Thursday, May 31, 2018

Second Half

Dah hampir nak masuk second half Ramadan bila menjelangnya Nuzul Al Quran this weekend. Macam-macam berlaku dan berhelah bila semangat mula malap as a normal person yang tak lari dari sikap malas. Aku diberikan nikmat dapat duduk dalam tazkirah yang berjaya sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk teruskan Ramadan sebaik-baiknya.

NY baru dapat result rayuan ke Bintulu berjaya. Syukur. Aku perasan dia happy. Kami semua pun happy la. Next is to plan and execute apa yang perlu dibuat seperti book flight, med check, apply SSPN, PTPTN, EPF withdrawal dan sebagainya. Kemasukan will be right after raya maka masa agak suntuk. Kena execute cepat. Dalam masa yang sama, keperluan tabungan juga perlu ada untuk cover initial fee, flights, med check dan sebagainya. Masa nilah aku terkedu sebab tiada kekuatan kewangan untuk bantu. So aku assist dari segi logistic dan pengurusan since aku ada masa banyak.

Sekali sekala aku akan berbuka di rumah. Meluangkan saki baki masa yang ada dengan NY sebelum dia pi further study. Anak-anak aku belum ada yang hidup berjauhan dengan kami so NY will be the first dan kami akan merasakan ketiadaan NY sekali sekala.

Aku juga masih menunggu-nunggu respon decathlon yang sikit sebanyak agar menyukarkan aku untuk plan schedule especially untuk raya dan sebagainya. On one side bagus juga aku masih ada masa untuk run things at home dan tak penatkan badan bulan puasa ni. Cuma the other side pulak agak merisaukan bab income. Memang masih dalam tight bajet walaupun bisnes kerepek dapat melegakan sikit mana yang boleh.

Monday, May 28, 2018

Perang

Semalam aku allocate masa hampir separuh hari deliver kerepek & rempeyek. Ahad paling sesuai sebab most people cuma chill kat rumah & mungkin belum sibuk dengan shopping atau persediaan raya. Lagi pun, cuma orang gomen aje yang baru dapat gaji, bermakna belum berkuasa membeli untuk yang kerja sektor swasta.

Semua delivery items aku bungkus dan tag nama supaya aku sendiri tak confuse masa nak pass kat customer. Tau aje la, bila dah banyak dalam kereta, memang boleh celaru. Aku ready siap-siap dan chart route delivery supaya smooth & jimatkan masa.

Destinasi pertama ke USJ & followed by Shah Alam. Di Shah Alam aku deliver sambil berjumpa member yang lama tak jumpa bersemuka. Asyik via Whatsapp aje. Bersemuka sembangnya berlainan dan lebih personal. Aku prefer begini. Follow up dengan life masing-masing tapi masa tak berapa mengizinkan sebab aku kena ke Ulu Klang pulak.

Next stop was Taman Melawati. Di sini aku deliver ke dua orang member. Salah sorang ni sedang menjalani treatment cancer. Member lama aku yang sama-sama berbasikal dan berlari for years. The sad news came to us a year ago dan aku tak berpeluang nak ziarah or jumpa dia. Cuma dapat info dari abang dia aje. Hari ni memang aku ambil peluang untuk ziarah sekali.

Secara fizikal member aku ni totally different dari last aku jumpa dulu. Hilang berat badan yang sangat ketara. Skinny habis. Nampak weak from his walk & speech. Maybe juga sebab berpuasa tapi aku boleh agak yang mostly due to the cancer. We can just imagine how it felt bila battling a war yang lama dan tak tau apa kesudahannya. Kita baru demam few days dah melepek dan lemah emotion dan mental. Ini dah dua tahun dan some other cases depa melawan cancer for years. Aku tabik dengan semangat juang diorang. Aku simpati tapi aku hanya mampu mendoakan semoga Allah beri apa yang terbaik untuk diorang.

Bukan aje demanding secara fizikal tapi jugak financially. Treatment dan medical bukan murah dan for sure kena ambik throughout the treatment period. Member aku ni cuba beberapa option termasuklah hospital, supplement dan alternative. Dia pun tak tau yang mana satu lebif efektif tapi so far cancer tu tak menjadi lebih kronik.

Bermula dengan serangan di pelvik kiri dan melarat melalui tulang belakang sampai ke kepala. Dapat disembuhkan kecuali di pelvik masih ada. Now dekat lungs pulak. Side effect from the infected lungs, akan terhasil surplus liquid kat membrane luar lungs. Every 3 months kena tebuk dinding ribs untuk discharge air tu. Dada sekali sekala rasa ketat dan pergerakan terbatas sebab movement liquid dalam tu boleh trigger batuk yang berpanjangan.

Dia dah kembali bekerja setelah setahun bercuti. Masih mampu drive tapi physically aku rasa it is quite demanding untuk dia perform at his best like previous. Maybe dia dah tak mampu nak melalui a normal life like before tapi living in one is already a blessing especially with wife and kids around. Aku yakin diorang bukan aje kena go through treatments tapi diorang juga memerlukan sangat support secara emosi dan psikologi. Itu yang boleh drive diorang untuk menjalani life everyday.

Sunday, May 27, 2018

Kerepek Pisang Tanduk dan Rempeyek

Bulan puasa ni aku ambil peluang berniaga kerepek pisang tanduk dari Simpang Rengam, Johor dan rempeyek kacang/dal dari Dusun Nanding, Hulu Langat. Kedua-dua sumber aku dapat through kakak aku dan member aku di Serdang. Rezki Allah tu datang dari berbagai saluran dan cara.

Aku design e-poster secantik dan paling jelas serta informatif. Blast berbagai group Whatsapp. Ada jugak yang aku post di Facebook. Mudah berniaga zaman sekarang. Tak perlu berbelanja besar untuk mengiklankan produk. Mahu atau tidak aje. Usaha atau tidak aje. Tapi aku pastikan produk rempeyek dan kerepek pisang tanduk ni sudah memenuhi citarasa aku sendiri. Tahun lepas lagi aku dah jual kerepek pisang tanduk ni. Aku memang suka dan dah berpaket aku sendiri yang makan. Pembuat goreng dengan bawang putih membuatkan rasa dan baunya harum dengan bawang putih goreng.

Begitu juga dengan rempeyek Hulu Langat ni. Aku pernah melanggan melalui seorang sahabat. Setiap kali dia buka tempahan, pasti kami tak ketinggalan. Aku mencuba nasib meminta nombor telefon pembuat rempeyek dari kawan. Dia rela kongsikan dengan pendirian bahawa Rezki Allah tu di mana-mana.

Maka bermulalah aku berniaga secara kecilan. Aku pastikan segalanya direkod melalui spreadsheet Excel termasuk sekali dengan clash flow. Modal aku tak besar, so aku perlu rolling duit, maka tempahan aku juga dibuat berperingkat.

Alhamdulillah rezki Allah tu memang tak terbatas. Selagi diusahakan dengan ikhlas. Sampaikan aku kena stop beberapa tempahan kerana aku risau pembekal putus stok.

Aku cuma masih belum dapat tengok angka terakhir. Insyaa Allah untung di atas kertas tetapi masih belum tahu berapa pulangannya. 

Saturday, May 19, 2018

Kerja

Seawal pagi tadi aku nampak 3 orang warga Bangladesh memulakan pencarian rezki mereka dengan membersihkan longkang tepi jalan. Salah sorang tu mukanya tenang dan masih mengukirkan senyuman. Moga rezki mereka penuh berkat. Lantas aku mula berfikir dan tiada lain saluran untuk merakam apa yang fikirkan tu di sini.

Selalu aje kita dengar dua perkara paling common di Malaysia ni. (1) Peluang pekerjaan lebih tinggi, (2) Susah dapat kerja. Aku tak sure yang mana satu betul. Bila kerajaan buat pembentangan belanjawan atau bercerita pasal pelaburan, atau launching any new mega project, mesti depa akan sebut pasal peluang pekerjaan yang datang bersama dengan whatever yang depa launch tu. Mesti ada punya lah.

Tapi sebaliknya jugak berlaku. Fenomena yang sejak sekian lamanya pula berlaku dalam kalangan rakyat sendiri. Depa ni pulak sibuk mengeluh pasal susah dapat kerja atau takde kerja. Pelikkan? Mana pulak perginya peluang kerja yang gomen duk sibuk citer tu?

Nak tambah lagi pelik, kita duk sibuk ambik pekerja luar pulak! Dalam volume yang ramai pulak tu. Tak kisah lah sama ada level buruh kasar sampai ke sektor perkhidmatan mahu pun level profesional. Betul. Korang sendiri obviously boleh tengok. Kita ada orang Bangladesh yang bekerja menyapu, maintenance landskap dewan bandaraya, bersihkan longkang, buat rumah, bangunan, buat jalan sampai lah ke jaga stesen pam minyak, kedai makanan segera. Level atas pulak kita ada pensyarah dan penyelidik kat universiti yang jugak terdiri dari orang Arab, India dan of course ada jugak segelintir Bangladesh. Di sektor profesional, kita masih mengambil omputih untuk jawatan managers especially bahagian teknikal.

Jadi di mana masalahnya ni? Adakah bila gomen sembang pasal peluang kerja tu memang takde kerja yang sesuai dengan rakyat Malaysia, hanya rakyat luar aje yang boleh buat kerja tu? Atau rakyat Malaysia memang alergik tak mampu nak buat kerja tu?

Peningkan?

Friday, May 18, 2018

First Day Ramadhan

Semalam settle satu hari puasa Ramadhan. Aku akui, bab ibadah puasa ni aku hanya mampu buat yang wajib aje, which is in Ramadhan. Kalau puasa sunat aku masih belum mampu. Bab ibadah lain aku masih lagi boleh walaupun bangun Tahajjud sekali pun. 

Aku tewas dengan mental, aku bantai tidur almost the whole morning. Ini approach yang pernah aku buat dulu-dulu masa zaman student. Ada yang tidur the whole pun ada. Gila. Memang 100% pahala puasa tapi makruh la. Hahaha. End up semalam kepala aku ting tong sebab terlebih tidur. Which is not good. I need to energise myself.

Masa solat tarawih pun aku masih rasa sembab dan groggy hasil terlebih tidur. Masa tazkirah pun begitu juga. Kesegaran hanya dirasai bila nak masuk time tadarus.

Haa...masa tadarus aku mula mental sikit bila terkenangkan Det. Ye dia lah antara insan yang mengajak aku berjinak-jinak dengan surau dan jemaah. Aku masih ingat dengan segar cara Det mengaji yang pekat dengan loghat Jawa tapi beza bunyi huruf 'ain' dan 'alif' memang dia payah nak bezakan. 

Sama jugak masa berbuka puasa di surau. Kami yang terasa ketiadaan Det akan cuba mengelak dari mengimbau kembali jeritan dia kepada jemaah untuk tambah nasik. Haih...boleh bikin mata aku ni berpasir dan dada ni berat kalau dilayan nostalgia kawan aku sorang ni tau. Sama jugak waktu dah selesai tadarus. Kami akan lepak depan gate surau sebab kami antara yang last keluar dan tutup gate surau. Selalunya Det, Wan dan aku. Tapi malam tadi hanya tinggal dua motor aje. Hmmm...mula la nih nak mental.

Apa jua sekali pun perasaan kami, aku yakin kau sure aman damai di dalam taman syurga. Aku doakn semoga Allah sentiasa beri rahmat yang tak putus-putus, begitu juga untuk ayah aku dan Syed Redzuan. Sekali gus juga untuk kita semua yang masih hidup ni. 

Wednesday, May 16, 2018

Personal Journal

For almost few years now that I was made known people tends to write and keep their personal journals. The best part was, they got it published and sells them. Some simply keeping the routine of posting on social medias and eventually compiles everything and makes it into books. How easy is that?

Quite a number of them have famed especially in producing quite a number of books. Obviously enough, those publications were promoted during Book Fest and online. I was quite adamant that the strategy and persistent is fruitful if one have the skill for continuous writing. I myself included of course. 

There's lots of ideas going through my mind all these years but it never quite materialize. The steps should be guided I guess but the guidance normally won't come free. There are of course lots of workshops and clinics for writing and publishing stuff and it is already a trend as income since all people wants to become a writer and publish their own book.

That's where the genuine part comes in. The sincerity. They manipulate and take advantage of the situation, whereas at the same time they write about injustice, good mentalities, good citizens and such. But their community service is full of b*lls**t. 

I hope myself one day will come to that juncture and get all my blog posts published for human knowledge. 

Posa

Sekejapan aje bulan posa dah nak sampai, esok ler tu. Rasa cepat sungguh. Rasa last year punya posa macam baru aje lepas. Masih fresh lagi memori posa lepas, especially bila dok fokus kat member yang signifikan, yang tahun dah tak bersama kami. Haih...!

Tahun lepas macam biasa aku teruskan bertadarus. Group makin besar dengan beberapa muka baru. Alhamdulillah. Fahmi, Kamal. Suhailan & Nizam amongst yang join. Yang lama on and off sekali sekala, termasuklah aku & Det. Kadang-kadang malas, end up duk kat dapur je. Masuk dapat baca satu muka pun jadilah.

Group sukarelawan pun baguih. Lancar. Takde hiccup kecuali yang paling obvious ialah bertambahnya orang yang mai berbuka kat surau. Kalau dulu average talam antara 30-40 tapi last year boleh cecah 45 dan on weekends boleh jadi 60 talam. Di mana-mana aje dilaporkan perkara yang sama. Maybe ramai terkesan dengan harga barang mentah, harga barang makanan yang dah mendadak naik. Kalau makan sorang takpe sangat, tapi kalau pi beli juadah untuk sekeluarga hari-hari, boleh pitam depan gerai air balang tu.

Maka, ramailah yang berkunjung berbuka posa di surau ni. Aku & family dah masuk tahun ke-6 rasanya. Det lah jugak puncanya yang mula mengajak aku join. Rupanya, we never look back ever since. Memang syiok berbuka di surau ni. Yang pasti kelebihannya:
  1. Jimat berbelanja. Kalau pi pasar Ramadhan akan tewas dengan nafsu.
  2. Merapatkan ukhuwah dengan jiran tetangga. Duduk aje setalam dengan sesaper
  3. Bersedekah tenaga membantu di surau sambil boleh sedekah bawak juadah
  4. Solat berjemaah
Cukup la 4 tu pun kalau buat selama sebulan, tak ke memang melimpah ruah ganjarannya? Mudah aje, tak yah pening-pening kepala nak atur strategi macam mana nak melipatkali gandakan amalan. Kita ni memang senang sangat jadi ambitious tapi kita juga mudah sangat hilang momentum nak istiqomah. So, selalu sangat aku dengar pesanan, bior buat benda kecik-kecik tapi istiqomah.

Ramadhan kali ni aku akan miss beberapa muka yang signifikan dalam hidup aku, hinggalah akan sampainya raya nanti. Ayah aku, Det, Syed Redzuan antara mereka yang akan memberi kesan pada emosi ni. Aku pasti arwah-arwah semua sentiasa dalam pelukan rahmat Allah.

Buat semangat diri ni, aku berdoa semoga dipinjamkan semangat dan tenaga yang lebih dan berterusan untuk beramal ibadah selama-lamanya.

Selamat menyambut Ramadhan Kareem!

Monday, May 14, 2018

Uneventful of Me

Walau betapa bermakna sekalipun peristiwa yang berlaku di tanahair aku, peristiwa peribadi aku masih tiada tanda-tanda akan berlaku sebarang kocakan air. Decathlon masih membisu walau sudah lengkap dua minggu sejak aku habiskan training. Tamat minggu pertama, aku follow up dengan email dan dijawab beberapa hari kemudian. Dikatakan collective meeting hanya akan diadakan minggu berikutnya kerana ada manager yang sedang bercuti compassionate. Jumaat minggu PRU, aku follow up another email tetapi masih belum terjawap. Aku mula berfikir macam-macam. Adakah aku patut follow up juga dengan menelefon? Sekurang-kurangnya mereka boleh aje beri respon atau indication sama ada aku akan diambil kerja atau tidak. Bila menjelang puasa dan raya nanti, bergaji adalah satu bonus untuk aku.

Dalam masa yang sama aku juga merisik-risik alterntif lain. Terfikir tentang projek high speed train KL-Singapore. Bila aku recce website dia, masih lagi mereka di peringkat pengambilan kerja level manager dan ke atas. Semestinya bukan kehendak aku untuk memegang position sebegitu, tambahan lagi dengan projek mega sedemikian yang pastinya akan datang sekali dengan tekanan kerja yang luar biasa. Not my choice of ending my career book.

Dalam masa yang sama jugak, aku terima banyak request untuk cetakan kedua baju Ramadhan Al-Ansar, Alhamdulillah. Rezki Allah kurniakan mungkin kerana kariah suka pada artwork. Honestly for record, aku untung cuma RM2 untuk sehelai baju. Walau design maybe disukai ramai tetapi kain cotton 160 gram tu aku tak boleh nak letak harga terlalu tinggi. Aku cuma nak tarik crowd dulu. Nampak gaya ramai yang tempah berkeluarga. Mungkin sebab harganya murah dan order sekeluarga tak terasa sangat impaknya.

Hence, aku juga membuat perkiraan untuk market aku yang akan datang. Mungkin aku boleh consider untuk keluarkan design secara bermusim seperti musim raya korban akan datang, pakej cuti family day, pakej bercuti sekolah dan lain-lain.

Aku akan kaji harga dan kualiti kain cotton untuk gred yang lebih tinggi. Adakah feasible untuk dipasarkan? Insyaa Allah.

Antara artwork yang aku propose. Pilihan surau artwork A

Saturday, May 12, 2018

Politics Are Simply Dirty

Yes. I dislike politics. I dislike it just because it is dirty, obviously here in Malaysia. It is just full of hatred. People hate people just simply of because if different ideologies. Which normally ends up with brawls and uploading photos to the world. 

Yang paling kesian ialah mereka yang sore losers. Yang peliknya, mereka yang sejak azali memperjuangkan agama tapi end up menabur fitnah melalui jari jemari. Senang aje nak fitnahkan orang. Share kat Whatsapp or soc-med gambar 'musuh' depa aje dah cukup untuk kita menggali sendiri laluan ke neraka. Padahal tindak tanduk sebegini kerap aje ditazkirahkan kat surau-surau oleh ustaz. Hampir setiap malam pulak tu. Takkan nak sia-siakan pahala tu dibuang tepi jalan hanya dengan emosi yang tak tercabar dengan perbezaan ideologi?

Tapi kali ni di Malaysia sangat berbeza senario politiknya. Bukan kerana merebut kuasa untuk mentadbir. Bukan sebab berebut nak berkhidmat kepada rakyat. Tapi sebab nak hapuskan kezaliman pentadbiran yang sudah terlalu kejam menindas rakyat selama hampir 15 tahun. Itu perjuangannya yang hampir majoriti rakyat melaksanakan tanggungjawab turun mengundi. Sebabnya? Sebab semua dah tak sanggup dah nak tanggung beban kehidupan yang senantiasa ditindas dengan berbagai bebanan seperti cukai, kenaikan harga barang, kejatuhan nilai matawang.

Thursday, May 10, 2018

Malaysia Reborn

Semalam tarikh keramat. Pilihanraya Umum ke-14 telah menyaksikan gelombang perubahan akhirnya melanda kerajaan BN yang telah memerintah sekian lama. Macam-macam penyebab kepada kelahiran ombak perubahan tapi yang paling besar ialah kebencian rakyat kepada penindasan. Walau apa jua tektik atau muslihat pihak yang kejam, akhirnya rakyat bersuara dengan usaha gigih keluar melontarkan undian dengan izin dan rahmat Ilahi.

Kini kerajaan baharu tertubuh dengan gandingan beberapa komponen parti multi-racial yang diharapkan agar dapat membina semula negara dengan ketelusan dan ketirisan selain menghapuskan akar umbi kerosakan yang sudah bertapak lama. Bukan kerja mudah tapi sokongan rakyat perlu berterusan dalam usaha ini.

HAPPY REBORN DAY MALAYSIA!

Monday, May 7, 2018

Zat Besi

Aku dah kena sawan semula. Sawan yang dah lama tak kena. Sawan yang bila melanda akan membuat segalanya tak keruan. Mandi tak basah. Makan tak lalu. Tidoq tak lena. Umpama gila bayang, mengelamun sorang diri, termenung dan kadang-kadang tersenyum sendiri. Mungkin yang last tu belum lagi. Itu dah tenat.

Musim berlari dah over. Sekarang takde event yang perlu komitmen kecuali bersiap sedia untuk menyambut Ramadhan lagi seminggu. Ye. Persiapan perlu ada. Mental dan fizikal. Tapi takde lah sampai perlu jogging pagi-pagi. Sebenarnya memang aku stop langsung sejak SCKLM selesai. Agak macam poyo tapi hakikatnya aku malas. Nak kayuh pun malas especially bila bab nak kena ready kan barang malam sebelum kayuh. Macam-macam alasan kan?

OK berbalik kepada sawan. Aku sebenarnya sekarang looking forward untuk nak kayuh mountain bike semula. Bermakna, aku perlu ada mountain bike la kan. So, aku juga sangat looking forward dan berdoa aku akan dapat direzkikan dengan kerja tetap semula di Decathlon. Masih menunggu. Should be this week. Insyaa Allah.

Oleh yang demikian, dengan gaji yang Insyaa Allah memuaskan, aku merancang untuk meminang sebuah basikal yang aku came across ketika aku mengail di pasaran basikal. Maka aku pun terpikatlah dengan basikal ni....tadaa!

Hensem tak? Haaa...ni bukan sebarang basikal gunung biasa. Breed ni baru memasuki perairan kita. Di luar negara pun kira masih baru lagi la sindromnya. Spesis ni dipanggil PLUS BIKE atau singkatannya "+ bike". Kenapa "plus"? Bab tambahan tu marinya dari saiz tayar dia. Saiz tayar can be 27.5 x 3.0 atau 29 x 3.0. Betul. Lebar gila. Tak selebar fat bike yang mencecah sehingga 5.0.

Kelebihannya ialah "plushness". Betul. Dengan saiz tayar macam tu, kita ada cukup bunga untuk grip tanah, akar dan gravel dan bantu melancar ke hadapan atau meluru ke bawah bukit dengan penuh keyakinan. Dengan sedikit plushness, diharapkan juga dapat memberi sedikit cushioning.

Maka bermulalah pencarian ke beberapa kedai basikal yang membawa jenama ni. Ye. Marinbikes. So far jenama ni sudah lama di pasaran tempatan cuma kurang promosi atau marketing. Sekarang barulah depa agresif sikit dan maka terselahlah Marinbikes ni dengan harga mampu miliknya yang agak luarbiasa.

Aku mula-mula berkenan dengan satu gravel bike dia yang ala road bike with disc brakes tapi agak sesuai juga untuk touring. Hensem. Hinggalah aku terjumpa Marin Pine Mountain ni haaa. Steel frame pulak tu dan ada rigid fork. Memang sesuai sangat dengan jiwa olskool aku ni. 

Harga MRSP RM3099 sama ada Rodalink atau Bicycleblock Saujana Putra. Aku ngam dengan saiz S. Berat sikit tapi aku jangka ia akan membawa advantage bila downhill.

Naaah...amik lagi sikit bike porn stuff

Pine Mountain 1 2017@Rodalink

Friday, May 4, 2018

Pilihan Kita

Sekarang tengah demam pilihanraya. Yang demam ialah mereka yang masuk bertanding dan mereka yang beri sokongan. Demam sebab banyak duit dibelanjakan dan demam sebab tak cukup tidur malam gantung bendera dan macam-macam strategi berkempen. Konsepnya begitu sejak berkurun lamanya di Malaysia ni. 

Keadaan jadi semak samun bila bendera sepanjang jalan merata tempat. Basically rakyat dah tau nak pilih mana or siapa sebab handphone dah di tangan for the last 5 years. Segala jasa dan khianat yang terpilih sudah lama tau. Semuanya dah melekat dalam hati.

Bak kata pepatah petitih omputih, "the damage has already been done". Dan sekarang sibuk nak melaung menyalak dengan modal berkurun lamanya untuk bela rakyat dengan macam-macam janji manis yang dah jadi masam. Kalau dimakan juga kemanisan dalam masam tu, akan mudaratlah jawapnya hingga ke anak cucu. Yang itu kena dan perlu diperhalusi dalam memilih.

Tiba masanya pilihan perlu dibuat walaupun mempunyai risiko. Andai berterusan dengan nyata penuh korupsi wang dan kuasa, itu bukan lagi risiko tapi menghulur tengkuk untuk disembelih.