Friday, April 3, 2020

Day 13 MCO


Dah masuk D13. Semalam laporan KKM nampak macam melegakan bila ditunjuk graf sudah mula mendatar or menurun selain kes sembuh mula bertambah. Alih-alih hari ni catat rekod tertinggi kes baharu 270 kes. 

Semalam Yasmin shared latest update from UPM. Final exam will start from 27th April & boleh buat online. Hopefully masa tu MCO is over & Yasmin dah sampai rumah.

All over the world things have become bad to worst especially in the West like Europe and America. Thousands die everyday. Nampak unimaginable figure tu dalam sehari. 

However aku yakin semua perancangan Allah SWT. Ada asbab kepada ujian Allah ni untuk setiap orang. Dari Allah ujian ini datang, kepada Dia juga kita kena mohon pertolongan. Untuk mereka yang selama ni jelas kita lihat menzalimi diri mereka dan menzalimi orang lain, mungkin ini balasan Allah SWT.

Untuk aku yang hanya mampu stay at home, perlu teruskan hidup dengan staying positive minded, proactive & creative. 

Bila keadaan macam ni, statement LIFE IS TOO SHORT memang impaknya besar. Banyak benda rasa nak buat once all these is over.

Wednesday, March 25, 2020

MCO Extension

Genap 7 hari MCO hari ni, kerajaan announce extension lagi 2 minggu which means MCO until 14-April 2020. The first thing crossed my mind is Yasmin. Kami kena usahakan untuk dia dapat balik KL on 1-April 2020 ikut tiket MAS yang dia dah beli.

Keadaan wabak covid-19 di Malaysia semakin kritikal. Peningkatan kes masih wujud, begitu juga peningkatan kematian. Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Itali, US, UK dan France serta Iran masih lagi aku berharap keadaan wabak boleh dikawal. Statistik angka di negara-negara sangat membimbangkan. Even negara jiran Indonesia pun merekodkan angka yang semakin merisaukan.

Alhamdulillah aku kuatkan semangat untuk terus laksanakan kerj-kerja ouststanding yang boleh buat dari rumah #workfromhome. Dapat siapkan design untuk topi Al-Fattah dan Isyraf49. Sambung dan siapkan jugak design untuk sublimation NGO Medic Aid untuk Doc Shariz. Semalam siap.

Dua hari lepas kami AJK surau buat monthly meeting online guna apps Zoom. Hampir 2 jam jugak since setiap biro kena laporkan aktiviti.

Semalam aku dapatkan confirmation dari Mr Print dan Baraplas. Both tutup operasi sama ada sebab jaga kesihatan staf dan juga sebab pembekal baju pun tutup. Nampak gaya source of income kami juga terjejas serba sedikit. So aku kena berjimat cermat dengan apa yang ada.

Dua hari lepas juga aku berjaya memaksa diri untuk mula beriadah setelah sekian lama i.e. 2 minggu from last kayuhan. Kepet pinjamkan roller. Walaupun dulu-dulu memang seriau nak kayuh basikal atas roller tapi ku tetapkan keberanian dan cuba as natural as can be. Alhamdulillah berjaya kayuh for 40 minutes = 18km. Syok walaupun aku baru mampu pakai sneakers dulu. Later bila dah confident aku akan sarungkan kasut clipless pedal. Mesti lagi best.

Now with the MCO extension, aku dah fikirkan jadual kayuhan roller 30-40 minit/hari. Target dalam 3 minggu lagi boleh achieve milage 15km x 21 hari = 315km. This is equivalent to 3 kali loop Broga. Hahaha. Jom!

Thursday, March 19, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kerajaan isytihar Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020. Siap ada akta. Which means, sesiapa langgar perintah boleh dikenakan hukuman. Maka polis pun berkuasa penuh untuk enforce. Dah ada yang kena halau balik masa jogging & cycling walaupun sorang².

Sebaik pengumuman PM dengan PKP ramai jugak yang kalut pi panic buying & berpusu² balik kampung. Trafik di semua lebuh raya sesak tak pasal². Very bad judgement. Even worse ada jugak spesis yang tak advantage pi bercuti ke PD, Cameron Highland dll. Payah nak educate spesis dungu ni.

Semalam was 1st day STAY AT HOME. Bila the whole nation cuti, maka mood cuti pun terkena kat aku sekali walaupun office aku memang di rumah. Semua premis perniagaan tutup termasuklah kedai motor, kedai gajet, kedai makan kecuali kedai runcit yang jual barangan harian.

Ada jugak kawan yang bagi idea nak kayuh tapi aku rasa better hold dulu & follow the perintah instead. We might be angry with the idiots yang balik kampung, bercuti & panic buying so we don't be one ourselves.

Yasmin will be back only after the PKP is over. KPT dah keluarkan arahan untuk students to stay put, walaupun arahan tu only issued out on 18th March 2020. Punya lah slow arahan nak keluar & almost majority IPT students dah sampai kampung masing² pun.

Hoepfully things will get better especially with this PKP measure. Though the covid-19 cases semakin meningkat, we pray that therw won't be any new waves coming.

Monday, March 16, 2020

Second Wave

Situasi wabak covid-19 di Malaysia semakin tenat. Setakat akhir minggu lepas kes yang disahkan positif meningkat secara mendadak. Kebanyakannya berpunca dari kontak rapat dengan kes² sedia ada. Hari ni sahaja 190 kes baharu dikesan menjadikan jumlah kes 458. Kebanyakan kes baharu berpunca dari perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling last week.

And suddenly hari viral pulak di Malaysiakini ada urged untuk orang pi stock up barang & rumours lockdown akan dilaksanakan. Cepat² aku minta tolong Amir & Umar pi borong sikit barang makanan kat speedmart. At least untuk seminggu.

Kerajaan pun hari umumkan masjid & surau ditutup sementara mulai 17 hingga 26 Mac 2020. Ini termasuk splat jemaah & solat Jumaat.

Malam ni PM akan ada sidang media berkenaan covid-19 sama ada official nak lockdown or not. Personally its good sebab doctors have beem urginh the government to do so since thw situation in hospitals are like war grounds. Kita yanh duduk rumah & masih sihat tak boleh imagine how stressful the situation on their side.

Moga Allah memberi simpati kepada kita di atas ujianNya ini. 

Friday, March 6, 2020

Musibah Senja Jumaat


Hujan rahmat turun dengan lebat menyambut kedatangan Jumaat penuh barakah. Namun di pinggir kerahmatan ada juga ujian Allah ke atas hamba²nya baik yang ditimpa musibah mahupun yang di sekelilingnya.

Hampir senja tadi aku menjalankan tugas mengambil anak sahabat pulang dari sekolah. Hujan lebat & trafik sangat² padat. Tiada pilihan lebih praktikal selain jentera marhaen kapcai.

Sebaik memasuki lebuhraya Cheras-Kajang hampir 100m di depan kelibat kemalangan berlau yang melibatkan sebuah motor di lorong tengah tergolek betul² di depan sebuah lori 1 tan yang dipandu ku kira kelajuan 50km/j. Lantas pemandu mengambil keputusan pantas untuk mengelak mangsa dan menukar laluan ke lorong paling kiri. Malangnya lori telah menghimpit sebuah motor lain di lorong kiri & mengheret di sepanjang bahu jalan. Mangsa kedua tercampak ke dalam parit tepi lebuhraya. Mujur tidak diheret bersama motor. Allahuakbar.

Segalanya berlaku begitu pantas tidak sampai 1 minit dua kemalangan berlaku pada tempat yang sama. Apa yang lebih sedih kedua² mangsa adalah wanita lingkungan umur 40an. 

Naluri aku pantas membuat keputusan untuk membantu. Di tengah hujan lebat aku berhentikan motor di bahu jalan & terus bergegas ke mangsa kedua yang masih di dalam parit. Beberapa penunggang motor lain pula bantu mangsa pertama di tengah² lebuhraya. 

Aku tak berani untuk sewenang² menarik mangsa keluar dari parit. Aku pastikan beliau sedar & mampu memberi respon bila ditanya keadaannya. Perlahan² dia cuba memanjat keluar dengan bantuan kami. Kedua² mangsa masih dalam keadaan terkejut dari musibah. 

Setelah mereka nampak lebih tenang, aku & seorang pemuda yang bersama² aku di lampu isyarat persimpangan Balakong awalnya tadi mendirikan semula motorsikal mangsa. 

Aku bertanya jika dia ada nak hubungi sesiapa seperti ahli keluarga. Kasihan bila dia terangkan dia seorang sahaja sementara suami di Kedah. Aku tawarkan bantuan lagi untuk ambilkan telefonnya di dalam kotak motor. 

15 minit berlalu. Sebuah kereta berhenti & menawarkan bantuan untuk menghantar kedua² mereka ke hospital berdekatan. Beberapa orang kami yang lain pastikan motor mereka selamat di letak di bahu jalan & semua barangan mereka dibawa bersama. Pemandu lori turuti mereka juga ke hospital.

Hujan makin lebat. Hari semakin gelap. Trafik bertambah sesak. Aku tidak henti² mendoakan mereka diberi kemudahan oleh Allah. Aku juga tidak putus berdoa dipelihara keselamatan pergi & pulang ke rumah.

Kemalangan jalanraya terutama yang melibatkan penunggang motor memang lumrah di mana sahaja di negara kita. Aku sendiri telah beberapa kali ditimpa musibah & ia bukan sesuatu yang ingin diingat semula. Apatah lagi mangsa yang kehilangan nyawa & meninggalkan ahli keluarga yang masih memerlukan kasih sayang. Apatah lagi bila punca kemalangan itu sendiri akibat dari kecuaian pengguna jalanraya lain seperti kesalahan memandu dalam keadaan mabuk atau mengguna telefon.

Tiada lain lagi selain usaha kita menunggang & memandu dengan berhemah ialah berpegang sebulat²nya kepada perlindungan dari Allah. Doa dan terus doa. Amalkan.

Thursday, March 5, 2020

Entering Syaaban (March 2020)

Syukur Alhamdulillah ada juga keluangan masa untuk bertenang pagi ni sebelum memulakan tugasan yang sudah aku senaraikan. Aku ambil sedikit masa sekadar catatan perjalanan hidup & apa yang terlintas serba ringkas. Jangan sampai ia berlalu tanpa garapan.

Dalam kesibukan memenuhi demand job & klien aku cuba sedaya upaya juga untuk kemaskini rekod akaun. Aku tau angka² ini jika diisi setiap hari memang memerlukan penelitian & kesabaran tapi hujung²nya nanti keseluruhan database tersebut akan mewakili sesuatu yang lebih jelas especially dalam bab melihat untung rugi perniagaan.

Aku bermula seawal Januari hingga kini. Aku rujuk penyata akaun bank & key in semua transaksi tunai & online. Nampaknya ada untung & ada rugi tapi takpe. Aku bersyukur dengan kurniaan rezeki Allah.

Walaupun bekerja sendiri ini tidak menjanjikan penggajian pada setiap hujung bulan tapi Alhamdulillah kewangan ada sepanjang masa. Tidak banyak tapi cukup. Sekurang²nya selain itu aku juga dapat menyibukkan diri dan berbayar dengan urusan yang sendiri tetapkan masa & tindakan. Tiada tekanan dari sesiapa baik dari semua sudut. Aku boleh aje berehat bila² masa aku perlu tanpa risau tentang culas or curi tulang.

Dalam masa yang sama, selain jadi designer aku juga perlu buat kerja procurement, accounting, dispatch, marketing dan public relation. Memang all rounder. Asalkan selagi aku masih enjoy buat.

Insyaa Allah aku akan terus berdoa semoga diberi kekuatan untuk beristiqomah dalam membuat kebaikan & mengelak dari kemurkaan Allah sebab itu antara punca rezeki.

Wednesday, February 26, 2020

3rd Week into February 2020

Alhamdulillah sudah masuk 3rd week kerja masih berjalan dengan lancar disertai dengan beberapa job baharu. Aku bersyukur juga pengalaman kerja pengurusan & disiplin diri sekian lama sangat membantu aku berdisiplin dengan kerja sendiri. Tambahan lagi dengan karakter aku yang sedikit berstruktur. Tapi aku juga dah 3 minggu tak jogging. Aku terpaksa letak priority untuk siapkan kerja kerana memerlukan masa dan morning kick-off yang fresh & relaxing.

Mana yang aku sempat, aku akan sedekah especially bila Allah swt hadirkan peluang depan mata. Adakala ada juga aku tanamkan niat & plan ahead where & when to do it.

Aku masih dilema dengan jawatan biro SAA sama ada nak teruskan atau tidak. Salah satu sebab ialah komitmen selain juga isu aku have to pekakkan telinga dengan kerenah personaliti yang pelik². Mungkin the later formula could be useful in order to survive.

Dengan kesibukan kerja, aku dah mula kurang buat marketing di social media selain memang tak sempat. Kreativiti aku lebih banyak tertumpu kepada creating artworks. Kadang² memang sampai berpinau mata straight half a day & bersambung pulak sebelah petang. Aku akan grab the chance for an afternoon nap if the dingling headache tends to stay longer.

Cuaca juga agak panas terik lately especially tengahari. Sometimes rain came but not too often.

Aku berfikir, is this the moment where my passion in art drives my income? Probably. And i will make sure it does. But how far i want to drive it? Kalau nak sampai financial freedom or sampai tua? My guidance is to work stress free.

Thursday, February 20, 2020

All Quiet on the Western Front

Pada seawal minggu pertama selepas cuti CNY keadaan agak sunyi dari sebarang tanda² dapat job. Aku hampir putus asa. Hampir. Aku follow up beberapa potential job yang pernah submit quotation tapi beritanya sepi.

Rasional aku sendiri. Tambahan lagi dengan cabaran berkolaborasi dengan ajk surau yang nampak gaya tidak berapa ngam atau tiada leadership yang padu. Aku mula menyendiri. Cuba terus muhasabah. Formula nya mudah...elak buat dosa tak kira yang kecil mahupun besar. Betulkan yang biasa & biasakan yang betul. Andai nak buat kebaikan untuk pahala itu sukar, lantas elak dari lakukan yang mungkar.

Aku cuba kekalkan begitu. Jarang juga aku ke surau. Tatkala bermuhasabah ni, aku lebih suka & khusyuk berkomunikasi dengan-Nya bersendiri.

Terkadang aku lihat pesanan yang nyatakan doa & terus doa. Itu kunci & senjata kepada segala ujian. Panjang lebar ku garapkan doa dengan pengertian setiap bait ayat.

Thursday, February 13, 2020

2020 First Long Ride

Bukanlah jauh sangat tapi 90km buat pertama kali untuk tahun 2020 memang sedikit rasa gemuruhnya. Apatah lagi sudah hampir 6 bulan tak duduk atas basikal lama-lama. Aku juga ambil kesempatan untuk kayuh sewaktu aku daftarkan Umar di PD International Triathlon supaya kami boleh sama-sama kayuh untuk persediaannya. Dapatlah dua kali kami kayuh sebagai majlis panaskan badan.

Dua minggu lepas kami berjaya berkumpul semula dari kawan lama dan kawan jiran untuk kayuh di Lebuhraya LEKAS dari rumah hingga ke Tol Bukit Setol dan balik. Difikirkan laluan kayuhan ini tidaklah sebegitu mencabar kerana tiada bukit yang tinggi dan curam untuk didaki selain permukaan lebuhraya yang agak bersih dari lubang dan berbagai gangguan trafik.

Ujian kecil terjadi sebaik aku kayuh ke tempat berkumpul beberapa ratus meter dari rumah. Rantai basikal putus! Hati sedikit kecewa dan pantas sahaja aku memikirkan alternatif yang ada untuk aku terus dapat kayuh. Akal ligat berfikir. Untuk disambung semula rantainya tapi tiada alat, malah tiada pengalaman langsung membuatnya. Mungkin boleh cuba sebab aku pernah lihat prosesnya. Nampak mudah. 

Aku hampir putus harapan. Ijat sampai di lokasi berkumpul. Dia tertanya apa kekecohan sebelum kayuh? Aku tau anaknya Zahin mungkin boleh membantu tapi Ijat maklumkan Zahin sudah hendak pergi bekerja dan dia tak pernah membaiki rantai putus. Tapi Ijat menawarkan basikalnya yang satu lagi untuk aku pinjam. Jenama Bianchi Sempre yang sudah aku tau nilainya ribuan ringgit jauh lebih mahal dari basikal besi aku.

Alhamdulillah saiz kami hampir sama. Aku tiada masalah dengan geometri konfigurasi basikal Ijat walaupun agak jauh kedudukan 'handlebar' tapi cukup untuk setakat ni.

Kayuhan kami bermula agak kelewatan oleh sebab masalah teknikal tadi. Kami berjumpa dengan kumpulan sahabat lain di R&R Branang. Mereka juga dikhabarkan kelewatan. Tak mengapa sebab kami sangat gembira kerana sudah sekian lama tak berjumpa dan kayuh bersama.

Kelajuan kayuhan kami dalam kadar yang selesa untuk tiada yang tertinggal mahupun yang terlalu laju. Perbualan rancak di atas basikal berterusan hingga ke kaki Bukit Setul. Lumrahnya bila mendaki masing-masing akan ikut kemampuan sendiri. Kami berkumpul semula di puncak.

Cuaca agak selesa dengan deruan angin sekali sekala menyamankan badan yang berpeluh dan kaki yang sudah mula terasa penat. Perut juga sudah mula berkeroncong tanda waktu sarapan sudah dilewati. 

Kumpulan kami terpaksa berpisah kerana masing-masing dengan rancangan kayuhan seterusnya atau berpakat untuk memilih laluan lebih cepat dan mudah untuk balik.

Ada yang terus ke arah Lenggeng untuk bersarapan. Ada yang meneruskan kayuhan sepanjang lebuhraya menghala ke Senawang. Nizam, Sidan dan aku memutuskan untuk berhenti bersarapan di kedai pertama yang beroperasi kami jumpa sebaik menuruni Bukit Mantin di jalan lama.

Alhamdulillah nasi lemak dengan lauk sambal sembilang menjadi santapan bekalan tenaga kami. Kami teruskan kayuhan balik melalui lebuhraya juga. Angin semakin kuat pula hari ni dan tidak lupa juga cuaca terik yang mula menggigit kulit.

Hampir setiap persimpangan lebuhraya dijadikan tempat kami berteduh dari panas matahari. Sidan terpaksa menamatkan kayuhannya di penghujung lebuhraya kerana sudah tidak larat. Tinggal aku dan Nizam yang masih cuba untuk tamatkan kayuhan sehingga ke rumah. Cabaran angin, panas kini bercampur pula dengan kesesakan trafik hari Sabtu cuti umum Thaipusam.

Beberapa kali juga aku hampir dihimpit dan dimarahi oleh penunggang motorsikal yang menderu tanpa rasa tanggungjawab kepada pengguna jalanraya lain. Sedikit terkilan dengan sikap dan akhlak yang dirasakan semakin buruk dalam kalangan pemandu dan penunggang motorsikal di negara ni.

Kayuhan tamat pada 97km. Aku rasa berpuas hati dengan usaha untuk kembali beriadah dengan sukan berbasikal.

Friday, February 7, 2020

Hidup Dalam Kariah

Surau kami dah lebih 10 tahun dan bermacam-macam lapisan ahli jemaah. Ya. Aku katakan begitu sebab jemaah pun masih ada karakter masing-masing. Please take note bahawa jemaah juga manusia biasa, dan mereka tidak lari dari perasaan dan emosi yang tersimpan dalam hati.

Tahun ni aku ditawarkan untuk pikul tanggungjawab ajk surau. Mengurustadbir biro pembangunan dan penyelenggaraan. Sedikit sebanyak macam kerja aku sebelum ni. Aku berasa tiada sesuatu yang kekok cuma perlu sahaja bersedia dengan buah mulut manusia.

Tapi aku agak kecewa tatkala mesyuarat pertama ajk yang aku hadir sudah menonjolkan beberapa watak dan sikap yang kurang profesional dan beremosi. Pastinya tidak asing lagi terdiri dari mereka yang sudah terlalu lama memegang jawatan. Sungguh jelik. Aku sudah jangka perkara sebegini akan berlaku.

Sedihnya ajk sendiri sudah tidak sehaluan dan sama pendirian apatah lagi ingin memikul tanggungjawab agama. Kerana sikap yang sebegini, bukan sahaja luntur pahala kerana gagal dalam keikhlasan, malah boleh sahaja mengundang dosa kerana sikap dan hati yang tiada unsur positif.

Aku sedang pertimbangkan untuk meletakkan sahaja jawatan kerana tidak mahu pening kepala melayan kerenah mereka dan andai hilang kesabaran, aku juga mampu mengeruhkan keadaan, Tapi aku tidak mahu capai peringkat tu.