Monday, May 14, 2018

Uneventful of Me

Walau betapa bermakna sekalipun peristiwa yang berlaku di tanahair aku, peristiwa peribadi aku masih tiada tanda-tanda akan berlaku sebarang kocakan air. Decathlon masih membisu walau sudah lengkap dua minggu sejak aku habiskan training. Tamat minggu pertama, aku follow up dengan email dan dijawab beberapa hari kemudian. Dikatakan collective meeting hanya akan diadakan minggu berikutnya kerana ada manager yang sedang bercuti compassionate. Jumaat minggu PRU, aku follow up another email tetapi masih belum terjawap. Aku mula berfikir macam-macam. Adakah aku patut follow up juga dengan menelefon? Sekurang-kurangnya mereka boleh aje beri respon atau indication sama ada aku akan diambil kerja atau tidak. Bila menjelang puasa dan raya nanti, bergaji adalah satu bonus untuk aku.

Dalam masa yang sama aku juga merisik-risik alterntif lain. Terfikir tentang projek high speed train KL-Singapore. Bila aku recce website dia, masih lagi mereka di peringkat pengambilan kerja level manager dan ke atas. Semestinya bukan kehendak aku untuk memegang position sebegitu, tambahan lagi dengan projek mega sedemikian yang pastinya akan datang sekali dengan tekanan kerja yang luar biasa. Not my choice of ending my career book.

Dalam masa yang sama jugak, aku terima banyak request untuk cetakan kedua baju Ramadhan Al-Ansar, Alhamdulillah. Rezki Allah kurniakan mungkin kerana kariah suka pada artwork. Honestly for record, aku untung cuma RM2 untuk sehelai baju. Walau design maybe disukai ramai tetapi kain cotton 160 gram tu aku tak boleh nak letak harga terlalu tinggi. Aku cuma nak tarik crowd dulu. Nampak gaya ramai yang tempah berkeluarga. Mungkin sebab harganya murah dan order sekeluarga tak terasa sangat impaknya.

Hence, aku juga membuat perkiraan untuk market aku yang akan datang. Mungkin aku boleh consider untuk keluarkan design secara bermusim seperti musim raya korban akan datang, pakej cuti family day, pakej bercuti sekolah dan lain-lain.

Aku akan kaji harga dan kualiti kain cotton untuk gred yang lebih tinggi. Adakah feasible untuk dipasarkan? Insyaa Allah.

Antara artwork yang aku propose. Pilihan surau artwork A

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.