Tuesday, June 26, 2018

Sustainable Resources

Dengan pemergian NY untuk further study maka aku lebih prihatin tentang isu menampung perbelanjaan pengajian dia, termasuk sekali dengan tanggungan semasa. Walaupun aku dah pernah dapat tips dan maklumat serta nasihat dari berbagai pihak, bila sampai masanya baru aku jelas dengan gambaran keperluan perkara-perkara sebegini.

Oleh sebab itu, hampir setiap hari aku mula mencari kerja. Berbagai saluran aku guna selain online, aku juga merisik melalui contact kawan-kawan lama. Sudah empat permohonan di Jobstreet telah aku buat. SPA online pun sama, walaupun aku hanya guna diploma aje.

Sebenarnya puas jugak aku brainstorming dan atur strategi untuk meneruskan dan memulakan pencarian kerja ni. Maklumlah, bila dah berumur ni banyak juga personal preference yang perlu dipertimbangkan dan diutamakan. Salah satunya ialah kemampuan fizikal. Walaupun kadang-kadang jawatan yang kurang stress seperti bekerja di Decathlon contohnya, tetapi memerlukan kemampuan fizikal untuk bekerja selama 8 jam. Selain dari tu, waktu atau jadual kerja pun menjadi pertimbangan disebabkan aku ada kelas tuisyen dan kalau boleh aku nak elak dari bekerja pada hujung minggu.

Tetapi kesemua preferences tu agak sukar nak fulfill sebab situasi dunia kerja makan gaji masa ni mengurangkan polisi work-life balance. Take it or leave adalah secara tak langsung yang diamalkan.

Aku jugak mula melihat iklan jawatan kosong jurutera, walaupun pada hakikatnya aku tak nak kembali ke dunia tu. Tetapi hakikat di sebaliknya, dengan pengalaman aku yang bertahun-tahun dalam industri tu, maka aku masih boleh meletak expected salary yang tinggi seperti gaji terakhir aku dulu. Setelah puas berfikir, aku takde banyak pilihan selain mengutamakan matlamat menjana pendapatan untuk menampung komitmen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.