Saturday, June 30, 2018

Antara perbualan semalam, hari kedua...

Bike Touring Vietnam

From the bib & helmet in the scanner box, I spontaneously asked, "Going cycling tomorrow?"
There's this tall skinny mat salleh stood in front of me. Friendly face.
"Yeah! Vietnam with my father tomorrow."
"Wow! That's great. Where you're from?"
"I'm from Australia. Have you been to Vietnam mate?"
"Nope. But I've done some bike tours in Thailand."
"That's awesome. And where was that?"
"Oh! I started from the Malaysian border up to Trang."
"Yeah! They have nice roads there. It was magnificent. Any nice bike route here in Malaysia you can share?"
And for a moment there we doodled at my phone screen browsing the Malaysian map. We broke another barrier today. We parted with wishes and appreciation. 

Naik Kerinchi

Sampai pula dua gadis yang pada anggapan aku mungkin pelajar kolej. Masing-masing dengan dua beg galas besar dan beberapa peralatan hiking.

"Ini ada nak pergi jauh ni?" niat aku bukan menyibuk tapi sekadar nak memecahkan suasana hambar dan menembusi minat pelanggan.

"Oh! Kami nak pi Kerinchi."
"Best tu! Bila perginya?"

"Insyaa Allah hujung bulan ni. Tapi kami selit-selit aje dengan group. Ambil pakej. Dapat lah kos seorang dalam RM400+ belum masuk tambang kapalterbang."

"OK lah tu. Kalau tambang dibeli awal, lagi boleh dapat murah."

"Betul! Memang kami beli awal sangat. Dapat RM200 lebih aje." 

"Tapi beg ni macam besar sangat untuk dipikul bawak naik gunung. Atau ada sewa porter?"

"Oooo kami cuma guna beg ni sebagai luggage aje masa naik flight. Yang dibawak naik gunung beg kecik sikit."

"Betul gak. Sekarang ni memang senang disumbat dalam satu beg besar untuk sekali trip. Termasuk jugak beg kecik-kecik. OK terima kasih dan selamat mendaki."

Backpacking London

"Pi hiking ke bro?"

"Oooo saya nak pi London."

"Oiii jauh tu. Backpacking ye?"

"A'ah. Pergi berdua aje dengan member. Murah sikit."

"OK bro. Selamat bermusafir."

"Terima kasih. Insyaa Allah."

Sama ada kita mendoakan orang atau orang mendoakan kita, atau kita sama-sama bertukar-tukar mendoakan sesama kita. Isn't that good?

The People

Hampir setiap hari aku akan berinteraksi dengan macam-macam jenis manusia. Aku tertarik untuk merakamkan interaksi yang unik berkisar tentang minat masing-masing. Akan ada yang melibatkan perbualan panjang disebabkan minat yang sama. Ada yang singkat tetapi unik atau sedikit jenaka.

Hari pertama, ceritanya begini...

Hadir seorang lelaki dewasa bersama ibunya ke kaunter. Banyak barang dibeli, penuh bakul. Sistem scanner cekap mengsan setiap item code sekaligus. Ibu dan anaknya kagum.
Seperti biasa, saya akan menegur. Based pada barangan yang dibeli, saya meneka "Nak pi berkelah kat mana ni? Meriah nampak barang-barang ni."
"Oooo...ni mak saya nak pi haji."
Secara spontan "Alhamdulillah. Tahniah ye! Syoknya. Happy saya dengar."
Bila rasa diraikan, both of them rasa sangat gembira dan seolah-olah kami berjaya break boundary buat seketika.
Sekali lagi saya ucapkan tahniah dan mendoakan perjalanan ibadahnya tatkala kami berpisah. Sempat saya pesan, "Nanti sampaikan salam saya pada Rasulullah s.a.w. ye."
"Insyaa Allah. Nanti akan disampaikan salamnya dari petugas di sini ye. Dan saya doakan awak berjaya dunia & akhirat."
"Aamiin. Terima kasih."
Selain mencari rezki, tidak salah atau susah untuk kita berusaha menggembirakan dan meraikan yang lain kerana redha Allah datang dari berbagai arah.

Friday, June 29, 2018

Back to Deca

Semalam bermula kembali aku bertugas di Decathlon USJ. Setelah hampir sebulan lebih aku berehat sejak complete training seminggu. Mula-mula aku tangguhkan tarikh bekerja sebab aku ke Padang. Sebaik kembali, pihak pengurusan pulak takde kesempatan nak duduk bincang. Sampailah masuk bulan puasa. Walaupun aku agak berharap bulan puasa aku boleh mula bekerja & ada income untuk beraya, tapi aku risau juga aku tak dapat cuti beraya. Tambahan lagi bila urusan pengajian NY datang dalam masa yang sama. Secara tentatif, aku maklumkan kepada Shukur selaku Cashier Manager yang bersetuju menyerapkan aku ke dalam team dia untuk mula seminggu selepas raya.

Aku diberi bertugas Khamis hingga Ahad untuk syif petang sahaja. Dengan alasan petang hingga ke malam lebih ramai customer. Isnin hingga Rabu aku bercuti sebab aku tak boleh hadir syif petang memandangkan pertembungan dengan kelas tuisyen aku. Lantikan aku hanya pekerja sambilan sahaja, mungkin selama 2-3 bulan. Memang prosidur standard mereka. Selepas pemantauan prestasi, akan diserapkan ke kerja tetap dan ada gaji asas.

Aku tak kisah dengan terma & syarat asalkan jadual aku masih boleh dianjalkan mana yang patut. Dengan jadual macam ni, aku masih ada masa pada waktu pagi hingga tengahari. Masih boleh beriadah hujung minggu atau masuk event.

Kerja semalam sepenuh masa sebagai juruwang. Aku bertugas dengan Rara, graduate UiTM dalam bidang sains sukan. Budak Johor. Jumlah customer tidak begitu rancak, kecuali menghampiri jam 9.00 ke atas. Mungkin masih sibuk beraya. Sama seperti aku. Belum ada panggilan untuk mula beriadah secara berkala.

Cashier counter aku sahaja mengutip hampir RM4000 seharian semalam. Jumlah sales untuk keseluruhan premis mencecah RM41k. Sesuatu yang pada aku agak bagus. Menjelang hujung minggu pastinya akan lebih sibuk. Bismillah.

Tuesday, June 26, 2018

Sustainable Resources

Dengan pemergian NY untuk further study maka aku lebih prihatin tentang isu menampung perbelanjaan pengajian dia, termasuk sekali dengan tanggungan semasa. Walaupun aku dah pernah dapat tips dan maklumat serta nasihat dari berbagai pihak, bila sampai masanya baru aku jelas dengan gambaran keperluan perkara-perkara sebegini.

Oleh sebab itu, hampir setiap hari aku mula mencari kerja. Berbagai saluran aku guna selain online, aku juga merisik melalui contact kawan-kawan lama. Sudah empat permohonan di Jobstreet telah aku buat. SPA online pun sama, walaupun aku hanya guna diploma aje.

Sebenarnya puas jugak aku brainstorming dan atur strategi untuk meneruskan dan memulakan pencarian kerja ni. Maklumlah, bila dah berumur ni banyak juga personal preference yang perlu dipertimbangkan dan diutamakan. Salah satunya ialah kemampuan fizikal. Walaupun kadang-kadang jawatan yang kurang stress seperti bekerja di Decathlon contohnya, tetapi memerlukan kemampuan fizikal untuk bekerja selama 8 jam. Selain dari tu, waktu atau jadual kerja pun menjadi pertimbangan disebabkan aku ada kelas tuisyen dan kalau boleh aku nak elak dari bekerja pada hujung minggu.

Tetapi kesemua preferences tu agak sukar nak fulfill sebab situasi dunia kerja makan gaji masa ni mengurangkan polisi work-life balance. Take it or leave adalah secara tak langsung yang diamalkan.

Aku jugak mula melihat iklan jawatan kosong jurutera, walaupun pada hakikatnya aku tak nak kembali ke dunia tu. Tetapi hakikat di sebaliknya, dengan pengalaman aku yang bertahun-tahun dalam industri tu, maka aku masih boleh meletak expected salary yang tinggi seperti gaji terakhir aku dulu. Setelah puas berfikir, aku takde banyak pilihan selain mengutamakan matlamat menjana pendapatan untuk menampung komitmen.

Monday, June 25, 2018

Tabur West

Finally aku berpeluang menjejakkan kaki di Bukit Batu Tabur yang dah lama sangat mengidam. Since dah selesai urusan hari raya & beraya serta urusan NY aku menyediakan ruang untuk beriadah semula dengan matlamat untuk mencari stamina.

Permulaanya aku bercadang nak kembali kayuh aje, secara runcit sampai Hulu Langat. Dah siap basuh basikal untuk buang sawang dan habuk, tapi malas sangat rasanya nak siapkan barang especially bila bab nak sarungkan semula jersi & bib yang pastinya ketat. Hahaha.

Cuaca hujan pulak lately sama ada pagi atau petang ke malam. So, aku came across post insta member pasal gambar tabur. Wow! Tertarik untuk join hike dia. So aku DM & dia ajak Sunday. On!

Kul 6 pagi aku dah gerak menghala ke Taman Melawati, Ulu Klang dan meet up Syah. Kami drive dan park di trail head. Tak berapa jauh dari Masjid Al Mardhiyah. Parking tepi jalan aje. Jalan tu habis di gate reservoir. Winding road & a bit sempit. Bahu jalan pun sempit tapi enough.

Tujuan untuk start awal sebab target untuk tengok sunrise. Maka bergegas dan mencungaplah aku mengejar pace avatar ni mendaki. Mula-mula kami berlari anak di jalanraya sejauh 50 meter dan naik tangga tepi jalan untuk terus ke atas trail. Trail pun terus aje mencanak-canak tanpa diskaun.

Syah kata tak jauh tapi bila sampai satu peak, dia kata depan lagi. Bila sampai lagi satu, dia kata kita kena sampai kat Pasar. Satu area/peak yang macam pasar sebab situ lah ramai orang berlonggok untuk view sunrise disebabkan almost 360 degree view.

Aku cuba catch up pace Syah. Kami sampai jugak di Pasar beberapa minit sebelum sunrise. Kabus masih tebal dari arah Klang Gate Dam dan Kemensah so sunrise pun agak lewat sikit kelihatan. Aku cuba ambil time lapse tapi lenguh tangan menahan gegaran dan nak pegang lama-lama.

Since tempat melepak agak terhad, kami decide untuk meneruskan perjalanan naik lagi menghabiskan Tabur West. Sempat Syah tunjuk lokasi Tabur East dan Tabur Far East or Tabur Extreme. Berada area Kemensah dan masih kelihatan dari Tabur West tempat kami berpijak. Nampak menarik jugak untuk aku jelajah.

Perjalanan kami naik dan turun tebing-tebing curam yang agak teknikal dan merbahaya. Hanya berharap pada pautan tangan pada batu atau kabel besi atau besi tangga yang ditanam ke dalam batu oleh pihak MPAJ. Kemudahan yang sangat membantu.

Pemandangan trail masih tetap menarik dan unik sebab basically kami sedang berjalan di atas rabung. Memang agak sempit, hanya sekitar 3-4 kaki lebar tetapi kiri kanan trail dipenuhi dengan pokok-pokok bonzai dan permaidani lumut hijau yang cantik.

Kami stop 1-2 spot untuk chillax enjoy view sambil pekena kopi yang aku bawak dalam Thermos. Syah agak pelik sebab aku bawak kopi. Itu lah sebenarnya nikmat.

Kami berjalan sampai hujung trail. Sampai tebing dah putus. Menghadap Taman Melati. Ridge yang seterusnya tu menghala ke Gombak.


Friday, June 22, 2018

Hari Raya 2018

Dua hari sebelum raya kami dah gerak balik ke kampung. Aku decide untuk gerak malam sebab nak avoid heavy traffic dan cuaca panas. Memang dua minggu terakhir Ramadan agak luar biasa sikit panasnya. Mula-mula aku plan nak bersahur di R&R aje, jadi boleh la gerak jam 3.00 pagi supaya sampai situ just nice untuk bersahur. Eventually aku decide untuk gerak awal lagi, which was 12.30 am untuk aku terus aje bersahur di kampung. Syukur driving tak mengantuk.

Raya was normal back in my hometown. Kami solat raya di masjid yang sama, makan menu raya yang sama cuma saudara mara yang dapat beraya bersama aje kurang sikit. Masing-masing ada plan lain agaknya. By raya kedua, seawal pagi kami dah bertolak balik KL. Trafik masih terkawal kecuali jika kami decide untuk singgah-singgah dan akan menyebabkan waktu perjalanan bertembung dengan orang keluar beraya.

Raya tahun ni lebih banyak tertumpu kepada persiapan untuk NY punya study. Raya kelima dah fly, so beraya di KL secepat yang mungkin untuk cover rumah-rumah ipar duai dan seterusnya cari barang persiapan unuk NY.

Semalam NY & ibu fly. Kami hantar sampai airport aje sebab kos penerbangan untuk sekeluarga akan jadi mahal. First time dan first child kami akan berjauhan. Tapi kami yakin NY will do just fine. Homesick will be just part of the being away.

Monday, June 11, 2018

Last week

Minggu terakhir Ramadan. Macam-macam happening cuma aku agak malas menulis. Entah kenapa? Tapi aku sibukkan juga diri dengan berkreatif dengan Ai untuk melakar beberapa kad ucapan raya versi Whatsapp. Berjam-jam juga diperabih bila dah mula datang minda dan mood kreatif. Hasilnya juga boleh dikatakan memuaskan. Janji tak sia-sia. Dapat juga jana beberapa income dari tu.

Minggu ni pulak rezki melimpah dengan beberapa job PR. Bertalu-talu masuk sampaikan aku kena filter based pada deadline. Takut tak mampu nak dliver. Jumlah pages setiap job boleh tahan jugak banyak. Aku dah terbayangkan jumlah bayaran tapi aku kena expect yang bayaran will not come any sooner. Job macam ni selalunya aku biarkan aje bila payment akan masuk dan tak ditunggu-tunggu. 

Mood Ramadan tenggelam timbul. Hanya untuk menghabiskan saki baki aje. Tiga malam surau buat qiam tapi semua aku skip. Entah mana pergi semangatnya. Walau berniat nak buat hanya di rumah tapi so far cuma dapat sekali aje. Haih! Apa nak jadi ni? Tapi aku tetap kuatkan semangat untuk terus bertarawih dan berjemaah. Mudah-mudahan apa yang selalu ustaz sebut pasal solat malam ni umpama seluruh malam ganjarannya. Itu aje yang termampu.

Aku juga kadang-kadang dah kurang mood untuk berbuka di surau. Mungkin tiada lagi keceriaan seperti dulu. Mungkin jugak selera ni dah kurang atas faktor usia. Asal ada apa aje makanan untuk berbuka pun aku dah bersyukur.

So far kelengkapan raya untuk anak-anak almost lengkap. AY demanding sikit tapi aku layan ikut kemampuan supaya bimbing dia untuk tak levish sangat berbelanja ikut keperluan. NY dah boleh shopping sendiri sama ada dengan kawan or cousins. So far tak demand macam AY tapi kena gak pantau skill orang pompuan shopping ni masih ada pada dia. Yang masih tertinggal is FU dan wife. Aku akan cuba rearrange bajet untuk slot in for them.

Monday, June 4, 2018

A letter to my Daughter

Dear Daughter,

Soon the world will open up for you. The view will be vast. They don't simply put 18 years old for anything besides just a figure, but it is synonym to how the mind and perspective grow and develop to see and the accept the world.

One can see it as a scary thing, but others anticipate it as opportunities. Be the later. It is a big step for you but such bigger steps will come as people climb towards the higher pyramid of life. Don't worry, the steps will be taken each at a time as the emotion and rational grow in harmony as long as we lead a good and blessed life.

I wish that this opportunity will be taken as a stepping stone towards a clearer vision of life. Enjoy the time, the sweet moment of a campus life to become mature in thoughts and interact lively instead of using technologies. Blend into communities. Discover your potentials, buff it up. This is the time. The time to prepare for the total survival skill once a bigger window opens up.

Hand in hand, academic and social skill will slowly guide oneself to vision the next 10 years of one's life. Put small goals and manage it one at a time. Put bigger or the ultimate goal as guidance to fulfill one's destiny.

All in all, prayers and doa to Allah s.w.t. will be the ultimate guidance.

Best wishes,
Ayah

Damai Ayah Di Sana

Damai ayah di sana
Berpuluh tahun berkeringat
Membesar & membimbing anak
Hingga hasilnya kini berdiri menempuh dunia

Ayah pergi
Dengan berbekal umur umat Nabi
Ayah pergi tanpa berita awal
Namun uzurnya sudah bertahun
Tapi ditahannya dengan tabah

Kalau ayah masih ada
Kami selalu bercerita
Cerita pasal model kereta terkini
Cerita zaman silamnya

Sesekali ayah mengimbau sahabat lama
Yang jauh dicari
Yang dekat dia lupa
Namun setiap mereka juga sudah tiada

Aku rindu gelak tawa ayah
Rindu senda guraunya
Rindu leterannya
Sambil diselak NST bermuka-muka
Sesekali helaian menghempap muka
Ketiduran usai letih dek faktor usia
Bila tersentak jaga kakinya bergoyang semula

Walau berpuluh tahun bersama
Tapi aku tetap tidak puas bersama
Betapa signifikan hidup ayah
Dalam hidup aku
Tapi aku tiada kesempatan menghabiskan masa
Kerana aku juga ayah

Moga ayah damai di sana
Diberikan teman bersama yang alim² sahaja
Dibentangkan taman syurga
Kelak nanti kita akan bersama

Al Fatihah
18 Ramadan 1431 Hijrah