Friday, August 26, 2011

Posa dah nak abih, rayo dah dokek

Ramadhan hampir over. Malam ni dah masuk Ramadhan ke-27 dan masih ada peluang untuk kita memburu malam yang paling agung. Sekojap sangat raso Ramadhan kali ni berlalu. Malam tadi kat surau dah pun berlangsung khatam al-Quran. Maka berkumandang lah bacaan surah-surah area kampung aku. Masa layan tazkirah pasal gerakan wahabi & qadyani, alih-alih Kaklong panggil ajak balik. Ngantuk katanya. Penat ler tu.

Sayu rasa hati bila tengok ramai teman se-saf dah mula hilang. Maybe dah pulang ke kampung, maklum la kalau yang jauh tu dah kena buat persiapan. Paling koman seminggu kat kampung, baru berbaloi balik jauh-jauh. Sayu jugak hati ni mengenangkan Ramadhan akan pergi sebab tahun ni agak berlainan sikit rasanya. Ada significant sikit berbanding tahun-tahun dulu.

Takpe, yang pergi akan kembali lagi jika dengan izin Allah s.w.t., next Ramadhan kita akan bertarung lagi. Yang bakal menjelang will be 1-Syawal 1432H. Hari kita akan menyambut kejayaan membendung nafsu selama sebulan. Yang layak aje la kot. Hehe. Talking about layak, aku kena reward my kids sebab depa perform dengan cemerlang masa Ramadhan. Semangat waja, siang posa malam tarawih. Almost throughout Ramadhan. Syukur Alhamdullillah.

OK. Perhaps hari ni last aku dok depan pc sebelum seminggu hilang. Streamyx & Astro tarak kat rumah, belum settle lepas pindah the other day. Lepas ni maybe unifi teruih...whooosh! Nak menaip kat bb boleh krem jari. Aku balik Johor, rindu ketupat ibu makan dengan kari ayam. Pergh!

Dengan kesempatan yang ada ni, aku mohon ampun & maaf di atas apa jua pertuturan, penulisan, perbualan & senda gurau yang selama ni agak kureng sikit. Ampun kan ye, kot umuq tak panjang, letih aku kat akhirat nanti. Yang part makan & minum pun, if nak halalkan pun baguih, if not boleh contact aku untuk kasi settle berapa duit. Semoga di Aidilfitri kita semua mendapat keberkatan & keredhaan & dilindungi di mana jua kita berada. The real deal will be lepas grad akademi Ramadhan ni & bermulanya pada hari raya nanti. Semoga kita dikurniakan kekuatan untuk terus ber-istiqamah...maintain.
Maaf Zahir & Batin
Jemput mai ziarah ke rumah aku :]

Monday, August 22, 2011

Phase 3

Tu la dia...dah masuk Phase 3 Ramadhan. Fasa kita berdoa semoga dijauhkan dari bahana api neraka. Phase 1 and 2 dah settle, fasa mendapat kerahmatan dan keampunan. Dapat ke tidak, hanya Allah s.w.t. aje yang tau. Itu pun kalau kita memohon...kot kalau kita buat derk je macam Kak Limah, no application macam mana mau grant approval ye tak?

Dah 22 Ramadhan & aku rasakan masa berlalu tersangat pantas. Berdesup macam lari 5K road race. Apa yang pastinya, aku bersyukur Allah s.w.t. telah mengurniakan kekuatan untuk aku meneruskan amal ibadah mengejar ganjaran sempena sale carnival. Suasana kemeriahan dalam mengimarahkan surau kami masih tetap maintain. Alhamdullillah. Aku kagum dengan attendance walaupun kononnya ustadz-ustadz yang mai bagi tazkirah habaq tempat lain jemaah dah bz mengejar malam lailatulkamdar. Keh keh keh.

Kalau dah tiap-tiap hari kami berjumpa & berjemaah bersama followed dengan moreh, memang silaturrahim kami amat aku hargai. Seronok. Kak Long & Amir pun sama-sama enjoy. And Alhamdullillah attendance diorang ni pun excellent jugak. Walaupun balik sekolah depa dah melepek terbongkang sebab penat, tapi lepas iftar masing-masing semangat bersiap nak ke surau. Apa taknya, geng bas sekolah ramai.

Misi pemboikotan Pasar Ramadhan jugak berlangsung agak cantek. Cuma sekali dua je kami terpaksa pi sebab master chef kami di rumah kadang-kadang penat balik keje nak bersilat kat dapur. Hari-hari yang lain, kami bersyukur cukup sekadar satu or dua lauk aje, janji kenyang & ada kederat nak ke surau. Tak surprise berat badan aku menurun & seperti biasa lumrah manusia ada jugak yang menegur. Bulan puasa beb, bila berpuasa mesti lah secara fizikal pun ada effect. Kot badan makin gemuk pun kena tegur jugak...naik perut, kau tak posa ke? Hampeh.

Riadah sukan. Ooops...memang maintain level riadah aje tanpa sebarang training whatsoever. Cuma sekali aje pi kayuh malam dengan geng, lepas tu aku tak bother langsung nak fikir pasal berlari or kayuh. Itu semua boleh bikin lepas raya nanti. Banyak masa lagi. Yang penting training Ramadhan ni untuk istiqamah lepas raya jugak.

Malam tadi Ustadz Yusri Abd Zakaria, antara ustadz paling sempoi yang mai bagi tazkirah kat surau kampung kami. Kejap-kejap "bro...macam mana?". Hehehe. Lawak dia ni. Tapi penerapan ilmu tetap significant untuk kami semua. Dia gebang pasal Bersih 2.0. No lah, bukan bersih pilihanraya tu tapi bersih kita diri sendiri. Ada 7 perkara yang kita kena bersihkan tapi ustadz hanya mampu cover 3 aje sebab kekurangan masa.

1. Bersihkan niat kita supaya segala amalan & ibadah kita penuh dengan keikhlasan. Memang agak sukar tapi itulah moralnya yang kita perlu buat untuk mendapat rahmat Allah s.w.t. sekaligus menjadi orang yang bertaqwa. Segala amal ibadah bukan semata-mata hanya lafaz di mulut tapi biarlah lafaz di hati. Itu lebih mendapat keredhaanNya. Itu yang mendapat ganjaranNya. Ustadz pesan, zikir asma al-husna yang hari-hari kami lafazkan setiap lepas Isya' tu, biarlah ungkapkan dengan hati. Biar rasa gementar hati ini setiap kali nama-nama Allah itu disebut. Agar hati kita terasa akan kewujudanNya. Nabi pernah berpesan, di akhir-akhir zaman ni, ramai yang beriman tapi tidak berilmu & ramai yang berilmu tapi fasiq. Bahaya. Semoga kita tak tergolong dalam golongan ini.

2.  Bersihkan harta kita dengan zakat. Jangan sampai Allah hidupkan kita kembali dengan mata  yang buta kerana di dunia kita boleh berbelanja untuk kemewahan dunia tapi tidak mengeluarkan zakat. Amount yang paling kecik RM7.00 untuk rate Selangor, kalau dibandingkan dengan basikal & wheelset karben, kasut lari beratus-ratus dsbnya. Uish. Takut beb. Kalau sedekah jariah Allah akan balas dengan 10 kali ganjaran, bulan Ramadhan, balasan 700 kali tuh! Ni bukan dividen akhir tahun baru nak declare tapi Allah bagi teruih time tu jugak. Kalau tatkala kita dalam kesempitan, masa tu jugak kita bersedekah, Allah maha penyayang akan berlipat kali ganda rezeki dariNya.

3. Yang last ustadz sempat cover is bersihkan dosa kita dengan taubat. Bulan Ramadhan adalah masa paling elok kita bertaubat. Bangun lah tengah-tengah malam dalam kita melawan nafsu tidur untuk bertaubat. Lafazkan "astaghfirullahala'zim allazilaillahailla hualhaiyulqayyum wa'atubuillaih". Lafazkan dengan hati. Lafazkan dengan ikhlas...sehingga bercucuran air mata kita menyesali dosa-dosa kita. Setiap titik air mata itu akan menjanjikan nikmat syurga olehNya.

Sori beb, yang kurang itu dari aku, yang terbaek itu dari Allah s.w.t. :]

Friday, August 19, 2011

Kalau lah...

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, “Seandainya manusia mengetahui pahala azan dan shaf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan undian, niscaya mereka melakukan undian itu. Seandainya mereka mengetahui pahala bersegera pergi menunaikan shalat, niscaya mereka berlomba-lomba kepadanya. Dan, seandainya mereka mengetahui pahala jamaah shalat isya dan subuh, niscaya mereka mendatanginya meskipun dengan merangkak.”

Itu antara petikan dari tazkirah malam tadi yang ustadz kongsi. Nama ustadz pun aku tak tau sebab aku tersampai lewat sikit masa depa announce nama dia. Tapi yang pasti ustadz ni suara dia hebat. Bacaan ayat-ayat al-Quran masa meng-imamkan tarawih lepas tazkirah memang syahdu. Kalau imam kat Mekah sure tangkap meleleh air mata. Ustadz ni bercerita pasal azan actually & amik hadith ni sebagai rujukan.

Nabi pernah menceritakan kepada sahabat yang dia bermimpi mendengar bunyi terompah Bilal berjalan di syurga padahal Bilal bin Rabah masih hidup. Sahabat dengar je cerita tu terus diserbu rumah Bilal & citer pasal mimpi Nabi pada Bilal & bertanya apa rahsia Bilal sehingga mendapat keistimewaan begitu sekali. Bilal pun tak sure, tapi dia agak-agak mungkin solat sunat wudhu' yang dilakukannya kot. Begitu lah low profile and ikhlasnya Bilal ni sehinggakan solat sunat wudhu' yang paling sempoi tu pun dia tak tinggalkan. Sentuh sikit pasal Bilal ni, kehebatan dia ber-azan, sehinggakan seluruh malaikat di dunia langit pun boleh dengar beb. Disebabkan keikhlasan hati dia melafazkan azan tu. Itu yang aku pernah dengar kisah dia la.

Al-kisah satu citer dari ustadz Hadi Talha dua malam sebelum. Seorang sahabat Nabi telah selamat dikebumikan & Nabi pergi ke rumah sahabat tu & berjumpa isteri untuk bertanya sekiranya ada apa-apa pesanan dari sahabat. Isteri bercerita sahabat ada berkata ketika dia sedang nazak, "kalau lah perjalanan masih jauh...kalau lah ada baju baru..."  (ada lagi satu tapi aku tak boleh recall). Isteri sahabat kurang faham apa maksud kata-kata sahabat ketika nazak tu. 

So Rasullullah s.a.w. pun menjelaskan. Orang sedang nazak ni boleh nampak pahala & dosa yang sedang menantinya selepas dia mati. Jadi untuk kes sahabat ni, dia pernah memimpin seorang yang buta berjalan ke masjid. Dia nampak pahala yang diberikan kepadanya untuk kerja baik tu tapi dia menyesal sebab kalau lah...dia pimpin orang buta tu lebih jauh lagi, pahala yang dia dapat tersangat-sangat jauh lebih hebat.

Pesanan ke-2 : Sahabat pernah membantu seorang yang susah dalam kesejukan dengan memberinya pakai baju tebal yang lama & dia memakai baju tebal yang baru. Sahabat ni nampak pahala yang diperolehinya ketika dia nazak tapi dia menyesal sebab kalau lah...dia bagi orang tu pakai baju tebal yang baru tu, dia boleh nampak ganjaran pahala yang lebih hebat dia boleh dapat.

Hadith & citer ni dah cukup clear bagitau kita pasal kehebatan pahala untuk perkara-perkara tersebut. Apa yang kita ni...especially aku, selalu lupa & melihat hanya dengan mata dunia bukan dengan mati hati yang ikhlas. Kalau lah...kita buat sesuatu dengan penuh keiklhasan, kompom ler straight naik ke atas langit & mendapat rahmat & pahala dariNya.

Apa yang aku blog ni ala-ala sempoi & kurang include-kan asal-usul hadith or cerita zaman Nabi secara detail tu sebab ianya aku dapat dalam hanya 30 minit tazkirah (definasi : peringatan) pun secara rilek-rilek. Sorry beb.

Monday, August 15, 2011

Kebaikan dan kemungkaran

Malam ni Ustadz Kamaruzaman dari Ganu. Pekat betul loghat dia, tu yang menambah perisa pada tazkirah malam Senin. Syok layan hampir 45 minutes selepas Isya' sebelum tarawih.

Berkembangnya Islam dari tanah suci Mekah ke setiap pelusuk dunia adalah hasil dari perjuangan sahabat Rasullullah s.a.w. dalam menyebarkan agama Allah s.w.t.  Perjuangan sahabat adalah berteraskan kebaikan Islam & mencegah kemungkaran Allah s.w.t. Dengan berbekalkan keyakinan pada Allah & sifat zuhud, para sahabat telah berjaya. Zuhud antara sifat yang meletakkan keduniaan hanya sekadar di tangan & tidak di hati dan agama pendorong kehidupan. Selepas hampir 11 tahun 6 bulan baru lah Rasullullah s.a.w. berhijrah dari Mekah dan dalam masa 11 tahun itu, Rasullullah s.a.w. telah menghabiskan masa tersebut untuk polish jiwa para sahabat dengan sifat zuhud. Lama beb Rasullullah s.a.w.nak settlekan. Polish dengan input solat & al-Quran selama 11 tahun! Tu je keje dia hari-hari selama 11 tahun.

Hence, dalam perjuangan tersebut, Rasullullah s.a.w. pernah berpesan dalam hadithnya bahawa sahabat akan bertemu dengan 3 fenomena:

1.  Orang yang kedekut dengan tenaganya, dengan hartanya dan dengan masanya untuk ke jalan Allah s.w.t.  Malah lebih teruk dari itu, dia menghasut orang supaya menjauhi Islam. Contoh orang sebegini ialah orang yang ada kuasa & kekayaan, yang sangat mudah mempengaruhi jiwa yang lemah.

2.  Orang yang berqiblatkan dunia sebagai perjuangan hidupnya. Setiap yang dilakukan adalah kerana dunia sehingga menyebabkan dunia masuk ke dalam hatinya.

3.  Orang yang dicengkam dunia. Dunia mengawal dia. Segalanya dunia. Langsung tidak memikirkan tentang akhirat & agama. Subhanallah.

Dua contoh sahabat Nabi yang bertentangan:

Pertama: Seorang sahabat tidak pernah tinggal solat berjemaah berdiri di belakang Nabi pada setiap waktu Nabi menjadi imam. Tapi sejurus Nabi memberi salam, sahabat ni akan terus bangun menuju ke pasar untuk berniaga sambil berzikir dalam perjalanan. Dia berusaha untuk menjalani kehidupan dunia sebaik mungkin dia menunaikan kewajipan akhirat.

Kedua : Seorang sahabat yang lain dari selesai solat Subuh di masjid bersama Nabi, dia akan terus duduk di dalam masjid untuk bersolat sunat & membaca al-Quran sehingga Nabi jumpa dia semula untuk solat Zohor. Nabi menegur sahabat tersebut, "Hari ini, kau lebih hina dari isteri mu yang berada di pasar menjual roti".

Dalam hadith yang sama jugak, Rasullullah s.a.w. juga berpesan demi mengejar kebaikan dan menghindar kemungkaran, beberapa tips telah diriwayatkan untuk kita:

1.  Hadiri lah majlis ilmu sebanyak or sekerap mungkin kerana majlis ilmu sahaja lah yang boleh membersihkan jiwa dari kekotoran dunia. Ustadz amik contoh kenduri kahwin kalau kat Tganu, selalunya kawah kenduri tu akan di rezabkan untuk pengantin cuci esok paginya. So apa yang orang akan buat is biorkan kawah-kawah tu di bawah laluan air bukit (air free dari bukit tak payah bayor). By the time esok pagi pengantin nak cuci, kawah dah bersih sebab air yang mengalir dah cuci kerak-kerak.  Gitu ler jiwa or hati kita ni if selalu attend majlis agama, insyaAllah ler kita cerdik beragama & tak berlandaskan ikut-ikutan semata-mata. Lebih elok lagi, bab-bab dunia ni kita akan slow down sikit excited...ye dok?

2.  Selalu lah ziarah orang mati kerana itu sahaja yang mengingatkan kita tentang mati kerana mati itu adalah titik permulaan perjalanan atau pintu gerbang ke alam akhirat.

3.  Selalu lah menziarah orang yang sedang nazak. Memang susah sikit nak jumpa sebab selalunya dah mati baru kita terima perkhabaran. Tapi ustadz ada sebut pasal satu kitab yang menceritakan tentang saat-saat kewafatan Rasullullah s.a.w. yang memang sangat digalakkan kita membacanya. Ustadz ada share trailer dia sikit dalam tazkirah. Masing-masing melopong dengar citer ustadz. Kalah ler Harry Potter. Kalau kita dapat or pernah membaca kitab or kisah ni, boleh ler share link or nama kitab tu. Aku tak dapat tangkap nama kitab tu sebab faham-faham jer ler...complicated nama bahasa Arab tu. Hehe.

Sunday, August 14, 2011

Statistik

Ustadz Wan Ali, sangat bijak dengan berbagai-bagai pendapat & hadith serta ayat-ayat al-Quran yang diperbincangkan. Aku kena makan banyak lagi kismis minda untuk memories sedutan hadith-hadith & ayat-ayat al-Quran yang ustdaz sebutkan malam tadi. Mau sepinggan kismis minda kena bedal kot.

Statistik akhir zaman yang Rasullullah pernah bersabda dalam hadithnya : Daripada almost 7 billion manusia di atas muka bumi ini, hanya lebih kurang 1.4 billion adalah Muslim. Daripada 1.4 billion yang mengaku Islam, hanya berapa yang je beriman. Yang lain hanya sekadar Islam sebagai nama.

Dari jumlah yang beriman tu, berapa ramai aje yang berilmu, yang lain jahil. Tau ilmu agama & faham, bukan sekadar ikut-ikutan.

Dari yang berilmu itu, berapa ramai aje yang beramal dan berpesan-pesan. yang lain hanya sekadar berilmu tapi tidak menyampaikan.

Dari yang beramal itu, berapa ramai aje yang ikhlas. Yang lain berbuat baik mengharapkan balasan dunia tanpa keikhlasan. berkira tentang amalan-amalan yang telah dibuat.

Dari jumlah umat yang ikhlas tu, berapa ramai je yang betul-betul istiqamah. Part istiqamah ni part yang paling tough. Dengan dugaan keduniaan, dugaan kemanusiaan, nak maintain istiqamah memang memerlukan jiwa yang betul-betul bertaqwa.

Salam :]



Sunday, August 7, 2011

Keji dan keraguan

Penerimaan aku pada statement "weekend lebih sibuk dari weekdays" memang betul sangat, walaupun dalam bulan Ramadhan. Schedule dah siap-siap disusun menjelang weekend dengan beberapa projek kecik. Kalau tak implement, weekdays dah tentu cair.

Bermula dari Jumaat malam, wakil qariah surau dah sound awal-awal, since weekend eve, it's a Friday Night Life! Chewah! Mari kita rolling buat 20 rakaat! Woohoo! Ustadz Zulkarnain, yang bertugas di Parlimen berkongsi beberapa ilmu tentang perjara-perkara keji dalam Islam.

Banyak actually benda-benda keji ni tapi ustadz hanya straight kepada ibu kepada segalanya iaitu arak. Dia share satu cerita dari zaman Nabi dulu pernah seorang pemuda yang dikatakan beriman, telah diperdaya oleh seorang perempuan untuk masuk ke rumahnya lantas dikunci pintu & diberi 3 pilihan. Sama ada lelaki itu akan membunuh seorang bayi di dalam rumah tersebut, atau berzina dengan perempuan itu atau minum segelas arak. Jika tidak dilakukan salah satu ugutan tersebut, perempuan itu akan menjerit & memberitahu orang sekeliling bahawa lelaki itu telah menceroboh rumahnya untuk meng-apakan dia.

Dengan perasaan terdesak, dan tidak sampai hati & atas dasar keperimanusiaan, lelaki tersebut tidak membunuh bayi & berzina tapi telah meminum segelas arak itu. Apa yang berlaku selepas itu, hasil dari arak telah menyebabkan lelaki tersebut melakukan dua perkara yang sebelumnya dia tak nak. Power kan arak punya effect? Sebab tu lah Allah s.w.t. kata HARAM!

40 hari solat kita tak diterima Allah beb. Lama tu. Lebih dari sebulan! Kata lah ajal kita sampai dalam masa tu, adoiii aiii...mati dalam dosa besar beb. Semoga Allah s.w.t. jauhkan kita dari benda tu semua.

Bancian pejabat ustadz tu mendapati negara kita rank No.10 dalam dunia sebagai pengguna arak. No.10 beb, bukan No. 40 ke or 100 ke banding dengan ranking sukan bola or kekayaan. No.10!!! Gilos! Dengan perbelanjaan sebanyak RM1.75 billion setahun. Kalau dibuatnya benda lebih berpekdah dengan amount tu, dah lama kita tak payah tanggung kenaikan harga minyak, tarif elektrik dsb. Dan lebih men-terkezut-kan aku...bangsa Melayu contribute 30% daripada quota tu. 60% chinese & remaining indians. Mudah-mudahan kita ni ada kekuatan untuk mengubah benda ni semua. Amin.

Come Sabtu, projek men-settle-kan rumah aku nak or tak nak kena proceed. Pepagi dah mula & bawak ke petang. Settled most of it. Alhamdullillah. Simpan sikit lagi untuk Ahad pulak. Petang ziarah & berbuka posa di in-laws. Maka berlonggok lah kami seperti Ramadhan yang dulu setiap Sabtu & berduyun-duyun layan tarawih di Masjid Kampung Pandan.

Ustadz Malik Nasir...or was it Nasir Malik? Hehe. Baru pulang dari Yemen sebab huru-hara kat sana. Mula-mula kami terus kena balun dengan ustadz. Berkerut sikit dahi aku. Apa ke hal? Rupanya ustadz bising orang complain pasal majlis tazkirah yang dihadkan 30 minit aje sebab nanti tarawih habis lewat. Ustadz pun bedal ler...apa yang nak dikejorkan sangat pahala solat sunat tu sedangkan Nabi pernah berkata majlis ilmu ada lebih elok dan lebih besar ganjarannya dari ibadah sunat. Aku OK je. Lately seronok attend tazkirah ni. Macam-macam ilmu agama dapat & macam-macam jenis ustadz ada.

Ustadz ni menyentuh pasal tanggungjawab kita sebagai umat. Pasal keimanan kita. Pasal keraguan kita. Mula-mula dia citer pasal sejarah. Kisah Perang Mu'tah. Klik sini untuk wiki. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik Nabi telah terbunuh & automatik dinaikkan ke syurga dan diberi ganjaran ranjang emas setiap sorang. Namun, salah satu ranjang emas kepunyaan salah sorang tu tersenget sikit. Nabi telah difahamkan bahawa tuan punya ranjang emas itu telah ada sedikit keraguan tentang kemenangang tentera Islam dalam perang Mu'tah tu.

Just bayangkan keraguan yang secebis zarah tu pun dah effect kat ganjaran, apa tah lagi keraguan kita terhadap institusi keislaman kita sendiri. Keraguan kita dalam solat kita hari-hari pun masih ditahap huru-hara.

Satu citer lagi. Ada sebuah kampung yang tersangat dahsyat penduduknya hanyut dengan maksiat & Allah s.w.t. telah memerintahkan malaikat untuk menurunkan bala. Hampir malaikat nak melaksanakan perintah, dia ternampak dua orang penduduk kampung sedang solat di dalam masjid. Malaikat telah kembali berjumpa Allah dan bertanya bagaimana dengan keadaan dua orang yang sedang solat itu? Allah s.w.t. tetap dengan perintahnya malah Allah telah menyuruh malaikat menurunkan bala ke atas dua orang itu dulu sebelum meratakan seluruh kampung. Atas sebab, dua orang itu hanya melepaskan diri mereka dengan amalan sedangkan tanggungjawab mereka untuk membimbing masyarakat sekampung adalah juga penting. Tu la dia...bala kalau dah mai, tak kira dah saper kita.

Wassalam.

Thursday, August 4, 2011

Bida'ah Punya Hal la

Semalam pace kembali normal dan cuaca agak berlainan sedikit petang tu. Hujan panas. Ada lah hikmahnya tu tapi yang pasti malam akan lebih sejuk sedikit. Alhamdullillah.

Ustadz Jaafaruddin bin Ali. Fakta-fakta rujukan dia dari kitab-kitab & ulamak-ulamak membuatkan aku terasa "fullamak!". Macam-macam kitab dia sebut. Pelbagai nama ulamak dia sebut, dan antara yang aku familiar is Imam Shafie' je :]

Ustadz diberi tajuk bida'ah & kurafat. Sori beb, awal-awal ustadz dah khabor kurafat tu bukan movie. Tapi sebelum tu ustadz sentuh pasal konsep hamba Allah s.w.t. Kita ni kompom memang hamba yang menumpang di bumi Allah. So, buat cara menumpang. Ibarat macam kita tumpang kereta orang tapi buh kaki terlunjur atas dashboard. Marah ler brader tuan punya kereta tu beb. Begitu jugak kehidupan kita di dunia ini berlandaskan hukum hakam syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sebagai tuan tanah yang teragung. So samo-samo lah kita fikirkan.

Baru lah ustadz masuk ke perihal kurafat tu. Definasi paling sempoi, perkara yang karut marut dianggap betul tetapi tidak ada dalam hukum & syariat Islam. Contoh terbaik, orang percaya pakai azimat tu boleh bagi power or perlindungan or whatsoever. Hukumnya syirik & maka dosa dia...sendri mau ingat. Just my 2 cents from the recent exploitation of this kurafat thing by our media especially siaran TV, aku rasa secara tak langsung ia menggalakkan orang kembali melakukan benda-benda tu. Yep, menggalakkan. Tak kisah la pasal misteri nusantara ke, ngangkong ke dll...aku rasa tak payah tunjuk pun takpe. Saham akhirat siapa yang menyiarkan tu & impact kat saper yang menonton tu....sendri mau ingat beb.

Bida'ah. Ustadz takmo sentuh pasal bida'ah yang melibatkan isu politik. Yang sebenarnya ialah pemahaman kita umat Islam berkenaan perkara-perkara harian yang kita masih kadang-kadang jahil. Ustadz tegur sikit pasal observation dia kat surau masa solat Isya':

Ada sorang kanak-kanak, yang dah kira mummayiz masuk dalam saf solat, dah ber-takbirratulihram lepaih tu datang sorang dewasa panggil budak tu suruh dia pi masuk saf budak-budak kat belakang. Maka apa yang brader tu buat adalah salah. Walaupun pada perkiraan brader tu budak tu belum akhil baligh, akan tetapi dia sudah mummayiz & sah dari segi hukum solat & tambah lagi dia dah angkat takbir! Contoh budak tu umur 7 tahun la, kompom dia dah mummayiz (definasi cari sendiri ye) tapi if budak lelaki belum tentu dia dah akhil baligh. Tak kisah la if budak tu tak berdiri lurus dalam saf tapi solat jemaah masih sah cuma pahala dalam saf mungkin tak dapat sedangkan kita patut melihat kepada 27 pahala solat berjemaah lebih menyeluruh. Haaa....itu pemahaman kita yang masih blur ye tak.

Then pasal jari telunjuk yang kita luruskan waktu tahiyyat. Kadang-kadang kita confuse ada orang yang main pusing-pusing jari dia pulak. Ustadz merujuk kepada Imam Shafie', meluruskan jari tu sunat, sambil mata kita memandang kepada jari tersebut seketika & sambung balik melihat ke arah qiblat. Tak kisah la nak pusing ke, nak tulis kalimah ke tapi yang kena faham bahawa jari tu anggota kecik, so goyang banyak mana pun tak batal solat. So, yang suka goyang-goyang jari tu, maybe takde signal coverage agaknya...kata Ustadz. keh keh keh.

Ada jugak ustadz sebut lebih teruk siap goyang kepala beb. Kepala anggota besar so kompom tak sah solat. Ustadz pesan, if kita terjumpa somebody jadi imam yang goyang kepala bagai nak rak tu, makmum kena sarungkan helmet full face kat dia. keh keh keh.

Lagi satu contoh pasal lafaz sayyidina Muhammad dalam tahiyyat. Ada orang kata apa hal mau sebut sayyidina sedangkan Nabi sendiri tak sebut? Maksud "sayyidina" tu is penghulu kami. So apa yang salahnya kita nak sebut Nabi Muhammad tu penghulu kita? Nabi tak sebut sebab dia dah memang pegang title tu. Sama gak macam agung kita, takkan dia nak address diri dia dengan title panjang berjela ye tak?

Haaa...tu lah. Sometimes kekurangan pemahaman kita ni bahaya. Ada yang fanatik boleh memecah belahkan silaturrahim, lagi berdosa. Sedangkan Imam Syafie' sendiri menyatakan & berpesan bahawa sekiranya dirasakn syariat yang direkodkan itu kurang baik, dia suruh kita cari yang lebih baik. Sporting sungguh. Imam Syafie' sendiri tak pernah nak bertengkar dengan Imam-iman yang lain pasal hukum hakam.

Kehebatan Imam Syafie' dia telah hafiz al-Quran pada umuq 5 tahun! Tu dia aih! Umuq 9 tahun dia dah mengaji di depan kaa'bah. Umuq 15 tahun dia dah jadi mufti di negeri Arab. Hebat beb :]

Wednesday, August 3, 2011

Lambung-ed Interval

Tu dia aih! Malam ni kami buat interval sikit. Huru-hara jugak la. Dengan pimpinan crew Ustadz Abdullah Iraqi, balun tarawih diselang-seli dengan tazkirah ilmu ustadz yang camdek kami tak hengat! Panas sikit telinga tapi kering jugak gusi dengaq apa ustadz dari Penang ni dok share.

Lepaih solat Isya' dia dok bagi intro sikit. Dia cabaq kami semua maintain 30 hari penuh Ramadhan attend tazkirah! Tu dia. Dia habaq kalau dapat maintain full attendance, insyaAllah setan pun takmo kacau dah bila grad nanti.

Lepaih 4 rakaat, masuk intipati ibadah kita kepada Allah s.w.t. Memang betui la kita masih kurang bersyukur sedangkan Allah telah limpahkan rezki yang amat banyak. Rumah, kereta, anak, kesihatan...tu semua rahmat. Tapi kita hanya akan berdoa kat Dia bila kita sakit atau ditimpa musibah atau dalam kesusahan. Apa daaa...kan? Bukan susah pun. Mai solat berjemaah di rumah Allah selalu pun sudah menandakan satu langkah permulaan. Tu la dia...baru dok rumah teres 20' x 70' dah poyo ek?

Lepaih 8 rakaat. Ustadz pesan suruh kami cari keberkatan dengan berdoa. Dia sampaikan melalui satu hadith...tatkala Allah s.w.t. nak tengok kita waktu bila yang paling baik nak berdoa bulan posa ni? Masa sikit lagi nak berbuka posa tu. Masa tu malaikat turun berduyun-duyun nak tengok apa kami buat. Allah akan tanya kat malaikat, apa kami dok buat masa tu? Sedihnya malaikat akan habaq...kebanyakan kami dok tengah order cokodok & karipap, air mata kucing dll. Esok kami nak mula dok semeja sebelum azan & berdoa sekeluarga. Doa apa jua yang kami mahu dariNya. Kot anak nak lulus cemerlang dalam exam ka, kot nak isteri masak lagi sedap ka. Apa saja. Masa tu insyaAllah mana lah tau malaikat dok catit doa kita. Amin.

Lepaih witir. Penutup dari Ustadz. Juga pesanan dari Nabi Muhammad. Sahabat pernah bertanya : Macam mana kami hendak kaya dengan rezeki Allah ya Rasullullah? Jawap Nabi : Perbanyakkan zakat! Macam mana kami nak tubuh badan kami sihat ya Rasullullah? Jawap Nabi : Perbanyakkan sedekah!
Hari yang paling baik bagi seseorang ialah hari yang dia bersedekah. Sahabat nabi pernah dalam satu hari dia pergi ziarah orang sakit, pi ziarah orang meninggal & dia bersedekah. Maka hari tu adalah hari yang paling baik untuk dia. Amin :]

Avg HR = 85% (bukan sebab LT increase tapi sebab semangat!) keh keh keh

Tuesday, August 2, 2011

Sufferfest Guaranteed

Sebagaimana orang berebut-rebut nak kawtim makan & minum sebelum bermulanya ibadah puasa, ahli-ahli sukan part time pun sibuk jugak mau kawtim beriadah sebelum cuti sebulan (konon). Tapi untuk yang dah tekan butang "klik" untuk beberapa event sebaik lepas raya, bulan puasa mungkin seperti 11 bulan yang lain. Aku? Slowdown je ler, concentrate kat Ramadhan dulu.

Semalam sufferfest season finale. Ada gak yang gatal pi cadang kayuh Broga (aku la tu). Broga Pondan pun cukup la, tapi pi ubah starting line kat Batu 18. End up pondan gigil nak perabih kan extra 20km tengahari buta. Tak serik-serik agaknya ek? Walaupun sudah hantam route ni banyak kali, seksa masih tetap seksa cuma perspektif penyeksaan aje yang berlainan.

Tipu lah aku kalau aku tak suffer tapi it was a justified torment. Entah macam mana berat sekalipun kaki ku ini mau pusing crank tu tapi aku masih cekal maintain candence yang smooth tanpa square pedalling part memanjat hidangan bukit bukau. Yang paling nyato, stretch Lenggeng ke Semenyih yang paling perit tu dapat di larong sekelip mato.

Cukup la tu gebang beb. La ni part paling best is Ramadhan.

Officially malam semalam dengan kaki ala-ala lenguh kain pelekat Gajah Duduk, pendaftaran akademi Ramadhan telah bermula. Niat di hati mau duduk sebulan menjalani pendidikan rohani. Balun kow-kow semua peluang yang Allah kurniakan sempena bulan yang penuh keberkatan ni. 11 bulan aku alpa & kurang peduli, tapi sebulan ni kena rebut peluang untuk grad dengan cemerlang. Sebagaimana aku training 12-18 minggu untuk marathon dan lain-lain.

Alhamdullillah al-Ansar dapat merapatkan semula qariah untuk tahun ke-3. Suasana meriah qariah berkunjung ke surau beramai-ramai dapat dirasakan semula. Seronok beb. Tempat parking penuh. Motor & kereta. Basikal budak-budak pun boleh tahan. Tahun ni depa kawtim weekdays 8 rakaat & weekend full. Stop iklan tazkirah after 4th rakaat. Semua jadual dah disusun baik termasuk dengan berbuka puasa & moreh. Amin.

al-Ansar
Tazkirah seperti biasa akan memuatkan berbagai peringatan & pendalaman Islam. Bak kata ustadz Shahrullah malam ni, lately penghayatan kita terhadap Ramadhan semakin nipis. Mungkin benar. Mungkin selama ni kita hanya menjalani ibadah puasa sebagai adat, tanpa penghayatan yang mendalam. Apa taknya, kalendar dah buh siap-siap bila Ramadhan menjelma instead of dulu-dulu ada kat TV isytihar puasa. So, mostly kita akan seperti biasa alpa. Oooo puasa dah sampai, so siang kita puasa, malam attend tarawih. Tu je.

Penekanan patut diberi kepada kualiti instead of kuantiti. Part 8 rakaat tu kalau dihayati betul-betul, boleh naik bulu roma beb. Boleh menitis air mata. Tadi aku hampir rasa. Sebaik selepas solat Isya', ustadz Agus akan lead zikir Asma al-Husna. Uiiii aiii...bila berkumandangnya lafaz nama-nama Allah s.w.t. di dalam dewan solat daripada kesemua qariah & kanak-kanak yang join sama, dengan melodi macam kumpulan Hijazz, penghayatan tu susah aku nak gebang beb. Feeling lebih best dari cross finish line first marathon! Keh keh keh.

So, tu la dia. Siang berpuasa memang first day agak suffer sikit. Kaklong & Amir betul punya lepak. Sampaikan kumon pun amik homework je. In support aku amik cuti temankan diorang sebab sekolah cuti. Mostly kita akan suffer part nak berentap dengan nafsu makan je. Cuaca menjelang Ramadhan ni Alhamdullillah berangin pulak siang-siang dah sehari dua ni. Aman je rasa. Hilang kisah jerebu bagai dah.

Orait. Nanti kalau ada topik tazkirah yang mantap-mantap aku gebang sikit kat sini untuk kita sama-sama sukses! Errr...selain dari puasa & tarawih tu, boleh la jugak kita panjang-panjangkan sedekah sementara allocation untuk beli 2XU tu di KIV. Ngeh ngeh ngeh :]