Friday, June 29, 2018

Back to Deca

Semalam bermula kembali aku bertugas di Decathlon USJ. Setelah hampir sebulan lebih aku berehat sejak complete training seminggu. Mula-mula aku tangguhkan tarikh bekerja sebab aku ke Padang. Sebaik kembali, pihak pengurusan pulak takde kesempatan nak duduk bincang. Sampailah masuk bulan puasa. Walaupun aku agak berharap bulan puasa aku boleh mula bekerja & ada income untuk beraya, tapi aku risau juga aku tak dapat cuti beraya. Tambahan lagi bila urusan pengajian NY datang dalam masa yang sama. Secara tentatif, aku maklumkan kepada Shukur selaku Cashier Manager yang bersetuju menyerapkan aku ke dalam team dia untuk mula seminggu selepas raya.

Aku diberi bertugas Khamis hingga Ahad untuk syif petang sahaja. Dengan alasan petang hingga ke malam lebih ramai customer. Isnin hingga Rabu aku bercuti sebab aku tak boleh hadir syif petang memandangkan pertembungan dengan kelas tuisyen aku. Lantikan aku hanya pekerja sambilan sahaja, mungkin selama 2-3 bulan. Memang prosidur standard mereka. Selepas pemantauan prestasi, akan diserapkan ke kerja tetap dan ada gaji asas.

Aku tak kisah dengan terma & syarat asalkan jadual aku masih boleh dianjalkan mana yang patut. Dengan jadual macam ni, aku masih ada masa pada waktu pagi hingga tengahari. Masih boleh beriadah hujung minggu atau masuk event.

Kerja semalam sepenuh masa sebagai juruwang. Aku bertugas dengan Rara, graduate UiTM dalam bidang sains sukan. Budak Johor. Jumlah customer tidak begitu rancak, kecuali menghampiri jam 9.00 ke atas. Mungkin masih sibuk beraya. Sama seperti aku. Belum ada panggilan untuk mula beriadah secara berkala.

Cashier counter aku sahaja mengutip hampir RM4000 seharian semalam. Jumlah sales untuk keseluruhan premis mencecah RM41k. Sesuatu yang pada aku agak bagus. Menjelang hujung minggu pastinya akan lebih sibuk. Bismillah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.