Saturday, May 19, 2018

Kerja

Seawal pagi tadi aku nampak 3 orang warga Bangladesh memulakan pencarian rezki mereka dengan membersihkan longkang tepi jalan. Salah sorang tu mukanya tenang dan masih mengukirkan senyuman. Moga rezki mereka penuh berkat. Lantas aku mula berfikir dan tiada lain saluran untuk merakam apa yang fikirkan tu di sini.

Selalu aje kita dengar dua perkara paling common di Malaysia ni. (1) Peluang pekerjaan lebih tinggi, (2) Susah dapat kerja. Aku tak sure yang mana satu betul. Bila kerajaan buat pembentangan belanjawan atau bercerita pasal pelaburan, atau launching any new mega project, mesti depa akan sebut pasal peluang pekerjaan yang datang bersama dengan whatever yang depa launch tu. Mesti ada punya lah.

Tapi sebaliknya jugak berlaku. Fenomena yang sejak sekian lamanya pula berlaku dalam kalangan rakyat sendiri. Depa ni pulak sibuk mengeluh pasal susah dapat kerja atau takde kerja. Pelikkan? Mana pulak perginya peluang kerja yang gomen duk sibuk citer tu?

Nak tambah lagi pelik, kita duk sibuk ambik pekerja luar pulak! Dalam volume yang ramai pulak tu. Tak kisah lah sama ada level buruh kasar sampai ke sektor perkhidmatan mahu pun level profesional. Betul. Korang sendiri obviously boleh tengok. Kita ada orang Bangladesh yang bekerja menyapu, maintenance landskap dewan bandaraya, bersihkan longkang, buat rumah, bangunan, buat jalan sampai lah ke jaga stesen pam minyak, kedai makanan segera. Level atas pulak kita ada pensyarah dan penyelidik kat universiti yang jugak terdiri dari orang Arab, India dan of course ada jugak segelintir Bangladesh. Di sektor profesional, kita masih mengambil omputih untuk jawatan managers especially bahagian teknikal.

Jadi di mana masalahnya ni? Adakah bila gomen sembang pasal peluang kerja tu memang takde kerja yang sesuai dengan rakyat Malaysia, hanya rakyat luar aje yang boleh buat kerja tu? Atau rakyat Malaysia memang alergik tak mampu nak buat kerja tu?

Peningkan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.