amik bike from transition & berborak-borak kat lobi hotel dengan kawan-kawan yang ada, aku & Azmar pun mula la menapak balik ke kereta. Azmar kata muka aku macam tak puas hati. Dia kata aku macam melopong. Dia tanya, "Tak puas kan? Race pendek sangat." Hehe. Ye la kot. Dah biasa buat benda lebih 3 jam, sekali yang ni macam sakit kejap je. Dah tu? Tak reti nak lambung diri sendiri untuk sign up OD next season? InsyaAllah. Memang meriah sebenarnya event triathlon ni. Tambah lagi dengan konsep Uncle Chan yang organise race ala-ala kampung sikit. Dia bukan kisah orang nak mengelat ke apa. Aku tau dia memang nak encourage orang buat triathlon. Untuk first tri event, PD memang venue terbaek.

Sempat aku sembang dengan couple dari USA masa nak amik bike. Dia tanya aku apa maksud t-shirt Chap Ayam Runners yang aku pakai? Aku cakap it's a Chicken Runners Club yang lari for fun tapi no ciken loop. Hehe. Mr. Sam (bukan Sam Whitwicky ye) masuk tri PD for the fun of it. Dia suka suasana & cuaca. In fact esoknya pun dia masuk OD tapi buat relay, support member ofis dia yang baru nak buat tri. Best kan?

Seminggu pi keje pakai baju sleeveless beb :D
Oh! Hari ni result dah keluar terus. Sprint result pun ada jugak walaupun tak pakai timing chip. Baru la puas hati macam ni kan? Lega hati bila tengok placing beb, takde la corot. Keh keh keh.

Rank : 17/37 (kategori tua)
Total : 1:46:55
Swim : Janji habis (terlalu gembira sampai lupa nak tekan stop masa mendarat)
Bike : 0:56:58
Run : 0:27:28

20 comments:

  1. Tahniah! Tahniah!! Dah ready buat OD tu... :p

    ReplyDelete
  2. syabas thniah story terbaek, thn depan od

    ReplyDelete
  3. Hey! Zeev! Nice of you to drop by man. Thanks! OD? Penglibatan diutamakan. Janji habis boleh la kot. Joms!

    Terima kasih KR! OD sign! :]

    ReplyDelete
  4. 337!!! u're a triathlete! akhirnya tercapai juga impian, medal gantung dalam bilik kak long ke?

    ReplyDelete
  5. Hahaha! Alhamdullillah. Amin. Nombor keramat tu, lepas ni ketagih pulak. Terima kasih ler DC untuk setiap lambung tak hengat & tak habis2. Medal ada kat gate depan rumah :]

    ReplyDelete
  6. see, memang boleh kan? od pun dah ready nie .. congrats .. gives me more teringin nak try hehhe

    ReplyDelete
  7. Syukur Alhamdullillah Kak June. Thank you. Yes, next year if panjang umur, murah rezki kita ramai-ramai buat :]

    ReplyDelete
  8. Tahniah akhirnya DM ditabalkan jd athlit 3 alam - besok lusa boleh claim IronMan pulak :)

    p.s. part nostalgia Doris tu yg x tahan, gelak sampai terkentut aku...he he

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Ray. Pelan-pelan aje. Kau pun boleh tahan berdosup aku tengok timing. Tahniah untuk hang jugak.

    P/s. Jangan gelak sampai macam tu bro, batal wudhu'.

    ReplyDelete
  10. fuiii, rasa cam akademi fantasia plak yek. next lunch kau pakai topi petak 4 segi & gaun hitam tau... nanti aku bagi anugerah diploma triathlon dari universiti uncle chan... hehe.

    congrats bro, alang2 dah terlajak nak dekat 30km atas beskal tu, thn depan kasi cukup la 40km ye...

    ReplyDelete
  11. Wahai Sang Cacing Tanah. Walau nama mu sangat unik, terima kasih la banyak2. Teraso teringin nak try tri ni dah lamo tapi dah masok 4 series baru ado rezeki. Topi petak & gaun hitam takpe, asal jangan usung beg baju sudah. hehe.

    Tahun depan 40km kayuh. Sign!

    ReplyDelete
  12. weh tak yah tunggu OD jom Desaru terus, buat latihan renang lebih sikit je yang lain tu biarkan ianya bergerak sendiri pasti boleh boleh bro... apa-apa pun tahniah sebab dah masuk ke dalam dunia 3 alam.

    Gian kan kan kan ?? ??

    ReplyDelete
  13. Hahaha. Zul, kau part melambung tak abis2 dari tempat parking hari tu ye. Desaru bulan Syawal tu beb. Wa tengah meniaga mercun ooo.

    Thanks Zul. Hmmm...ada sikit2 gak rasa gian, especially part open water tu. Keh keh keh :]

    ReplyDelete
  14. tahniah diket!! dapat jugak kau merasa air laut tu ramai2. Nasib baik hantu laut tak kacau kau..
    apa2 pun..tahniah

    ReplyDelete
  15. uish! mintak simpaaaang ler antu laut tu ijam oiiii...puas aku bersalawat macam det pesan atas pontoon tu :] terima kasih bro! tahun depan ramai rbu nak buat tri. kau punya kuak dada pun aku dengar power oooo...

    ReplyDelete
  16. Utk Desaru nanti akan ku cipta pantun khas utk kau yg bertajuk "Podium finisher"
    Kau hafal lah betul2 nanti ye... mana lah tau kot2 mujarab...

    Apa2pun.. syabas my friend.
    Nanti bila kau nak train utk swim lagi, let me know... boleh aku tolong geletek kaki lagi bagi keluar enjin turbo kau.

    ReplyDelete
  17. Untuk desaru, kau bagi pantun raya udah ler bro. Jangan lupa lampu lip-lap sekali ye.

    Terima kasih Nik! Lepas Syah abis exam kita terjun lagi bro. Masa tu kita lawan saper tahan geletek & sepak terajang :]

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, berkat doa zikir dan wirid masa kat pontoon tu membuahkan hasil terbaek bai! Tahniah! Apa2 pun experience tgk org buat tri memang megujakan, apatah lagik org yg buat tu kan, tu yg sampai level gian tu hehehe

    -Ziff-

    (aku heran pasai apa aku x leh komen dari profile aku?)

    ReplyDelete
  19. Amin. Thanks Ziff Hensem. Next tri event, hang tambah 2 disiplin lagi ye. Bike dah kautim.

    p/s. Masa sign in, pls un-click button "stay signed in".

    ReplyDelete
  20. aku sokong kata2 Zul...Desaru terus..renang lebih sikit jer lagi ..kawtim..anyway congratss boss...terbaek ahhh...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.