Friday, July 29, 2011

Bulan Paling Power

Tu dia aih! Lagi dua hari je lagi Ramadhan al-Mubarak akan bertemu kita kembali. And hujan pagi ni bagaikan Rahmat. Biaq kasi rinse semua part yang kotor-kotor so come Ramadhan semua bersih dah. Syukur la Alhamdullillah Allah s.w.t. tu maha penyayang dipanjangkan umur & dimurahkan rezki untuk jumpa semula Ramadhan lagi sekali. Setahun berlalu tersangat pantas. Ramadhan yang lepas jugak arwah ayah aku telah kembali berjumpa Penciptanya. Semoga beliau berada di samping orang-orang beriman. Amin.

Sampainya Ramadhan ni, aku terpaksa tukar ke race mode all the way. Kira Century Ride and PD tri hari tu macam kick-start la. Chop! Bukan race mode untuk berlumba aktiviti bersukan tapi aku plan mau race untuk mengejar pahala. Amin. Al maklum la bulan paling power tuh. Setiap amalan insyaAllah dapat keberkatan berlipat-lipat kali ganda beb.

Kalau sebelum ni priority nak training extra sikit, maybe la ni kena adjust tukaq priority training jadi nombor dua. Yang pertama dah tentu kena balun for Ramadhan. Boleh gak la lari sikit, kayuh sikit mana yang boleh selit, takmo bagi lemak bukak posa & moreh tarawih tu berkumpul lama sangat.

Jom kita race ke masjid! Banyak benda boleh buat beb. Selain berbuka selepas solat Maghrib berjemaah, lepaih tu Isya', lepaih tu Tarawih, witir, lepaih tu tazkirah, then moreh & last sekali Tadarus beb. Kalau boleh maintain sebulan untuk kesemua tersebut, kompom Ironman or marathon pun boleh kawtim. Ni peluang kita untuk muhasabah diri...kot la next Ramadhan kita tak bersua lagi.

Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan:
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muahmmad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Pesanku kepada diriku dan rakan-rakanku".

Selamat menyambut Ramadhan & menjalani ibadah berpuasa & pakejnya sekali untuk geng sekelian. Mohon & maaf ye. Salam :]

Monday, July 25, 2011

Tri-ed

Sebelum citer dah tak valid, baik aku rekod siap-siap. Dah ler masuk sprint je. Celah gigi je untuk sebilangan kaum yang dah otai in tri. Walaupun badan & mind aku masih belum cukup waras, walaupun dah pow kopi kow pagi ni, aku paksa gak untuk melayan Monday blues. Kepala masih lagi ada sikit "weng" & suara pun sedikit sengau-sengau Peter Pan akibat selsema & batuk.

Kekalutan awan nano aku slowly reda bila aku cuba mengisi masa lapang dengan aktiviti famili. Jumaat malam tu masih lagi pi teman wifey shopping buku kat Alamanda (beli jiwa), & malam tu jugak aku decide untuk join Azmar overnight kat PD so esok pagi tak kelam kabut (konon...read on). Kul 10.30 p.m. baru gerak ke rumah Azmar. Sampai situ, Azmar lambung sikit je "bro, TdF lagi 10 kilo je." Aiyak! Mana boleh lepaskan. Antara stage paling kritikal nak tengok raja-raja bukit bertarung untuk Yellow Jersey. Layan. Kul 12.00 a.m. baru gerak ke PD. Adoiii aiii...untuk first race aku yang belum pernah ada experience, aku dah langgar syarat curfew tido awal.

Sampai PD, lepak banglo boss Puzi. Katil dah tarik aku macam magnet. Tapi macam biasa, depa dok sambung sembang lagi kat kepala katil. 1.30 a.m. baru tidoq! Aku dah layan separuh sedar je.

"Ayahanda marah ke?"
"Eh?! Tak! Tak! Sembang la sampai pagiii....grrrr."

Kul 6.00 a.m. dengan semangat aku terkam bilik air. Siap by 6.15 a.m. dengan planning untuk kuar rumah 6.30 a.m. & body marking 6.45 a.m. Tapi kaum satu rumah semua lepak je belum bangun. Bior betik?! Aku kejut Azmar baru la dia slow-slow masuk bilik air & bertapa hampir 15 minit. Gosok gigi pun bunyi macam basuh baju pakai sabun chap kapak!

Kul 7.00 a.m. baru la semua bangun tapi mata masing-masing masih sepet. Belum jugak depa mandi. Razani rupanya melepak sekali. Dia ni power beb. Antara Malaysian yang first dapat sub-10 hours kat Ironman Langkawi. Even Wong Ah Thiam pun belum pecah rekod tu. Tapi sekarang dia tak berlumba dah, concentrate bisnes barang-barang sukan. Cool guy. Kami sembang macam dah lama kenal.

Syarat kedua yang aku dah langgar untuk pi race ialah, pergi lambat. Apa taknya, si Razani pi bukak pulak dua beg kargo barang-barang sukan yang baru sampai dari oversea! Adoiii aiii. Habih di keluarkan semua kasut Saucony, jaket Salomon Goretex, Nike Livestrong gloves, sandal Teva & helmet full-face superbike pun ada?! Lagi 15 minit kami dok melayan pasar pagi Razani pulak & aku dah mula tak keruan. Naik lebam jugak la aku tampar peha Azmar ajak beredar. Azmar kata, macam ni la better, so tak rasa nervous. Chooyy! Banyak la kau punya rilex!

Kami sampai di Admiral Cove 7.45 a.m. Terjumpa bro ZulH baru sampai gak. Sempat lagi nak lambung suruh aku switch bib dengan dia. Aku amik bib OD dia, dia amik bib Sprint aku. Dengan fakta, aku training, dia tak. Ishk! Suka hang je Zul ek? Aku nak telan ayaq liuq masa tu pun dah susah, hang lagi nak lambung aku noooo? Kami bertukar-tukar good luck & aku hayun langkah ke transition ala-ala kawat tentera.

Sampai di transition, aku disambut oleh Mr Emcee dengan laungan di speaker "Hey! You're late already la. People going to start already you know! They changed the starting line also! Hurry! Hurry! Don't forget to bodymark OK!"

Aiyak! Maka terkedek-kedek la aku berlari gantung basikal & sriaaap aku bukak beg capai goggle & swimming cap. Yang lain semua aku tak sempat nak susun. Lantak ler. Dan terkedek-kedek lah aku berlari untuk bodymarking & pastu ke arah pontoon. Tak ler pulak depa tukar tempat. Cis! Sama je. Tapi muka-muka kelat atas pontoon dah aku nampak. Memang betul pun. Bila dah lambat & kelam kabut, aku tak terfikir pasal nervous. Tapi aku tak jangka...nervous mai later! Adoiii aii...

Kak Pah ada kat pontoon dah, teman member dia first timer jugak. Ada lagi 10 minit nak start at 8.00 a.m. & masa tu terlalu lama untuk aku. Segala apa doa & wirid & salawat aku tabur. Dett pesan kena salawat sikit untuk halau hantu laut. Chooyyy! Aku tak pikiaq dah pasal apa jua jembalang sat lagi. Horn berbunyi tepat 8.00 a.m. dan berduyun-duyun la orang terjun masuk laut. Aku dok cari Azmar yang planning nak teman aku. Aku antara yang last terjun, pontoon dah lengang. Hehe. Dengan gentle aku terjun...
Adegan ngeri Part 2 selepas tri clinic (Pinjam from Steve Yap)
Tapi sekali goggle masuk air daaa...terganggu momentum sikit. Kononnya bercadang nak terjun sejauh yang mungkin dari pontoon tu, so kurang sikit distance nak kena swim. Boleh ke macam tu? Keh keh keh. Nervous yang aku citer tadi tu, mai masa nak mula swim la ni. Alih-alih aku rasa macam tak best. Aku stop swim & ada brader suruh aku chill & float terlentang. Aku buat. Azmar sempat lagi lambung suruh aku backstroke aje all the way. Aiyak! Aku sambung balik tapi swim dekat dengan pontoon bot yang parking.

Dah keluar dari area bot tu, lagi sekali aku terpaksa bergayut kat pelampung tiub tayar kereta yang Uncle Chan gantung kat string. Ada la lebih kurang 200m aku dah swim kot. Terkejut aku bila dengar suara Uncle Chan dari atas pontoon atas kepala aku. Rupanya dia follow swimmers dari tepi. "Are you OK aaa? You see that tube over there? You try swim towards that one. Slowly sure you can." Memang supportive betul la Uncle Chan ni.

Aku sambung lagi tapi aku tak stop kat next pelampung macam yang Uncle Chan suggested sebab ramai swimmers yang breaststroke rapat kat string. Aku takmo kena kung fu depa. Bahaya. Aku balun lane luar & cuma target buoy merah yang besau tu. Kali ni aku cuma fokus kat stroke aku so that every stroke aku reach & pull perfectly. Takmo macam kipas helikopter & menambahkan huru-hara. Setiap stroke aku make sure aku glide sikit & take time untuk pull...dalam erti kata lain, aku amik masa untuk find inner peace. Chewah! Macam bagus! Alhamdullillah it worked for me. Syiok pulak dah dapat layan. Sampai ke buoy merah tanpa masalah. Then belok ke arah pantai. Layan aje. Konfius sikit ada dua pintu gerbang. Nyaris aku swim ke arah yang kuning besar. Rupanya tu starting line untuk OD. Jauh tu beb nak ke sana. Yang sebenarnya, finish line depan aku lagi lebih kurang 400m. Layan. Kak Pah later kata, aku overtook dia & member dia. Dah dapat mojo la kot masa tu. Tapi memang betul, syiok gak. Aku sempat Hi-5 Azmar untuk ucapan terima kasih sebaik habis swim.

Ni je la gambar kenangan. Pic dari Zairin (Om Nom) yang lambung aku selama 3 tahun
Naik ke pantai, aku berlari slow-slow ke arah transition. Lalu kat shower sikit kasi bilas apa yang patut, keringkan kaki, kepala, pakai kasut, helmet & terus sorong basikal. Yahoo! Aku dah selamat berada di atas basikal. Tapi memang aku perasan, basikal kat transition dah tak banyak. Hehe. Kayuhan terasa sedikit pongeh, entah tak tau kenapa? Aku terus telan GU gel at KM1. Sorang-sorang aku overtake. Ramai jugak. Poyo je. Sekali aku terperasan yang aku lupa pakai bib number. Aiyak! Jangan DQ sudah beb. Memang bajet sampai kat KM10 U-turn, aku plan boleh tekan sikit masa balik. Akan tetapi, kat KM10 takde marshal & takde signboard U-turn. Aik? Aku follow je riders depan. Maybe depa tukar cycling route, bagi buat loop kot. Sekali aku nampak first peloton yang terdiri dari pro-pro triatletes. Depa semua berdesup je. Oooo kena patah balik kot. Dah KM14 turun naik bukit ada second peloton jerit suruh aku U-turn. Depa kata kita dah overshot. Aiyak! Depa dok maki hamun apa yang patut. Aik! Sprint pun nak beriya-iya sangat ke? Cepat-cepat aku drop gear, tengok line clear & terus U-turn cangkuk depa. Lega sikit. Dapat gak la drafting dalam peloton depa ni 5km cruising at 45kph rolling. Keh keh keh.

Sampai jugak aku kat transition semula dengan selamat. Alhamdullillah. Kayuhan terlebih jadi 28km instead of 20km. Apa nak buat? Layan aje. Ku sarung adizero ceples & Radar Path & capai GU gel se-paket lagi. Ye la..aku tau Sprint pun nak makan gel? Bukan apa. Beli masa GNC buat sale, expire hujung bulan ni. RM3.20 se-paket. Rugi tak makan ooo... keh keh keh.

Lack of latihan batu-bata membuatkan kaki aku dah berat macam batu granite sebaik keluar ke jalanraya. Baik punya berat macam lori naik Karak Highway. Akibat banyak sangat minum air atas bike, aku terkena side stitch. Terus pantun berbelas rangkap Enaikay bermain di fikiran. Adoiii aiii! Mula la terfikir nak jalan aje tapi no-way, aku berlari-lari anak pun jadik la. Puzi lalu dengan Razani naik basikal. Dia jerit "No jogging is allowed! Please run!" Cis. Nak jugak camdek aku ye? Sampai depan Tanjung Tuan Apartment, nostalgia telah menghantui aku. Aku nampak Doris! Terus kenangan Energizer Night Race 2010 yang kena tapau dengan dia mai semula. Hahaha. Dia dengan kawan-kawan dia. Steady je dia, sambil sembang-sembang. Dia masuk sprint ke OD ni? Nampak macam tak pakai bib. Maybe warmup run untuk OD esok kot. Terus aku tarik muka perit untuk memotong lantas meninggalkan kenangan pahit itu.

Aku telan GU gel kat water station. Kaki masih tak respon sebaiknya. Ada pulak off-road run. Kena lari tepi jalan atas pasir. Mak aih! Layan. Kaki yang dah sememang lembik, jadi lagi lembik bila lari atas pasir. Nasib baik lepas u-turn lari semula atas jalanraya. Part ni baru la kaki ada kick-in sikit. Naik turun bukit lalu depan kuil hindu ada kembang sikit lubang hidung sebab bau-bauan, maka bertambah laju la lagi pace aku. Azmar tunggu aku kat bus stop untuk lari sama-sama. Masuk balik Admiral Cove & terus aku memecut ke arah finish line. Settle. Kowtim. First tri event aku selesai. Lega. Syukur Alhamdullillah.

Thanks to all kawan-kawan yang bagi dorongan & support & lambung tak hengat selama ni. Yang sama-sama mendugong kat pool. Ada yang dah start lambung 3 tahun yang lalu. Ada yang last minute tinggal komen kat last blog post aku. Ada jugak yang sms aku pagi tu jugak, pujuk jangan sampai nanges! Sebaik aku tengok balik phone lepas race tu, banyak message masuk tanya khabar. Terharu aku. Cadel Evans & Andy Schleck pun korang kena gak sms tau...kecik hati depa nanti. Hehe. Thanks guys. Dah umur 40 baru ada rezki cuba tri test water :]

Selepas aku amik bike from transition & berborak-borak kat lobi hotel dengan kawan-kawan yang ada, aku & Azmar pun mula la menapak balik ke kereta. Azmar kata muka aku macam tak puas hati. Dia kata aku macam melopong. Dia tanya, "Tak puas kan? Race pendek sangat." Hehe. Ye la kot. Dah biasa buat benda lebih 3 jam, sekali yang ni macam sakit kejap je. Dah tu? Tak reti nak lambung diri sendiri untuk sign up OD next season? InsyaAllah. Memang meriah sebenarnya event triathlon ni. Tambah lagi dengan konsep Uncle Chan yang organise race ala-ala kampung sikit. Dia bukan kisah orang nak mengelat ke apa. Aku tau dia memang nak encourage orang buat triathlon. Untuk first tri event, PD memang venue terbaek.

Sempat aku sembang dengan couple dari USA masa nak amik bike. Dia tanya aku apa maksud t-shirt Chap Ayam Runners yang aku pakai? Aku cakap it's a Chicken Runners Club yang lari for fun tapi no ciken loop. Hehe. Mr. Sam (bukan Sam Whitwicky ye) masuk tri PD for the fun of it. Dia suka suasana & cuaca. In fact esoknya pun dia masuk OD tapi buat relay, support member ofis dia yang baru nak buat tri. Best kan?

Seminggu pi keje pakai baju sleeveless beb :D
Oh! Hari ni result dah keluar terus. Sprint result pun ada jugak walaupun tak pakai timing chip. Baru la puas hati macam ni kan? Lega hati bila tengok placing beb, takde la corot. Keh keh keh.

Rank : 17/37 (kategori tua)
Total : 1:46:55
Swim : Janji habis (terlalu gembira sampai lupa nak tekan stop masa mendarat)
Bike : 0:56:58
Run : 0:27:28

Friday, July 22, 2011

Kalut Awan Nano

Sori beb, tajuk aku main petik aje. Lately lagu ni aku selalu terdengar kat radio kat dapur. Aku tak kisah pun sebenarnya apa benda awan nano tu. Kalau nanobots aku tau. Tapi anak aku Amir selalu dok nyanyi. Pagi tadi dia nyanyi lagi masa nak hantar pi sekolah. So, pinjam je untuk post kali ni melayan hati yang tak keruan ni.

Pagi ni cuaca macam nak hujan tapi tak jadi. Sejuuuuk! Angin memang syiok kalau dapat duduk kat serambi sambil layan kopi. Cuaca macam ni jugak la yang sebijik kat PD tri clinic hari tu. Lantas kalut awan nano telah menerkam. Actually aku dah hampir nervous wreck sejak seminggu ni. Konon lepas habis Century Ride, rilek je tapi komen-komen dari kawan-kawan & ucap selamat untuk PD telah membuatkan aku kalut semula. Aiyak! No. Bukan aku salahkan kawan-kawan tapi entah kenapa dalam seminggu ni, kepala aku 80% dok fikir pasal PD. Apa daaa? Lagi 15% kat rumah, lagi 5% fikir pasal kerja & balance 5% untuk Tour de France. Sedikit sebanyak TdF ada jugak membantu aku melupakan pasal PD untuk 3-4 jam setiap malam. Asyik tidur lewat je. Kena bambu dengan client masa meeting pun aku buat derk je. Hehe.

Nak kata first masuk race, tak jugak. Nak kata tak pernah tengok triathlon, tak jugak. Tapi maybe jugak sebab my first attempt la kot. Serupa macam aku buat first marathon dulu, malam tak boleh tido. Aku masih terbayang-bayang kan swim aku hari tu, terjun dari pontoon, bergerak macam penyu keluar dari area marina yang tak habis-habis tu. Argh! Tinggal hari ni aje, tak sampai 24 jam lagi. Tapi satu hari ni akan terasa tersangat huru hara bergolak hati & jantung dalam dada ni.

Sign borang sudah. Open water pun sudah. Tinggal esok je. Sori beb, aku kecoh sangat menjadikan ianya isu besar padahal pendek je distance kan? Kalau dibandingkan dengan event lain yang jauh berbeza macam langit dengan bumi dia punya tough. Orang buat OD pun cool je.

Aku akan jadikan ini sumber inspirasi...KakLoooong!

Monday, July 18, 2011

Ipoh Century Ride 2011

Ipoh...terbaek
Tu dia aih! Satu abad punya kayuhan. Ni kira macam buat marathon la tapi nothing close to the impact & sufferfest of that gruesome 42.195km. Marathon lagi *nanges*. Hehe. In terms of saddle time lebih kurang sama (4-6 hours), calories burnt avg 5000 (lebih banyak) tapi marathon lagi truk.

Roadtrip dengan kawan-kawan ke Ipoh, excited la jugak sebab dah lama tak berkonvoi & merapu dengan geng basikal ni. Dulu-dulu rajin, sekarang dah kena adjust sikit mana-mana yang patut. Carpool dengan kereta Azmar & Zakuan. Senang, semua campak atas roof & hit the road by 12.00 p.m. Tapi pagi tu tak terlepas dari tugasan domestik i.e. anto Kak Long attend klinik UPSR & lepas tu attend mesyuarat AJK Sukaneka Umar. Semangat betul parents ni berhujah bagai, dalam meeting tu. Aku pulak...semangat bedal pulut panggang atas meja. Keh keh  keh.

Cuaca sepanjang jalan sangat terbaek. Sampai Ipoh pun masih terbaek cuma Ipoh masih tetap panas perit seperti biasa...maybe faktor geologi nih (macam bagus jer). Collect goodies & check in hotel room. Tower Regency Ipoh. Terbaek hotel ni. Baru agaknya. Studio Apartment RM160 memang boleh kenduri satu family. Dua family pun boleh kot. Macam biasa, sekita goodies collection banyak ler booth buat jualan. Bahaya. Duit plastik gari siap-siap tuh.

Tower Regency Ipoh. Gayat beb...
Ada la dekat 1000 participants kali ni. Depa berjaya attract Singaporeans yang mai 2 bas, Thais 2 van & dengar citer ada jugak cyclists from Philiphine! Dahsyat! Hotel memang macam cycle fest dah.

Minum petang depa ajak pi Nasi Wanggey. Bahaya lagi. Masing-masing muka kelat je nak order nasi berempah kas-kas itu. Sat lagi esok kayuh ke tandas je ler. Play safe mode, order roti naan je & maggi goreng. Hehe. Malam setting bike, attached race number, timing chip, lubing, pam tayar & buh ayaq siap-siap dalam botol. Lepas dinner kat Dataran Ipoh aku dok layan mata tengok TV sampai kul 12 sebab mata takmo lelap. Azmar & Ibrahim dah kejung awal.

7.00 a.m. the next morning kami cycle je ke starting line Dataran Ipoh sebab dekat sangat. Tapi tak sempat nak feel suspense sebab 2-3 minit aje terus berlepas. Berdosup-dosup semua. Haih! Apa ni? Since kami takde plan nak kayuh sama or form any kind of peloton, aku decided to stick to my plan...easy ride, stress free & enjoy the race. Simpan kaki sikit & takut recovery lambat. Maklum la faktor usia (konon). Aku tak cangkuk mana-mana bunch, just kayuh dengan Hailmi CAR cangkuk belakang. Ramai betul photographer tepi jalan & dalam kereta yang amik gambau. Dah teraso macam dalam Tour de France beb... terpaksa buat muka macam Philip Gilbert (perasan).

Ipoh punya jalan ni memang terbaek sangat untuk event cycling. Mostly flat, lapang lebar & straight as an arrow. Sedap aje cruising pagi-pagi ni. Sekali sekala jeling meter 35-36kph senyum je. Maklum la kaki masih fresh & cuaca sejuk tanpa angin taufan. Siap ler kejap lagi...keh keh keh.

Aku main layan je follow cyclists tanpa tau kat ceruk mana aku berada. Ada la nampak Kelly's Castle, bukit bukau, ex-mining pools, hutan, signboard Parit dan macam-macam lagi. Aku melompat dari satu small peloton ke satu yang lain. Ada masa jugak yang aku buat kerja amal tarik peloton tanpa aku sedar. Bila jeling ke belakang ramai pulak yang dok diam mencangkuk. Hahaha.

Lepas Universiti Petronas, first WS. Top up air mana yang patut. Strategi untuk hydrate every 10 minutes & GU gels every 45 minutes. Strategi hanya semata-mata untuk elak *nanges* atas bike.

Dah puas jalan lebor besor, kami masuk jalan kampung pulak. Banyak betul kampung area Parit ni. Seronok aku tengok. Masa raya mesti meriah. Bila lagi aku nak sampai sini kalau bukan sebab kayuh basikal kan? Ada part lalu sepanjang Sungai Perak. Memang lawo beb. Antara kampung yang familiar aku pernah dengor is Kampung Chopin Kanan. Hehe. Sempoi je nama. Orang kata ni la Copenhagen kalau nama omputih. Kat sini baru lah aku terjumpa geng. KM100. Fuh! Lega beb. Hampir tahap bosan kuaci jugak la kayuh tanpa kenalan. Sebelum tu ada jugak aku dok dalam peloton team F2P Singapore. Lega banyak beb. Terasa macam drive kat highway, pastu singgah masuk R&R. Rilex banyak banding dengan kayuh sorang.

Lias, Pi'e & member depa Rahim. Rahim dah terkena sawan cramp punggung & kaki. Muka dah kelat je. Powergel dah 2-3 kampit bedal kata depa. Aku macam biasa, jadi tabib bidan terjun lalu menghulurkan ORS tablet Nathan (ubat mujarab). Aku decided untuk teman otai-otai ni sambil menikmati pemandangan kampung yang segar bugar. Beberapa km di depan, kami suggested Rahim naik support car terus. Takde makna kalau nak carry on sebab distance masih jauh.

Sumbat rider & bike dalam kereta, kami bertiga sambung semula kayuh. Sebaik meninggalkan pekan Parit, perjalanan kami penuh dengan cabaran sinaran mentari terik & angin. Stretch ni 30km dari Parit ke Kampung Tekkah lalu Jalan Gopeng. Tu dia aih! Straight & exposed. Tukau-tukau buat keje kat depan. Speed macam yo-yo turun naik berubah bila ada incline & ada angin. Kuat betul angin. Lutut pun dah sikit-sikit masuk angin. Ada satu part, Pi'e pun dah macam yo-yo. Kejap rapat ikut & banyak tinggal jauh kat belakang. Aku suggest kat Lias untuk pit-stop. Sekilas nampak makcik tengah goreng pisang tengahari buta ni memang blessing betul. Terus corner & buat macam rumah sendiri. Eh?! Ramai pulak cyclist yang singgah follow jejak kami. Hahaha. Ada dekat 20 orang kat gerai makcik tu. Huru hara kejap la makcik gerai alih-alih kena serbu.

Hari ni makcik boleh close shop awal
Tembikai, air cincau & in fact ais yang makcik tu guna untuk sejukkan tembikai pun kena sakau. 5 minit je kami start kayuh semula, sebelum makcik tu hidang nasi berlauk. Maka bermula kembali pertarungan menentang angin. Bergoncang basikal kena sapu dek angin masa kat Batu Gajah/Jalan Gopeng. Speed maintain 32 je, sekali-sekala toleh belakang check otai-otai ni. Depa maintain. KM130 Pi'e dah slow sangat. Cramp peha kanan. ORS Nathan buh dalam mulut. Dia kagum dengan keberkesanannya. Kat Kg Tekkah kami dimandikan oleh abang Bomba. Nikmat beb.

The rest of the distance kami kayuh balik masuk town Ipoh lebih kurang 20km lagi. Traffik dah mula meriah & panas town Ipoh pun dah mula menyengat. Alhamdullillah kami bertiga selamat sampai & Lias & Pi'e tak habis-habis ucap terima kasih. Padahal aku pun bersyukur jumpa depa. Hehe. Timing chip time 6 jam 8 minit! Mak aiiii....hampir satu abad kayuh. Hahaha. Saddle time 5 jam 33 minit. Yang penting selamat, sebab ada jugak aku dengar 2-3 cyclists yang crash. Ngeri...

Nak buat lagi tahun depan? Perhaps. Maybe boleh try untuk improve timing sikit.

Bertambah koleksi besi keping
Satu gambar unit beruniform

Satu gambor kelas Tahun 1 Cerdik
Azmar, Ibrahim and me. Semua kayuh tak jumpa...
With RM100, this could be better kot
Kalau pro, ada orang pasangkan race number beb
Post race meal. Nasik Vanggey tutup awal pulak. Ni char kuew teow Taman Razaki


Thursday, July 14, 2011

The Upcoming Century

No lah. Bukan aku nak gebang pasal abad akan datang tapi pasal weekend ni aku nak menyusahkan diri dengan aktiviti penyesalan tiada noktah di Ipoh. Yep, dengan cita-cita terlampau aku telah sign up untuk Ipoh Century Ride beberapa bulan lepas. Konon-kononnya event yang hangat & mendapatkan tempat kena berebut, so kena register awal. Padahal last year event ni telah mendapat sambutan boikot yang lebih kurang sama hangat jugak sebab penganjur suka dia je naikkan fee dari RM50 ke RM100. Tapi event laku jugak, dengor citer orang Singapore hantar rombongan tuh.

Apa kan daya, nasik dah jadi cempedak goreng, nangka dah jadi bubur lambuk, la ni aku baru menggeliat sana sini sebab lagi dua hari je nak kayuh & training aku lebih kepada tarian cha-cha merba. Kalut semacam dol!

Ini sepatutnya attempt aku yang kedua. Attempt pertama gagal in 2009 sebab Allah tak izinkan. Sila klik sini untuk citer Hantu Kak Limah Kena Rembat Naik Motor kat MRR2. Last year takde attempt sebab aku tengah meghoyan mengejar sub-4.30 kat KL Marathon. Tahun ni mudah-mudahan...

Kayuh 160km sekitar dari Ipoh ke Kampung Gajah dan ke Manong & balik semula ke Ipoh. Entah ceruk mana aku pun kurang pasti tapi memang Ipoh aku tak terer pun. Setakat jalan pi Nasik Wanggey aku ingat.

Peta Laluan Kayuhan Satu Abad
Dah lama aku tak join road trip. Maybe ni first for 2011. Last roadtrip was to Powerman 2010 dengan geng RBU dengan tema RBU versus Kak Limah Mambang Pintu. I think every roadtrip memang best. So untuk Century Ride ni, aku akan cangkuk dengan roadtrip group kayuh. Walaupun akan miss out beberapa geng kayuh yang tak dapat join atas sebab-sebab uzur, visa kayuh yang hampir luput dan clash dengan event lain, kita hanya mampu dengan apa yang ada dulu buat masa ni.

Walaubagaimanapun (panjangnya word nih!), persiapan tetap kena ada. Bukan untuk menggegarkan Negeri Perak Darul Ridzuan tapi cukup sekadar untuk aku layan "nanges!" atas basikal tatkala sawan menjelma. Hydration paling penting memandangkan cuaca tak keruan la ni. Kena start balun air garam kasar hari ni jugak. Ipoh memang paneh! but hopefully tak ber-jerebu. Segala apa gels aku akan bawak satu karung. Hahaha! Kalau layan limau tambun tepi jalan pun OK jugak kan? Keh keh keh

Tuesday, July 12, 2011

Kembali Berlari

Dahsyat...bunyi tajuk. Macam berkurun sangat tak berlari. Tapi benar sangat...last lari right after Interstate, LSD ke Hartamas yang telah menjanjikan ketidakesampaian aku untuk melarung KL Marathon. Bila tu? Ada 2 purnama beb. Ngeri!

Dengan level confident aku setinggi Wisma Yakin selepas tri clinic hari tu, aku decided untuk kembali turun ke padang larian dari asyik bertenggek atas basikal. Nothing much to expect, aku capai singlet, suar pendek yang dah berkurun aku tak pakai & sepasang Adizero CS yang aku dah pencenkan jadi kasut driving (laassat! driving pun pakai adizero?!)

Maka terkial-kial lah aku salin baju kat surau Petronas Jalan Ampang selepas waktu pejabat dengan harapan untuk berpinau di KLCC Park. Target menu, cukup sekadar 5km dulu sebagai modal.

First lap standard la kena warmup. Tapi sepatutnya aku tambah se-lap lagi untuk warmup, memandangkan orang tua tak sedor diri, telah ku balun tempo teruih kat second lap. Dah hampir nyawa cicak, ada lagi cita-cita untuk buat negative split. So aku balun third lap & terjumpa Abang Shuk yang sedang menikmati panorama & irama poco-poco. Zas! Aku potong dia & tunggu kat paip air untuk aku basahkan tekak. Lap ke-4, aku saing Shuk sambil catch-up citer-citer purba. Cukup setakat hari ni. Looks like I still have my running legs.

Tanpa aku sedari, otot-otot mula mengeras & meraung sehari kemudian. Tak ku sangka ianya berlarutan sampai 2-3 hari menyebabkan aku terpaksa ciken loop kayuhan malam Rabu ke 23km sahaja & hari yang selebihnya hanya makan kuaci depan TV.

Next target, balik kampung nak lari kat Padang Istana. Walaupun travelling dari KL lewat petang Jumaat men-cilok dari trafik ganas menyebabkan aku sedikit keletihan sewaktu sampai di JB malam tu, aku kentalkan semangat untuk turun padang jugak pagi tu.

Agak lewat sedikit aku terjaga & sampai di Padang Istana hampir 8.00 a.m. Mata sepet ni terbukak sedikit bila aku bertembung dengan Shuk & wifey. Aik?! Rupanya balik kampung jugak brader ni. Tapi Shuk dah setel larian & bersedia untuk berlari ke kedai sarapan pulak. Aku baru nak start. Takpe, laluan di sini agak teduh. Boleh layan sampai tengahari.

Baru nak start, terjumpa pulak ex-schoolmate. Aduhai! Ini dah macam larian alumni. Sembang kejap sambil tukar-tukar phone number. Settle. Teruskan niat untuk mencapai objektif since kaki terasa sedap macam Muratabak Singapore cecah kuah dalcha.

2 laps warmup + 1 lap zus-zas & 1 last lap lari teman Azizi & wifey, Misni sambil sembang. Ternyata larian yang boleh dikatakan addicted, sebab...aku terasa nak lagi.

Walaupun Sabtu penuh dengan acara makan-makan sampai lebam hasil dari kenduri & hoohaa bersama sanak saudara, aku tetap jugak dengan misi untuk bangkit & bergegas ke Padang Istana. Agak aku ni dah kena stim kas-kas lari ke apa? Tapi aku rasa macam best lari kat sini. Or is it sebab running in loops membuatkan ianya sesuatu yang ketagihan?!

Kali ni 3 lap aje. I kept it short but FAST! Alasan sebab nak basuh periuk belanga kat rumah yang menambun tuh. Wamrup first lap. Second lap negative split (jumpa Shuk lagi!!). Third lap lari dah macam kuda Sultan Johor. Best! Best! Driving balik KL senyum aje sambil cium tangan bau durian pakcik aku bawak dari Muor. Keh! Keh! Keh!

Monday, July 4, 2011

Calm before the storm

Dua minggu tak gebang. Perhaps I was a bit dispaired from the kayuhan koyak rabak a week before to Kuala Selangor. Yep, koyak kaw-kaw sampai terpaksa naik rescue car, thanks to an old friend who lives nearby. I had to come to a point where thinking to complete the miles will only worsen the agony and face injuries. Hence, ditched the remaining 30km and enjoyed the coolness of an airconditioned ride back to the starting line was the preference. Mistake made: Bad management of hydration. Kenapa la bijak sangat aku kan? Takpe, another attempt akan menyusul.

OK, barang yang lepas kita jadikan pedoman. Barang yang akan datang, kita kena bersedia apa yang boleh. Apa barang?

Semalam, aku telah mencipta sejarah terbaru dalam hidup aku yang penuh kekalutan ini. Aku terjun laut. Dulu-dulu ada gak aku terjun laut. Zaman sekolah, masuk Pengakap Laut. Keh keh keh. Bawak rubber boat sampai a few more miles off shore between Johore & Singapore, lepas tu terjun. Sometimes we even get reminders from the patrol boat of the Singapore navy. Crazy that was. Tapi tu setakat terjun aje la, and we swam back to the boat. Itu zaman akal pendek. But this is something else. Terjun dan berenang. Omputih kata OPEN WATER SWIM. Bebudak tri kata Open Water je. Yep, more like swimming for my life rather than enjoying the warm water of Straits of Malacca. That was my thoughts at that particular point of time.

Sejarah kena detail sikit baru syiok kan? Hahaha. Saja alasan nak gebang...

The thought of attempting a tri came about a year ago. Lama tu. Or perhaps lebih lama lagi kot. Tapi selagi skill dugong masih di tahap belum akhil baligh, aku pendamkan aje hasrat tu. Maklum la, swimming serupa je macam aktiviti sukan yang lain...you just to need to spend more time on it to improve. Maka berkat dari sokongan dan lambungan kawan-kawan yang terlampau, aku mula terjun kolam a few months back secara intensif...konon. Lepas tu KIV kejap sebab bz training for interstate. Lepas tu konon nak bedal KL Marathon tapi gagal. End up sangap lemau sebulan macam kuih Bangkit raya tahun lepas. La ni aku serupa macam dapat feel semula & with PD Tri hujung bulan ni, aku buh target & alasan untuk kembali training.

Actually, trainings make me sharper. No trainings make me softer...as soft as the sofa in front of the TV :]

Baru aje start last week since Tri clinic berlangsung semalam. Preparation la sikit...konon. Kena la prepare, clinic pun termasuk aktiviti amali which require us to do the open water swim. For that, definitely la I need to get some milage & brush up those strokes yang dah memang sejak azali berabuk.

Maka perjalanan sunyi sepi aku bermula pagi semalam bila bergerak selepas Subuh dari KL ke Admiral Marina sorang diri. Azmar dah pi dulu one day before - harap kat Azmar je yang boleh teman & motivasi untuk kali ni. Kelihatan awan mendung menyelubungi persisiran pantai Port Dickson. Sekali aku merenung ketenangan air dalam Marina cove tu, sekali angin sejuk bertiup. Pergh! Ribut terus melanda dalam badan.

Bior betik?! Jauh tu depa nak suruh swim dari dalam marina ni ke pantai?! Macam lebih 750m je?!

Aku malas nak fikir sangat tapi any attempt to avoid the thoughts was useless. Nak belek norkiah torch aku, apa lah ada sangat? Setakat main lampu suloh nanti orang kata aku cari ketam pulak.

Aku berjalan semula ke carpark. Hujan gerimis & angin sejuk menambahkan gelora hati. Nampak Hancik, Chot & Yusran dah sampai. Kami bersembang kejap sebelum aku memunggah basikal dari dalam kereta untuk letak kat transition point. By 8.15am, dah ramai yang hadir termasuk Azmar & Fuzi. Ada la hampir 40 orang. Uncle Chan mula bagi briefing yang diselang seli dengan lawak terkedu dia.

"This year, all sprint category must start your swim from the pontoon OK!" kata Uncle Chan. Maka kompom lah segala rumours yang selama ni aku dengar pasal perubahan swim start ni. "So you have to dive or jump into the water OK. No more swim from the beach. Only OD will start there, so are the trikidz."

Gambar Hiasan aje
Maka untuk pertama kali nya aku buat open water swim ni, bumi yang aku bijak selama ni akan terus lenyap begitu aje sebaik aku terjun dari pontoon tu. Takde nak pijak-pijak pasir sampai air paras dada baru nak swim dah. Ini kamikaze. Terjun & tawakal je. Adoiii aiii!

Kami pun berjalan lah beramai-ramai ikut Uncle Chan masuk ke area marina macam penguin. Macam jauh pulak Uncle ni bawak kami. Aku ingat kan tempat aku termenung pagi tadi, rupanya masuk lagi sikit. Mak aih! Ni lagi la bertambah jarak swim macam ni!

Uncle Chan suruh assistant dia demo cara terjun. Lepas tu takde nak gebang lebih-lebih, dia terus je suruh semua terjun & start swim. Aik?! Takde kata-kata motivasi dulu ke Uncle Chan? Jemput la Dr. Azizan ke.

So, ketenangan yang aku held on sejak pagi tadi bagaikan menunggu detik-detik sebelum ribut taufan melanda bakal ditentukan sebaik aku terjun ke dalam air yang entah berapa depth nya tu...God only knows. Ada la sorang dua yang muka kelat tu kompom first timer macam aku. Kash, Hancik, Azmar semua dah terjun. Lewat-lewat nanti aku tertinggal peloton swim pulak. Dua langkah aku amik untuk ke tebing pontoon, 2-3 saat tanpa fikir panjang aku terus dive in macam mana aku buat zaman terjun tirup 20 tahun dulu. Macho je...keh keh keh. Lagi lama aku berdiri, lagi la seriau agaknya. Slowly aku surface dengan masih control tenang. Azmar checked on me whether I did alrite ke tak. Aku tunjuk thumbs up - macam bagus je. Azmar ajak proceed to swim. Ayuh.

Tanpa checking saper lagi kat atas pontoon, maka bermula lah pelayaran ku untuk pertama kali merentas laut...chewah! (padahal dalam marina sikit je lepas tu terus ke beach....bunyi macam Kapas-Marang je). Uiii aiii.....golap gelita kat bawah tuh Jang oiiii! Even kaki aku pun aku nampak sikit-sikit je. Aku avoid untuk tenung lama-lama ke bawah tu elak fikiran negatif. Maklum la banyak sangat tengok River Monster la, Monster Fish la, Mega Fish la, Manhattan Fish Market la.

Aku make sure Azmar sebelah kanan aku so bila aku breath aku boleh nampak dia. Kat depan aku hanya nampak sayup-sayup kepala-kepala swimmers lain tenggelam timbul & takde masa aku nak fikir siapakah mereka. Jauh jugak nak lepaskan first turning keluar dari area pontoon tu. Stroke demi stroke aku hayun tapi kapal polis maritim ni panjang & besor betul aku nak lepas.

Sebaik aje lepas kapal polis tu, kami belok ke kanan & tu dia pintu masuk ke marina di mana ada few hundred yards before entering the open sea. Dah mula lah huru hara sikit. Huru-hara aku bertambah huru-hara bila aku ternampak sekelibat cahaya dari bawah. Aduhai! Apa benda ler tu? Hampeh. Stroke & breathing yang dari tadi bagaikan berada di thin red line, terus putus dilanda ribut. Alih-alih je breathing aku macam taufan beb (maksudnya panik la tuh). Lepas tu aku notice, aku dah off-course sikit. Building Tanjung Tuan depan aku dah lari sikit. Attempt untuk perbetulkan arah, bercampur panik dah jadi macam kompas rosak. Aku cuba jugak continue swim tapi stroke dah macam kipas helikopter. Macam tercekik tertelan putik durian pun ada jugak.

Aku terus panggil Azmar yang lebih kurang 20m depan aku. Azmar stop. Aku nampak kayak kuning sebelah kiri tapi otak aku nak compute apa nama benda alah kuning tu pun tak boleh. K.A.Y.A.K. la dol. Aku cuma mampu melambai-lambai macam orang panggil teksi tepi jalan. Nasib baik bro ni cekap & terus tuju ke aku.

Pautan aku kat kayak tu tersangat bermakna macam dihidangkan bryani kambing. Fuh! Lega beb. "You alright bro?", tanya that chinese guy. "I'm OK. Just need a breather...very deep one until my heart beats back to normal." He was supportive. He told me to take my time.

Azmar masih menunggu so aku tak nak dia tunggu lama, aku teruskan perjuangan. That kayaker told me to target the red buoy before the next turn. OK aku akur. Aku hayun stroke demi stroke dengan beberapa sighting to make sure aku on course walaupun ada gak yang tersasar. Namun aku rasakan macam aku tak bergerak. Lama jugak la aku nak sampai kan ke buoy tu. Heiii...impatience is not helping me. Aku kembali ke state yang tadi tapi kali ni lebih kepada ala-ala give up. Lagi sekali aku panggil teksi. Untuk kedua kalinya aku bergayut macam ungka. Cis!

The kayaker told me to forget about making a turn around the buoy instead I just need to swim straight to the next buoy yang kat dekat dengan beach. That shouldn't be difficult sebab jalannya lurus Pak!

OK Azmar, one last shot and we should be able to forget about another discount with the kayak. Ada la jugak dekat 300m lagi kot. Kecik je nampak orang kat pantai tu. Layan aje la. Walaupun aku admit stroke aku tak setenang yang aku mahu, aku just nak habiskan je. Seketika kemudian aku ternampak pasir kat bawah. Tapi aku tak jejakkan kaki lagi, sebab belum tentu dasar dah boleh dipijak. Then aku nampak Azmar dah berdiri which was about 50 yards to the beach. Slowly aku bangun keluar dari air macam ahli anggota SEAL nak ambush musuh (sebenornya macam penyu nak naik bertelur ada ler). Sebab penat giler.

Ada la lagi 2-3 orang belakang aku yang masih berenang. Sebaik aje aku berkumpul semula dengan Azmar & Hancik, dengan rasa tak puas hati, aku ajak depa buat swim se-round lagi. Alasan aku: ni lah masa dan peluangnya aku nak cari confidence sebelum race day. Depa sign.

Kami proceed dengan next discipline which was the 20km cycling and running. Kejap je. Selepas klinik bersurai, Fuzi ajak pi swim depan banglo dia menginap which was right next to Avilion Water Chalet. Dia keluarkan kayak & teman kami bertiga swim.

Air dah surut, so kami kena jalan hampir 200m untuk mula swim. Ada brader reminded us kat situ banyak coral & those inhabitants termasuk ikan batu. Ada gak nak bukak citer seram brader ni ye. Belasah je ler. Nak tarik diri, kayak dah diseret jauh.

Aku decided just to cangkuk Azmar & Hancik ke mana jua depa tuju. I had my moment of peace kali ni. Perhaps sebab aku tak set kan target dalam mind ni. Just enjoy the stroke. It was quite awhile before we stopped to check on our location. Mak aih! Jauhnya! Sesekali air suam bertukar ke air sejuk menandakan kedalaman yang dah meningkat. That's it. I think I found the formula. It's the inner peace macam Po dok cari. I need those. I need peace. Period.

Aku decided untuk kayuh kayak pulak for a change, so Fuzi have to swim back. Dah lama sangat aku tak berkayak, ni la peluang nak lepas gian. Tengah-tengah laut nak panjat naik kayak memang kena ada skill. Kalau tidak mau terbalik. Lagi haru. Jangan buat kes. Skill belajor zaman dulu berguna kembali. The remaining of the session aku lepak atas kayak dilambung ombak sambil escort Azmar, Hancik & Fuzi swim balik ke pantai. Nikmat :]

Dari saat aku sampai ke rumah petang tu & in fact pagi tadi pun, aku masih terbayang feat yang aku lalui semalam. Walaupun berpuluh laps yang aku buat kat pool, takde bandingnya dengan open water swim. Ni pendapat aku la. Orang lain maybe ada opinion lain. Needs huge chunk of courage and that is not easy. But, definitely aku akan cuba untuk berada di starting line Sprint Triathlon untuk this coming PD tri. It will be my first attempt. InsyaAllah. Kalau last minute tak jadi apa nak buat kan? Keh keh keh.

Inner peace
Untuk this week & the coming ones, I need to get my running legs back. KLCC poco-poco club should be a great avenue for a start (read "lambung"). Aku akan cuba selit-selit dengan kayuh & swim whenever sempat. Wifey pun dah acknowledge me signing up for PD, which means the training time taken should be bearable.

Hopefully ramai kaum akan turun on race day (again, read "lambung"). Appreciate all the familiar face semalam especially Azmar, Hancik, Kash, Fuzi, Nik Raiha, Yusran, Chot and ramai lagi lah. It really eased down the spine chilling nerve attacks :]

Gambor konang-konangan. Courtesy from Nik Raiha
Skill pernafasan melalui usus perut sangat membantu
(Pix: Nik Raiha)

Friday, June 24, 2011

This was a week ago...Bentong Kow Po

Waktu orang semua menggelitik nak berlari marathon Ahad ni, aku pun jiwa sama kacau, excited jugak. Bila la agaknya next marathon aku kan? Rasa gatal aje tangan nak klik kat SCSM hujung tahun nanti. Last year dah buat "personal worse" kat situ, hasil dari tapering walk kat Velocity punya pasal. Hahaha. Tapi time ni la jugak aku nak post pasal weekend lepas punya ride kan? Potong betui la. Apa nak buat? Aku pun tengah training jugak untuk jadi Centurian menjelang 17hb. Julai nanti.

Depa ajak pi Bentong pekena air kacang Kow Po. Lama dah aku tak kayuh ke sini. Dulu kayuh ke Fraser memang ada sekali start dari Bentong tapi tang layan bukit Genting Sempah - Bentong tu la ni baru repeat.

Start from Sup Awe Gombak, depan sekolah teknik. Dengan regular kaum yang memang terkenal dengan ke-badut-an, upacara kering gusi bermula sebaik aje kami turun kereta. Rupanya dah ramai pulak pakai wheelset Reynolds sekarang. Mak aih! Sekali rasmi pagi tu je dah ada dua pasang. Maka acara lambung melambung pun bermula.

7km + 16km climb dari Hospital Orang Asli Gombak ke puncak Genting Sempah sungguh enak tatkala kedinginan pagi & kabus nipis menyelubungi atmosfera. Macam route Langat, kat sini pun cyclist heaven jugak. Shaded by close canopies and light traffic. Regroup di puncak sebelum kami turun untuk point of no return. 37km all the way down to Bentong. Sedap aje turun tapi siap ler nak panjat balik nanti.

Hampir 11.00am kami berjaya melabuhkan punggung di kedai Kow Po tu. Antara customer paling awal. Perut dah bermelodi, maka order pulak mee goreng mamak kedai sebelah. Masing-masing bedal dah macam bela hantu raya. Siap ada yang jeling mangkuk member sebelah, tanya ais krim tu tak nak ke? Hahaha. Bahaya ni. Maka bermula lah sedikit post mortem pasal kayuhan masa pergi tadi. Timbul la isu-isu suspek yang kayuh laju-laju tu sama ada amik dope atau ada bela hantu raya.

Perut dah naik macam ibu roti baru la masing-masing buat muka sedih. Bukan sebab nak tinggal kan Kow Po tapi mengenangkan nak panjat balik ke Genting Sempah tu. Tunduk aje semua bila kayuh. Takpe, dengan pace line yang dijaga, kami cuba untuk bawak semua balik walaupun ada yang tercicir sekali sekala sebab kaki dah lebam. Dari awal kami dah plan regrouping points. First stop, kolam air panas Bukit Tinggi.

Takde pulak orang jual ais krim. Kalau ada, memang alasan untuk stop lama la. Nasib baik Bahri share around kismis minda wife dia bekalkan. Bijak sekejap kami untuk teruskan kayuhan & tak melepak lama. Next target stop, selekoh air terjun. Masa ni mini peloton dah mula pecah, maka aku juga cari alasan untuk escort mereka yang hampir lemas asphalt. Aku tak tau kenapa tapi kayuhan kali ni terasa agak mental sedikit. Sampai di air terjun, semua dah jadi ikan termenung dari melawak. Hasil dari kismis minda, semua dah mula mengira berapa jauh lagi nak sampai simpang Janda Baik & seterusnya last push to McDonald Genting Sempah. Congak punya congak, jaraknya agak masih kejauhan. Menyesal kira :]

Stretch lepas ni dah memang tak boleh form peloton sebab semua dah layan lagu masing-masing. Yang layan rock kapak dah ke depan. Yang layan Elton John kompom sesepoi badai yang turun dari puncak Genting. Aku kat tengah-tengah, tapi decided untuk lepak kejap tepi jalan tunggu geng belakang, bagi moral support last push ke McDonald. Kami mahu Coke!

Baru seteguk Coke, tak sempat nak nikmat sparkling gas dalam mulut, hujan turun dengan lebatnya. Maka kecut lah kami macam kambing kat bus stop Batu Kikir terkebil-kebil. Lama jugak hujan ni & hati dah mula risau pasal masa & jalan yang licin turun ke Gombak nanti. I think it was 20 minutes later baru reda sikit. Bergegas kami angkat punggung sebelum cuaca tanah tinggi bertukar fikiran semula. Sejuk nya!

Lucky for us, climb dari McDonald tak terasa jerih macam dulu-dulu. Maybe sebab cuaca tak panas. Tapi kerisauan mental melanda sebaik aje kami memulakan penurunan. Brek tak makan! Ni lah kekurangan & ketakutan kalau pakai rim carbon. Nak laju takut amik selekoh terlebih end up dalam gaung pulak. Nak semedang tekan brek untuk slowdown, habis urat tangan & tengkuk boleh tegang. Itu pun belum tentu slow gak. Maka terjerit-jerit lah kami macam ungka kena cili. Geng yang pakai alu rims chill je bantai senyum setakat yang mampu.

Worse case scenario, aku nekad untuk turun ke drop bar & cuba untuk grip brake levers di mana leverage lebih meyakinkan. No more squeezing & layan corner baring lebih mencengkam. Seluruh tangan ke bahu pun tak lenguh kecuali tengkuk sebab posisi rendah & kena pandang depan. Agak berisiko untuk aku follow belakang orang, tambah lagi dengan pasir, lopak, daun kering & batu-batu yang bersepah atas jalan lepas hujan lebat tadi. Slowly aku menambah pecutan dengan feel layan corner yang semakin menebal. Syiok jugak rupanya descending dengan drop bar.

Akhirnya sampai kat Sup Awe untuk kami sama-sama mengeluh sambil melahap hidangan tengahari yang dah agak kelewatan actually. Pukul 2.30 p.m. beb. Dapat la jugak cover 118km tapi masa santai sangat, 5 jam 17 minit! Hahaha. Layan...

Tuesday, June 21, 2011

It Humbles You

Chooop! Aku nak kepochi sikit walaupun aku tak akan berlari kat SCKLM Ahad nanti. Tapi aku masih boleh rasakan kehangatan event day dan kedinginan yang kawan-kawan dah mula rasa suspen & kalut. Biasa la tu. Nak pi renew permit bibik kat imegresen pun suspen.

Dah lari a few marathon pun, rasa kalut tetap gak ada. Unless kalau marathon tiap-tiap minggu tu dah kategori lain la. Untuk average Joe & average Jah macam aku ni mungkin jugak kurang rasa kalut sebab dok busy kerja & supir anak-anak. Bedebak-bedebuk sedor-sedor race day dah dekat. OK gak tu kan? Tapi, persediaan tetap kena ada beb. Nak berlari jauh tuh. Pusing satu KL tuh.

Macam-macam soalan gak la aku dapat. Kak Esah la, Kak Limah la, Kak Piah, Kak Senah, Kak Joyah, Kak Jenab (bukan Catwoman Chap Ayam Runners tu), Kak Halimaton Saadiah. Semua kak tapi pak takde pulak yang bertanya. Hehe. So, untuk kak-kak & sesaper je lah or even untuk diri aku sendiri next time aku sign marathon, ni haaa....secubit garam untuk yang perhaps boleh digunapakai:

Tinggal lagi 5 hari beb. Boleh la pelan-pelan carboloading. Amik aje portion macam biasa tapi lebih kan menu yang high carbo & kurangkan or elakkan food yang susah nak cerna. Aku dulu maintain aje makan nasik siang malam cuma last 3 days baru jadi mamat Italian makan pasta. Nak lahap seminggu mau lidah berpintal macam fetucini kang. Jangan pulak kalut, nervous breakdown last day tu pi ter-over lahap sebab takut takut tak cukup. End up stomach upset esok pagi. Bye-bye aje ler PB or even run itself. Sia-sia je training turun naik Hartamas 12 minggu.

Lihat sini untuk wiki carbo loading : http://en.wikipedia.org/wiki/Carbohydrate_loading

Hydration: Maintain macam biasa gak la cuma last few days tu boleh la tambah perisa sikit dengan electrolyte. Kalau tak boleh telan ORS paket tu, macam-macam perisa tablet ada. Nuun, Camelbak, Shotz, Nathan. Even pagi kat Dataran Merdeka tu aku bawak sebotol mineral boleh minum sikit-sikit sementara tunggu start. Botol boleh buang terus lepas tu.

Part dressing ni elok la pakai apparel & gear yang dah biasa meghoyan kat LSD tu. Kalau nak sia-sia kan training, boleh la try benda baru. Hehe. Sekarang attire pun semua dah macam pro. Setakat suar ketat tu dah common la. Elok la tu, tutup aurat & boleh singgah solat Subuh masa marathon nanti. Yep, if route same as last year, boleh singgah Madrasah Al-Tarbiyah just before Stadium Badminton Cheras. Last year aku siap tinggalkan kain pelekat a day before so pagi tu terus sarung je. Lepas tu dok cari Nik dalam jamban yang gelap gelita. Hehe. Sorry bro, terkonang sikit cito lamo :]

Errr...kalau agak2 nak baru nak cuba bawak cap or cermin mata hitam Oakley, tak yah la kot. Berat benda alah tu semua boleh cecah 50kg bila dah sampai KM30. Kot nak campak kat kedai runcit boleh gak tapi masa tu la saat & ketika mentari memang dah mula menyinar & menikam.

Food & drink: Yang ni memang kadang-kadang pening sikit beb. Macam biasa, makanan ruji powergels or Gu gels or Hammer gels. Berapa paket Pak? First marathon dulu aku bawak 5, pastu ada belen satu pulak. Sengal. Kedai Powerbar bagi free satu kat Petaling Street. Perisa cekelat. Habiskan aje terus, kan senang tak yang buat berat poket. Kalau target 5 jam, boleh la bawak 4 paket for every hour. Powerbar bagi free satu kat KM30+ kot. Boleh check route map untuk fuelling station please. But then last year aku kurangkan, bawak 3 aje. Seingat aku at 21km baru aku bedal first gel, lepas tu maintain every hour + yang free tu. Itu aku la. Masing-masing lain citarasa. Lagi pun Kak June ada bukak kedai runcit kan? Lagi sempoi! Oh! Minum air at setiap water station tu sudah mesti. Bukan togok segelas penuh or 2-3 gelas. Kembung berkocak dalam perut, naik LRT ler jawapnya. Cukup sekadar basahkan tekak, especially time nak makan gel tu. Apa nak risau, water station every 2.5km kan?

Eh! Petua yang boleh kata mujarab. Aku memang maintain sampai la ni. Bawak tablet ORS masa race day. Bawak sebijik dua. Normally cramp datang merayap bila dah cecah KM25 ke atas. Biasa la tuh. Pop setengah bijik dalam mulut & hisap macam Dequadin sebaik aje mula terasa bisikan cramp. Layan aje buih-buih sparkle dalam mulut. Sedap gak, macam asam boi. Tapi jangan la sampai berbuih kuar mulut, pastu buat-buat menggelupor tepi jalan kan? Hospital Besar KL dekat dah tu.

Pace notes kalau boleh bawak memang senjata terbaek. Mujarab untuk menjaga pace supaya tak tercangkuk dengan kaum yang terlalu laju or tersangkut dengan kaum yang terlalu slow. Unless ada kaum yang memang pace sama all the way, tapi jarang la. Even pacer bertauliah kat KL Marathon tu pun masih belum perfect. Klik sini untuk pace notes yang boleh di-print & jadikan wrist band http://www.marathonguide.com/fitnesscalcs/PaceBandCreator.cfm.

Sila refer widget caps sebelah kanan blog ni. The second one. Itu memang menjadi guide aku setiap marathon. Guna aje citer kanak-kanak kura-kura & arnab. Start slow & habis bertenaga. Tak yah nak poyo tengah ramai-ramai tu nak berdesup mula-mula pastu bonk kat KM25. Takde makna dah lepas tu. Jauh perjalanan tu & banyak masa boleh catch up. Bukan apa, bila tekan awal-awal ni, potensi cramp menyerang awal tu ada. Unless dah memang dalam training ada buat strength workout takpe, tapi kalau nak mission nak cross finish line dengan senyuman & injury free, pastikan anda tepek pace notes bior terang.

Oooop! Cukup dah. Berjela bercerita. Macam terer je kan? Aku sekadar berkongsi berdasarkan pengalaman yang tak seberapa ni & pengetahuan membaca. Mudah-mudahan ada yang boleh pakai, ye tak? Semoga kawan-kawan semua sukses di KL Marathon dan Sundown Ultramarathon Ahad nanti. You can do it! But remember, Bill Rodgers pernah berkata "The Marathon can humble you". Ia bukan alat untuk kita bermegah or poyo sebaik completion. It's a journey yang telah membuatkan aku kenal betapa tingginya langit & betapa kecilnya aku & betapa kompleksnya ciptaan Allah yang mencipta tubuh badan kita yang selengkapnya ini.

OK. Sila layan lirik lagu masa aku attend kursus bina semangat 15 tahun dulu. Keh keh keh :]
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Monday, June 13, 2011

Kayuh Pedih Peha

Di kala orang sibuk ber-LSD mengumpul milage untuk KL Marathon, malah ada yang dah start berseronok-seronok taper makan tapai, aku terpaksa merelakan diri membaca status wall FB kawan-kawan yang dah hampir bersedia untuk ber-marathon. Tinggal lagi 2 minggu aje ye tak? Semoga performance yang terbaik untuk kawan-kawan dan keselamatan yang terjamin. Aku kali ni kira dah kompom jadi penonton tapi belum boleh bukak blog macam penonton.blogspot.com. Hehe.

Weekend tetap datang dan kerja part time sebagai weekend warrior tak boleh ditinggalkan begitu aje. Nak lari kaki dan semangat dah kira macam biskut merrie lemau, so pusing crank aje yang aku termampu. Dapat gak la dikumpulkan geng-geng kayuh untuk layan bukit bukau Ulu Langat Sabtu lepas.

Cuma di dalam kayuh suka-suka sambil selit strength workout ni, tak dapat aku elak untuk bercerita pasal beberapa jenis kaum yang pada aku agak unik sikit.

The usual corum were there as we gathered up from my place, along the way and until the final meeting point at Batu 14. However, ada beberapa muka baru yang aku belum pernah jumpa i.e. jiran Lias, an old timer yang nampak macam baru start kayuh dan anak dia, perhaps somewhere early 20-s yang juga nampak gaya macam bukan regular cyclist tapi berlakon macam ye.

The laid out route was Bukit Hantu dulu, followed by Peres and loop back to Batu 14 via Batu 18 with lontong semangkuk thrown in for the starving souls. Tackling steep slopes of Bukit Hantu may require a bit of patience, and not for the gelojoh type. I saw the phenomena once the hard part started to kick-in.

Macam biasa, some of us planned to squeeze in some intervals into the weekend ride, so ada la sorang dua yang hit the throttle for LT mode. Aku, chillax dulu enjoy chit chat sambil hirup kabus pagi yang tebal. Tapi aku sedikit terkejut bila tengok this family couple decided to join the LT party dengan mencangkuk Alwin & Azmar yang mula menghilangkan diri ke dalam kabus. Bior betik?! Betui ka rombongan anak beranak ni bersedia nak push into red zone seawal kayuhan 3km ni?!

Kecuaian melanda tak sampai 200m bila si bapak dah mula goyang-goyang upper body ala-dangdut bila kaki dah mula lebur sikit-sikit. Tu la dia... awal sangat menghoyan. Aku sekadar senyum aje bila melepasi dia, didn't even bother to tegur or buat lawak sinis. Maklum ler tak berapa kenal. However, si anak masih dalam pursuit mode attempt untuk menggigit tayar belakang Alwin or Azmar. Aku perati aje 500m dari belakang.

Teori aku terbukti bila a few minutes later mamat ni dah kayuh zig-zag macam ular kena palu. Yang lebih merisaukan bila dia tak hirau dia melencong ke tengah-tengah jalan walaupun ada kereta yang lalu. Dah kena sawan kot. Sekejapan, kompom kaki dia pun dah lebur jugak dan aku decided untuk celah dari menyakitkan mata tengok adegan itu.

As usual, kat peak kena regroup. Dah dikira macam etika kayuhan kita. Bukan dok bedal menonong kayuh tunggu 10km kat depan or jumpa minggu depan. Lama jugak la bertapa kat puncak tu menunggu Lias & si bapak. Sementara dok layan sembang dalam keadaan cuaca sejuk yang macam nak hujan tu, tak sanggup aku tengok si anak ni dok main pusing-pusing kat jalan macam budak kecik baru dapat basikal. Terlebih makan coklat agaknya dia ni. 15 minit kemudian, muncul la Lias & si bapak. Di laporkan si bapak jatuh masa tengah climb sebab kaki complete lebur & tolak basikal. Aduhai. Tambah lagi haru, si bapak ni mengidap diabetes ropanya. Patut ler anak tak reti dok diam.

Lantak ler. Turun terus sampai kat Dam Semenyih & ke Peres. Sepanjang jalan, as usual orang muda itu tetap dengan kayuhan huru hara nya. Kejap dia sprint ke depan. Kejap dok balik dalam peloton. Sat nanti dia dok kayuh tengah jalan tak dengor kereta kat belakang sebab pakai MP3. Nak aje aku sepak mamat ni. Rimas aku dibuatnya.

Sampai aje simpang Peres, terus aje kami naik tanpa berlengah nak regroup sebab semua dah dalam group. Eh? Apa daa yang aku cakap ni? Menu aku untuk Peres is 3 reps 10 minutes strength crank masak gulai kawah. Alwin buat endurance interval. Azmar cangkuk aje senduk mana yang boleh. Azahari ada cobaan untuk memulakan attack di awal pendakian tapi sekadar iklan aje, lepas tu dia kembali ke pace drama melayu. Nasib baik tiada gangguan moral dari syarikat anak beranak tatkala itu. Memang terasa quads & calves pedih. Orang kata pedih itu bagus. Nampak gaya kayuhan tak cukup tanah bila aku cuma mampu selit 2 reps aje, puncak Peres dah sampai. Takpe, janji settle. Kami bertiga decided untuk turun semula escort Bahri yang dah sepurnama tak kayuh...bagi moral support sikit kat geng.


Turun dari Peres, aku make sure takmo berdekatan dengan budak itu. Risiko terlalu tinggi. Macam biasa, dari Simpang bau lontong kat Batu 18 dah menusuk kalbu. Lantas pacing 40kph bermula sebaik Azmar mencucuh pemetik api. Hahaha. Tarik menarik bersilih ganti untuk sesaper yang teringinkan kerja overtime. Speedwork sikit. Menggelupor masuk gerai order lontong, pecal & kuew teow sop. Maka berkampung lah kami buat seketika.

Sempat aku lontarkan se-das dua kat budak tu tentang style kayuhan dia. Bahri pun ada tambah lauk sikit. Tapi muka dia selamba. Cuba menukar topik ke citer kayuhan Ipoh cycling carnival yang baru-baru ni dia masuk. Race number kat bike pun tak bukak lagi tu beb. Iyo lah. Semoga berjaya. Masa kayuh balik ke Batu 14 pun dia buat aksi sama walaupun aku dah ingatkan jalan situ sibuk sikit. Tak sanggup kami nak tengok, kasi pancung sikit sambil aku berpesan suruh dia pi escort bapak dia kat belakang tu. Jadik anak yang soleh kejap dari hang jadi katak penyek tengah jalan.

Begitu lah al-kisahnya setakat pemerhatian aku dengan spesis-spesis unik di bumi ini. Kita kadang-kadang lupa pada peribahasa lama "Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga." Kalau nafas pendek, kasi pelan-pelan kayuh cukup dah brader. Setakat weekend ride pun dah macam nak berlumba apa ke hal?