Monday, July 18, 2011

Ipoh Century Ride 2011

Ipoh...terbaek
Tu dia aih! Satu abad punya kayuhan. Ni kira macam buat marathon la tapi nothing close to the impact & sufferfest of that gruesome 42.195km. Marathon lagi *nanges*. Hehe. In terms of saddle time lebih kurang sama (4-6 hours), calories burnt avg 5000 (lebih banyak) tapi marathon lagi truk.

Roadtrip dengan kawan-kawan ke Ipoh, excited la jugak sebab dah lama tak berkonvoi & merapu dengan geng basikal ni. Dulu-dulu rajin, sekarang dah kena adjust sikit mana-mana yang patut. Carpool dengan kereta Azmar & Zakuan. Senang, semua campak atas roof & hit the road by 12.00 p.m. Tapi pagi tu tak terlepas dari tugasan domestik i.e. anto Kak Long attend klinik UPSR & lepas tu attend mesyuarat AJK Sukaneka Umar. Semangat betul parents ni berhujah bagai, dalam meeting tu. Aku pulak...semangat bedal pulut panggang atas meja. Keh keh  keh.

Cuaca sepanjang jalan sangat terbaek. Sampai Ipoh pun masih terbaek cuma Ipoh masih tetap panas perit seperti biasa...maybe faktor geologi nih (macam bagus jer). Collect goodies & check in hotel room. Tower Regency Ipoh. Terbaek hotel ni. Baru agaknya. Studio Apartment RM160 memang boleh kenduri satu family. Dua family pun boleh kot. Macam biasa, sekita goodies collection banyak ler booth buat jualan. Bahaya. Duit plastik gari siap-siap tuh.

Tower Regency Ipoh. Gayat beb...
Ada la dekat 1000 participants kali ni. Depa berjaya attract Singaporeans yang mai 2 bas, Thais 2 van & dengar citer ada jugak cyclists from Philiphine! Dahsyat! Hotel memang macam cycle fest dah.

Minum petang depa ajak pi Nasi Wanggey. Bahaya lagi. Masing-masing muka kelat je nak order nasi berempah kas-kas itu. Sat lagi esok kayuh ke tandas je ler. Play safe mode, order roti naan je & maggi goreng. Hehe. Malam setting bike, attached race number, timing chip, lubing, pam tayar & buh ayaq siap-siap dalam botol. Lepas dinner kat Dataran Ipoh aku dok layan mata tengok TV sampai kul 12 sebab mata takmo lelap. Azmar & Ibrahim dah kejung awal.

7.00 a.m. the next morning kami cycle je ke starting line Dataran Ipoh sebab dekat sangat. Tapi tak sempat nak feel suspense sebab 2-3 minit aje terus berlepas. Berdosup-dosup semua. Haih! Apa ni? Since kami takde plan nak kayuh sama or form any kind of peloton, aku decided to stick to my plan...easy ride, stress free & enjoy the race. Simpan kaki sikit & takut recovery lambat. Maklum la faktor usia (konon). Aku tak cangkuk mana-mana bunch, just kayuh dengan Hailmi CAR cangkuk belakang. Ramai betul photographer tepi jalan & dalam kereta yang amik gambau. Dah teraso macam dalam Tour de France beb... terpaksa buat muka macam Philip Gilbert (perasan).

Ipoh punya jalan ni memang terbaek sangat untuk event cycling. Mostly flat, lapang lebar & straight as an arrow. Sedap aje cruising pagi-pagi ni. Sekali sekala jeling meter 35-36kph senyum je. Maklum la kaki masih fresh & cuaca sejuk tanpa angin taufan. Siap ler kejap lagi...keh keh keh.

Aku main layan je follow cyclists tanpa tau kat ceruk mana aku berada. Ada la nampak Kelly's Castle, bukit bukau, ex-mining pools, hutan, signboard Parit dan macam-macam lagi. Aku melompat dari satu small peloton ke satu yang lain. Ada masa jugak yang aku buat kerja amal tarik peloton tanpa aku sedar. Bila jeling ke belakang ramai pulak yang dok diam mencangkuk. Hahaha.

Lepas Universiti Petronas, first WS. Top up air mana yang patut. Strategi untuk hydrate every 10 minutes & GU gels every 45 minutes. Strategi hanya semata-mata untuk elak *nanges* atas bike.

Dah puas jalan lebor besor, kami masuk jalan kampung pulak. Banyak betul kampung area Parit ni. Seronok aku tengok. Masa raya mesti meriah. Bila lagi aku nak sampai sini kalau bukan sebab kayuh basikal kan? Ada part lalu sepanjang Sungai Perak. Memang lawo beb. Antara kampung yang familiar aku pernah dengor is Kampung Chopin Kanan. Hehe. Sempoi je nama. Orang kata ni la Copenhagen kalau nama omputih. Kat sini baru lah aku terjumpa geng. KM100. Fuh! Lega beb. Hampir tahap bosan kuaci jugak la kayuh tanpa kenalan. Sebelum tu ada jugak aku dok dalam peloton team F2P Singapore. Lega banyak beb. Terasa macam drive kat highway, pastu singgah masuk R&R. Rilex banyak banding dengan kayuh sorang.

Lias, Pi'e & member depa Rahim. Rahim dah terkena sawan cramp punggung & kaki. Muka dah kelat je. Powergel dah 2-3 kampit bedal kata depa. Aku macam biasa, jadi tabib bidan terjun lalu menghulurkan ORS tablet Nathan (ubat mujarab). Aku decided untuk teman otai-otai ni sambil menikmati pemandangan kampung yang segar bugar. Beberapa km di depan, kami suggested Rahim naik support car terus. Takde makna kalau nak carry on sebab distance masih jauh.

Sumbat rider & bike dalam kereta, kami bertiga sambung semula kayuh. Sebaik meninggalkan pekan Parit, perjalanan kami penuh dengan cabaran sinaran mentari terik & angin. Stretch ni 30km dari Parit ke Kampung Tekkah lalu Jalan Gopeng. Tu dia aih! Straight & exposed. Tukau-tukau buat keje kat depan. Speed macam yo-yo turun naik berubah bila ada incline & ada angin. Kuat betul angin. Lutut pun dah sikit-sikit masuk angin. Ada satu part, Pi'e pun dah macam yo-yo. Kejap rapat ikut & banyak tinggal jauh kat belakang. Aku suggest kat Lias untuk pit-stop. Sekilas nampak makcik tengah goreng pisang tengahari buta ni memang blessing betul. Terus corner & buat macam rumah sendiri. Eh?! Ramai pulak cyclist yang singgah follow jejak kami. Hahaha. Ada dekat 20 orang kat gerai makcik tu. Huru hara kejap la makcik gerai alih-alih kena serbu.

Hari ni makcik boleh close shop awal
Tembikai, air cincau & in fact ais yang makcik tu guna untuk sejukkan tembikai pun kena sakau. 5 minit je kami start kayuh semula, sebelum makcik tu hidang nasi berlauk. Maka bermula kembali pertarungan menentang angin. Bergoncang basikal kena sapu dek angin masa kat Batu Gajah/Jalan Gopeng. Speed maintain 32 je, sekali-sekala toleh belakang check otai-otai ni. Depa maintain. KM130 Pi'e dah slow sangat. Cramp peha kanan. ORS Nathan buh dalam mulut. Dia kagum dengan keberkesanannya. Kat Kg Tekkah kami dimandikan oleh abang Bomba. Nikmat beb.

The rest of the distance kami kayuh balik masuk town Ipoh lebih kurang 20km lagi. Traffik dah mula meriah & panas town Ipoh pun dah mula menyengat. Alhamdullillah kami bertiga selamat sampai & Lias & Pi'e tak habis-habis ucap terima kasih. Padahal aku pun bersyukur jumpa depa. Hehe. Timing chip time 6 jam 8 minit! Mak aiiii....hampir satu abad kayuh. Hahaha. Saddle time 5 jam 33 minit. Yang penting selamat, sebab ada jugak aku dengar 2-3 cyclists yang crash. Ngeri...

Nak buat lagi tahun depan? Perhaps. Maybe boleh try untuk improve timing sikit.

Bertambah koleksi besi keping
Satu gambar unit beruniform

Satu gambor kelas Tahun 1 Cerdik
Azmar, Ibrahim and me. Semua kayuh tak jumpa...
With RM100, this could be better kot
Kalau pro, ada orang pasangkan race number beb
Post race meal. Nasik Vanggey tutup awal pulak. Ni char kuew teow Taman Razaki


16 comments:

  1. Interesting, maybe i should try this in the future...
    Err. not the cycling... but the char kuey teow.

    And good luck at PD bro!

    P/s: Terkilan jgk ni sbb tak dapat nak saksikan upacara naik takhta duathlete jadi triathlete...
    Make sure report PD panjang lebar ok...

    ReplyDelete
  2. waaa kat PD nanti saya nak cangkok abng power lah... 40km nanti kacang je tu.

    ReplyDelete
  3. confirm kayuh PD ada orang komplen kayuh tak puas, jeng jeng jeng. nantikan entry yang seterusnya

    pesal azmar sorang je relax tak pakai rim bibir tebal? kehkeh. pasaipa depa main stage sampai ada yang crash, huihhh mintak simpang. well done on your finishing!!!

    ReplyDelete
  4. Tahniah kembali untuk Ray sebab podium komentar!

    Thanks Nik. Harap-harap semua berjalan lancar & dipermudahkan. Nak tarik diri boleh tak? Keh keh keh

    Alamak Zul. Silap tarikh la. Kita tak dapat bersua sebab aku terjun Sabtu, jarak geli-geli je untuk kau. Lagi pun kalau nak cangkok, kena cari champion Century Ride, bukan slow macam aku :]

    Mekasih kak pah.
    Apa daaa banyak sangat "pasaipa?"

    ReplyDelete
  5. tahniah diket, kau memang power dalam pembikinan.
    Gudlak kat PD nanti...(aku masih ingat cita kau kat open water swim tu...huhu...takot!!)

    ReplyDelete
  6. Mula-mula nak tanya jugak kenal tak si polan atau si polan kenalan kami yang jugak masuk Century ride, tapi bila dah baca ada 1000 lebih peserta, kami tarik balik la niat tu..heh heh.
    Wahhh..terbaik! Laporan kayuhan yang bes dan memeriangkan. Cuma nak tanya sket, susu merigold tu dapat sekali ngan medal ke gimik je tu?

    ReplyDelete
  7. Mekasih Ijam. Tak power pun, gebang aje lebey. Aduhai...alih-alih semua citer PD kat sini paseipa? Ni tak terkucil balik nih...!

    Terima kasih la JJ. Pelan-pelan kayuh boleh la buh laporan meriah + riang = meriang...? Si polan tu saya tak kenal sangat, tapi kalau seelan paul saya kenal...ex-collegemate kami tu :]

    Jawapan: Susu marigold beli kat 7E belakang Dataran Ipoh. Mak kata sebelum tido kena minum supaya besor macam lembu.

    ReplyDelete
  8. Tahniah DM! Meletop tu. Ada perati tak muka makcik goreng pisang tu, entah2 Kak June bukak kedai runcit! LOL. Good luck jugak PD tri, jgn nanges byk sgt sbb sprint kejap je dah abis, tak sempat kering ayor mata nanti. Heheh

    ReplyDelete
  9. Mekasih Deo Cheetah. Aku pasti bukan Kak June sebab takde ferrari merah parking depan kedai. Hehe. And thanks for the wish. Nanges dalam air bro, memang ayor mata masin ler...

    ReplyDelete
  10. memang terror lah diket :) and now triathlete in the making :) good luck for pd !

    ReplyDelete
  11. Tak terer mana pun Kak June. Ramai lagi yang lebih hebat. Saya pelan2 kayuh boleh (low profile pulak...keh keh keh). Thanks Kak June! I still remember you said last year we must do PD tahun ni kan?

    ReplyDelete
  12. Kuey teow tu nampak mengancam sangat tu bro... sesuai time tengok lTdF! Anyway, tahniah DM memang menchanak!

    ReplyDelete
  13. Kau mmg banyak pahala hari tu bai. Khidmat tarikan amal tak perasan mmg terbaek! Apa2 pun congrats nro!

    ReplyDelete
  14. Zack, kena selak udang baru nampak kuew teow daaa. Tapi pada aku kurang menyengat tapi layan aje. Thanks brader :]

    Ziff! Lama betui kau menyepi! Secret training kat secret recipe la ni. Hahaha. Thanks bro. Setakat yang termampu je, nak berlumba den tak larat :D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.