Sunday, May 27, 2018

Kerepek Pisang Tanduk dan Rempeyek

Bulan puasa ni aku ambil peluang berniaga kerepek pisang tanduk dari Simpang Rengam, Johor dan rempeyek kacang/dal dari Dusun Nanding, Hulu Langat. Kedua-dua sumber aku dapat through kakak aku dan member aku di Serdang. Rezki Allah tu datang dari berbagai saluran dan cara.

Aku design e-poster secantik dan paling jelas serta informatif. Blast berbagai group Whatsapp. Ada jugak yang aku post di Facebook. Mudah berniaga zaman sekarang. Tak perlu berbelanja besar untuk mengiklankan produk. Mahu atau tidak aje. Usaha atau tidak aje. Tapi aku pastikan produk rempeyek dan kerepek pisang tanduk ni sudah memenuhi citarasa aku sendiri. Tahun lepas lagi aku dah jual kerepek pisang tanduk ni. Aku memang suka dan dah berpaket aku sendiri yang makan. Pembuat goreng dengan bawang putih membuatkan rasa dan baunya harum dengan bawang putih goreng.

Begitu juga dengan rempeyek Hulu Langat ni. Aku pernah melanggan melalui seorang sahabat. Setiap kali dia buka tempahan, pasti kami tak ketinggalan. Aku mencuba nasib meminta nombor telefon pembuat rempeyek dari kawan. Dia rela kongsikan dengan pendirian bahawa Rezki Allah tu di mana-mana.

Maka bermulalah aku berniaga secara kecilan. Aku pastikan segalanya direkod melalui spreadsheet Excel termasuk sekali dengan clash flow. Modal aku tak besar, so aku perlu rolling duit, maka tempahan aku juga dibuat berperingkat.

Alhamdulillah rezki Allah tu memang tak terbatas. Selagi diusahakan dengan ikhlas. Sampaikan aku kena stop beberapa tempahan kerana aku risau pembekal putus stok.

Aku cuma masih belum dapat tengok angka terakhir. Insyaa Allah untung di atas kertas tetapi masih belum tahu berapa pulangannya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.