Hari pertama, ceritanya begini...
Hadir seorang lelaki dewasa bersama ibunya ke kaunter. Banyak barang dibeli, penuh bakul. Sistem scanner cekap mengsan setiap item code sekaligus. Ibu dan anaknya kagum.
Seperti biasa, saya akan menegur. Based pada barangan yang dibeli, saya meneka "Nak pi berkelah kat mana ni? Meriah nampak barang-barang ni."
"Oooo...ni mak saya nak pi haji."
Secara spontan "Alhamdulillah. Tahniah ye! Syoknya. Happy saya dengar."
Bila rasa diraikan, both of them rasa sangat gembira dan seolah-olah kami berjaya break boundary buat seketika.
Sekali lagi saya ucapkan tahniah dan mendoakan perjalanan ibadahnya tatkala kami berpisah. Sempat saya pesan, "Nanti sampaikan salam saya pada Rasulullah s.a.w. ye."
"Insyaa Allah. Nanti akan disampaikan salamnya dari petugas di sini ye. Dan saya doakan awak berjaya dunia & akhirat."
"Aamiin. Terima kasih."
Selain mencari rezki, tidak salah atau susah untuk kita berusaha menggembirakan dan meraikan yang lain kerana redha Allah datang dari berbagai arah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.